Sebuah PerJuaNgan~
Kehidupan adalah satu perjuangan. Berakhirnya sebuah perjuangan adalah datangnya kematian. Ruang lingkup perjuangan memang luas. Seluas warna-warni kehidupan. Puncak tertinggi dari perjuangan adalah jihad. Sedang jihad itu sendiri adalah puncak bagi kerja-kerja Islam.
Berkata Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya : " Andai matahari kau letakkan di tangan kananku, bulan pula ditangan kiriku, bagiku untuk melepaskan beban yang kubawa ini, sekali-kali tidak". Perjuangan dari seorang rijal murabbi, tidak melepaskan apa yang dibawa hanya kerana kemewahan dunia yang terlalu sedikit. Dengan keyakinan sepenuhnya kepada Sang Pencipta, menyerahkan segala urusan hanya kepada Allah.
" Dan barangsiapa yang bersungguh-sungguh berjihad di jalan Kami, pasti Kami akan tunjukkan jalan Kami." (Al-Ankabut :69)
Mengawali sebuah perjuangan itu memang berat. Menjalaninya lebih berat. Tetapi menjaga kesinambungan sebuah perjuangan itu jauh lebih berat. Padahal, perjuangan itu tidak dinilai diawalnya, tapi diakhirnya.
Melantik jiwa dan diri ini sebagai sang pejuang memang mudah. Tetapi, dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pejuang, semestinya ada ujiannya, kerana tapisan demi tapisan dilakukan sendiri oleh Yang Maha Kuasa, bagi-Nya memilih mereka yang benar-benar ikhlas berjuang dijalannya. Terkadang timbul perasaan lemah, letih, tidak bersemangat dan sebagainya.
" Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?. (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn. Itulah keberuntungan yang besar." (As-Shaff:10-12)
Kunci kepada sebuah perjuangan adalah niat yang ikhlas kerana Allah SWT, syaratnya pula adalah bersungguh-sungguh dalam berjuang serta tidak berputus asa dan akhirnya adalah menjaga kesinambungan serta penerusannya.
Wahai saudaraku,
Kini, yang tinggal adalah bergantung pada diri sendiri, teruslah berbekal dan seterusnya teruskanlah perjuangan. Tanpa rasa bosan untuk memohon kepada Allah agar membeli sedikit persembahan kita.
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang dijalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang melawat, yang ruku' yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mu'min itu". (At- Taubah 111-112)
Bersyukurlah, andai hingga ke hari ini kita masih lagi dipilih sebagai salah seorang dari pejuang-pejuang dan penolong-penolong agama Allah, tapi adakah kita pasti esok lusa, kita masih berada disini?. Allahua'lam...moga ditetapkan hati ini dijalan-Mu ya Rabb....Amin
~taken from paksi.net~
Saturday, February 18, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment