Sunday, June 28, 2009

My First Day at Sekolah Tahfiz



Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, syukur kepada-Nya, kerana masih dipanjangkan umur oleh Allah untuk terus mengutip mutiara2 hikmah di sepanjang perjalanan hidup yang singkat ini.

Hari ini (5 Rejab 1430H), merupakan hari yang cukup bermakna buat insan yang bergelar 'saya'. Selain kali pertama dapat merasai perit jerih 'makan gaji' dengan titik peluh sendiri (saja cuba2 cari pengalaman bekerja), ini jugalah kali pertama diri ini mendapat peluang menjejakkan kaki ke Sekolah Tahfiz yang sekian lama menjadi idaman. (nampak sangat dah lama mengidam, tapi nak buat macam mana, kecik2 lagi dah mmg produk skolah kerajaan kan =p). Namun bezanya saya hadir ke sini bukanlah sebagai pelajar, memandangkan umur pun telah lanjut usia, bukan untuk 3 atau 4 tahun seperti adik-adik hafiz hafizah yang lain, tetapi peluang yang diberikan untuk menjadi 'guru' @ teacher bahasa Inggeris sementara' untuk Sekolah ini merupakan anugerah yang tak ternilai bagi diri ini.

Sekolah yang di maksudkan ialah Maahad Tahfiz Al-Ihtisam Litahfizi Al-Quran. Tidak jauh dari rumah, memudahkan saya dan beberapa lagi 'ustazah cilik bidan terjun' untuk turut sama memberi khidmat di hujung minggu kami. Sebenarnya ia langsung tidak dirancang, namun takdir Allah memberi peluang untuk saya hadirke sana. Tawaran beberapa minggu lepas dari adik-adik serumah sendiri, begitu membuka hati, walaupun sebelum ini tidak pernah terlintas untuk bekerja, apatah lagi sebagai seorang guru @ cikgu bahasa inggeris, terasa begitu mengujakan. Memandangkan internship kami di hospital juga ditangguh buat sementara waktu, maka waktu ini diri amat-amat mendambakan kerja yang cukup bermanfaat untuk mengisi masa terluang.

Saya diamanahkan untuk bahagian sekolah Banin (pelajar-pelajar lelaki). Terima kasih kepada Sarah yang memberi cabaran hebat ini kepada saya.(awak memang sengaja mahu menguji akak kan?huhu.sampai hati tau.sob2) Kami akhirnya berpisah untuk menghala ke sekolah masing-masing. 2 orang menghala ke sekolah Banat, 2 orang ke sekolah banin,walaupun jaraknya tidaklah terlalu jauh. Walaupun sedikit 'cuak' pada awalnya dan diri agak tidak keruan apabila mendapat tahu kena berhadapan dengan SEMUA pelajar-pelajar lelaki, diri hanya tidak putus untuk beristighfar dan cuba membayangkan diri sebagai seorang cikgu. Saya cuba menguatkan hati dan meluruskan niat untuk berkongsi. Langsung tidak pernah ada pengalaman mengajar di sekolah, Inikan pula untuk mengajar pelajar-pelajar tahfiz, yang bagi saya bukan calang-calang orangnya. Namun alhamdulillah, Allah terus menguatkan langkah kaki. Sedikit panduan daripada Hajah, (pengurus mereka) yang dikongsikan oleh Hajar sepanjang perjalanan turut membantu. Pengalaman sebagai fasi kepada adik-adik dan pimpinan kampus sebelum ini, juga pengalaman membantu abah sebagai guru tuisyen di rumah selepas zaman Spm dahulu akan cuba digunakan sebaik mungkin. Itulah nekad saya. Everyone can be a teacher. Ajarlah walau seayat, belajarlah sepanjang hayat. Itulah pesan abah yang senantiasa tersemat kukuh dihati.

Sampai ke sekolah kami bertemu Ustaz, memperkenalkan diri serba sedikit. (Hajah sebelum ini telah pun memperkenalkan kami beberapa hari yang lepas untuk sesi taaruf pertama kali.) Dari kejauhan hati terasa sejuk melihat kelibat adik-adik berjubah putih dan berserban sedang menikmati makan tengahari mereka di dewan makan sekolah. Wajah-wajah mereka yang jernih mengingatkan saya bahawa inilah berkah dari penghayatan Al-Quran dan tarbiyah yang sedia terdidik dalam diri. Sungguh sopan adik-adik ini, tunduk memberi salam dan begitu menghormati kami, walaupun kami hanyalah 'orang baru' di dalam sekolah tersebut. Akhlak yang baik terpamer dari akhlak Al-Quran, menatijahkan thiqah walaupun dalam usia yang muda. Yang kecik sehingga yang besar, semua bersih berjubah, dan apabila masuk waktu, terus bergegas pantas menuju ke kelas masing-masing.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan saya adalah apabila ditaklifkan untuk mengajar di kelas A, satu-satunya kelas yang terdiri daripada pelajar 'Thailand'. dan memang nasib saya 'bertuah' mendapat mereka.(huhu) Bukan sekadar itu sahaja, anak-anak muridnya lebih besar daripada cikgu. Jika kelas lain, rata-rata bercampur dengan adik-adik yang kecil, seperti adik-adik saya dirumah. Tapi saya bertuah mendapat mereka-mereka ini sebagai pelajar saya. Bertuah yang sangat menguji. Dari jauh melihat mereka, pertama kali terasa pucat seperti hendak masuk dewan exam.

Akhirnya langkah diatur dengan yakin, salam diberikan. 6 orang semuanya kini dihadapan saya. Dengan lafaz bismillah, saya memulakan pengajaran dengan penuh pengharapan agar mereka bisa memahami apa yang saya akan sampaikan. Speaking is the first impression, jadi saya cuba memulakan pengajaran dalam bahasa inggeris, seperti yang dicontohkan oleh Hajah.

"Alhamdulillahirabbil A'lamin.. All praises to Allah.. I'm so grateful to meet all of you.
Btw Let me introduce my self first..My name is Siti Muslihah bt Mohd Nor... etc etc etc..."

Fuh, cikgu BI katakan..

Lucu juga melihat mereka terkebil-kebil melihat apa yang guru mereka ni merepek kat depan tu, tapi saya sengaja test power sebenarnya.(sebab diri sendiri pun dah lama tidak berskipping bahasa inggeris)

"Did you understand what i'm saying?" - kamu semua faham tak apa yang cikgu cakap tadi?
tanya saya sambil tangan tu menghayun ke sana kemari nak memahamkan.

Akhirnya TAHULAH saya.

mereka semua tersenyum sambil semuanya mengeleng-ngelengkan kepala.

"TAK FAHAM TEACher. kami kelas A... x tahu apa-apa ni." semua mengiyakan sambil memandang muka cikgunya yang dah tahap bersalah ni.

