Monday, December 27, 2010

Kita PCZ. =) Agenda Kesatuan...

http://www.youtube.com/watch?v=alft50YLCSU&feature=player_embedded

Tanpa ragu-ragu.
Tanpa was-was.
Undilah calon terbaik kita
Al-Hafiz Dr Bukhari Muslim =)

-selamat berelection untuk warga zagazig-

Undi anda akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak.

Friday, December 10, 2010

SANAH HELWA dan SELAMAT BERSARA, ABAH


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, Akhirnya dapat juga mengupdate secebis cerita di laman kesayangan.
Sudah lama mencari waktu-waktu yang lapang, namun kebanyakannya penuh kekangan. Alhamdulillah, malam ni diberi keizinan oleh Allah untuk mencoret sesuatu, yang mudahan dengannya bisa meninggalkan kenangan terindah dan perkongsian bermakna terutama buat yang tersayang..

ABAH. :)

10/12/2010. Hari istimewa untuk seorang Abah.

25 tahun bergelar guru, kini Abah berada di rumah, tidak lagi perlu bersusah mencari cuti, tapi kini 'cuti' pula yang mencarinya :)

Alhamdulillah...Selamat Hari jadi dan Selamat berpencen buat Abah!...

Sepatutnya 2 tahun lepas lagi Abah dah bersara, tapi kerana profesion guru ni merupakan 'kesayangan' dia dari dulu sampaila sekarang, Abah mengambil keputusan untuk sambung lagi setelah diluluskan kerajaan waktu itu. Pucuk dicita ulam mendatang orang kata.

Memang kuat semangat abah.

demi anak bangsa, Alhamdulillah....

Teringat saya sewaktu membuat buku skrap semasa ditingkatan 1 dulu, tokoh keluarga yang saya tuliskan dalam buku tu tak lain dan tak bukan adalah Abah. siap letak gambar dia kat pejabat sekolah lagi.mana taknya, abahlah orang yang sangat kami kagumi. pagi petang dirinya sangat komited dengan kerja dan beliaulah antara guru terajin pernah saya jumpa dekat dunia ni. Kalau nak mintak Abah cuti free2 je pendek kata menunggu buah durian runtuhla kami :)

Saya sayang Abah sebab Abah sentiasa menjadi guru terbaik dalam kehidupan. Abah tak cakap banyak, tapi kalu bercakap mesti ayat dia menusuk kalbu. Nasihat abah sangat bermakna. Yang penting Abah guru di setiap tempat.. Di rumah juga beliau menjadi guru terbaik untuk anak-anak, samada dari segi akademik mahupun pentarbiyahan akhlak. Dialah guru Al-Quran kami sejak kecil justeru saya sangat berterima kasih kepada Abah kerana berkat didikan langsung dari beliaulah telah menjadikan saya dan adik beradik bisa mengalunkan Ayat2 kalamullah dengan baik pada hari ini. Kami bisa mengenal ayat2 Quran Allah yang tidak ternilai ertinya.

Pernah satu ketika dulu Abah perlu di'transfer'kan ke sebuah sekolah di Jeli yang jaraknya beribu2 batu. Kerana komitmen kerja, abah gagahkan juga ke sana. Berkorbanlah kami berjauhan untuk setiap minggu, meninggalkan arwah mak yang waktu itu baru lepas pantang dan kami adik2 yang masih kecil. Tapi kerana memahami kerja Abah, alhamdulillah semuanya dihadapi dengan baik dan penuh kesabaran berjauhan dari abah. Pernah 1hari saya diserang penyakit [xtahu penyakit apa tapi something to do with heart complication, saya ingat lagi Dr dx : palpitation sambil buat tanda soal ?. he..nampaknya sakit saya x dapat dikenal pasti], sampai arwah emak terpaksa memanggil jiran yang agak jauh untuk menghantar saya ke hospital. memandangkan orang kampung sekitar tempat saya waktu itu juga kebanyakannya tidak mempunyai kereta, melainkan abah. Esoknya bergegas abah pulang ke kota bharu untuk melihat anaknya yang seorang ni ditahan di ward sambil berair mata.

Alhamdulillah, kerana beberapa asbab yang kukuh, abah akhirnya diposting kembali ke kota bharu. Kami kini satu sekolah kembali dengan abah. Pagi2 pergi sekolah dengan abah, balik juga dengan abah. Tapi paling best kalau masuk kelas yang abah mengajar. Matematik abah sangat terbaik. :) kalau time rehat2 pula dapat makan free dengan abah..hehe.

