Friday, December 18, 2009

Ahlan wasahlan 1431H...


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamua'laikum wbt..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan Penguasa Sekalian Alam yang terus memberikan nikmat kehidupan kepada kita..

Dengan izin dan inayahNya jualah kita mampu sampai kepada hari ini. Hari yang pada semalamnya masih belum pasti untuk kita.. tapi alhamdulillah Allah masih memilih kita untuk terus berjuang lagi di muka bumi pada hari ini.

Berapa ramai yang tidak punya kesempatan yang sama.. yang terlebih dahulu pergi daripada kita...

Tetapi Alhamdulillah, Allah masih mendegupkan jantung kita untuk terus bertasbih kepada-Nya...

jadilah kita hamba yang bersyukur...bukan yang kufur.. Jadilah kita orang yang pada umurnya terdapat keberkatan. bukan yang sebaliknya..

mustasyfa gamaah

Muhasabah sepanjang tahun lalu, tentu banyak yang telah kita peroleh dari sebuah perjalanan dan pengalaman. Saya yakin semua orang juga mempunyai cerita masing2.. cerita suka dan duka, cerita yang pastinya mendewasakan. Alhamdulillah walaupun mungkin x semua dapat penuhi impian kita, bersyukurlah jika Allah masih berikan kesihatan dan kekalkan kenikmatan Iman dan Islam dalam diri kita.. Itu jauh lebih berharga dari segunung emas..

Hakikatnya hidup kita dan semua urusan adalah di tangan Allah.

Kita manusia hanya merancang, tetapi Allahlah Sebaik-baik Perancang..

Hidup adalah medan perjuangan., Berjuang yang terbAik untuk mendapatkan yang terBAik di Akhirat. Pilihan untuk kita terus berbuat kebaikan, menambah amal buat bekal akhirat atau sebaliknya. Inilah tempat untuk Allah menguji siapa yang lebih baik amalnya.. Hamba yang sedar pasti mengerti, yang dia punya peraturan dan tugas yang perlu dilaksanakan. Bukan sia-sia. . Dia sedar masanya di muka bumi ini terlalu singkat. Terlalu singkat untuk dipersiakan. Jika hari2 semalam semakin menjauh meninggalkan dengan seribu kenangan, hari inilah merupakan hakikat yang akan dilalui, dan setiap saat pada hari ini juga akan pergi meninggalkan, tidak mampu untuk kita undurkan kembali.


1430 H telah melabuhkan tirainya.. Setahun telah berlalu pergi, moga ianya menjadi muhasabah besar untuk kita. Apakah impian/azam tahun lalu telah tercapai..Apakah kita telah menjadi orang yang lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya, atau pencapaian bagaimanakah yang telah kita capai sepanjang usia ini..

“No one can go back and change a bad beginning but everyone can make a new start and create a successful ending “

“Manusia hidup adalah mereka yang memberikan banyak manfaat kepada manusia yang lain. Sekiranya hidup kita tiada sebarang perubahan dan kemajuan serta tidak memberikan manfaat kepada orang lain, kita tidak ubah seperti mereka yang mati sebelum masanya.”

Berubahlah untuk mengubah.

Moga hari-hari yang mendatang penuh kejayaan buat kita, makin mendekatkan diri kita kepada Allah dan makin memberi kemanisan buat kita dunia dan akhirat, insyaallah.

Yakinlah, jika kita Beri yang terbaik kepada Allah, Allah pasti memberi yang terbAik untuk kita..


1431 H… izinkan kami memaknaimu!..


(Ya Allah, ampunilah segala dosa2 kami yang telah lalu, dan berkahilah perjalanan kami sepanjang tahun yang mendatang, biarkanlah ia penuh sinar kebahagiaan dan kejayaan...Amin,..yA Rabbal A'lamin..)

KULLU SANAH WA ANTUM BIKHAYR....

-Ahyana

Salam Sa'nawi

Muharram 1431H

Seimbas kenangan...

Assalamua'laikum wbt..

Alhamdulillah, akhirnya bertemu lagi di laman maya.

