Alhamdulillah..
baru pulang dari kuliah mingguan Madrasah Imam Syafie bersama ustaz Salman Maskuri dan sahabat2 medik yang lain..
Seperti biasa Kitab yg di ajar adalah Fatawa Al-Marah oleh Syeikh Sya'rawi dan Fatawa Tibiah Muasirah (Fatwa perubatan semasa) oleh Dr Abdur Rahman yang diadakan pada setiap isnin malam selasa selepas isya, khususnya untuk kami akhawat2 medik di zaqaziq. Banyak yang didiskusikan bersama ustaz, terutamanya tentang hal2 berkaitan fiqah wanita dan perubatan yang penting untuk di hadam,difahami dan disematkan dihati agar ilmu tu terus terpateri dan diterjemahkan dalam amalan.. dan semoga dapat diaplikasikan hatta dalam dunia perubatan kelak insyaallah. Syukran ustaz :)
Tadi ustaz ada sharing satu cerita yang sangat menyentuh hati. Cerita yang mana turut diceritakan di blognya. Jadi disini saya kongsikan kembali cerita berkenaan, supaya turut menjadi pencahayaan buat semua memuhasabah diri.
dipetik semula dari laman blog ustaz : http://akhisalman.blogspot.com
pernah dengar tentang cerita Sheikh Ahmad Yasin?
SYEIKH AHMAD YASIN : KAMI MENUJU KE ARAH SYAHADAH
(MATI DI JALAN ALLAH)
Anaknya Muhammad telah menceritakan bahawa tiga jam sebelum serangan ke atas beliau, beliau telah memaklumkan kepadanya terdapat pesawat peninjau kepunyaan Israel di udara. Namun bapanya membalas:
“Kami menuju kepada syahadah , kami berasal dari Allah dan akan kembali pada Allah.”
Beliau adalah pengasas kepada gerakan HAMAS di palestin. Ketika beliau hendak menunaikan solat subuh berjemaah di masjid (beliau yang buta dan lumpuh) , pihak tentera Israel telah membunuhnya melalui serangan udara. Ini berlaku pada bulan safar tahun 1425 hijrah.
Antara Ulasan ustaz: " syeikh yang sudah tua, buta dan lumpuh namun bersemangat untuk solat subuh berjemaah di masjid. Namun mahasiswa2 islam hanya sedikit sahaja yg mampu ke masjid dan memenuhi saf hadapan. sebab apa? sebab pemuda2 sekarang sudah tua imannya, buta hatinya dan lumpuh amalannya..."...
='(
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mungkin kita selalu dengar perumpamaan yang mengumpamakan guru seumpama lilin. Lilin membakarkan dirinya untuk menerangi orang yang disekitarnya. Ia disamakan guru yang mengorbankan dirinya demi kepentingan orang lain. Namun Islam menyanggah perkara ini sekiranya ia bermaksud menyampaikan ilmu kepada orang lain tetapi melupakan diri sendiri untuk beramal. Nabi saw bersabda:
"Perumpamaan orang yang mengajar kebaikan kepada manusia lain dan melupakan dirinya untuk diamalkan seumpama pelita yang menerangi manusia lain dan membakar dirinya sendiri."
Hadis ini diriwayat oleh Imam at-Thabrani dalam Mu'jam Kabir. Imam Manawi menghukum hadis ini sebagai HADIS HASAN. Imam Haithami mengatakan para perawinya adalah thiqah.
KEADAAN PELITA DAN LILIN ADALAH SAMA
MEREKA YANG TERMASUK DALAM PELITA YANG MEMBAKAR
1) Penceramah yang melupakan dirinya.
Tidak ada siapa yang mampu untuk beramal dengan semua apa yang disampaikan. Namun bagi penceramah yang hanya hendak menambahkan ilmunya dan mengajak manusia kepada kebaikan tetapi tidak sama-sama mahu memperbaiki dirinya sendiri maka inilah yang dicela dalam Islam. Nabi saw bersabda:
" Sesungguhnya perkara yang amat aku takuti berlaku kepada kamu selepas kewafatanku adalah orang munafik yang pandai bercakap (tapi tidak mengamalkannya)." (Hr Thabrani, Bazzar dan Ahmad - SAHIH)
2) Penulis yang melupakan dirinya
Hari ini telah timbul penulis-penulis bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kewujudan-kewujudan blog dakwah dan yang Islamik semakin banyak. Namun gejala sosial semakin berleluasa. Ini menunjukkan keberkesanan yang kurang akibat islam hanya ada pada blog tetapi tidak ada pada amalan seharian. Kalau kita lihat dalam blog seolah blogger tadi seorang yang hebat dari segi ilmu dan amalannya. Namun realiti yang terjadi hubungan manusia dengan tuhannya amat lemah. Mereka menyuruh dan menggalakkan orang lain berbuat baik tetapi mereka sendiri tidak melakukannya. Islam hanya pada tulisan dan bukannya pada hati dan anggota. Nabi saw bersabda:
" Didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat lalu dicampakkan kedalam neraka. Usus-ususnya keluar dan berputar-putar seperti mana keldai berputar dalam tempat pengisar. Para penghuni neraka berkumpul mengerumuninya dan bertanya "Bukankah engkau menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran?" Dia menjawab " Aku menyuruh kebaikan serta tidak melakukannya dan mencegah kemungkaran serta tidak meninggalkannya."
Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.
3) Penganjur program kebaikan yang melupakan dirinya
Menganjurkan program kebaikan adalah suatu perkara yang amat baik. Semua prgram tersebut adalah semuanya bertujuan untuk mengembalikan manusia kepada Allah dan mendekatkan diri kepada ilahi. Namun yang kita lihat orang-orang yang sibuk prgram ,tetapi dalam masa sama kurang hubungan mereka dengan tuhan. Balik lewat malam dan tahajudnya tiada dan subuh lewat di rumah. Hanya bersungguh memprgramkan orang lain tetapi lupa untuk memprgramkan diri bersama tuhan. Saidina Umar ra berkata:
" Kalau aku tidur waktu malam aku meyia2kan hak Allah dan kalau aku tidur waktu siang aku akan menyia-nyiakah hak rakyat."
KESIMPULAN
Marilah kita menyampaikan ilmu dan mengamalkan ilmu sedaya mungkin. Menyembunyikan ilmu dilarang oleh Islam. Nabi saw bersabda:
" Sesiapa yang menyembunyikan ilmunya , Allah akan mengekang dirinya dengan kekangan dari neraka pada hari kiamat. " (Hr Ibnu Hibban dan Hakim - sahih)
Menyampaikan ilmu dengan berceramah, menulis atau menganjurkan prgram sahaja tanpa ada usha untuk beramal dan memperbaiki diri adalah dilarang dalam Islam. Nabi saw bersabda:
" Pada malam isra' aku telah lalu pada sekumpulan manusia yang dipotong lidahnya dengan gunting-gunting dari neraka. Aku bertanya "Siapakah mereka wahai jibril?" Jibril menjawab " Mereka adalah penceramah-penceramah dikalangan ummatmu yang berkata apa yang mereka tidak lakukan."
Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.
Rujukan: Muntaqa at-Targhib Wat-Tarhib oleh Dr Yusuf al-Qardawi.
sumber :
Ust Salman Maskuri
http://akhisalman.blogspot.com
9 comments:
teringt forum brsama ust hassan din dan ust hashim yahya di masjid i'tisam mlm td. bersungguh2 mereka menerngkn psl fungsi sbnr masjid, kepentingn mngimarahkn masjid, dan ganjarn trhdp sumbngn pmbngunn masjid yg dilakukn scr ikhlas. (brsempena plncrn pengumpuln dana pmbinaan kompleks msjid al-i'tisam).
rindunya kt masjid i'tisam... fgsi msjid terlalu besar, tinggal org2 kita sahaja bgmna mahu memanfaatkannya...
p/s: salam ana buat adik2 tahfiz i'tisam kalu terjumpa dgn depa. terutamanya student2 thailand =) anak murid ksygn lagi dirindui...
anak2 murid kmus pn msti rindu pd techer kesayangan depa ni..hu.
kmus..mcm mna ya klu dah tawar hati pada medic, dulu2 nk sgt jdk doktor..skrg..semangat nk blaja tu dh hilang...hu..
hilang kenapa? ke sebab nak kawin dah x lama ni? hehe.. =) sarah, jawapannya ada pada diri sarah sendiri. hanya sarah yang tahu minat sarah kemana dan apa yang sarah mahu capai dalam hidup. minat itu mungkin berubah mengikut komitmen dan masa kita. tapi jika kita benar2 mahu mencapai sesuatu tu insyaallah kita akan tetap fokus mengejarnya.
bincang dengan family dan 'bakal' zauj sarah. insyaallah Allah akan menyuluhkan jalanNya. x semestinya medic saja, mungkin ada jalan lain yang tersedia untuk sarah. tapi kalu betul2 nak jadi Doktor, sarah kena check balik dari mana keraguan tu datang dan fikirkan alternatif terbaik penyelesaiannya.
bittaufiq wannajah =)
kak mus cadangkan sarah baca buku Dr Muhaya bertajuk "How to become a successful medical student". cover dia kaler hijau.bagus buku tu., x kisahla utk yg nak amik medik atau x. ia dpt memberi gambaran yg banyak ttg kehidupan seorang doktor dan jalan menujunya. insyaallah mudahan dari situ sarah akan dpt gambaran yg > jelas utk membuat keputusan ni ok.
insyaallah, mudahan ia juga dpt mbntu mengembalikan 'semangat yang hilang' spt yg sarah maksudkn =p
=)... tq kakmus...semoga Allah suluhkan jalan yg terbaik bagi sarah...huhu...dalam pencarianku mencari...cari apa ya...? i'm lost..hu
hmm.. dah dapat kuncinya..rupa-rupanya setan ni pemudah jalan utk buat jahat..utk lagha,utk leka..utk mempunyai prinsip2 baru yg against -hidup mulia mati syahid. hmm. salam mujahadah!! =D
Do you have copy writer for so good articles? If so please give me contacts, because this really rocks! :)
Post a Comment