Monday, October 31, 2005

SALAM AIDILFITRI..

Image hosted by Photobucket.com



>> disampaikan oleh Ustaz HAsrizal (www.saifulislam.com)

BERAT bunyinya. Sukar untuk kusembunyikan. Apakah yang mahu disembunyikan itu? Pastinya, apa yang cuba saya sembunyikan bukanlah hak orang lain. Saya bukan menyembunyikan ilmu, atau berita atau apa-apa yang menjadi kewajipan saya menyampaikannya.

Apa yang cuba saya sembunyikan, adalah sesuatu yang rumit. Saya telah diajar oleh guru saya bahawa, senyuman yang biasa adalah senyuman kerana gembira. Namun, senyuman yang luar biasa adalah senyuman untuk menggembirakan orang lain. Walaupun hari dilambung sedih, jiwa resah lagi gelisah, namun demi kegembiraan orang lain, saya belajar untuk terus setia melemparkan senyuman.

Ya, inilah yang sukar saya sembunyikan. Keresahan dan kesedihan hati di sebalik senyuman menjelang Aidilfitri. Hari Raya mengingatkan saya kepada banyak peristiwa sedih dan saya kehairanan melihat orang ramai terlompat-lompat girang menjelang Syawal, ketika menyinsingnya senja Ramadhan. Pergi sudah bulan lapar, pergi sudah bulan ini tak boleh itu tak boleh. Datang kembali bulan-bulan biasa. Bulan yang biasa dengan pelbagai kebiasaan yang luar biasa!

Ramadhan ini saya menelan pahit terhadap realiti di sekeliling saya. Dunia dilanda bencana sana dan sini. Kalau Amerika dipukul taufan, tidak sukar untuk saya mencari sifirnya. Tetapi bagaimana dengan Acheh dan Kashmir? Saya sedang menghitung-hitung cause and effect dan setiap kali menghitung, hati saya dibelenggu kesedihan. Tidak cukup dengan bencana alam, manusia juga semakin jauh dari Tuhan. Ramadhan seakan-akan tiada erti dan makna. Dunia sudah tidak boleh menjadi lebih buruk dan tragis daripada apa yang ada pada hari ini.


Ini adalah gambarajah yang saya petik daripada buku 'Umru Ummatil Islam wa Qurbu Dzhuhi al-Mahdi 'Alayhi as-Salaam (1996) karangan Amin Muhammad Jamaluddin (al-Maktabah at-Taufiqiyyah, Kaherah, Mesir). Ia diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan tajuk "Umur Umat Islam, Kedatangan Imam Mahdi dan Munculnya Dajjal) terbitan Penerbitan Cendekia, Jakarta, Indonesia). Ia adalah satu sinopsis daripada himpunan hadith-hadith yang sahih serta hadith kategori lain yang masih di lingkungan yang sah untuk dirujuk.

Mahu atau tidak mahu, peristiwa di atas pasti akan berlaku. Mengingatkan orang ramai tentang Kiamat bukanlah suatu bid'ah atau pencetus huru hara, namun ia adalah pendekatan al-Quran yang sering diulang-ulang. Malah Rasulullah SAW juga selalu mengingatkan para Sahabat dan sekalian umat Islam agar bersiap sedia, kerana dengan terutusnya Baginda SAW, bererti telah sampailah tamadun manusia ke akhir zaman.

Namun, penting untuk saya tegaskan di sini bahawa, kita tidak seharusnya paranoid. Sama juga dengan tazkirah al-maut. Kita tidak diajar supaya takut kepada kematian dan kiamat. Sebaliknya hendaklah kita mengambilnya secara positif.

Inilah yang saya belajar daripada peristiwa Lailatul Qadr. Allah SWT membiarkan ia datang pada suatu malam yang tidak dapat dikenal pasti tarikhnya melainkan dengan sedikit sebanyak panduan agar Umat Islam dapat mengejarnya. Sesuatu yang tidak pasti, jika diambil secara positif, akan menjadikan kita cemerlang. Kita tidak pasti bila kita akan mati, bila akan kiamat, bila kemenangan Islam akan berlaku, bilakah Lailatul Qadr dan sebagainya. Semuanya ini, jika diambil secara positif, akan menjadikan kita bersungguh-sungguh meningkatkan usaha. Malah mungkin kerana itu jugalah kita dianjurkan Islam supaya berniaga. Perniagaan tidak seperti kerja makan gaji. Kerja makan gaji menjadikan kita selesa di zon selamat. Produktif atau tidak, gaji tetap sama.