Jika di rumah, saya dapat melihat kepimpinan Abah, menjadi imam kami dalam segenap hal, Begitu jugalah di sekolah. dia tetap seorang guru dan pemimpin yang terbaik. semua kerja abah adalah tersusun. Kerja2 pemfailan semua memang boleh serah kat abah, apatah lagi surat menyurat. tidak hairanlah orang kampung pun akan hantar kat abah kalau bab2 urusan pengesahan dokumen, tulis surat dan sebagainya..

Time2 cuti pula abah akan ke sekolah. Susah nak jumpa cikgu serajin ni sampaikan kami pun terpaksa kerapkali 'helo' abah untuk mengajak beliau pulang ke rumah..hehe.. Abah2....

Tapi kini, di hari bersejarah ini, sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-58,
Abah terpaksa menerima hakikat yang dirinya sudah di'pencen'kan :)

Tak tahu bagaimana perasaan abah. Tapi saya harapkan yang baik-baik saja dan mudahan abah can 'adapt' well with his new relaxing life :)

Semasa hari persaraan tempoh hari, Abah mesej saya.

"Hari ni hari persaraan Abah. banyak abah dapat hadiah"

saya telefon kembali mengucapkan tahniah dan bertanya kepada abah :

"ABah, sedih dok takdi?" =)

Abah pun jawab : "Sedih jugok skit"

he...

ye ke bah skit...

rupa2nya mak membocorkan rahsia tadi, Abah nangis juga rupanya masa majlis tu..

Kesian abah, Sebak pulak.

xtahula, katanya abah teringat kat arwah mak. ya, pastinya banyak memori abah sepanjang menjadi guru, juga sepanjang dengan arwah ma kan....

Pastinya bukan mudah berpindah dari dunia yang dahulunya hari2 kita bergelumang dengannya, tapi kini ia tidak lagi.

Apapun didoakan semoga Abah semakin gembira walaupun telah bersara.
Insyaallah mudahan masa yang panjang ini insyaallag lebih memberi peluang kepada Abah untuk lebih banyak membuat kerja lain yang sebelum ini beliau tidak berpeluang melakukannya ketika menjalankan tanggungjawab sebagai guru di sekolah....

Abah, terima kasih atas segalanya. Ketahuilah semua orang sangat sayang pada Abah sebab Abah dah jadi contoh guru terbaik kepada semua.. Hanya Allah saja yang mampu balas jasa abah,

Abah tetap cikgu selamanya dihati kami...

Sayang Abah!..



Jasamu Di kenang......:)



Tuesday, December 07, 2010

Jiwanya yang tidak lesu untuk menasihat..........

Tersentuh bila membaca perutusan dari seorang pemimpin pagi ni. Teringin nak berkongsi...

Tok guru yang kita kenali, itulah beliau dulu, kini dan semoga selamanya sehingga akhir hayatnya (insyaallah)

Bait-baitnya, percakapannya, perlakuannya sentiasa membuatkan hati merasa dekat dengan Allah..

Sentiasa mengingatkan rakyat agar kembali kepada Allah dalam setiap kata-katanya,.

Bersyukurlah sahabat2 kerana kita masih dikurniakan PEMIMPIN yang benar2 sayang kepada kita.

Mahu kita selamat dunia akhirat. Bukan sekadar di dunia.


Selamat Membaca dengan Mata hati.




PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1432 ..




Hijrah demi tegak ketuanan Islam

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Firman Allah SWT, maksudnya: “Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui. (Iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal..” (Surah an-Nahl 16: 41-42)

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumi-Nya ini. Kini kita menyambut tahun baru 1432 Hijrah maka setahun lagi usia kehidupan kita bertambah. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.

Sesuai dengan kedatangan tahun baru Hijrah ini, maka ada baiknya kita memperingati Peristiwa Hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan ia selari dengan perintah al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua.

Firman Allah SWT, maksudnya: “Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.” (Surah Yusoff 12:111)

Justeru, memperingati Peristiwa Hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimana pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Islam di muka bumi ini seperti mana di perintahkan oleh Allah SWT.

Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.

Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam sebenar yang mengambil kira soal dosa dan pahala. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semua aktiviti hidup kita agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT. Insya-Allah, jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, maka kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan ke arah masyarakat yang aman dan sejahtera.

Semoga kehadiran tahun 1432 Hijrah ini memperkukuhkan keimanan dan ketakwaan demi memartabatkan ketuanan Islam dalam kehidupan kita di dunia menuju akhirat.