"Ha.ye ke?.. saya menjadi serba salah. Terasa bersalah pun ada sebab awal-awal masuk saya dah masuk gear satu. Mati-mati ingatkan mereka sedikit sebanyak dah ada basic bahasa Inggeris. Kurangnya perkataan yang saya gunakan awal-awal tadi untuk introducekan diri saya adalah perkataan-perkataan yang sangat basic.

"ok, kalu teacher cakap sikit-sikit bahasa inggeris, kamu boleh faham tak,?"

"Boleh, teacher buat gaya macam tadi kami faham"..

Saya tersenyum.

"Ok, cuba teka cikgu asal dari mana?"

Ganu cikgu! -seorang menjawab dari belakang.

All of you were from Thailand kan?"

"Yes teacher!"

"Ha..dekat dengan kelate..." jawab saya dengan spontan. (apsal bulih tubik kelate plak ni)

Mereka semua terus tergelak..Ha...kelate ye cikgu.

Dan bermula dari saat itu. Memandangkan semuanya rata-rata dari Narathiwat atau Pattani, yang bahasa rasminya adalah "Bahasa Melayu Kelantan" maka secara tak rasmi kelas saya menjadi kelas KLate-BI dengan JAYAnya..

Huhu. Abihla saya..

(tapi dalam hati seronok juga sebenarnya. rasa macam balik kampung dan terasa lebih 'dekat' dgn mereka2 ini bile brckp bhsa sejowo) =j

Mengenali mereka, menyebabkan hati saya sedikit terusik mengingatkan kisah tragis yang berlaku di Narathiwat baru2 ini.. di saat kaum seislam sendiri diserang dan betapa ramai yang dibunuh beramai-ramai di Masjid. Mereka turut sama menyatakan kesedihan. Apapun saya tidak mahu mengembalikan kenangan itu. Terus sahaja mengubah topik dan meneruskan agenda kami yang seterusnya agar mereka kembali bersemangat! Biar Allah sahaja membalas pihak yang tidak berperikemanusiaan itu. Terlepas didunia, tidak di akhirat...

"Ok, now it's your turn to introduce yourself. Please tell me your name, and anything about you. Your age, where you come from, your hobby, your ambition" and etc. sambil menterjemahkannya satu persatu dalam bahasa Melayu. Saya cuba untuk tidak terlalu laju, bagi saya biarlah perlu bermula dari bawah, asalkan mereka benar-benar memahami.
Apepun saya cuba juga memaksa mereka dan kelas tersebut untuk berbahasa Inggeris. Saya benar-benar mahu menaikkan semangat 'yakin boleh' mereka untuk menguasai bahasa asing itu..walaupun perlu bermula dari kosong..

My name is Ariff, I'm come from Pattani, Thailand. I'm fifteen.
dan terus-seterusnya... dari semuda 14 sampailah 20.

Masuk bab Hobby... 'playing football' adalah yang common dalam list, namun 'reading Quran' tetaplah menjadi pujaan hati & amalan sehari-hari..

alhamdulillah... Sejuk perut dengar. =j

Masuk bab Ambition... saya amat kagum dengan cita-cita besar mereka. Rata-rata mahu menjadi Ustadz,. sambung belajar ke Yaman, Syria dan sebagainya. Ada yang mahu menjadi "Ustaz Maulana"..diringi dengan sambutan Takbir and insyaallah dari sahabat-sahabat mereka.
Terasa macam berada di Dewan Muktamar plak. Takpun macam kat Mekah. Yang orang sambut Allah..Allah tu..=)

"Ha...who want to be a Prime Minister?"-Perdana Menteri??..

....semua tergelak.. Kalu boleh semua nak angkat tangan nii..hehe


Malah di saat rakan-rakan mereka terkial untuk membaca dan menyebut perkataan dalam bahasa Inggeris, mesti ada yang membantu. Dan membetulkan.

Terlalu supportive and encouraging. Semangat setiakawan inilah yang sangat saya kagumi dengan mereka.

Saya cuba mengisi ruang itu dengan beberapa modul pembelajaran. Saya selitkan beberapa game dan communication skill, dengan harapan ia bukan sekadar listening, tapi writing, reading dan juga 'enjoying'.Saya benar-benar mahu ia terisi, dan sekurang-kurangnya mereka mendapat sesuatu dari kelas bahasa inggeris kali ini. Saya benar-benar mahu mereka minat untuk terus belajar bahasa Inggeris sebagai added-value untuk mereka. Mereka perlu menguasai bahasa ini untuk UMMAh.

Ice breaking saya cuba selitkan ruang yang lebih untuk mengasah softskill mereka.

Ok, now please sit with your partner.

(Partner tu apa?tanya saya.-semua senyap)

Partner tu pasangan. Ok, duduk duo-duo sekarang.

"Oo..partner tu gewe ke cikgu? "
Aisemen, payah pulak saya nak jawab.

"Ok, Draw your partner face, and see what make him difference from other friends. Lukislah dia ada janggut ke, serban dia ke, pakai cermin mata ke (wearing spectacles), Anything yang menarik tentang dia.

Kat bawah gambar tu nanti, please list down the details about your friend. Try to speak with your partner. Ask him about himself. Macam yang kita buat tadi. His name...His ambition...His favourite food.. Father's and mother's name...bla bla bla "

sambil tangan saya tak berhenti mencatat dan memberi contoh di white board.

Write down any new vocab into your book. Learn a word a day, okay?
ujar saya seperti bercakap dengan anak-anak kecil, walaupun mereka ini besar2 dari saya.=)

Perkataan yang susah-susah saya akan minta mereka tanyakan dan tulis maksudnya di white board.Yang ni memang saya highlightkan. Saya nak mereka catat apa saja perkataan baru yang mereka dengar.

"Teacher, saya tak pandai lukis." Tiba-tiba yang paling tua bersuara. Nampaklah jugak self esteemnya jatuh menjunam. mungkin sebab x pernah kena lukis sebelumni.

"Yes you can. Awak boleh sebenarnya. cuba lukis dulu. Lukis biasa2 jah. Lukis gigi dia ke. Lukis orang lidi pun xpe." (ha.sempat lagi cikgunya menambah).

Saya sebenarnya nak mereka seronok je sebenarnya. Taaruf bercakap sudah biasa. Jadi english class ni kita bagi seronok skit.

"Walaupun awak seorang HAfiz, awak juga boleh berjiwa seni. Ingat dulu ulama-ulama Islam semua dia terer kan, Mathematics, astronomi, architecture. Awak pun boleh =)"

Sedikit sebanyak saya cuba memberikan kata-kata motivasi dan sedikit tazkirah diselang selikan dengan BM dan BI agar menusuk dalam hati mereka. Bagi saya yang duduk dihadapan saya ini adalah bakal-bakal pejuang dakwah. Pejuang ISlam. Mereka bukan calang-calang orang.

Ok, dah siap semua??

