Monday, May 31, 2010

Ya Allah.. selamatkanlah saudara-saudara kami...



"membaca kisah para pejuang menuju syahid di atas kapal bantuan kemanusian ke gaza....
menitis air mataku, mereka mencari syahid...tidak tidur ..hari2 dipenuhi dengan ibadah...Allahuakbar"..
-uncle-




Ya Allah...

Hati terkesima.

Terbungkam..

Sedih... Pilu..

Kecewa...

Geram...

Berita demi berita diterima...

Mereka berlaku zalim lagi Ya Allah...

Mereka menganiaya hamba2-Mu Yang soleh dan ikhlas hatinya...

Demi membebaskan palestina..

Yang nekad berpergian,,,

hanya untuk secebis misi kemanusiaan..


Tetapi mereka dihalang...

diganggu.

Malah dibunuh..

ditawan si laknat bernama Israell...


Apakah si zalim itu tidak mengetahui..

Yang jasad itu, walaupun mati

Ia tetap hidup di sisi-MU.

Dan umat Islam takkan berhenti setakat ini


Membela Bumi Kudus Palestina!!....



Cukuplah Allah dan Dunia menjadi saksi kekejamanmu
Zionis Laknatullah..





Marilah sahabat2..kita sm2 mendoakan untuk saudara2 kita umat Islam terutama para sukarelawan yang sedang diuji dalam misi LL4G yang sedang menuju Gaza.... bacakan doa qunut nazilah selepas solat fardhu..buatlah solat hajat semampumu..bermunajatlah. sebarkanlah berita tentang kekejaman israel kepada rakan2mu yang masih lena diulit mimpi dan nikmat dunia yang sementara. walaupun sekadar ini yang kita hanya mampu lakukan, insyaallah itulah senjata umat Islam yang paling hebat yang insyaallah dapat mengalahkan kekuatan kecil tentera zionis yang tidak berperikemanusiaan ini..

Al-fatihah buat para pejuang yang telah syahid di jalan Allah....

Wednesday, May 26, 2010

Tanpa Agama...





Teringat lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Hijjaz dan beberapa gabungan kumpulan nasyid yang lain sewaktu Konsert Antara Dunia (KAD'09) -gamis tahun lepas.. Mukaddimah yang cukup baik oleh pihak penganjur.. membasahkan hati-para pendengar untuk menginsafi diri seketika...

Sahabat-sahabat,

Bagaimanalah agaknya hidup kita jika tanpa Agama...
sedangkan Islamlah yang telah me'Mulia'kan kita di atas muka bumi ini..

“ Pada hari ini, telah Kusempurnakan bagimu agama kamu dan telah Kucukupkan nikmatKu kepada kamu dan telah Kuredhai Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Al-Maidah:3)


“ Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam ”
“ Barangsiapa yang mencari selain Islam sebagai agama, maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi
(Ali-Imran : 19 & 85)


Betapa ruginya mereka yang menolak Islam.

Alangkah ruginya lagi jika mereka yang sudah Islam tapi tak beramal dengan Islam..

......

Moga Allah terus memberi hidayah kepada kita semua untuk terus menghayati Islam sungguh2 dalam kehidupan... bukan sebahagian2..tapi semua... Insyaallah..

Islam itulah Ad-Deen, Cara hidup Terbaik agar kita selamat dunia akhirat...
Inilah jalan yang Paling Selamat untuk kita Pilih..

Al-Islamu Ya'lu Wala Yu'la alaih.. Islam itu tinggi dan tidak ada lagi yang lebih tinggi darinya...


Subhanallah,
INDAHNYA ISLAM...

Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu Kau hidupkan kami dalam Iman dan Islam..
Matikanlah juga kami dalam nikmat IMAN dan ISLAM...

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, Tetapkanlah hati kami di jalan Agama-Mu.."


Amin Ya Allah....



Tanpa agama manusia binasa
Tanpa ilmu manusia buta
Tanpa iman manusia sengsara
Tanpa ukhuwah manusia terseksa

Ada agama datangnya pelita
Ada ilmu datangnya harta
Ada harta datangnya derma
Ada ukhuwah datangnya saudara

Agama tuhan dapat membina
Pekerti tinggi budi mulia
Seluruh dunia negara dan bangsa
Aman sentosa damai bahgia

Agama islam agama yang suci
Mari bersama kita hayati
Untuk mendapat keredhaan Ilahi
Mudah-mudahan kita diberkati

Tiada Tuhan kecuali Allah
Tuhan Yang Esa lagi Pemurah
Nabi Muhammad utusan Allah
Hindarkan dari jalan yang salah



Muhasabah Cintaku...



واهاي ڤميليك ڽاواكو
بتاڤ لمه ديريكو اين
برت اوجين دريمو
كوڤسرهكن سموا ڤدمو

توهن بارو كو سادر
اينده نعمت سهات ايت
تق ڤنداي اكو برشكور
كيني كوهراڤكن چينتامو

كات-كات چينتا تروچڤ اينده
مڠالون برذيكير د كيدوڠ دعاكو
ساكيت يڠ كوراسا بيار جادي ڤناور دوساكو

بوتير-بوتير چينتا ايرماتكو
تريڠت سموا يڠ كاو بري اونتوقكو
امڤوني خلاف دان ساله
سلاما اين
يا الهي..

محاسبة چينتاكو...

توهن كواتكن اكو
ليندوڠيكو دري ڤوتوس اسا
جك كو هاروس ماتي
ڤرتموكن اكو دڠنمو


Inspired by : Edcoustic..