Sekian.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

* KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN *

Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh: 1 Muharam 1432H / 7 Disember 2010M


sumber

Monday, December 06, 2010

Kerana 'Hijrah' mereka....kita mendapat 'Cahaya' hari ini.........

Assalamua'laikum wbt...

Apa khabar semua? Harap iman semakin membaik di samping kesihatan. Begitu juga dengan akhlak,juga pencapaian2 yang lainnya,... InsyaAllah..

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 1 Muharram 1432 H. Tahun baru dalam islam.. semua ingat ke? Ke ingat nak sambut tahun baru 2011 je ni? aha, janganlah macam tu k. :) sepatutnya kita yang umat islam nilah yang kena manfaatkan kalendar islam sepenuhnya... Bukan sekadar hafal, ingat, tapi cakna dengan peristiwa2 penting berkaitan Islam...kerana inilah hidup kita. Jiwa kita :) kerana Mulianya kita kerana Islam...

Alhamdulillah, sekali lagi, marilah kita bersyukur kepada Allah di atas nikmat usia,.

pada pagi ini masih mampu lagi kita menghirup udara Allah...masih lagi mampu melihat mentari bersinar.. masih lagi mampu melihat orang2 yang tersayang di sekeliling kita dan mendengar suara mereka... kita masih lagi dipanjangkan umur untuk sampai ke tahun baru...1432H! sebuah hari yang penting untuk kita semua ingati...dan insafi. sejauh mana kita muhasabah kehidupan kita setahun dan 'tahun2' yang telah berlalu, dan kehidupan yg bagaimana kita harapkan selepas ini...Sudah cukupkah bekal kita untuk kita bawa bertemu Allah?....

Banyak lagi kerja-kerja yang belum diselesaikan... Adakah mampu untuk kita bertahan, setahun lagi,2 tahun lagi, 60 tahun lagi.. tiada seorang pun antara kita yang pasti,,,

tatkala menginsafi dosa2 semalam, hati sedikit gusar, risau andai jika ada ruang dalam diri yang masih se'keras batu', khuatir andai ada sekelumit rasa malas atau sombong diri merasakan diri telah baik untuk 'berhijrah'..Sedangkan...sesungguhnya umur yang dipinjamkan ini, sebenarnya peluang dari Allah untuk kita terus memperbaiki diri. Itulah makna hijrah yang patut kita selami.

Bersyukurlah sahabat2, marilah kita sama2 menghayati makna sebuah peristiwa Hijrah yang Agung satu ketika dulu. Nabi kita dan orang mukmin terdahulu telah meninggalkan teladan yang terbaik untuk kita teladani. Mereka mencintai Allah dan RasulNya dan Allah juga mencintai mereka. Mereka sanggup berjihad demi Agama Allah, ini tergambar melalui peristiwa Hijrah yang bukan mudah. Pelbagai rintangan dan cubaan yang dihadapi, tapi mereka tidak gentar. Para sahabat hasil dari tarbiyah Rasululullah, mereka adalah orang2 yang hebat,, lembut kepada orang mukmin, namun tegas kepada orang kafir. Mereka juga tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Sebagaimana seperti Asma' yang patah giginya, tercabut anting2nya sewaktu membantu peristiwa Hijrah Nabi dan ayahnya. Tetapi kerana perjuangan mereka semua berdarah-darah inilah, kita mampu mengecapi nikmat Islam yang indah pada hari ini...

Hijrah merupakan sebuah pesanan. Ia adalah inzar dan peringatan buat kita semua.

Hijrah Diri, Hijrah Hati, Hijrah Amalan dan Tindakan.,
Hijrah mencari ketenangan dari kegelapan, kepada Cahaya.
Seperti cahayanya Madinah alMunawwarah...:)



“Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui. (Iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal..” (maksud dari Firman Allah; Surah an-Nahl 16: 41-42)


Salam Maal Hijrah 1432H.

Ahyana
Raudhatul Basyirah,
Salam Sidnawi, Misr.

Friday, December 03, 2010

Ya Allah, Izinkan selamanya 'Cinta' itu dihati ini....


"Bisik hatiku pada sang rembulan,
mampukah kaki terus melangkah segagah srikandi,

Soalku pada teriuk mentari,
sehangat cahayamu semangatku ini?

Lalu ku usap kata-kata bebintang di langit,
hanya dengan Agama mampu kusempurnakan kebahagiaan jiwa ini."

Terima kasih Ya Allah.




-wardah syaukiyyah



"Ya Muqollibal qulub, thabbit qulubana a'la dienik wa a'la to'atik"........
...semoga terus thabat dan istiqamah dalam Perjuangan Agama-Mu......