LAst one. ok, I want you to write.. (Kat bawah sekali tu tulis...) "I Like my friend because....."

ha..kenapa suka kawan awak ni... dia baik ke... dia suka tolong orang ke... dia pandai ke...

SEMUA dah Tersipu2.

ramaila yang bertanya...baik apa, rajin apa...ada tu siap rujuk buku nota dia, ha.."SMART"..takpola wi ke mu SMART:kata saim dia.
bolehla bagi partner dia tu kembang skit sekali sekala kan.

Teacher, "pemurah" in english apa?. Seorang lagi bertanya.

Saya terdiam sekejap.

Ya Allah. Kenapa boleh terlupa ni. Memang kadang-kadang bila kita dah terlalu excited tu, banyak pula benda boleh terlupa. Puas saya memerah otak. Tapi x jumpa kunci nya. Hint2nya dah ada skit-skit,samar2 datang menghujan minda,. G..g ,.apa G ntah... tapi saya benar-benar 'blackout'.

"Skejap teacher check." Sambil duduk bertafakur skejap.

Saya tergaru-garu sendiri dalam hati. Nak check kat mana. Dictionary x bawak. nak telefon kawan pun takut kawan tengah mengajar. Rasa bersalah sebab tak dapat membantu mereka. Geram pun ada sebab perkataan tu bukanlah susah pun sebenarnya. Tapi saya benar-benar tak jumpa point dia. Inilah akibatnya selalu berspeaking bahasa 'jowo' di rumah.
Sampai berkarat BI =)

"Emm..ok, insyaallah takpe, stakat ni awak tulis dulu 'like giving'..dia lebih kurang dah maksudnya. Nanti dah dapat exact word teacher bagi.Maafkan teacher ya.Macam mana boleh lupa."

Itu saja yang mampu saya perahkan.
Sambil meminta mereka terus menyiapkan esaimen,otak saya terus ligat berpusing-pusing mencari perkataan itu.

Apa yang menyentuh perasaan saya adalah, Tiba-tiba ada seorang ini yang datang membantu dan hampir-hampir membuatkan hati saya jatuh tak bisa dikutip. Kalau itulah yang bisa digambarkan.

"Teacher, kalau yang ni betul tak. pemurah?"

Sambil membelek-belek buku notanya, banin ini menunjukkan pada saya.

Mata saya laju membaca.

"In the Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful"..

Subhanallah.....

(Hampir menangis saya kat situ..)...

Allah, The Most Gracious. Yang Maha Pemurah...

Betapa mereka bisa mengaitkan apa yang mereka belajar dengan Allah..

Melalui AYat-Ayat yang mereka selama ini diperlihatkan..

Betapa Allah dan Islam itu amat dekat dengan jiwa mereka.

Dan saya belajar sesuatu hari ini dengan mereka...

Allahuakbar.

Sungguh saya terharu dengan mereka.

Mereka telah berjaya mengaplikasikan apa yang mereka belajar selama ini. Alhamdulillah..
Saya bangga punya umat Islam seperti ini.

Apepun saya cuba betulkan sedikit penggunaan The Most Gracious itu. Saya cuba terangkan kembali penggunaan ayat Bismillahirrahmanirrahim. Ia adalah ditujukan untuk Allah.Sebahagian dari Asma-Asma Allah. Ar-Rahman, Ar-Rahim.

Apapun pointnya saya dapat, dan saya yakin adik itu lebih dapat.

pemurah untuk manusia - generous. yang mana Sifat baik itu adalah Anugerah dari Allah,
The Most Gracious - Yang MAha Pemurah.

Subhanallah.

Itulah serba sedikit cerita saya untuk hari pertama di Sekolah yang cukup bermakna ini, dengan orang-orang yang sangat bermakna. Banyak lagi yang ingin dikongsikan, bagaimana mereka membentang dihadapan., Bagaimana walaupun dengan kesukaran mereka untuk 'pronounce' perkataan-perkataan baru untuk mereka, tapi mereka tidak berputus asa untuk belajar.

Sesekali saya tersentuh. Betapa saya menjadi bersemangat untuk terus mengajar mereka. I really need to do something!..Saya benar-benar berharap, saya diberi keizinan dan kelapangan lagi untuk bersama mereka. Saya mahu berkongsi dengan adik-adik ini apa yang saya tahu. Walaupun saya tahu, beza saya dengan mereka ibarat setinggi gunung, mereka hafiz al-Quran, sedangkan saya hanya hafal beberapa kerat Al-Quran, mereka bakal alim-alim ulamak dalam Agama, saya mungkin baru bertatih dalam memahami ISLAM. Tapi saya yakin, Allah yang mempersatukan kita semua dalam satu tautan Akidah. Untuk sama-sama meletakkan Islam tertinggi di tempatnya. Untuk sama-sama berjuang mendapatkan 'Ahsanu Amala" sebaik-baik amalan di muka bumi ini. Saya ingin terus meluangkan masa untuk membantu mereka, jika inilah amal kebajikan yang mampu saya hulurkan untuk Islam. Bagi saya mereka adalah permata-permata Islam yang kelak akan mengubah Dunia, dengan ayat-Ayat Al-Quran yang tertanam di hati mereka.Saya mahu menjadi sebahagian daripada mereka...

Paling tersentuh, diakhir kelas. Cikgu melihat kamu mengangkat tangan penuh pengharapan.

Kamu cuba berbahasa Inggeris, tapi cikgu membenarkan kamu untuk berbahasa Melayu.

"Cikgu. Cikgu datang lagi x minggu depan? kami nak belajar membaca. kami bahasa melayu kami dah tahu, menulis juga dah tahu" Kami nak sangat belajar membAca & nombor dalam bahasa Inggeris.

Saya tersentuh.
(saya tahu BACA yang mereka maksudkan adalah 'pronounciation' BI)

mereka menyedari kelemahan mereka di situ. Betapa mereka berharap dengan sangat untuk improvekan diri mereka dalam bahasa Inggeris. Betapa saya kagum dengan semangat mereka.
walaupun dari saya yang banyak kekurangan ini.

Teruslah berusaha adik-adikku. Kalianlah Bakal Penggegar Dunia. Generasi Al-Quran. Generasi ULUL-ALBAB!!. insyaallah.


p/s: kepada Ariff, Saa'budi, Rahim (Awe), Ellias, Lutfi dan Hamizan, terima kasih dah bagi pengalaman yang indah utk cikgu Muslihah. Pengalaman bersama kalian adalah yang terindah dalam hidup. Bertuah dapat anak murid macam kalian. sejuk hati mak ayah.. Harap anak-anak teacher nanti pun dapat dibesarkan jadi seorang hafiz dan hafizah mcm kalian juga... Amin. insyaallah

Insyaallah kita jumpa lagi.


"READ!.. By the Name of your Lord.."

Salam Perjuangan kerana Allah

-dari hati seorang cikgu,
yang mahu bergelar Doktor Ummah...