Terlalu banyak yang ingin dikongsikan, namun kerana kekangan waktu dan beberapa halangan yang timbul,maka saya perlu akur dengan apa adanya kini. Tambahan diri telah memikul taklifan yang lebih besar, yakni datang ke Mesir dengan 'tanggungjawab'.., berada dalam fakulti perubatan pastinya banyak yang telah berubah dan harus saya ubah. waktu juga sudah tidak selapang waktu dahulu, semuanya perlu digunakan sebaik2nya disini. harap sahabat2 yang menanti berita tidak berkecil hati. senyap tidak bermakna menyepi. walau jauh kalian tetap dekat dihati. =j

Insyaallah, seimbas lalu izinkan saya berkongsi beberapa berita dari zaqaziq seusai zulhijjah yang lalu.


RAYA PERTAMA DI MESIR..


Alhamdulillah, pertama kali raya di Mesir. Aidiladha disambut dengan sepenuh kesyukuran. Walau dengan kejauhan dari keluarga, dan juga jauh dari kemeriahan “Raya Haji” yang sinonim dengan tanah air sendiri di Kelantan, diri tetap rasa bersyukur kerana diberi peluang kepada Allah untuk merasai pengalaman menuntut ilmu dan pengalaman di rantau orang. Jika sebelum ini hanya mendengar pengalaman dari sahabat2, atau setidaknya melihat dari kaca tv, ia tidak bisa digambarkan sehinggalah sendiri yang merasai dan mengalaminya..

Berada dalam kelompok majoriti Muslim di bumi mesir ini mungkin memberi kelebihan buat kami disini. Walaupun hakikatnya jauh dari kebiasaan, ia sedikit terubat kerana masyarakat di kiri kanan ini juga umpama keluarga. Mereka musLim,dan kami juga Alhamdulillah sama2 Islam seperti majoritinya masyarakat Mesir. Jadi perasaan takut atau terasing itu tidak terlalu dirasakan, kerana seperti berada di Malaysia sendiri. Malah mungkin suasana nya lebih islamik berbanding di Malaysia (dengan majority wanitanya 95% bertudung kecuali beberapa kerat yang mungkin beragama kristian.) JAdi terasa aman berada di kalangan saudara Muslim sendiri. Cuma ya,berhati2 itu perlu. Kerana mereka tetap orang yang asing dari kita, asing dari bahasa, budaya dan sebagainya..

Syukur kepada Allah, satu perkara yang sangat saya syukuri di sini adalah kerana berpeluang mendengar Azan saban waktu sejak tiba di Mesir…Setiap kali waktu solat diperingatkan, tidak kira tatkala berada di ruma mahupun Gamaah.. Mungkin sahabat2 saya yang berada di United Kingdom, Ireland, India, Rusia,Ukraine, German mahupun Chezh Republik tidak sama pengalamannya dengan kami yang berada di Mesir ini, yang mana mereka diuji dari aspek ini. dengan Azannya mungkin sekali jarang di dengar atau (mungkin tiada untuk sesetengah tempat).. Untuk solat sahaja perlu rujuk pada waktu solat dari intermet.. Hebat cabarannya bukan?Tetapi mereka sangat kuat. Jadi buat mereka yang berada di mesir, bersyukurlah, kerana kalian terlalu dekat dengan cahaya islam. Gunakanlah kesempatan ini untuk anda benar2 menghayati kehidupan islam kerana anda benar2 berada di kalangan biah solehah. Pilihlah untuk mengamalkan ajaran yang benar, kerana anda tiada alasan untuk tidak belajar tentang agama disini.