Subhanallah, Semoga menjadi Dr yg 'hebat' sepertinya...


Assalamua'laikum wbt...

Terinspirasi dengan karya seorang sahabat.

Cerpen yang saya kira cukup baik untuk dibaca oleh semua, samada buat mereka yang berkecimpung dalam dunia perubatan mahupun tidak.

Insyaallah, semoga kalian juga beroleh sesuatu yang berharga darinya.


p/s: credit to Umair. jazakallahu khayr atas perkongsiannya..=)


"Sesungguhnya, seorang Muslim itu,
apabila berjalan di jalan dakwah,
ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja,
dibawa bersama hati saudaranya,
justeru setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya,
pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya"..

-Mustafa Masyhur-



Ku Pinang Engkau dengan AL-Quran

www.umairzulkefli.blogspot.com


"Aduh..doktor, tolong..mannyak sakit ini kaki woo.."

"Itulah lu..apa pasal pegi bawak motor laju-laju. Itu kalau lu bawak slow-slow pun boleh sampai jugak apa..sabar sikitla..kami kalau orang Islam, nabi kami ajar sabar tu separuh daripada iman!"

"Wa bukan bawak laju pasal wa talak sabar doktor. Wa mau pegi tandas woo..sula talak tahan lagi."

"Wo..itu pasal ka..lain kali lu jangan tahan-tahan tau. Bahaya, boleh kena batu karang!"


Suasana wad umum hospital amat sibuk. Pagi yang amat memenatkan bagi mereka yang berkhidmat mengabdikan diri buat orang lain. Suatu pekerjaan yang amat berat jika dilakukan hanya demi ganjaran berupa gaji ataupun wang semata. Tetapi akan menjadi sesuatu yang amat membahagiakan jika dilakukan untuk membahagiakan orang lain. Apakah yang lebih membahagiakan apabila melihat manusia-manusia yang kembali sihat dengan asbab bantuan daripada diri kita? Itulah erti hidup pada memberi. Kita akan paling bahagia apabila dapat membahagiakan orang lain.

'Ya-Allah, bantulah aku untuk memberikan yang terbaik kepada para pesakit ini. Sihatkanlah mereka dan jadikan mereka hamba-hamba yang bersyukur.' Azrif bermonolog.

Merupakan tugas bagi graduan sekolah perubatan untuk mengabdikan diri di hospital kerajaan di tanah air. Tahun-tahun awal bagi pelajar perubatan yang baru menamatkan pengajian amat memenatkan. Melayan karenah pesakit, on call yang tidak mengenal erti kepenatan dan kelelahan, tugas-tugas yang perlu dilaksanakan yang terkadang melebihi 36 jam kerja lalu pulang ke rumah nyawa-nyawa ikan dan 1001 lagi bentuk 'penyiksaan' bagi seseorang yang bergelar doktor perlu dihadapi. Namun jika semua itu dianggap sebagai ibadah, bahawa segala pengorbanan ini diganjari pahala sebanyak-banyaknya oleh Allah SWT dan betapa ramai manusia yang bakal meneruskan kehidupan dengan sinar harapan baru, semua 'penyiksaan' tadi akan bertukar menjadi 'kebahagiaan' yang tidak tergambarkan.

"Assalamu'alaikum. Pakcik Jamal apa khabar?" sapanya ketika menghampiri sebuah katil pesakit. Namanya diketahui daripada senarai daftar pesakit yang ada di dalam failnya. Pesakit kencing manis.

"Baik doktor. Kebas-kebas kaki sikit je."

"Takpe, pakcik banyak-banyakkan bersabar ye. Nanti makan ubat okaylah. Biar saya periksa kejap ye.

Azrif meletakkan eartips stetoskop ke telinga. Ketika sedang membongkok untuk meletakkan muncung stetoskop ke belakang badan Pakcik Jamal tiba-tiba sesuatu terjatuh daripada saku kotnya ke atas katil. Sebuah objek kecil berwarna biru tua. Kelihatan berzip. Di zipnya tergantung sebuah keychain berwarna silver.



"Opocot! Ape ni!?" Kata Si Pakcik separuh menjerit.

"Maaf pakcik. Ni Al-Quran saya. Maaf kalau saya buat pakcik terkejut."

"Quran? Ada pulak quran kecik-kecik macam ni ye?" Sambil menatap quran kecil berzip itu. Hanya menatap, tidak memegang. Tiada wudhu.

"Quran sekarang ada macam-macam saiz pakcik, senang nak bawa ke mana-mana."

"Owh, doktor selalu bawa Al-Quran ke mana-mana?"

"Em, alhamdulillah. Saya memang biasa bawa Al-Quran ke mana-mana, senang nak baca. Nak hafal, saya bukan hafiz quran. Ye la, saya ni muda lagi, bukan banyak sangat amal. Amal ada, banyak cacat pulak tu. Dengan bawak quran ni leh la saya baca-baca, tambah amalan. Er, maaf pakcik, saya nak periksa tekanan darah kejap ye." Bicaranya lembut. Ramah. Dia membalut tangan Pakcik Jamal dengan Cuff sphygmomanometer (alat mengambil bacaan tekanan darah).

"Ooo..doktor selalu baca? Banyak ke?"