Wednesday, June 24, 2009

RSR kini men'jengah'... Adakah aku semakin BAIK?




Alhamdulillah..hari-hari silih berganti.. cepat sungguh waktu berlalu tanpa disedari.
kini kita semua telah berada di bulan Rejab (hari ini merupakan hari ke2), antara bulan-bulan yang sering ditunggu selain Syaaban dan Ramadan..

Memasuki bulan Rejab, bermakna kita semakin hampir dengan kedatangan Ramadhan, antara bulan barakah yang dijanjikan pelbagai nikmat oleh Allah Swt...Tidak kurang yang baru tersedar, bahawa dirinya sudah hampir kepada Ramadan seterusnya. Mungkin masih banyak hutang yang belum dilunaskan, Puasa Qada'dan sebagainya, namun amat menyedihkan jika ingatan itu lebih diisi untuk hal-hal keduniaan. Balik dari cuti hari itu agak terkejut sebenarnya, mendengar kebanyakan kedai-kedai jahit sudah tidak lagi menerima tempahan baju raya, kerana semuanya telah penuh di'booking'. Advanced sungguh masyarakat kita kalu bab persiapan untuk raya. =) Ramadan belum melambai, Syawal sudah di'rAi'kan.

Bagaimana dengan persiapan Puasa...menghadapi bulan2 barakah ini, dan persiapan kita untuk menjadikan diri ke arah yang lebih baik dari hari semalam, hanya kita dan Allah sahaja yang tahu. semoga Allah masih panjangkan umur kita untuk mencapainya.


Berbalik kepada kedatangan Rejab yang mulia, seperti biasa di awalnya saya yakin ramai diantara kita yang mendapat mesej-mesej ucapan dari kawan-kawan untuk mengucapkan ahlan kepada Rejab dan mengingatkan kita akan kehadiran bulan ini. Alhamdulillah, niat yang baik ini harus kita hargai, dan kita sendiri patut sama memperingatkan rakan-rakan kita,kerana mungkin sahaja ramai yang langsung tidak mengambil tahu tentang kedatangan bulan-bulan Islam malah tidak tersedar akannya. Ada melalui sms, tidak kurang pula yang memforward emel-emel dan sebagainya.

Namun tidak kurang yang menselitkan pelbagai hadis2 yang dhaif dan mungkin sebahagiannya (maudhu') tentang kelebihan amalan2 pada bulan Rejab.
Adalah sesuatu perkara yang menakutkan jika kita melakukan perkara-perkara ibadah yang diluar ajaran Rasulullah saw atau yang langsung tidak sampai daripada Nabi. Jadi kefahaman dan pengetahuan yang sahih itu harus kita cari dan kaji lagi. Tidak kiralah samada melalui guru yang lebih pakar, atau ustaz, atau boleh sahaja kita layari laman-laman web yang dipercayai untuk mendapatkan maklumat yang lebih mengenainya. Syukran juga kepada iluvislam yang turut memaparkan artikel tentang Rejab. =j

Sekadar untuk berkongsi, sebahagian respons & ilmu yang saya terima melalui emel yang sebahagiannya berkisar tentang bulan ini. Mudahan bermanfaat untuk semua. Dan mudahan REjab kali ini lebih mendatangkan banyak perubahan pada kita. LEbih IkhLAS kita kepada Allah Swt... LEbih Ikhlas kepada semuanya...LEbih mendatangkan penambahan kepada amal perbuatan dan sebagainya,...

Ahlan wasahlan Rejab...mudahan kita berpeluang juga menyentuh keberkahan udara Syaaban dan Ramadan kelak. Semoga kedatangan "RSR" kali ini lebih menatijahkan TAQWA kepada kita.. Insyaallah...

Aslih Nafsak wad'u ghairak. Perbaiki dirimu dan teruslah menyeru org lain....

Amin Ya Rabbal a'lamin....~

Emel Respon 1:
(merujuk kepada sebahagian hadis-hadis dhaif/maudhu'yang menceritakan kelebihan amal di bulan Rejab)
antaranya:
"Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:

* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

* Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

* Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat...."

dan seterusnya....

In question the query on the kesahihan of the hadith. Read on...got this from a family member....

Sahabat2 sekalian,

Apabila saya menerima email ini, terdahulu saya mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada saudari penghantar email ini kerana saya percaya beliau dgn penuh keikhlasan, ingin berkongsi, saling ingat mengingati satu sama lain untuk beribadah puasa. Ini adalah sikap terpuji yg patut dicontohi oleh kita semua. Semoga Allah memberi ganjaran ke atas usaha murni beliau ini.

Akan tetapi, sepanjang pengajian saya di dalam ilmu hadith yg cetek ini, teringat saya akan status hadith yg diselitkan bersama dgn email beliau td, bercakap mengenai kelebihan puasa sunat pada bulan Rejab.

Al-Sheikh Al-Allamah Al-Hafiz Ibn Jawzi telah mengkategorikan hadith ini sebagai hadith palsu di dalam kitabnya "Al-Maudhu'aat (Himpunan Hadith2 Palsu)".

Hadith ini pada asal matannya berbunyi "Rejab Bulan Allah, Sha'ban Bulan ku dan Ramadhan Bulan Ummatku" lalu disambung matan ini dgn "Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt …sehingga akhir matanya"
Hadith Palsu adalah hadith-hadith yang direka-reka oleh mereka yang tidak bertanggunjawab untuk menyesatkan umat Islam, walhal ini terang2 satu bentuk pendustaan keatas junjungan besar Rasulullah SAW. Baginda sendiri telah ada melarang dan mengutuk tindakan sedemikian sebagaimana sabda baginda SAW "barangsiapa berdusta ke atas aku secara sengaja (yakni mengenai baginda) maka tempat dia adalah neraka"

Hadith paslu adalah satu benda pendustaan yg disengajakan oleh penciptanya ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, kerana apabila pereka itu menisbahkan kata2 ini kepada Rasulullah SAW, maka memberi makna bahawa Rasulullah SAW yg berkata begitu, wal hal tidak bahkan ianya direka2. Pada hakikatnya, Rasulullah SAW tidak pernah pun berkata begitu. Ianya hanya dusta semata2.

Sahabat semua yg dirahmati Allah,

Perlulah diingat, setiap amalan ibadah kita mesti berpandukan kepada sumber yg sahih baik dr segi Quran mahupun Sunnah melayakkan ianya diterima oleh Allah SWT. Ini kerana Shariah Islam tidak tertegak atas keraguan (baik hadith2 yg sangat lemah (dha'if), lebih2 lg kalau ianya bertaraf palsu (madhu') maka lebih awla kita tinggalkan amalan itu).

Tidak syak sahabat2 semua bahawa berpuasa adalah satu ibadah yg mulia di sisi Allah SWT. Namun jika cara ia dilaksankan atau digalakkan berdasarkan kepalsuan, maka ianya bukan Shariah yg patut diambil.

Sebaliknya, bagi barangsiapa yg ingin berpuasa sunat pada bulan Rejab, puasalah mereka sepertimana mereka berpuasa pada bulan2 lain contohnya puasa Isnin Khamis, dan sebagainya dan bukan 15 hari seperti yg disebut di dalam hadith Rejab di bawah.

Dalam satu hadith yg Sahih yg lain, sbgmana diriwayatkan dr isteri baginda SAW; A'ishah RA bahawa "Rasulullah SAW tidak akan berpuasa bersungguh2 melainkan pada bulan Sha'ban dan dia (yakni A'ishah RA) tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa penuh selama sebulan melainkan pada bulan Ramadhan"

Oleh itu barangsiapa yg mempunyai keinginan untuk berpuasa dlm kuantiti yg banyak baik untuk mencari pahala dan keredhaan Allah dan sebagai persediaan menyambut Ramadhan, maka ikutilah sunnah yg diajar baginda SAW dengan memperbanyakkanlah berpuasa pada bulan Sha'ban sebab ianya dikira sekolah puasa pra-Ramadhan. Elok untuk kita memasuki bulan Ramadhan dgn melatih tubi dengan berpuasa sebanyak mungkin pada bulan Sha'ban agar berpuasa di bulan Ramadhan selama sebulan nanti, bukanlah lagi satu kesukaran bagi kita untuk menyesuaikan diri.

Semoga kita bersama dgn mereka yg amalannya diterima olehNya dan mengikut sunnah rasulNya. Allahumma Amin.

Sekian, apa yg baik semuanya dr Allah SWT, dan yang kurang itu adalah dr kelemahan diri saya sendiri, dan dr shaitan yg dilaknati.

Yang Faqir di sisi Tuhannya,

Ahmad Fadhlan Yahaya
Vice President
Shariah Secretariat

Shariah Department
Ground Floor, East Block, Wisma Selangor Dredging
142-B Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

~

“Allahumma baariklanaa fii rajaba wasya’bana waballighnaa ramadhana. Yaa Allah berkahi kami dalam bulan Rajab dan Sya’ban, dan panjangkan umur kami untuk berjumpa bulan Ramadhan.”

Kisahmu..kisahku..



Sebuah kisah menyentuh hati.... untuk setiap yang bergelar ANAK...



Dialog Di Pusara Ayahanda


OLEH PAHROL MOHAMAD JUOI

Seluruh kampung semacam tak percaya. Tapi itulah hakikatnya. Ramli,
anak arwah Pak Hamid (bukan nama sebenar) pulang dari luar negara sebagai
seorang jurutera dan hafiz. Semalam dia mengimamkan solat Tarawih.
Lunak dan lancar bacaannya. Mereka yang tidak kenal asal-usul Ramli, kagum.
Mereka yang mengenali lebih kagum.

Saya ada!ah antara generasi anak kampung yang masih mengingati Pak
Hamid.Malam setelah pulang dari Solat Tarawih, saya berbual-bual dengan anak
saya.

''Ayah nak kamu contohi imam muda tadi. Sudahlah hafiz, jurutera
pula...''

''Hebat betul.''

''Kalau kamu tahu sejarah hidup dia, kamu akan lebih kagum.''

''Ayah tahu?''

Saya mengangguk.

''Dah tentu, kan ayah anak jati kampung ni''.

* * *

Mata saya merenung ke luar tingkap rumah. Pohon nyiur melambai-lambai
di kegelapan malam yang disinari cahaya purnarna. Dua hari lagi,
Aidilfitri menjelang tiba. Sesekali pulang ke kampung terasa kedamaiannya.
Nostalgia kisah Pak Hamid terbayang kembali di ruang mata.

"Ayah nak cerita ni sekadar mengambil iktibar. Bukan hendak
memburuk-burukkan orang yang telah mati..." perlahan saya memulakan
cerita.

''Kenapa begitu sekali ayah ?"

''Pak Hamid terkenal di kampung ni sebagai orang yang buruk
perangainya.Solat tidak. Puasa tidak. Menjengah ke surau langsung tak pernah.
Berjudi,minum arak dah jadi kebiasaannya."

''Ramli tu terseksa sejak kecil lagi. Dibentak-bentak. Makan minum,
pakaian dan sekolahnya tak terurus langsung... ''

"Tapi macam mana dia boleh mencapai kedudukan seperti sekarang?''

"Itulah luar biasanya Ramli ni. Dalam serba kekurangan dan cabaran tu
dia gigih. Rajin belajar. Berdikari mencari rezeki."

"Ibunya macam mana ?''

"Ibunya dah lama meninggal dunia. Kata orang itulah sebabnya Pak Hamid
jadi begitu. Berubah sejak kematian isteri.''

"Sedih juga..."

"Kalau orang lain dah lama putus asa. Tapi Ramli tidak. Hasil keputusan
cemerlang di sekolah rendah dia terus belajar ke sekolah asrama penuh.
Dan entah macam mana kaedah dia mampu meneruskan pencapaian akademik dan
hafaz Quran sekaligus. Hebat."

"Sekarang ni ayah, dah ramai yang menempuh sistem itu. Ada caranya."

"Baguslah, jika berpeluang kamu ikuti jejaknya. Kembali kepada kisah
Pak Hamid... dia meninggal tak lama selepas Ramli melanjutkan pelajaran ke
sekolah asrama penuh. Ayah masih ingat... " saya sebak.

"Kenapa ayah?"

"Waktu Ramli pulang menjelang pengkebumian jenazah ayahnya, dia
menangis. Sebatang kara. Orang kampung kata macam-macam tentang arwah ayahnya.
Berdosa besar. Jenazahnya berat... berat dosalah. Macam-macam. Sedih
ayah rasakan. Ramli yang masih muda tu terpaksa menanggung kecaman di hari
kehilangan orang yang disayanginya. Mujurlah ada datuk kamu..."

* * *

"Hai, datuk pun ada peranan dalam kisah ni?" Tanya anak saya.

"Ayah masih ingat datuk kamu panggil Ramli untuk berjalan bersama dari
tanah perkuburan. Ayah ada sekali."

"Apa kata datuk?"

''Ramli, kalau benar sayangkan ayah kamu... jadi anak yang soleh.
Doakan dia. Itu sahaja jalannya untuk menyelamatkan ayah kamu di akhirat."

Anak saya diam. Terkesima agaknya. Matanya mula redup.

''Datuk kamu menyambung lagi.. untuk harumkan kembali nama ayah kamu di
dunia, kamu belajar sungguh-sungguh. Jadi orang yang berjaya dalam
hidup. Insya-Allah, kecemerlangan kamu akan menjulang kembali nama ayah kamu
yang dikata-katakan orang pada hari ini."