SOLAT RAYA DI ISTAD MUSTASYFA

Alhamdulillah, kali pertama beraya di mesir… Raya korban di Mesir sangat diraikan, maka tidak hairanlah kami mendapat cuti seminggu dari gamaah..Awal pagi lagi telah ke Istad Mustasyfa (Stadium) untuk solat aidiladha. Kami memilih untuk ke Stadium memandangkan kawasannya yang lebih luas dan pastinya Masjid2 di Zaqziq ni (antaranya Masjid Fattah) turut menjadi tumpuan jemaah. Dan hati teringin memilih kawasan yang lapang dan terbuka, dan stadium adalah pilihan terbaik untuk setiap jemaah Muslim mendirikan solat berjemaah. Memang betul tekaan kami, bukan setakat masjid, stadium dipenuhi dengan ribuan manusia. Subhanallah, dalam hati teruja melihat ramainya umat Nabi Muhammad di bumi Mesir ni., DIkiri kanan jalan penuh dengan orang ramai dari kecil mahupun besar, tua mahupun muda,… tidak menyangka semeriah ini rupanya sambutan raya di sini.Kesejukan musim sejuk tidak menghalang untuk hadir bagi memenuhi tuntutan sunnah.. Sedikiti sebanyak trubat rindu kat tnh air..=)

Alhamdulillah.

Allahuakbar.Allahuakbar... Walillahilhamd..


Sekilas kenangan di istad..


si kecil wirdani pun datang solat raya juga tau =j...


RAYA DEWEHDA’

Alhamdulillah, mungkin sudah rezeki saya kali ini, walaupun masih baru di bumi Mesir , Raya pertama telah dimulai dengan bertamu ke rumah orang Arab dan berkampung dengan mereka. Amira , rakan Arab saya di Zaqaziq (beliau juga dari fakulti perubatan), x putus2 mengajak kerumahnya semenjak dari sebelum raya lagi. Tidak sampai hati mahu menghampakan harapan beliau, kami cuba perpanjangkan hasrat ini kepada Ustaz untuk mendapatkan pencerahan(sebenarnya nak mintak kebenaran boleh ke x). Keselamatan kami berada di bawah pengawasan DPMZ, maka menjadi satu keperluan untuk kami menginform kepada ustaz tentang ini, untuk mengelakkan dari apa2 yang tidak diingini berlaku. Tambah2 menziarah ke rumah rakan Arab bukanlah suatu perkara yang biasa dilakukan oleh kami pelajar Malaysia, apatah lagi yang masih setahun jagung dan x reti sangat berbahasa arab seperti kami. Jadi faktor keselamatan harus dititikberatkan.

Alhamdulillah akhirnya sampai lah juga kami beraya ke rumah Amira dan keluarga arabnya, ditemani oleh Dr Naim sebagai musyrif.(terima kasih ye doktor, x pasal2 enta kena teman kami) x sempat nak beraya dengan kawan2 ye. Teruja juga sampai di rumah Amira, 1 imarah ( i bangunan) tu adalah rumah dia.. memang orang arab ni, kalu kaya kaya betul...tapi Amira ni humble je.. paling seronok dapat jumpa dengan keluarga nya yang besar. Dibawanya kami satu kampung untuk diperkenalkan kepada makcik2 n sanak sdara dia.. makan pun besar.. macam2 makanan arab kami dihidangkan sampai x terlarat nak makan..patut sungguh pesanan senior jadi azimat, seandainya pi rumah arab jangan makan banyak terus, makan sikit2, kalu x nanti kena tambah dan tambah lagi, sebab mereka akan paksa kita makan banyak2 biarpun dah kenyang. Itulah orang arab, Sungguh meraikan tetamu! (biarpun tetamu sekok perut dah duk tahan. =) ) "Maa'lish, i'm full." "No no. You have to eat this"...Akhirnya Itu jelah jawapan yang kami terima.. Akhirnya surrender jelah.. Mama dia pula tersangatlah baiknya, lepas satu satu dimasknya untuk kami...hai..memang orang arab ni nak suh kami berisi banyak skit agaknya...

amira,(tengah) dan adik2 sepupunya..arabic mari.. =j


Syukran amira untuk sebuah ziarah yang sangat bermakna... Terharu dengan kasih sayang kamu kpd kami shbt2 malaysia..


OPEN HOUSE

-Kunjung mengunjung menjadi kebiasaan di hari raya. Tidak terkecuali rumah sendiri =) Terima kasih buat ahli bait Raudhatul A'la yang melayan tetamu sepanjang ketiadaan saya.