"Alhamdulillah, dengan izin Allah, selama ni saya selalu khatamkan bacaan saya sebulan sekali. Saya cuba buktikan kepada Allah yang saya tidak akan memberikan alasan kesibukan saya sebagai doktor untuk tidak menunaikan hak Al-Quran. Lagipun ustaz saya pernah mengingatkan, dalam Al-Quran Allah ada pesan, mereka yang jauh daripada Al-Quran akan didatangkan syaitan untuk menjadi teman karibnya."


Azrif terus menerangkan tentang Al-Quran kepada si pakcik sambil tangannya sambil tangannya cekap mengepam sphygmomanometer. Pakcik Jamal hanya terdiam, sambil membiarkan bacaan diambil. Namun diamnya memberi seribu makna. Penjelasan berkenaan Al-Quran amat-amat menyentuh hatinya. Seumur hidupnya, itulah pertama kali dia bertemu dengan seseorang yang begitu menghargai Al-Quran sebegitu sekali. Tidak semena-mena, airmatanya bergenang. Namun segera dikesat dengan lengan baju.

‘Ya-Allah...lamanya aku tak baca Al-Quran. Nak dapat seminggu sekali pun susah. Agaknya inilah sebab aku merasakan kekosongan selama ini. Allah...’ Pak Jamal bermonolog di dalam hatinya.

“Doktor yang sibuk-sibuk melayan kami, periksa kami, keluar masuk wad, sempat lagi nak baca quran ye. Saya yang tak buat apa-apa pun ni, hampir tak pernah baca Al-Quran. Pakcik bertekad, Insya-Allah, lepas ni pakcik nak belajar balik baca Al-Quran, dan pakcik akan selalu baca Al-Quran.” Pakcik Jamal berkata dalam suara yang agak serak basah.

“Er, pakcik cakap apa tadi pakcik? Maaf, saya sibuk mencatat bacaan ni tadi, tak dengar.” Jamal kembali bertanya.

“Takde, pakcik cuma kata dah lama pakcik tak baca Al-Quran. Terima kasih ya sebab cerita pasal Al-Quran tadi.”

“Takde masalah pakcik. Okay pakcik, tekanan darah normal, pernafasan pun ok. Insya-Allah kalau tiada aral melintang, pakcik boleh keluar tak lama lagi. Tapi pakcik kena banyak rehat dan makan ubat ye. Saya pergi dulu ye pakcik. Assalamu’alaikum.”

“Wa’alaikumussalam..”

‘Bagusnya doktor ni. Ya-Allah..berikanlah aku kesempatan untuk mempelajari Al-Quran..’ Pak Jamal terus berkata-kata di dalam hatinya. Airmatanya bercucuran kembali.


Seketika kemudian Azrif bergerak keluar daripada wad untuk ke pejabat. Dia menerima panggilan kecemasan. Dia diperlukan di wad tingkat 4. Ketika melangkah keluar, tiba-tiba dia dipanggil oleh jururawat yang bertugas di kaunter.

“Dr. Azrif, tanya sikit.”

“Ya, kenapa? Saya kena cepat ni.”

“Maafkan saya, tadi doktor cakap apa kat Pakcik Jamal katil no 15 tu? Saya nampak dia menangis tadi lepas doktor beredar dari katil dia.”


“Em, entahlah. Saya pun tak pasti. Dia teringatkan anak-anaknya kut. Maaf, saya kena pergi dulu. Awak pergilah temankan dia berbual. Mungkin dia ok sikit nanti.”

Sebetulnya dia tidak berapa mendengan soalan jururawat tadi. Dijawabnya soalan acuh tidak acuh. Dia perlu segera ke tingkat 4.




*****

Masa berlalu begitu pantas. Tanpa disedari tiga tahun sudah berlalu.

Dugaan dan cabaran sebagai seorang pengabdi perubatan bukanlah perkara yang mudah. Tahun-tahun awal yang penuh dengan onak dan duri dihadapinya dengan penuh kesabaran dan air mata. Bukan mudah mengawal emosi bekerja sebagai doktor. Terkadang seorang doktor di hospital yang bekerja sebelum pukul 8 pagi lagi dan hanya akan pulang tidak tepat pada pukul 5 petang. Sekiranya oncall akan terus celik sehingga keesokan harinya dan terus masuk kerja sehingga petang seterusnya.

Diikutkan hati, beban kerja fizikal dan mental yang diletakkan di bahu seorang doktor memang tidak mampu dipikulnya. Bayangkan sekiranya setiap hari bekerja melihat seseorang itu mendapat serangan jantung. Panik melanda tetapi perlu dikuatkan diri melawannya bagi membantu si pesakit. Dan tidak jarang menghadapi pesakit yang menemui ajal kerana ketidakmampuan si doktor. Terkadang dia menangis sendirian di dalam bilik air wad bedah. Bahkan lebih banyak lagi airmatanya tumpah ketika sedang melaksanakan solat malam. Memohon secebis kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi hari-hari seterusnya bagi memberikan yang terbaik untuk para pesakitnya.

Kini Azrif bertugas di Out Patient Department (OPD). Hanya menunggu pesakit datang ke bilik untuk di diagnosis dan diberi cadangan ubat yang sesuai. Tidak perlu keluar masuk wad. Bebannya sudah tidak seberat dahulu.



‘Tak sangka dah tiga tahun aku lebih aku berkhidmat di jalan ini. Ya-Allah..aku mohon kau terus kuatkan aku untuk terus ikhlas memberi sebanyak-banyaknya hanya untuk-Mu Ya-Allah..’ Hatinya berdoa.

Lamunannya ditamatkan apabila pintu biliknya diketuk.

“Masuk!”