''Macam mana reaksi Imam Ramli waktu tu?"

''Dia hanya mengesat air mata dan mengangguk-angguk."

* * *

''Hebat betul ayah, sekarang semuanya semacam menjadi realiti."

''Memang hebat. Anak yang baik daripada seorang ayah yang sedemikian.
Kamu bagaimana?"

''Saya bertuah... ada ayahl"

Saya diam. Terusik hati saya. Adakah aku ayah yang baik?

''Kamu mesti terima kenyataan bahawa kita masih mampu menjadi anak yang
soleh walaupun bapa kita bukan seorang yang soleh... Dan tidak
semestinya bapa soleh maka anaknya secara automatik jadi anak yang soleh."

''Kenapa ya?"

"Itulah bukti keadilan Allah. Dosa dan pahala tidak boleh diwariskan.
Setelah akil baligh setiap kita punya potensi sendiri, nak menjadi baik
atau sebaliknya."

* * *

"Jadi, seorang ayah yang soleh tak boleh membentuk anak yang soleh?"

''Tak begitu. Didikan ibu bapa sangat memainkan peranan. Anak yang
dididik secara baik, berpotensi besar menjadi anak yang soleh bila dewasa.
Tetapi masih ada usaha yang dia sendiri perlu lakukan untuk meneruskan program
menjadi insan soleh. Jika program itu dipatuhinya, alhamdulillah. Jika
menyimpang, dia terima akibatnya."

''Saya setuju dengan pandangan ayah. Ini bukti keadilan Tuhan. Jika
tidak?setiap anak terpaksa menanggung akibat kesalahan ibu bapanya
tanpa berpeluang untuk mengubah keadaan dirinya."

''Ya, itulah yang dibuat oleh Imam Ramli. Demi cinta kepada ayahnya.
Dibela maruah ayahnya di dunia dan akhirat. Tolong buat begitu jika ayah telah
tiada..." Semacam wasiat pula kata-kata saya.

* * *

Pada pagi raya, selepas solat Aidilfitri... kami sama-sama menziarahi
pusara di pinggiran kampung. Saya lihat Imam Ramli duduk di tepi pusara
ibu dan ayahnya. Saya dan anak duduk di tepi pusara insan yang paling kami
sayangi... ayah saya, datuk anak saya. Lelaki yang pemah menasihati
Imam Ramli. Mudah-mudahan rohnya bersemadi di sisi orang soleh. Nasihatnya
sangat memberi bekas... saya yakin ayah ikhlas waktu itu. Saya masih
ingat dialog ayah dengan Imam Ramli belasan tahun yang lalu di kawasan
perkuburan ini. Saya di sisi mereka. Saya melihat air mata ayah mengalir sewaktu
meluahkan nasihatnya... Oh, mampukah saya seikhlas itu?

(Artikel ini saya petik dari buku NOTA HATI SEORANG LELAKI karya Ust PAhrol Mohd Juoi. Sebuah buku yang sangat bermakna untuk saya. Niat asal adalah sebagai hadiah untuk Abah, tapi akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengkhatamkannya terlebih dahulu dan ternyata ianya sungguh menyentuh hati. Mudahan kefahaman dan pengalaman yang dapat saya kutip dari buku ini sentiasa berbekas dihati saya..
menjadi HADIAH yang lebih bermakna buat ABAH...)


Terima kasih Ust Pahrol! Atas perkongsian hati..
kini diriku lebih memahami besarnya erti kisah di sebalik seorang LELAKI bergelar anak, ayah, suami dan DAIE.

Bukankah kalian Imam dan Pelengkap hidup kami...
Subhanallah!



######################################################

Buat semua Ayah-ayah di dunia ini
terutamanya ayahanda tersayang Mohd Nor bin Hashim,

Terima kasih kerana telah menjadi Ayah terbaik untuk kami.

Terima kasih kerana telah mendidik dan membimbing kami sejak dari kecil
dan membesarkan kami sehingga menjadi seperti hari ini.

Tak pernah kutanya kemana tumpahnya keringat abah.
Tak pernah kuhitung berapa banyak kerutan didahimu..

Besarnya pengorbanan Abah, hanya Tuhan yang Tahu...

Sekalipun segunung emas diberikan,
tidak terbalas segala jasamu.

Moga Allah merahmati kalian.....

TERIMA KASIH ABAH. Kaulah Cahaya Hati kami..
Si Lilin pembakar diri..

"Selamat Hari Bapa"

Sayang abah! Moga Syurga Allah untukmu...

"Ya Allah, ampunilah aku dan kedua ibubapaku,
dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani aku semasa waktu kecil"


Tuesday, June 16, 2009

.: Suatu Inspirasi:.

Alhamdulillah. Belek-belek emel. Semalam terjumpa satu balasan kepada emel puisi yang pernah diforward kepada rakan-rakan pada tahun 2005 dulu.
Agak mengejutkan. emel yang dihantar 4 tahun lepas yang juga diberi judul "Suatu Inspirasi", akhirnya direply 'semalam' oleh seorang rakan saya ini melalui responnya yang sedikit mencuit hati:

"Memang inspirasi. Tak sangka pernah dapat email ni"

Ya, Siapa sangka ia akan diselongkar kembali setelah bertahun lamanya. =)

(Thanx buat sahabat yang juga 'tersentuh hati'nya kerana puisi ini, mfar kerana mengembalikan nostalgia lama ini :p)

Alhamdulillah....

Sebuah Puisi Dakwah.

Sememangnya ia Puisi yang cukup bermakna..

bukan sekadar pernah 'menyentuh hati' ini beberapa tahun dahulu, malah ia menjadi inspirasi untuk saya (dan juga pastinya pembaca yang lain) untuk terus mencintai Islam dan menambah lagi kefahaman diri untuk menyeru orang lain.

Moga sentiasa subur untuk dikongsi.. menjadi Inspirasi Sanubari untuk mengislahkan diri ke arah yang lebih baik dari hari semalam insyaallah..

Selamat Berinspirasi!


PUISI DAKWAH
(Suatu inspirasi dari Arkanul Bai`ah)

Katakanlah, “Inilah jalanku,
aku mengajak kalian kepada Allah dengan bashiroh,
aku dan pengikut-pengikutku – mahasuci Allah,
dan aku bukan termasuk orang-orang yang musyrik”.

Ikhwah wal Akhawat, Para Da`ie !!

Jalan dakwah panjang terbentang jauh ke depan
Duri dan batu terjal selalu mengganjal, lurah dan bukit menghadang
Ujungnya bukan di usia, bukan pula di dunia
Tetapi Cahaya Maha Cahaya, Syurga dan Redha Allah
Cinta adalah sumbernya, hati dan jiwa adalah rumahnya
Pergilah ke hati-hati manusia ajaklah ke jalan Rabbmu
Nikmati perjalanannya, berdiskusilah dengan bahasa bijaksana
Dan jika seseorang mendapat hidayah keranamu
Itu lebih baik dari dunia dan segala isinya…

Ikhwah wal Akhawat, Para Junudud Dakwah !!

