Saturday, June 25, 2011

Rakyatku : Masanya untuk Memilih Jalan Keselamatan




Alhamdulillah..

Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang kerana perjuangan baginda dan sahabat-sahabat jualah akhirnya sampai Islam kepada kita hari ini...


Gembira melihat 'ummah' yang sudah matang berfikir..

Apakah lagi celupan yang baik melainkan celupan Allah?...

Sistem Islam sudah terang-terangan membawa kebaikan dan keadilan untuk semua.

Maka merugilah bagi pihak yang selama ini 'mengotorinya'...

mengotori dengan sistem jahiliyah, sistem sekular, sistem liberal, dan macam2 sistem ciptaan manusia mengikut kehendak nafsu dan akal semata...

yang 'merana'nya rakyat.. usahkan urusan Agama, urusan dunia juga sudah kucar kacir..

Allah... Besarnya tanggungjawab dan beban yang dipikul pemimpin.

Salah memilih jalan buruk padahnya.

Apakah mereka tidak memerhatikan yang segalanya di dunia ini hanyalah pinjaman... Sentiasa ada malaikat yang mencatat di kanan dan kirinya..

dan segalanya akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak..

Maka segala penipuan dan 'pengotoran' tidak sama sekali boleh dibiarkan.~

Bersihkan segalanya. Sucikan ia dengan Kefahaman.

Pilihlah jalan keselamatan..

dan hanya jalan 'ISLAM' yang mampu menyelamatkan kita dan menyucikan diri kita dari segala kotoran jahiliyah dan tipuan dunia...

"..Allah mengilhami (sukma) keburukan dan kebaikan; beruntunglah bagi siapa yang mensucikan, rugilah bagi yang mengotorinya.."
(As-syams : 8-10)


~Mendoakan yang terbaik untuk "mini-tsaurah" di negara2 yang kuyakin masih dicintai Allah.

Salam kerinduan dari Mesir..

Ahyana
Syarqiyah
Zaqaziq

Saturday, June 18, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah...



Apa khabar Hati?...

Masihkah ia seperti embun?

Menunduk tawadduk di pucuk-pucuk daun?..


Masihkah ia seperti karang?

Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian?..


Apa khabar Iman?..

Masihkah ia seperti bintang?

Terang benderang menerangi kehidupan?....


Mungkin pernah lelah membaluti tubuh kita..

Mungkin pernah rasa 'futur' mengambil alih posisi hamasah
dan semangat yang sentiasa membara..

kadangkala tersedar tentang amalan untuk di bawa ke sana.
namun seringkali pula kita tertawa dengan keseronokan sementara dunia...

dan astaghfirullah... kita adalah hambanya yang sentiasa terlalai..


FASTAQIM KAMA UMIRTA - Harga sebuah Istiqamah.

Mungkin kita seringkali mendengar sepotong ayat Allah,[surah hud: ayat 112] "fastaqim kama umirta" yg bermaksud maka istiqamahlah dengan apa yang kamu lakukan.. sebuah ayat yang besar maknanya, tinggi komitmennya yang menjadikan Nabi kita beruban tatkala menerima wahyu yang besar ini...namun sejauh manakah kita memaknainya, dan sejauh mana pula kita menilai tahap ke'istiqamah'an kita dalam menjalani kehidupan ini..

mungkin kita sering terlari dr persimpangan itu.. landasan yg selama ini dijalani.. kesibukan duniawi..seakan2 membuatkan lupa tentang soal istiqamah dlm diri, ibadah dan kehidupan..

Kembali sucikan diri. Kembalilah kepadaNya.


Di mana pun berada...

Semoga kita semua sentiasa dalam pimpinan Taufiq dan Hidayah dari Allah SWT..

Selamanya Lurus di jalan LURUS-Nya..

Insyaallah.


"Ya Tuhan kami.. dekatkanlah kami kepada-Mu..istiqamahlah kami dalam perkara kebaikan, amal kami dan ibadah kami.. jangan Kau sesatkan kami dengan keseronokan dunia yang menjadikan kami hamba-Mu yg alpa.. jauhkanlah kami dari cinta dunia... jangan Kau palingkan hati-hati ini setelah Engkau berikan hidayah kepada kami.... Sesungguhnya kamilah hamba yang sering menzalimi diri kami sendiri... andai tidak Engkau ampuni, kamilah hamba yang merugi...Astaghfirullah...

"Lailahailla Anta subhanaka inni kuntuminazzholimin..."


FASTAQIM KAMA UMIRTA.

semoga selamanya mengikat hati-hati ini. InsyaAllah...


Ahyana.
-dalam perjalanan sebuah Ibadah..

16 Rejab 1432H
Syarqiyah Zagazig