Seorang pesakit masuk. Lelaki. Usianya separuh baya, mungkin melebihi separuh abad. Rambutnya yang memutih telah menceritakan segalanya. Namun raut wajahnya bersih. Terpancar ketenangan.

“Assalamu’alaikum pakcik. Jemput duduk. Apa yang boleh saya bantu?”

“Wa’alaikumussalam. Macam biasalah doktor. Penyakit tua-tua ni..” Tiba-tiba kata-katanya terhenti. Objek kecil di suatu sudut meja itu amat menarik perhatiannya. Lalu dicapainya objek kecil berwarna biru itu. Ditatapnya seketika, lalu diletakkannya kembali. Dia yakin, dia pernah menatap objek itu tiga tahun yang lalu. Dan dia yakin dia pasti mengenal doktor yang berada di hadapannya. Lalu dia tersenyum.


“Kenapa pakcik? Itu Al-Quran saya. Memang saiznya kecil, mudah di bawa ke mana-mana.”

“Doktor, doktor ingat lagi tak dengan saya?”

‘Alamak, apa kena pulak pakcik ni. Berapa juta orang aku dah jumpa. Manalah aku nak ingat. Nak kata tak ingat nanti kecik pulak hati dia. Tengok sikit kad kesihatan dia ni...’

“Owh pakcik..pakcik macam mana sekarang? Kencing manis dah surut? Ada pitam-pitam ke?” Azrif hanya berbasa-basi setelah mengetahui penyakit yang dihidapi orang tua itu melalui kad kesihatannya.

“Bukan itu yang saya nak doktor ingat. Ingat tak saya pernah masuk wad dulu?”

‘Wad la pulak..lagi lah aku tak ingat..bila ye aku jumpa dia..’ Azrif cuba-cuba mengingat.

“Yang Al-Quran doktor terjatuh tu?”

‘Al-Quran? Ya-Allah...pakcik ni rupanya. 3 tahun dah, dia ingat lagi kat aku ye.’ Azrif agak terharu yang pakcik itu masih mengingatinya.

“Owh...ya, saya ingat. Pakcik Jamal..apa khabar pakcik sekarang?”

“Alhamdulillah doktor. Sejak berjumpa dengan doktor dulu, saya dah banyak berubah. Tengok ni.” Sambil tangannya mengeluarkan sesuatu daripada saku baju kemejanya.

‘Subhanallah! Al-Quran..maksudnya pakcik ni..’

“Alhamdulillah doktor, sekarang saya dah rutin baca Al-Quran. Cuma saya taklah macam doktor, boleh khatam sebulan sekali. Kalau saya 3 bulan sekali ke, baru khatam."

“Takpe pakcik. Daripada tak baca langsung.”

Credit To FRESHIE

Air mata mereka bergenang. Azrif tersenym. Hatinya bertahmid syukur yang tidak terkira tingginya. Segala pengorbanannya yang berdarah-darah selama ini terasa amat ringan. Jiwanya berbunga-bunga bahagia.

‘Ya-Allah..apakah yang lebih membahagiakan daripada melihat seseorang yang berubah menyintai kalam suci-Mu..sesungguhnya inilah saat paling membahagiakan dalam hidup ini!’ Monolog hatinya bermadah indah.


Sambil melakukan pemeriksaan, mereka berbual ke mana-mana. Saling bertukar cerita, nombor telefon, laksana saudara yang telah lama berpisah dipertemukan semula. Keakraban begitu cepat terjalin.

“Eh, doktor, kenal tak dengan Dr. Nurul Iman? Dia kerja kat sini.”

‘Nurul Iman? Dia ke?’

Tiba-tiba Azrif teringat pertemuan di surau hospital dua minggu sudah.

Azrif baru sahaja menunaikan solat dhuha. Rutin yang memang jarang sekali ditinggalkannya sejak dari bangku sekolah. Ganjaran pahala dan kemurahan rezeki yang dijanjikan nabi sangat memotivasikannya untuk menyempatkan barang seminit dua untuk melakukannya walaupun masanya amat sempit. Keluar sahaja daripada surau, terdengar bunyi pintu surau perempuan dibuka.

‘Aik, ada juga minah hospital ni solat dhuha?’ Bisik hatinya.

Lalu keluar seorang wanita berbaju kurung biru gelap. Tudungnya biru muda. Labuh.

‘Aik, ustazah mana pulak ni? Tak pe lah. Aku dah lambat ni. Nanti marah pulak patient tunggu.’


“Maaf saudara,” Tiba-tiba perempuan itu bersuara.


'Erk? Dia panggil aku ke?'

Azrif menoleh dan memandang wanita itu sekilas. Wajahnya tertunduk. Matanya memandang ke lantai. Di tangannya tergantung sebuah kot. Milik seorang doktor. Ada stetoskop terjulur keluar daripada poket kot itu.

“Ya?”

“Pen awak, jatuh.” Sambil menunjukkan ke arah lantai. Matanya masih tertunduk.

"Owh, terima kasih."

'Nasib baik dia ingatkan. Dahlah pen kesayangan aku ni.'

Secara tidak sengaja Azrif terpandang tag nama yang terlekat pada kot itu. Dalam keadaan terbalik, namun masih dapat dibacanya.

NURUL

Owh, doktor rupanya dia ni. Bagusnya, solat dhuha lagi. Pakaian pun sopan. Lawa pulak tu. Astaghfirullah..bahaya hati aku ni.

"Sama-sama."

“Er, saya pergi dulu. Assalamu’alaikum.”

“Baik. Wa’alaikumussalam.”