Pergilah ke hati-hati manusia ajaklah ke jalan Rabbmu

Jika engkau cinta maka dakwah adalah FAHAM
Mengerti tentang Islam, Risalah Anbiya dan warisan ulama
Hendaknya engkau fanatik dan bangga dengannya
Seperti Mughirah bin Syu’bah di hadapan Rustum Panglima Kisra

Jika engkau cinta maka dakwah adalah IKHLAS
Menghiasi hati, memotivasi jiwa untuk berkarya
Seperti Kata Abul Anbiya,
“Sesungguhnya sholatku ibadahku, hidupku dan matiku semata bagi Rabb semesta”
Berikan hatimu untuk Dia, katakan “Allahu ghayatuna”

Jika engkau cinta maka dakwah adalah AMAL
membangun kejayaan ummat bila dan di mana saja berada
yang bernilai adalah kerja bukan semata ilmu apalagi lamunan
Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan, al ishlah wa taghyir
Dari diri pribadi, keluarga, masyarakat hingga negara
Tingkatkan kerja secara tertib untuk mencapai nusrah dari Allah

Jika engkau cinta maka dakwah adalah JIHAD
Sungguh-sungguh di medan perjuangan melawan kebatilan
Tinggikan kalimah Allah rendahkan kalimah syaitan durjana
Kerja keras tak kenal lelah adalah rumusnya,
Tinggalkan kemalasan, lamban, dan berpangkutangan

Jika engkau cinta maka dakwah adalah TAAT
Kepada Allah dan Rasul, Alqur-an dan Sunnahnya
serta orang-orang bertaqwa yang tertata
Taat adalah wujud syukurmu kepada hidayah Allah
karenanya nikmat akan bertambah melimpah penuh berkah

Jika engkau cinta maka dakwah adalah TADHHIYAH,
Bukti kesetiaan dan kesiapan memberi, pantang meminta
Bersedialah banyak kehilangan dengan sedikit menerima
Karena yang disisi Allah lebih mulia, sedang di sisimu fana belaka
Sedangkan tiap titisan keringat berpahala lipat ganda

Jika engkau cinta maka dakwah adalah THABAT,
Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan
Buah dari sabar meniti jalan, teguh dalam barisan
Istiqomah dalam perjuangan dengan kaki tak tergoyahkan
Berjalan lempang jauh dari penyimpangan

Jika engkau cinta maka dakwah adalah TAJARRUD
Ikhlas di setiap langkah menggapai satu tujuan
Padukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini,
Engkau da’i sebelum apapun adanya engkau
Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanya sampingan

Jika engkau cinta maka dakwah adalah TSIQOH
Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinan
Kepada Allah, Rasul, Islam, Qiyadah dan Junudnya
Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya…
Karena inilah kafilah kebenaran yang penuh berkah

Jika engkau cinta maka dakwah adalah UKHUWAH
Lekatnya ikatan hati berjalin dalam nilai-nilai persaudaraan
Bersaudaralah dengan muslimin sedunia, utamanya mukmin mujahidin
Salamatus Shodri merupakan syarat terendahnya, Itsar bentuk tertingginya

Dan Allah yang mengetahui menghimpun hati-hati para da’ie dalam cinta-Nya
berjumpa karena taat kepada-Nya
Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah,
saling berjanji untuk menolong syariat-Nya

Akhukum FiLlah,
Hasil nukilan :
Ahmad Akhyari Ismail,
UIN Jakarta.

Sunday, June 14, 2009

"Mitsaqon Gholizo.." Terpaterinya Sebuah Perjanjian y Teguh



" Saya terimalah akan nikahnya dengan maskahwinnya sebanyak yang tersebut..."




Alhamdulilah. Hanya dengan sekali lafaz, dirimu sah menjadi miliknya..







~ ^_^

AlhamdulillahiRabbil a'lamin...

Syukur kepada Allah Swt..

Akhirnya pada 7 Jun 2009 yang lepas,malam isnin bersamaan 13 Rejab 1430H, kakak nan seorang telah selamat diijabkabulkan..

Walaupun sekadar majlis ‘akad nikah’, kerana majlis perempuan (atau ‘blarok’ org klate kato), insyaallah akan diadakan setelah adik (Haniff) pulang ke malaysia kelak, ia cukup merupakan sesuatu yang ‘significant’ bagi saya dan keluarga. Mana tidaknya, inilah kakak sulung pertama dan juga merupakan ‘cucu sulung’ pertama dalam keluarga kami yang berkahwin. Dengan kata lainnya, menjadi ‘perintis’ kepada keluarga dalam berbaitul muslim bagi kalangan adik beradik dan sepupu sepapat seangkatan..Alhamdulillah…

Perkenalan yang tidak lama, tapi Ketentuan Allah penentu segala. Bahawa jodoh dan segala urusan itu berada di tangan-Nya.

Saya amat kagum dengan kakak yang seorang ini, beliau amat tabah & sabar dalam menunggu dan mencari jodoh pilihannya walau pernah diuji dengan beberapa ujian.. Dialah idola saya dalam bab perhubungan dan ikhtilat. Prinsip yang dipegangnya selama ini amat teguh, jarang saya melihat beliau berurusan dengan lelaki tanpa keperluan, apatah lagi berjinak-jinak dengan ‘kapel’ atau percintaan sebelum nikah dan yang sewaktu dengannya… main-main SMS jauh sekali, atau bermanja dengan lelaki yang tidak dikenali itu semua boleh saya katakan langsung tidak ada dalam diari hidupnya. Kakak saya ini amat tegas dalam pergaulan, apatah lagi jika ia melibatkan soal hati dan sesuatu yang tidak jelas..dia amat tegas sekalipun perlu berdepan dengan muslimin.

Alhamdulillah, kini berakhir sebuah penantian. Beliau akhirnya menemui giliran& ‘seru’nya. Siapa sangka, Berkat keteguhan PRinsipmu & kesabaranmu Allah telah mengurniakanmu pasangan yang baik. Degup-degup taaruf yang hanya berlangsung tidak sampai beberapa bulan, disusuli dengan jalan syariat yang indah dan dalam pengetahuan keluarga, semuanya tampak mudah sekali. Perkenalan oleh orang tengah yang merupakan ‘makcik’sendiri, telah membuka ruang untuk satu jalinan suci yang panjang. Pertemuan hanya beberapa kali, itu pun ketika beliau datang untuk merisik, kemudian bersama keluarga. Pernah sekali beliau (abg ipar) ‘menelefon’ abah saya sendiri, untuk meminta izin bertemu dengan kakak saya diluar rumah, ditemani adik lelaki dan pertemuan tersebut diadakan dengan suasana yang angat makruf, itupun bagi membincangkan soal perkahwinan.