-Raya ni kami Shakkoh 12 skdr buat roti jala, nasik himpit kuah kacang, cornflakes honey n samosa batotis....(thanx Abah utk resepi roti jala=j) bukan stkt 1 rumah, tp rumah lain pun tup2 kehabisan gas malam tu..elok sangatlah tu pakat meminjam dapur orang sampai ke pagi =j kngn indah di malam raya .....

survive jgn x survive


SYAHADAH 09



Sambutan Hari Raya DPMZ.. di dewan bersebelahan Masjid Fattah. Alhamdulillah penuh pengisian terutamanya ceramah Ust dan paling teruja --- > dapat makan daging unta. =)

Terima kasih buat Dpmz atas syahadah yang baik =j

"Kak Ah, sedap ko daging unta?" - tanya adik..

hehehe...senyum jele kat corong telefon tu..tgh pikir mcm mana nak bawak balik daging unta utk bdk kecik sorang ni..


FATAYAT GAMES 09

Selepas raya dan kembali ke kuliah, minggu lepas berlangsung pula Fatayat Games 09 untuk Muslimat Zaqaziq.



Na...sebelum bersukan jom kita doa dlu...

Dah lama x beriadah, makanya sangat teruja untuk bersukan. =) Buat pula di Istad Zaqaziq yang baru berhampiran dengan tempat tinggal kami di salam sa'nawi dan juga berhadapan dengan Al Azhar Zaqziq.

ada 4 acara yang dipertandingkan, basketball, futsal, explorace and Fatayat Champion.


pertama : ikhlas niat kerana Allah..



Alhamdulillah, Pertama kali main futsal =j menang! (x musykil sbb kami menang pkai penalti je...keeper yg sumbat gol..nak harapkan kami?alamat x masuk2 la bola tu smpai ke pagi..)

selain dapat menyihatkan badan, ukhwah juga terjalin dengan jayanya..1st year, 2nd year, 4 th yr..alhamdulillah..masa ni la dapat beramah mesra dengan jayanya... Paling best dapat jumpa teman saya dari Nice, cik baizura yang diimport khas dari cairo... dia peneman Dr natrah selaku perasmi FG09 dan BPI.... (x sangka dapat jumpa kat zaqziq kan?) nampaknya semua kawan nice saya jumpa di Mesir ni....

Alhamdulillah... Apapun tahniah lagi skali buat Opz dah hilangkan tensi2 kami.. BAgi saya Agenda FG09 mencapai tujuannya. Syabas OPZ!


Sape kate dukturah xdek masa bersukan? ni smua wakil zaqziq ni...hehe...

Jom kita serbu Sukan Perubatan pula nanti, ok =)..insyaallah...

Majulah sukan untuk negara


10/12

SANAH HELWA YA ABI..

My Hero...!

Abah, Selamat hari lahir bah...

moga dirimu terus dilimpahkan rahmat dan kasih sayang dari Tuhan.

Terima kasih dah jadi abah terbaik untuk kami..

Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan segala pengorbanan abah..

Sayang abah sangat2...


12/12

WALIMAH SAHABAT tersayang,,

Alhamdulillah, nun jauh di Kedah sana, kedua2 sahabat saya telah selamat diijabkabulkan...

Mabruk a'laik buat Ukhtie Khadijah/ Kct (Msu) dan juga Adlan (shbt Kmpp saya) atas bait muslim yang terbina.. Moga terus disirami hujan sakinah mawaddah wa rahmah dan terus menyemarakkan lagi semangat kalian untuk berbakti kepada Agama... Walau dari kejauhan, hanya doa yang mampu dihulurkan. Moga berbahagia selalu sehingga ke Syurga! Insyaallah..

"BArakallahulakum wa jama'ama bainakuma fi khair"....

Juga buat sahabat saya Min dan Hasanizal, yang melangsungkan akad nikah pada raya haji yang lepas,moga berbahagia selalu dunia akhirat,... kirim2lah khabar berita dari malaysia..=j

KULLU SANAH WA ANTUM TOYYIBIN...


SAYANG KALIAN SEMUA KERANA ALLAH..