Sejak hari itu Azrif tertanya-tanya, siapakah sebenarnya Dr. Nurul? Ataupun sebenarnya tertunggu-tunggu, bilakah dapat bertemu lagi dengan doktor perempuan yang bertudung labuh itu. Dia mengakui wanita itu mempunyai pesonanya yang tersendiri. Pakaian labuhnya itu amat menambat hatinya. Matanya yang sentiasa tertunduk itu amat menambat hatinya. Sukar dicari wanita apatah lagi doktor yang masih mahu menutup aurat dengan sempurna dan menjaga pandangan seperti Dr. Nurul.

Seringkali tatkala bersendirian dia akan terfikir akan wanita itu. Namun hatinya segera beristighfar. Dia tidak mahu hatinya larut dengan bayangan wanita yang masih belum ada apa-apa hubungan yang sah dengannya. Dia mencuba melupakan bayangan wajah manis yang sering berkunjung itu. Terkadang berjaya, tetapi biasanya dia tewas.


Pernah terniat di hatinya untuk mengenali lebih Nurul dengan lebih dekat, tetapi niatnya itu diurungkannya. ‘Nanti aku orang ingat aku ni tak tahu malu pulak. Entah-entah dia tu dah kahwin, tak pun dah mesti bertunang.’


“Eh, doktor! Ni apa pasal mengelamun nih? Kenal tak Dr. Nurul Iman?”

‘Astaghfirullah..teringat dia lagi..’

“Maafkan saya pakcik. Termengelamun pulak. Bukan apa, cuba ingat-ingat, pernah tak dengar nama tu.” Azrif cuba mencipta alasan.

“Dia pakai tudung labuh.”

“Pakai tudung labuh? Kulit cerah-cerah, pakai cermin mata bingkai hitam tebal?”

“Haah, dia la tu. Doktor kenal ke?”

“Takde lah kenal. Tapi pernah terjumpa la. Pakcik kenal dia ke?”

“Lebih daripada kenal. Dia tu anak perempuan saya. Dulu belajar kat Mesir, Dia ambil medic kat Cairo University, Kasr El-Ainy.

“Owh, tak sangka, dunia ni kecik rupanya. Dia dah kahwin ke pakcik?”

“Ha, ni yang pakcik nak tanya sebenarnya. Dia belum kahwin. Kalau doktor pula?”

“Belum ada jodoh. Jadi doktor ni sibuk pakcik, mana ada masa nak cari calon..”

“Ha, pakcik memang dah lama nak kahwinkan anak pakcik ni. Tapi dia kata kata calon yang soleh tak muncul-muncul. Sebenarnya sejak pakcik jumpa doktor 3 tahun lepas, pakcik dah lama berhajat menjodohkan doktor dengannya. Dia ni solehah, insya-Allah. Kat mesir dulu ada juga pergi menadah kitab. Alhamdulillah, dah 10 juz dia hafal.”

Azrif terdiam seribu bahasa. Bagai tidak percaya apa yang baru didengarinya. Entah apa yang bermain dalam benaknya. Terkejut? Bahagia?

“Macam mana doktor? Setuju? Lagipun doktor dah tengok siapa orangnya.”

“Er..macam ni lah pakcik. Biar saya istikharah dulu. Insya-Allah minggu ni saya bagi jawapan. Lagipun ibubapa saya pun dah bertanya bila saya nak menikah.” Katanya bersahaja, menutupi gugupnya. Terkejutnya masih belum hilang.

“Baiklah. Nanti kalau dah ada jawapan, telefonlah pakcik. Pakcik harap doktor terima. Pakcik anggap doktor dah pun meminang Nurul Iman ketika doktor menyampaikan ilmu tentang Al-Quran kepada pakcik 3 tahun yang lalu. Pakcik balik dulu. Assalamu’alaikum.”

“Wa’alaikumussalam..”

Azrif bagai tidak percaya apa yang baru dilaluinya. Terasa Allah begitu baik kepadanya. Airmata bahagia mengalir ke pipi. Dia tersandar di kerusinya. Terpandang akan Al-Quran kecilnya yang berwarna biru itu. Di tatapnya seketika, lalu diambilnya. Dicium dengan penuh ta’zim. Tidak semena-mena hatinya mengungkap sebuah bait,

Kupinang Engkau Dengan Al-Quran



Azrif terus melirik senyum.

Kupinang Engkau Dengan Al-Quran
~Gradasi~

Kupinang engkau dengan Al Quran
Kokoh suci ikatan cinta
Kutambatkan penuh marhamah
Harungi bersama samudra dunia
Jika terhempas di lautan duka
Tegar dan sabarlah tawakal pada-Nya
Jika berlayar di sukacita
Ingatlah tuk selalu syukur padaNya
Hadapi gelombang ujian
Sabarlah tegal tawakal
Harungi samudra kehidupan
Ingatlah syukur pada-Nya




Monday, May 24, 2010

Angel Principle




"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia & mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (iaitu) ketika dua malaikat mencatat amal perbuatannya satu duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk disebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir."

(Qaf : 16-18)



Be IHSAN, Insyaallah.....

Friday, May 21, 2010

Belajar dari Abi.....



dipetik dari blog abi..
http://www.takwinfardilmuslim.blogspot.com/

Baru ni ada seorang ibnu jama'ah bertanya melalui sms...


"Kalau tiba-tiba abi rasa tak tenang dan gelisah..abi akan buat apa?".

Abi menjawab," Istighfar".