Yes….As times goes on..

Allah akan mengurniakan rasa cinta dan kecenderungan itu ke dalam hati kita..

dan Dialah yang akan memberikan petunjuk di penghujung istikharah kita….

Subhanallah…. MA, seperti impian arwah ma, ma kini dah dapat menantu seperti impian Ma…

Insyallah, inilah jodoh terbaik untuk anak Ma…yang akan menjaga anak Ma dan Abah.

Pemilik Cinta kami setelah Allah dan Rasul,

Setelah perbincangan demi perbincangan menyusul, akhirnya tibalah harinya untuk disatukan..

Saya sendiri tidak menyangka secepat ini beliau akan bernikah.Terasa terlalu cepat untuk semua ini berlaku, tapi tiada siapa yang dapat menolak takdir Allah swt. Malah percaya atau tidak, saya mengakui saya hanya mengenal abang ipar pada ‘malam nikah’ tempoh hari…

Benarlah jika sudah jodoh, tidak kemana.Kun fayakun Allah, Cepat atau lambat, pasti Allah akan ketemukan, malah mungkin saja dalam keadaan kita tidak tersangka-sangka..

bagi saya ia adalah ruang untuk Allah benar-benar menjaga hati kakak dan abang ipar saya. Sebelum menjadi yang benar-benar HALAL.

.. dan subhanallah,melihatkan ketenangan sakinah yang dipancarkan oleh Allah Swt selepas mereka sah menjadi suami isteri, tahulah saya kenapa Syariat Islam itu sangat membahagiakan, bahawa andai kita benar2 menjaga Agama Allah dalam hidup kita, Segalanya insyaallah menjadi sangat mudah dan membahagiakan. Bercinta selepas menjadi yang ‘halal’itu jauh lebih manis dan barakah Allah pasti mengiringi… Tidak perlu berkenalan bertahun-tahun untuk menguji kesetiaan, tidak perlu bercinta bagai nak rak hakikatnya ia belum pasti jodoh kita selagi belum ‘akad’. Sedangkan jodoh itu telah pun tertulis di Luh mahfuz, sudah tersedia menunggu kita, tugas kita hanya perlu berusaha untuk mencari dan terlebih dahulu cuba menjadi yang terbaik untuk diri kita sendiri…agar kita turut ‘layak’ mendapat yang terbaik seperti yang dijanjikan oleh Allah Swt…

Maka barangsiapa yang berpegang teguh dengan janji Allah, Betapa Janji Allah tidak mengecewakan…

Subhanallah. Walhamdulillah. Walailahaillallah. Wallahuakbar,

********************************


Kelibat abah, yang masuk ke kamar pengantin bertemu kakRah sebelum ke Musolla sebaik saja rombongan lelaki tiba untuk majlis akad nikah, begitu meruntun jiwa saya yang setia berada di sisi kekanda dari awal.

“Abah minta izin nikahkan kak rah deh”…


Saya tersentuh. Saya lihat ada air jernih pada mata abah.PAstinya Abah menyuarakan kata-kata itu dengan makna.. Saya seperti merasakan Seperti kali terakhir saya memegang tangan arwah Ma satu ketika dulu.. seperti saat untuk satu perpisahan yang panjang.

Kutahu Betapa berat untuk Abah lepaskan amanah ini. Anak ABAH.

Kini dirimu bakal menjadi amanah orang lain.. bakal menjadi isteri orang..

Namun ketahuilah ABah, Abah boleh tersenyum melepaskan kami… Kerana ketahuilah abah dah jadi ayah yang terbaik untuk kami….dengan memilih yangterbaik untuk kami..

dan dengan didikanmu selama ini, moga kami bisa menjadi yang solehah untuk ‘Kunci Syurga’ kami..dan mampu mengorak langkah lebih jauh, menuju KEDEWASAAN YANG PANJANG. Insyaallah.

****************************************************************


BERANGKAT PULANG KE MEDAN JUANG


Pagi Jumaat yang hening, setelah seminggu bersama keluarga untuk saling mengenali dan mengeratkan silaturrahim, kini tibalah masanya untuk mereka berdua berangkat pergi.


Abah, terima kasih banyak dah jaga krah selama ni”-


Kulihat beliau sebak.

Beliau menyalami erat dan memeluk abah, insan yang telah mengasuh dan membesarkan kami sejak dari kecil…. Insan yang telah mencorakkan kehidupan kami bersama arwah bonda… yang telah membimbing kami sehingga menjadi seperti hari ini

Aku melihat bening dari tangga. Terasa seperti mimpi untuk berpisah dengannya. Kukuatkan hati. Walaupun selama ini sering sahaja berpisah, tapi tidak pernah kurasakan sesedih ini. Alahai, Rasa macam berpisah jauh pula.huhu. Apepun Kakakku bakal dibawa pergi dengan kehidupan yang baru...Alhamdulillah.

Terasa tidak lengkap keluarga ini tanpanya. Namun kuyakin, kehilangan ini hanyalah sementara. kehilangan ini jualah tanda kasih sayang Allah kepada kami, perpisahan ini jualah yang akan menambah lagi kerinduan dan mahabbah antara kami sekeluarga.

Dan bukankah hakikatnya perpisahan ini adalah titik pertemuan untuk ummat Nabi Muhammad yang lebih besar.Kita patut berbangga dengannya =)


Kulihat wajah adik-adik yang ada disekelilingku. Kekuatan itu serta merta datang menjelma. Suatu hari nanti aku juga pasti akan meninggalkan mereka.. Namun semoga dengan masa yang masih ada ini, aku berharap aku mampu berbakti menjadi kakak yang terbaik kepada adik-adikku yang lain.Juga kepada semuanya, sehingga ke akhirnya insyaallah..

Kereta MyVi meredah bumi Kelantan.Menuju Johor tempat mereka berbudi.

Insyaallah kalian kan pulang lagi.

Sayonara Kakakku.MOga rahmat Allah mengiringi permusafiranmu bersama orang baru dalam hidupmu.

Kutulis coretan ini bersama kenangan indah, dari

Bilik yang pernah menjadi ‘bilik kita membesar bersama’.

“Barakallahulakum wajama’a bainakuma fi khair…”


Mabruk a’laik untuk kakak tersayang, Kak Rah (Siti Maisurah bt Mohd Nor) & juga abang ipar, abe Alimi atas ikatan perkahwinan yang terbina. Moga terus disirami haruman sakeenah mawaddah wa rahmah dalam kehidupan kalian berdua.. Insyaallah

Takbir!... :-)


239, che latiff,

Kuala Besar

7.10 am

.


"Wahai Tuhan kami, kurniakan kami serikandi dan zuriat sebagai penyejuk di mata, dan jadikan kami sebagai imam kepada orang-orang yang bertaqwa "
(Surah Al-Furqaan, Ayat: 74)