Saturday, October 29, 2011

Alhamdulillah...Kenangan bersama Masyaikh2 Al-Azhar...

Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Pertama (7)

Nadi Riadhi, Kaherah - Alhamdulillah, Majlis K-6 untuk hari ini dah selesai dan berjalan dengan lancar. Hari ini kami telah selesaikan sebanyak 197 hadith bersama Masyaikh Terbaik, antaranya Sheikh Jamal Farouq, Sheikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani, Sheikh Usamah Al-Azhari dan banyak lagi yang turun bersama K-6 untuk kali ini.

Majlis hari ini, diakhiri dengan Tasbih Kafarah & Surah Al-Asr dan ramai-ramai menunaikan solat Asar berjemaah dan menjamu selera.

Alhamdulillah, selesai sudah untuk hari ini, tepat jam 3.45 p.m. Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri yang ke-3 ini akan bersambung untuk esok hari pada pukul7.00 a.m, InsyaAllah.

Sekian,
Assalamu-'Alaikum-Wa-Rahmatu-llahi- Wa- Barakatuh.

Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Pertama (6)

Nadi Riadhi, Kaherah - Sekarang tiba giliran Fadhilah Sheikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani mendengarkan bacaan hadith-hadith bermula dari hadith ke-3297, sekarang hadith ke-3326.

Antara gambar-gambar yang dipilih untuk tatapan anda :-

Ini yang sekarang :



>> Ini "time" makan tadi >>


>> Ini ketika pembacaan hadith dari Fadhilah Sheikh Usamah Al-Azhari, sebelum zohor tadi :-






Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Pertama (5)

Nadi Riadhi, Kaherah - Alhamdulillah, kami telah selesai mendengar sebanyak 54 hadith bermula dari hadith ke-3190 hingga ke-3244. Bacaan hadith tadi dimulakan dengan Fadhilah Sheikh Usamah Al-Azhari dengan lancar dan baik.

Pembacaan seterusnya, insyaAllah akan bermula pada pukul1.30 tengahari selepas ini. Ianya akan disampaikan oleh Fadhilah Sheikh Doktor Jamal Farouq, Fadhilah Sheikh Muhammad Ibrahim dan Fadhilah Doktor Rif'at Fauzi.

Di bahagian luar dewan, kami dimeriahkan dengan gerai-gerai yg dibuka khas sempena Majlis K-6. Antara gerai yang hangat dibualkan oleh para peserta adalah sebuah gerai yang membuka khidmat "printing" gambar-gambar program hari ini, dan yang "best"nya gambar-gambar ini boleh di"edit" ikut citarasa pembeli.

Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Pertama (4)

Antara Gambar-gambar Slot Perasmian bagi Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri ke-3 ; -

Gimik Perasmian :-


Pencinta Ilmu :-

Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Pertama (3)

Nadi Riadhi, Kaherah - Antara Sheikh yang menghadiri Majlis Perasmian untuk Majlis Pembacaan Kutub Sittan siri ke-3 ini adalah seperti berikut :-

Sheikh Jamal Farouq


Sheikh Ahmad Nabawi


Sheikh Aiman


Sheikh Yahya Al-Kattani

3 comments:

Rasydan Rasyid said...

tolong editkan tulisan dengan warna yang lebih cerah supaya lebih mudah dibaca.

Anonymous said...

buy valium online valium severe anxiety - valium dosage half life

Anonymous said...

buy xanax xanax side effects common - order xanax valium online