Dia bertanya lagi,"Sudah beristighfar , tapi hati masih gelisah..kenapa abi?".

Abi pun menjawab," Tak cukup banyak.."...Dia menjawab lagi," Oh ..hurm ..okay..dah dapat jawapannya..". Walaupun melalui sms, tapi abi dapat merasakan kelegaan dan kepuasan jiwanya bila mendapat jawapan terhadap persoalannya...

Mungkin itulah juga suasana hati yang sering dirasai oleh ramai abnaal jamaah...
"Dosa kita menggunung banyaknya..tapi istighfar kita hanya sekelumit..camne nak dapat ketenangan hati.." satu lagi sms abi hantar sebagai kesimpulan sentuhan ruhiy tadi. Begitulah..begitu agung dan maha besarnya Allah Azza wa Jalla..tetapi terlalu sedikit yang kita takbirkan. Begitu suci dan qudusnya Allah Azza wa Jalla..tetapi terlalu sedikit yang kita tasbihkankan ..begitulah begitu banyak sifat-sifat kepujian dan keindahan Allah Azza wa Jalla..tetapi begitu sedikit kita tahmidkan pada hati dan lafaz lidah....Jadi macam mana hati kita dapat merasai ketenangan..kedamaian dan ketenteram dengan zikir yang sebut dengan lidah dan hati ...

واذكروا الله كثيرا لعلكم تفلحون....
..dan ingatilah sebanyak-banyaknya mudah-mudahan kamu berjaya.
( Al Jumu'ah : )



p/s: Teringat pesan abah: "Ajarlah walau seayat...belajarlah sepanjang hayat.."

Tuesday, May 18, 2010

Jalan Cinta Para Pejuang....





satu saat, kuminta nasehat pada seorang sahabat
aku merasa tak layak akh, katanya

aku tersenyum dan berkata
jika tiap kesalahan kita dipertimbangkan
sungguh di dunia ini tak ada lagi
orang yang layak memberi nasehat

memang merupakan kesalahan
jika kita terus saja saling menasehati
tapi dalam diri tak ada hasrat untuk berbenah
dan menjadi lebih baik lagi di bilangan tiap hari

tapi adalah kesalahan terbesar
jika kita enggan saling menasehati
hanya agar kita sendiri tetap
merasa nyaman berkawan kesalahan

Subhanallaah, di jalan cinta para pejuang
nasehat adalah ketulusan
kawan sejati bagi nurani
menjaga cinta dalam ridhaNya

-Salim A.Fillah-


Monday, May 17, 2010

.:Raudhatul Basyirah:.






Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (yang ertinya):

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”.

(At Tahrim:6)


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..



Ya Allah... Jadikan ia sebagai salah satu taman dari taman2 Syurga duniaMu..
Taman yang penuh barakah, Taman yang penuh dengan cahaya...
Taman yang penuh dengan ilmu, rahmat dan kasih sayang...
Taman Kegembiraan.
Yang mendatangkan ketenangan, dan kebahagiaan buat hati2 yang berada didalamnya...

Siramilah penghuni2nya dan orang yang menziarahinya
dengan siraman kasih sayang sakeenah mawaddah warahmah berpanjangan dari Mu...
Kurniakanlah kami kejayaan yang Engkau redhai di dunia dan akhirat...
dan bantulah kami dalam mencapai cita2 kami sebagai duta agama di perantauan ini Ya Rabbi

Jadikanlah kami sebuah keluarga yang patuh dengan SuruhanMu..
Saling nasihat menasihati keranaMu..
Berukhwah dan berkasih sayang keranaMu.
Saling membantu ke SyurgaMu.
jauh dari azab api nerakaMu..

Hidupkan ia dengan CintaMu.


Raudhatul Basyirah,
Semoga seindah namanya.






sahabat2, my beloved study group, penghuni Imarah hijau dan all zaqaziqians

Love all with sincere love and concern...

UHIBBUKUM FILLAH..

Salam sayang penuh cinta,
Umi, Kak Ngah, Adik.

Raudhatul Basyirah,
Rumah Bawah @ RB
Sha'ah 1
Imarah Hijau
Salam Sidnawi,
Zaqziq.

Alhamdulillah...selamat berpindah pd khamis malam jumaat 6 Mei 2010.
Syukran pada shbt2, Dr2, dn ust yg membantu :j.....

Jaga Yang Wajib, Cintai yang Sunat..



Semoga kita mendapat kekuatan untuk menambah amal seharian dalam hidup kita....

1. Solat Tahajud
di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 15 min naik matahari, solat sunat Isyra q 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan di antara jam 8-12 tghari. Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan org2 yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

Sama2 kita perbaiki diri, menjaga amalan wajib dan menambahkan yang sunat, sedaya upaya mensifarkan dosa dan berlumba2 untuk mentopup pahala..........

Inilah Secebis Ubat Hati, Hadiah dari Allah untuk kita.

Insyaallah, semoga kita semua mendapat kekuatan untuk terus ikhlas dan istiqamah melaksanakan yang sunat dan memperbaiki ibadat seharian kita, sebagai bukti cinta kepada Allah dan RasulNya..

Salam ISTIQAMAH.

"Ya Allah..bantuilah aku untuk memperbaiki ibadahku kepada-Mu.."

Aslih nafsak, wad'u ghairak

sumber: virtualfriends
Fiqh Mar'ah

Saturday, May 15, 2010

He is Our Beloved Teacher.



Nama : Hj Mohd Nor bin Hashim

Tarikh lahir : 10 December 1952

Kelahiran : Kota Bharu, Kelantan.