Namun bagi yang berniaga, jika rajin berusaha, Insya Allah banyaklah hasilnya. Apa yang penting ialah, memaksimumkan usaha di ambang ukuran masa yang tidak pasti, akan menjadikan kita cemerlang.

Inilah yang saya kehendaki dari tazkirah Kiamat di ambang Aidilfitri itu. Fikir saya ialah, untuk menuju Akhirat, saya mesti mengambil falsafah tok wan kita menanam pokok durian. Mereka tahu mereka tidak akan sempat merasa buahnya. Namun mereka menanam untuk dinikmati oleh anak cucu selepas ketiadaan mereka. Mereka memberi tanpa ada terdetik rasa mahu dibalas dan menerima... melainkan ganjaran kebaikan dari Allah semata.

Mungkin umur saya bukan umur untuk bertemu dengan kehuru haraan peperangan Yakjuj Makjuj, Dajjal dan lain-lain. Namun, ia mungkin era anak saya, mungkin era cucu saya, maka tugas saya adalah untuk membesarkan anak-anak saya dengan didikan Tauhid yang jitu kerana di ambang kemunculan al-Mahdi, amat bimbang untuk saya fikirkan, adakah anak saya akan menjadi tentera Tauhid atau pengikut Dajjal yang menipu... Allah.... segeralah kita bercucuk tanam, sebelum datangnya kiamat, sebelum berlakunya kematian diri...

Salam Aidilfitri, tangisilah pemergian Ramadhan kerana berlalunya ia tanpa keampunan dari Allah, kita hidup di ambang neraka.. Amin Amin Amin... kata Rasulullah SAW.

Wassalamualaikum wbt.

@ABU SAIF

Cheras 56000
30 November 2005 / 27 Ramadhan 1426H




p/s: sm2 koreksi diri..muhasabah diri..


The 6 Significances Of Eid Ul-Fitr....

Eid is a Thanksgiving Day for muslims : as muslims assemble in a brotherly and joyful atmosphere to offer their gratitude to Allah for helping them to fulfill their spiritual obligations prior to the Eid...


Eid is a Day Of Remembrance: We, muslims, pray to Allah & glorify His name to demonstrates our remembrance of His favours....

Eid is a Day of Victory: The devotee who succeeds in attaining his spiritual rights and growth receives the Eid with a victorious spirit....

Eid is a Day of Harvest: Allah gives infinitely to those who are sincerely concerned with the general welfare of their fellow believers....

Eid is Day of Forgiveness: When muslims assemble in the congregation of the Day, they whole-heartedly pray for forgiveness & strength in faith...and Allah has assured those who approach Him with sincerety of His Mercy & Forgiveness....

Eid is a Day of Peace: When a muslim establishes peace within his heart by obeying the Law of Allah & leading a disciplinary life, he has certainly concluded a most inviable treaty of peace with Allah....

taqabballahu minna wa minkum wa ahaala allahu alaika...wallahualam....

p/s: slm lebaran dr ana..maaf zahir batin..

HOMESICK?

Slmwbt...sorry 4 d long silence...so bz with d exam..still have 7 papers to go..

I began to feel homesick the last few days. (Saturday-When d college officially closed for RAYA Holidays, and when most of d students were leaving d college..the feeling strangely and painfully elevates. Nak baliiikkkkk!!MAybe i really miss d home..(tmbh2 dah nak dekat raya dah ni..) n d college also become more lengang after ramai yg dah balik kmpg..just 100> of us (those who got physic n maths paper were still here, setia utk meneruskan perjuangan di medan peperiksaan..hehe)

God, I'm am soo officially stuffed with informations and facts and figures.(statistik punye pasal..Can't stop thinking how wonderful it is when exam's finally over and I will finally go back to my beloved home sweet home..huhu..Owh..mg2 belajarku betul2 kerana Lillahi..Aamiin..