Status : Berkahwin

Bil anak : 7 0rang

Lulusan : Maktab Perguruan Mohamad Khalid, Johor Bharu, Johor.

Tarikh mula berkhidmat : 1975



Sejarah perkhidmatan :

Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan (Jerantut, Pahang ) (Guru-1 Februari 1975)

Sekolah Kebangsaan Gintong, Jerantut, Pahang (Guru-1977)

Sekolah Kebangsaan Genting, Tumpat, Kelantan (Guru-1980)

Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh , Kota Bharu, Kelantan (Guru-1986)

Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 2, Kota Bharu, Kelantan (Guru-1995)

Sekolah Kebangsaan Batu Melintang, Jeli, Kelantan. (Pen Kanan KO -16 Jun 1998)

Sekolah Kebangsaan Che Latiff, Kota Bharu, Kelantan
(Pen Kanan HEM seterusnya Pen Kanan 1- 16 Jun 1999)

Sekolah Kebangsaan Peria, Kuala Krai, Kelantan.
(Guru Besar - 16 September 2006 sehingga kini..)

-Anugerah Khidmat Cemerlang 1996 & 2006

~~~~~~~~~~
Sedikit tentang Beliau...


Inilah insan mulia yang telah membesarkan saya dan adik beradik dengan pengetahuan Agama dan kasih sayang.

Inilah insan yang ketika hari kecil memandikan saya menggunakan sebelah tapak tangannya di saat orang lain tidak berani memegang saya
(mungkin kerana terlalu kecil - lahir seberat 1.4 kilo dan hanya abah yang berani pegang waktu tu walaupun dah 2 bulan dalam incubator)..^_^

Inilah juga insan yang di sekolah merupakan guru kepada berpuluh ribu anak muridnya.

ABAH. Terlalu besar jasanya pada saya dan keluarga.

Semenjak ketiadaan almarhumah Ma pada awal tahun 2008 dahulu, ABAHlah menjadi ibu dan abah buat kami.. terus menjaga kami sebaik yang arwah Ma lakukan.

Tapi walau sesusah mana pun abah tak pernah tunjukkan kesedihan kepada kami. Abah tak pernah menangis depan anak2.. Itulah kekuatan yang ada pada abah.

Sungguh pada waktu itu, saya amat kasihan pada Abah. Disamping tugasnya sebagai guru besar, abah terpaksa pula melayan karenah kami adik beradik yang pelbagai ni. Syukurlah kebanyakannya dah besar2. Cukuplah Abah melayan adik2 kecil di rumah dan tabah menjaga abang kesayangan kami dengan tabah.


gunting rambut kami pun hanya dari tangan abah =j


ABAH, walau sesibuk mana pun dia, dia tetap tidak meninggalkan tanggungjawabnya pada keluarga. keduanya diseiringkan. Guru yang seorang ini tersangatlah rajin. Abah sangat sayangkan kerja dan sekolahnya. Nak nampak abah cuti pun susah. Kadang2 waktu cuti pun abah penuh kat sekolah. Bukan setakat itu sahaja, sejak jadi guru besar pun abah masih ke kelas untuk mengajar. Seingat saya, masa sekolah2 rendah dulu nak nampak guru besar turun padang mengajar punyalah susah. Tetapi Abah tidak. Cuti2 pun abah turun untuk buat tuisyen dan kelas tambahan pada anak2 murid..

Pernah dulu masa abah jadi Penolong kanan saya bertanya kepada abah,
"Abah, bizinya abah. kerja Guru besar pun abah kena buat dih.."

Abah dengan senyumnya just kata :
"Abah PK, tu guru besar. Memela Pk lagi banyak kerja".

Tapi bila Abah dah jadi Guru Besar, saya tengok abah x berhenti kerja...
Bertambah rajin lagi adalah.

Abah2...(",)


Dicampakkan di Kuala Krai, banyak sejarahnya kepada kami., dari 1 rumah menjadi 2 rumah. dari dah ramai kenalan, berganda2 kenalan baru dan saudara baru di Kuala Krai.

Alhamdulillah. Kini sekolah Abah dah ada websitenya tersendiri. SKPERIA.

Facebook pun ada. Gembira dengan perkembangan ni. Nampaknya abah x silap memilih webmaster sekolah.

Tahun ini merupakan tahun terakhir buat Abah sebelum pencen pada penghujung tahun ini.

Pasti ianya bakal mengundang rindu yang mendalam buat Abah.

SKPERIA pun pasti sayang nak lepaskan Cikgu Nor sorang ni.

Staff, guru2 dan anak murid yang telah dan sangat rapat dengan Abah.

Warga Kuala Krai yang dah mula sayang pada Abah.

Sebab tu saya message kat adik hari tu, jangan terkilan kalu abah sibuk atau x sempat lawat adik di asrama, atau bizi memanjang tahun ni. tahun ni adalah tahun terakhir abah sebagai guru di sekolah. jadi bagi abah puas2 di sekolah..

Semoga musibah yang menimpa SKPERIA baru2 ini [dimana bangunan pentadbirannya terbakar - sehingga masuk paper] diberi ganti yang lebih baik oleh Allah kepada Abah.


ABAH adalah guru terbaik dan terajin yang pernah saya jumpa.

Walaupun tahun ini tahun terakhir abah di sekolah, semoga Abah tidak sedih, kerana kami tahu kecintaan Abah dalam mendidik anak bangsa tidakkan pernah hilang.

Abah tetap 'cikgu selama'nya di HAti kami...

Sayang Abah dengan sangat.

SELAMAT HARI GURU dan Selamat HARI ABI!

Moga dirimu berbahagia selalu dunia dan akhirat....

dan Semoga Syurga Firdausi menjadi balasan tertinggi buatmu, Abah.

Amin....
Ya Rabbal A'lamin....





"Ajarlah walau Seayat, Belajarlah Sepanjang Hayat"

-Abah-



Lagu dari Hati..



Rintihanku

Album : Rindu Kekasih
Munsyid : ASSAUFEE
http://liriknasyid.com


Jauh Perjalanan
Telahku Jelajahi
Membawa Seribu Impian
Berbekal Pengalaman
Mampukah Aku Melangkah
Menuju Satu Daerah
Masihkah Ada
Sinar Yang Menanti

Masa Dijanji Pasti Tiba
Ku Kan Dijemput Ke Sana
Bimbang Langkah Ku Terhenti
Ku Terpaut Dipersimpangan
Tak Inginku Mengngati
Detik Hitam Semalam
Tinggallah Semua
Jadi Kenangan

Keranamu Kan Ku Gagahi
Untuk Terus Sisa Hidup Ini
Biar Ku Tebus Segala Dosa
Selagi Jasad Bernyawa

Leraikanlah Rasa Hatiku
Padaku Hanya Engkau Yg Satu
Belum Pernah Ku Terasa
Hebatnya Cintamu

Sungguh Kau Lebih Mengerti
Apa Tersirat Di Dalam Diri
Ku Mohon Rasa Kasih Yang Abadi

Jujur Ikhlaskah Hati Ini
Menyintai Mu Sepenuh Hati
Ataukah Sekadar Bila Diuji
Rahmat Dan Kasihmu Tiada Sempadan
Biarpun Jiwa Dalam Kelalaian
Dihasut Dengan Pelbagai Godaan

Monday, May 03, 2010

The Chosen One...



In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله

You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by non
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me...

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

صلّوا على رسول الله
Peace be upon
The Chosen One..

Saturday, May 01, 2010

Lets 'learn' from Imtihan..





Assalamua'laikumwbt..

Fatrah Peperiksaan Akhir semakin terasa.. Minggu ini juga- insyaallah bakal bermulanya paper final exam kami di zaqaziq. Mohon doa nya dari sahabat2 semua, semoga Allah mengurniakan kejayaan dan kemudahan dalam setiap imtihan yang dilalui dan semoga berakhir dengan Najah biredhallah diakhirnya. Insyaallah....



Disini saya ingin mengambil kesempatan memohon sejuta kemaafan dari semua. Andai ada khilaf yang pernah dilakukan, andai ada salah yang pernah saya ukirkan di luar pengetahuan atau tidak, diharap dimaafkan hamba yang pastinya penuh dengan kelemahan.

Hati tersentuh tatkala membaca kalam taujihad berupa flyers dan bookmark yang diedarkan oleh unit akademik PCZ saban minggu. Semuanya memugar semangat dan motivasi untuk terus berjuang mengejar yang terbaik. Jazakallahukhair.

Salah satunya mesejnya mengundang sebak di dada. Mesejnya berbunyi seperti berikut:.

"Dalam hati Ibu berkata. "Pergilah anakku. Belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan kau lemas dalam kebebasan yang ibu berikan. Ibu tidak hantar kamu kesana melainkan ibu percaya, kerana kamu anak ibu"

"Dalam jiwa ayah pula berbisik, "Anakku, ayah lepaskan kamu dengan sejuta doa, moga kamu tidak pernah lupa nama yang kamu bawa dihujung namamu. Hati ini penuh harapan agar kamu pulang dengan kejayaan"...

Subhanallah...

Jiwa jadi rindu pada abah dan arwah ma.

Betapa besar harapan dari seorang ibu dan ayah. Mereka hanya mahukan yang terbaik untuk kita...

Adakah kita sudah membalas yang terbaik buat mereka... atau masih main2 dengan kehidupan remaja kita..

Manusia hanya mampu berusaha. Allah menentukan segalanya.

Semoga imtihan ini mentarbiyah diri saya dan sahabat2...
bahawa kejayaan itu milik ALLAH TAALA... ILMU ini juga adalah milik ALLAH...

Segala-galanya milikNya.

Semoga Kejayaan yang kita dambakan, dipermudahkan oleh ALLAH,

semoga dengannya semakin bertambah cinta kepada ALLAH dan RasulNya,
dan menjadi hadiah berharga buat diri, keluarga, ummah dan Agama..

Insyaallah. Be a good and competent student.

"Rabbiyassir walatuaassir ya kareem.."

Ya Allah, Kami pohon kepadamu, kejayaan Dunia dan kejayaan Abadi di Akhirat....

Selamat Menuju Mumtaz dalam keredhaan ALLAH!...

Biarlah Imtihan Mentarbiyah Kita...


p/s: doakan saya. semoga berjaya dalam perjuangan kali ini.
Imtihan 2/5 - 28/6 insyaallah..

Letakkan ALLAH di hadapan....!



"Ya Allah..kami memohon daripadaMu ilmu yang berkat, hati yang khusyuk dan ilmu yang berguna...dan Kejayaan Hakiki yang hanya dari sisi-Mu..."

Semoga pulang dengan Kejayaan bermakna...insyaallah.

Amin... Ya Rabbal A'lamin...

Bittaufiq wannajah.. Insyaallah.
..