Sometimes I wonder if I'm really being optimistic and happy everyday. At one point, I will start feeling pressure that I don't even know where it comes from and want to cry. Like today. Wouldn't it be nice to have someone that can give you a hug whenever you need? yes. I said whenever.Friends can't do that because they can only give you hugs when they see you. Now I really want my mum n my dad. Those that I really want to hug..owh..really miss em'

But,Kpd shbt2 yg berada kat kolej ni..if we realize..a lot of hiKmah dat we hv gt tru..Just think.Think why ALLAH has choose us to stay here, when d others already got on their bed at home.. tidakkah kita merasa bertuah, kita masih berpeluang melakukan solat terawih beramai2 di kolej yg tercinta ni.. diberi peluang oleh Allah utk merasai saat2 akhir RAmadan di dlm suasana yg totally different compared if we r at home rite now..mungkin tidak bisa utk kita bersama2 beribadah di surau, bertadarus dan sebagainya jika tidak ditakdirkan utk terus berada di sini..

In conclusion, don't dwell too much over what you don't get, and you will be liberated. You will then be able to say "AlhamdulilLah, I am thankful that ALLAH has created me the way I am.." Wallahua'lam.

The more you want somthing, the harder it gets. Will you give it up or will you keep on trying because you just want it so bad? even if it hurts? well,ketahuilah bhwa dat's only Allah's way to make our spirit strong.. usaha,doa tawakkal k..

All d best!! MAá taufiq wannajah..
WAlau sampai pagi raye, sy redha.. =p
because I know Allah knows the best for me..

Kita adalah hamba...

walaupun di pagi raya.

Hamba selamanya... =p

Monday, October 10, 2005

Ramadan boleh diibaratkan sebagai bulan ibadah dan bulan mengkoreksi diri dalam meniti hari sepanjang bulan Ramadan. Sudah sewajarnya kehadiran Ramadan dilalui dengan penuh keimanan, kesabaran, keinsafan dan mengharapkan keredhaan Allah. Dari amalan sebulan Ramadan kita mengharapkan agar lahir sifat takwa di dalam diri kita. Semoga ibadah puasa pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Meh kita tgk apa antara amalan yang sunat dilakukan pada bulan Ramadan..InsyaAllah..sm2 kita mengejar rahmat Allah di bulan yg penuh barakah ini..=p

Melewatkan sahur
Waktu sahur yang paling baik ialah menjelang Subuh, kira-kira sama dengan orang membaca 50 ayat al-Quran, iaitu lebih kurang 10 minit atau 15 minit sebelum waktu Subuh.

Hal ini dinyatakan dalam hadis yang bererti:
Dari Zaid bin Tsabit berkata:
"Kami sahur bersama Rasulullah s.a.w, kemudian kami berdiri solat." Saya bertanya:"Berapa lama jarak antara keduanya itu?" Baginda bersabda: "Lima puluh ayat al-Quran" (HR Bukhari).

Dari Abu Zar al-Ghifari r.a. secara marfu', bahawa Rasulullah bersabda; Sentiasalah umatku dalam kebaikan, selama mereka menyegerakan berbuka dan melewatkan bersahur."

Bersahur dengan kurma
Bahan makanan untuk sahur yang paling besar berkahnya dan paling baik adalah buah kurma. Buah kurma tidak hanya untuk berbuka, tapi juga sangat baik untuk sahur. Bersahur dengan buah kurma merupakan sunnah Nabi. Ada keuntungan yang berlipat kali ganda bagi orang yang bersahur dengan kurma, iaitu pahala berjumpa Allah dan rasa kenyang.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Dari Abu Hurairah, berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma" (HR Ibnu Hibban dan Baihaqi).

Meninggalkan ucapan dan perbuatan sia-sia
Orang yang berpuasa tetapi berbohong atau berbicara kotor dan melakukan perbuatan-perbuatan yang keji, tidak akan dapat pahala dari puasanya kerana puasanya itu tidak diredai Allah. Puasa yang diredai Allah ialah puasa yang dilakukan dengan akhlak yang baik dan ucapan yang terpuji.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Dari Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda: "Barang siapa tidak meninggalkan perkataan bohong dan perbuatan curang, maka Allah sama sekali tidak memerlukan perbuatannya meninggalkan makan dan minum (puasa)" (HRBukhari).

Menahan diri dari cercaan orang lain
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : Dari Abu Hurairah, berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidaklah dikatakan berpuasa kerana tidak makan dan tidak minum. Akan tetapi, yang dinamakan berpuasa adalah kerana meninggalkan ucapan sia-sia dan perbuatan yang buruk. Kerana itu jika ada orang yang memakimu atau berlaku jahil kepadamu, katakanlah (kepadanya): 'Aku sedang berpuasa. Aku sedang berpuasa" (HR IbnuKhuzaimah, Ibnu Hibban dan Hakim).

Menyegerakan berbuka
Disebutkan dalam sebuah hadis: "Dari Sahl bin Sa'ad, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mana ia menyegerakan dalam berbuka" (HR Bukhari).

Memperbanyakkan doa ketika berbuka
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Dari Abdullah bin Amr bin Ash, berkata, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : "Bagi orang yang berpuasa ada doa yang tidak akan ditolak ketika ia berbuka. Dan bila Abdullah berbuka, ia berdoa: Wahai Tuhan, aku meminta kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang meliputi segala-galanya agar Engkau ampuni aku" (HR Ibnu Majah).

Menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa
Seseorang yang memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang sedang berpuasa, akan memperoleh pahala sebanyak pahala orang yang berpuasa tersebut; sedangkan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurang sedikit pun.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis:
Dari Zaid bin Khalid al-Juhani, dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Barang siapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia memperolehi pahala sama dengan orang yang berpuasa sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikitpun" (HR Tirmizi. la berkata: Hadis ini hasan shahih)

Menghidupkan malam Ramadan dengan solat
Rasulullah SAW bersabda: Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa melakukan solat pada malam-malam Ramadan dengan iman dan mengharap keredaan-Nya, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni" (HR Bukhari dan Muslim)"

Memperbanyak sedekah
Bulan Ramadan merupakan kesempatan terbesar bagi setiap orang Islam untuk meningkatkan amal kebajikannya. Bahkan Rasulullah SAW memanfaatkan bulan Ramadan dengan mengeluarkan sedekah jauh lebih banyak dibanding pada bulan-bulan yang lain. Ibnu Abbas menggambarkan kedermawanan baginda pada bulan Ramadan lebih banyak dibanding tiupan angin. Kerana itu setiap muslim yang mampu hendaknya memperbanyak sedekah pada bulan Ramadan.

Memberbanyak tadarus al-Quran
Pada setiap malam bulan Ramadan, Jibril berkunjung kepada Rasulullah SAW. Pada saat itu Rasulullah membaca al-Quran dan Jibril menyemak atau mendengarkannya seumpama orang bertadarus. Perbuatan Rasulullah SAW ini menegaskan betapa utamanya kegiatan al-Quran pada bulan Ramadan.

Memperbanyak istighfar
Amalan kebajikan yang perlu ditingkatkan sepanjang bulan Ramadan, antaranya mengucapkan "Laa ilaha illallah", mengucapkan 'astaghfirullah", memohon masuk syurga dan memohon dijauhkan dari seksa neraka. Dengan memperbanyak bacaan istighfar, kalimah toyyibah, permohonan masuk ke syurga dan menjauhi neraka, akan bertambah banyaklah amal kebajikan kita dalam bulan Ramadan. Sebab bulan Ramadan adalah bulan terbukanya pintu pengampunan Allah dan tertutupnya pintu-pintu neraka.

Solat tarawih
Rasulullah s.a.w. bersabda: "(Bulan Ramadan adalah bulan) Allah menetapkan kewajipan puasa kepada kamu; dan aku disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Barang siapa berpuasa pada siang harinya dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharap keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan oleh ibunya" (HR Ibnu Khuzaimah).

Iktikaf
Aisyah meriwayatkan hadis sebagai berikut: "Adalah (Nabi SAW) beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadan sampai Allah mewafatkan baginda, kemudian isteri-isteri baginda beriktikaf sesudah itu" (HR Bukhari Muslim).

Iktikaf ertinya duduk dengan diam atau duduk menyendiri. Menurut istilah syariat, iktikaf ialah tinggal menyendiri di dalam masjid untuk melakukan ibadah selama sepuluh hari akhir bulan Ramadan tanpa keluar, kecuali kerana keperluan yang mendesak.

Mencari Lailatul Qadar
Diriwayatkan dalam hadis Abdullah bin Shamid bahawa Rasulullah SAW bersabda: "...(laitu) ada pada bulan Ramadan. Kerana itu hendaklah kamu mencarinya pada sepuluh hari terakhir. Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, atau malam terakhir" (HR Ahmad)

Malam Lailatur Qadar adalah malam ketika Allah menurunkan firman-Nya ke langit dunia sekali gus. Hal ini berbeza pengertiannya dengan malam nuzul Quran, iaitu saat pertama al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. di gua Hira' yang terjadi pada 17 Ramadan ketika baginda berusia 40 tahun.

Mengenai malam Lailatul Qadar ini disebutkan dalam firman Allah:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbitfajar" (Al-Qadar: 1-5).

Memperbanyak ibadah pada 10 hari terakhir Ramadan
Disebutkan dalam sebuah hadis: Dari Aisyah: "Adalah Rasulullah SAW bila memasuki sepuluh hari terakhir, baginda menguatkan ikat pinggangnya dan menghidupkan malamnya serta membangunkan isteri-isterinya" (HR Bukhari dan Muslim).

Wednesday, October 05, 2005

.: Ujian itu Mehnah :.


KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12



Maka, Nikmat Tuhan yang manakah yang hndk kamu dustakan??

"Sesungguhnya Al-Quran itu Syifa'..
Penyembuh segala Duka..
Pengubat segala Rasa..
Penawar segala-gaLanya"






Monday, October 03, 2005

.:1 RAMADAN 1426 H:.

Assalamualaikumwbt..

Alhamdulillah.. Ramadan telah menggamit tiba..May Allah(SWT) allow us to go through it with ease. Amin.
Mlm td alhamdulillah..slmt mengerjakn solat terawih brjemaah kat surau..
(sejuk ati tgk ramai orang..blh dikatakn agak penuh jgla surau mlm td..alhamdulillah),
and di pghujung mlm nanti (insyaAllah), mg dibangunkan oleh Allah utk
menghidupkan sunnah RAsulullah... iaitu bErSaHUr.. eheh..(sama2la kejutkan k)
(qiamullail pekaba? mg diberi kekuatan utk mengerjakannya =p)
sudah menjadi kebiasaan,mak n abah akan call untuk mengejutkan anak2 nye yg berada jauh2 ni..
(wlwpun biasenye mmg akn terbangun sndri dikejut oleh alarm henset n jg shbt2 yg sememangnye pantas lagi tangkas..hehe)
rindunye bersahur dgn serunding & sambal tumis penangan mak..huhu..
xpe..ni lah pengorbanan dlm menuntut ilmu.. terpaksa berjauhan dgn keluarga..

Okla.. ana skip jap eh isu pasal Ramadan..
hari ni ana nak share satu watikah..
eh..silap..warkah sbenanye.. (diposting oleh seorang shbt di extro)

yang ana kira cukup bermakna utk insan bergelar MUSLIMAH..

(kalianlah sayap kiri perjuangan suami kelak..=)

slmt membaca k..=p


Titipan Buat Calon Zaujahku ..

Image hosted by Photobucket.com



Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Assolatuwassalam a’la Rasulillah
Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad saw, Pembawa Rahmat Seluruh Alam...

Salam sejahtera buat calon zaujahku yang dihijab pertemuan olehNya sehingga detik kita disatukan dengan lafaz ijab bersaksi qabul berwali. Semoga langkahmu tangkas dengan semangat juang Islam. Walau apapun yang kita lakukan, dasarilah ia dengan memohon keredhaanNya supaya setiap langkah itu beroleh keberkatan.

'Ya Allah, gembirakanlah aku dengan redhaMu'

Kukira untaian doa srikandi iman, Sayyidah Nafisah binti Hasan bin Zaid bin Hasan bin Ali bin Abu Thalib ini mampu menyuburkan hatimu dengan Nur KasihNya.

'Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.' (Ar-Rum: 21)

Telah dikhabarkan bahawa engkau adalah calon yang sekufu untukku, bakal menjadi peneman solehah bersamaku merentas becaknya denai-denai perjuangan Islam ini. InsyaAllah. Kesesuaian ini telah kupohon dalam setiap doaku padaNya, dalam setiap sujudku, dalam setiap ibadah hajat dan istikharahku selama ini. Tanpa jemu walaupun pertemuan itu masih dirahsiakan. Besar kurniaanNya kepada kita. Hijab itu membolehkan aku dan kau melengkapkan diri masing-masing dengan bekalan agama agar baitul muslim kita nanti tidak suram dengan Nur keimanan yang malap.

Calon zaujahku yang dirahmati,

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Bukan harta yang kuperlukan, bukan keturunan yang menjadi keutamaan, bukan
kecantikan yang kuidamkan, tetapi kefasihan agamamu itu yang aku dambakan. Itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak pewaris ketauhidan Islam dalam mengESAkan Allah Yang Satu.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dan lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa--bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi maha Mengenal.” (Al-Hujarat: 13)

Sirah telah membuktikan bahawa seorang Khalifah mulia menjodohkan puteranya dengan seorang gadis penjual susu lantaran iman yang kuat menjadi benteng gadis itu daripada menderhakai Allah. Akhlak indah yang menjadi pakaian gadis suci itu membuatkan hati Khalifah terpaut. Inilah kisah yang ingin aku kongsikan denganmu wahai calon zaujahku.

Pada suatu malam Khalifah Umar Ibnu Khattab sedang membuat tinjauan terhadap rakyat-rakyatnya. Sampailah Umar ra. di sebuah rumah penduduk, ketika itu mereka sedang berbincang tentang sesuatu. Umar mendengar semua perbincangan mereka. Seorang ibu berkata kepada anak perempuannya:“Anakku bangunlah, serta campurkanlah susu itu dengan air. Puterinya menjawab: Apakah ibu belum mendengar larangan daripada Amirul Mukminin itu? Ibu itu bertanya lagi:“Apakah larangan Amirul Mukminin itu?” Puterinya menjelaskan: “Wahai ibu, sesungguhnya Amirul Mukminin melarang umat Islam menjual susu yang dicampurkan dengan air”Ibu itu berkata lagi: “Cepatlah engkau campurkan susu itu dengan air, tak usahlah kamu takut dengan Saidina Umar, kerana ia tidak melihatnya” Puterinya menjawab: “Wahai ibuku, memang Umar ra. tidak melihat kita, tetapi Tuhan yang disembah Umar melihat kita. Maafkan saya wahai ibuku, kerana tidak dapat mematuhi permintaanmu. Saya tidak mahu menjadi orang yang munafik mematuhi perintah di hadapan orang ramai, tetapi melanggarnya apabila di belakang mereka.”Khalifah Umar ra. yang terkenal tegas itu menjadi terharu hatinya. Umar ra. merasa bangga dengan ketaqwaan gadis miskin penjual susu tersebut. Setelah pagi, Saidina Umar memerintahkan puteranya Ashim supaya pergi ke rumah gadis tersebut.
“Wahai anakku, pergilah engkau ke sebuah rumah penduduk, di dalamnya ada gadis penjual susu, jika ia masih sendiri, pinanglah ia. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kurnia kepadamu anak yang soleh.”Ternyata dugaan Saidina Umar ra. itu benar sekali. Ashim menikah dengan wanita yang mulia tersebut dan mendapat seorang anak perempuan yang bernama Ummu Ashim. Kemudian Ummu Ashim berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan, dan mereka mendapat seorang anak lelaki yang bernama Umar bin Abdul Aziz, yang kemudian menjadi seorang khalifah yang terkenal dan bijaksana.
Jika asas baitul muslim itu kukuh, tidak mustahil ia mampu melahirkan pejuang-pejuang agamaNya yang berpedangkan taqwa dan berperisaikan iman. Di hati mereka bercahaya dengan kasih sayang Ilahi kerana mereka lahir daripada bait penyatuan dua jiwa yang hidup berbumbungkan sunnah berpelitakan al-Quran, berdindingkan wasatiah dan qanaah. Itulah hakikat sebuah baitul muslim.

Calon zaujahku yang telah dijanjikanNya ,
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Surah yang diberikan kemuliaan buatmu dan insan yang bergelar wanita. Istimewanya dirimu sehinggakan Allah menukilkan pesananNya dalam surah khusus buatmu. Dan itulah janji-janji Allah bahawa seorang wanita yang solehah itulah mutiara syurga buat suaminya walaupun kekayaan duniawi tidak terhampar di kakimu.

Maafkan aku kiranya tiada harta yang mewah, mutiara atau kilauan permata kupersembahkan dalam hidupmu. Tetapi, aku hanya mampu menjanjikan hantaran yang paling berguna untuk kita berdua sepanjang zaman. Itulah panduanNya, Qalamullah. Islam menegaskan agar ku ajar dirimu mengenal Allah, zat yang agung. Itulah kunci kesempurnaan yang hakiki.

Seringkali kau mengeluh, kau hanya insan lemah. Sedarilah bakal isteriku, kelemahanmu itu adalah kekuatan yang dikurniakan Allah buatmu. Dari kelemahan itu, terletaknya rahim yang telah melahirkan seorang Rasul, seorang Nabi, seorang abid dan juga pejuang jihad yang Allah janjikan syurga demi setitis darah mereka.

Ia lahir daripada jerih doamu, penat sabarmu dan lelah tabahmu. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu.Hati serapuh kaca,kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera,hiasilah dengan akhlak

Bantulah aku dalam mentakrifkan pernikahan ini. Semoga ia menjadi wasilah sebuah pembangunan insaniyyah yang akan menjadi khemah dakwah dan tarbiyyah.

Bakal isteriku yang dirahmati,
Titipan ini sudah sampai ke penghujungnya. Namun, doaku padamu tidak pernah berakhir. Seperti doaku padaNya, moga saf antara aku dan dirimu akan bersama-sama melalui siratulmustaqim yang lurus menuju jannahNya yang dirindui. InsyaAllah.

Andai ada ingatan darimu, pohonkan dariNya moga aku terus tegak dalam memperjuangkan kalimahNya walau dijengah mehnah lantaran zaman ini adalah pengakhiran sebuah destinasi.. Dunia sudah terlalu tua, ia hanya menanti masa.

Salam buat teman solehahku...

Saturday, October 01, 2005

AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN....

Image hosted by Photobucket.com


Salam alaik...

Tinggal brape hari je lagi kita umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan...kejap kan?pejam celik..pejam celik..dah tiba ramadan seterusnya..

"Shahru RAmadan"
Bulan yang disebut oleh Rasulullah sbg 'bulan Umatku'...
(alangkah bertuahnya kita dilahirkan sbg Umat NAbi Muhammad Saw)..
bulan yg x patut kita sia2kan..
utk kita memperELOKkan lagi ibadah kita Tuhan Yang Esa..
menguji kesabaran & keimanan..yg sudah pasti dpt mendeKAtkan lagi diri kpd-Nya..

di kala ni dah terbayang2 keseronokan berpuasa, sahur ramai2 dgn keluarga
(@ klau yg duk menuntut ilmu cam ana ni,berbuka dgn shbt2 pun sudah cukup menggembirakan)....
best sgt2..
rindu berbuka dgn akak2,kwn2 kat surau..
berbuka dgn tamar...
kemanisan bersolat terawih jemaah kat masjid..
moreh bubur lambuk scra "berjemaah"..n sbgnyelah..
dan situlah terserlah kekuatan ukhwah antara kita..

kesimpulannya, diri ini x sbr menantikan kedatangan bln Ramadan yg penuh barakah.. n Moga masih ada kesempatan utk ana n shbt2 suma bertemu dgn RAmadan kali ini..InsyaAllah..

Sesungguhnya Ramadan itu mengandungi seribu rahmat, malah menunggu-nunggu datangnya pun adalah rahmat Ilahi. seperti sabda Rasulullah, maksudnya:

"Sesiapa yang bergembira dengan datangnya Ramadan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka."
(Hadis riwayat Ibn Majah).

Firman Allah yg bermaksud:-

"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur" [2: 185]

Akhirulkalam..Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak buat smua..
mg kita sm2 dpt memanfaatkan bulan ini dgn sebaiknya..
InsyaAllah..

Ahlan wasahlan Ya RAmadan!!