Friday, September 30, 2005

.:RINdU PADa UsRAti:.

Image hosted by Photobucket.com


SATU..
kasih nan abadi..tiada tandingi, Dia yg Satu..
DUA..

kasih berpanjangan..membawa ke syurga kasihnya ibu,,
TIGA..

lapar dan dahaga..rela berpayahan setianya ayah..
EMPAT..

mudah kau ketemuberhati selalu beza antara..
kasih dan kekasih..

ibu, kuingat dahulu..
menyisir rambutku kemas selalu..
ayah, menghantar ku ke sekolah..
bergunalah ilmu bila dewasa..

sayang, dengar lagu ini..
untuk kau sandarkan..buat pedoman..
manis jangan terus ditelan..pahit terus dibuang..
itu bidalan..harus kau renungkan..

andai kau beroleh bahagia
ingat itu bukan utk selamanya,,
andai kau dalam sengsara
ingat itu bukan untuk selamanya..
dunia ini sementara..

p/s: YA Allah.. jadikanlah riNdu diri iNi, RiNdu UtaMA kpd-Mu..

Image hosted by Photobucket.com
dik dihah ku syg ..

Wednesday, September 28, 2005

UMAT ISLAM DAN PENJUAL BASIKAL..

George W Bush dan Donald Rumsfeld sedang membuang masa di sebuah karaoke sambil menyanyikan lagu Balik Kampung karya Allahyarham Sudirman Hj Arsyad.

Seorang lelaki (terpaksa dirahsiakan identitinya atas alasan keselamatan)
masuk dan bertanya kepada seorang pelayan,

"Bukankah itu Bush dan Rumsfeld?"

Pelayan itu menjawab

"Iya, itu memang mereka."

Lelaki itu lalu mendekati mereka.

"Hello," kata lelaki itu (kerana Bush dan Rumsfeld bukanlah mereka yang layak diberi salam),

" Apa yang sedang anda berdua bincangkan?"
Bush menjawab selamba sambil meneguk air kencing setan,

"Perang dunia ke-3."

"Apa? Perang dunia ke-3? Kenapa?",
tanya lelaki itu agak terkejut.

"Kami akan membunuh 500 juta orang Islam dan seorang penjual Basikal"

Sekali lagi, lelaki itu bertanya dengan nada terkejut,

"Penjual Basikal?"

Bush lantas menoleh ke arah Rumsfeld dan berkata,

"Lihat, tidak ada siapa yang peduli pasal 500 juta orang Islam tu kan?"

Tuesday, September 27, 2005

JAUH ITU DEKAT..


"tak terasa bila dia pergi,
tapi sayu bila dia tak kembali..

mencarinya dengan hati suci lebih indah,
drpd memiliki tapi tak menghargai...

dia datang tanpa seruan, dia pergi tanpa alasan..
kejarilah dia sebelum hilang dari pandangan,
kerana hadirnya anugerah yang tiada tandingan..

Khas buat shbt2 yg amat ana rindui..
thank you ALLAH for the gift of....ukhwah!"

uhibbukunnalillah..

Image hosted by Photobucket.com

ALhamdulillah..DOE 's completed!!

alhamdulillah..
ari ahad ari tu..tepat kul 3 ptg..HIKMAH KEMBARA ana utk expiditon kali ni dah berjaye dicompletekan..fuuh..penat..sampai skrg masih terasa sengal2 bdn..nak nangis rase naik bukit turun bukit..pusing brape ladang klape sawit,ladang kgetah sumer kami redah...pengalaman paling mengGigil kne kejor 3 ekor anjing..huhu..nasib baik Allah selamatkan kami.. ana spjg duk lam utan tu dgq Ikim.fm..lehla layan nasyid di tengah2 keijauan hutan belantare..kami berjalan n trus berjalan sejauh 25 km..brenti pun kekadang je utk ilangkan penat,takut tak sempat sampai checkpoint...first day ok lagi..masuk second day bertambahla ke'ádvencer'ánnya sbb kne pusing lereng2bukit..kesimpulannya,pengajaran yg ana dpt adlh,bwklah walkman masa pi camping,leh jgk dapat pengisian ceramah dr ikim tengah2 jalan..jangan makan banyak sangat..(mcm malam td,segala bende dimasak,maggi,bubur nasik,sambal ikan bilis,air milo berpaket2,spirulina pun ada yg bwk..waduuh)..minum air masak byk2..,jimat2 guna air..(speseli utk brwuduk..)..klau ade sungai,jgn excited sgt..bwk handset,blh call sesape klau sesat sbb zmn skrg,kat atas bukit pun coverage ok..Subhanallah =p..bwk windbreaker,stokin lebih sbb memalam sejuk..pasang khemah leklok..karang diterbang jugak dek encik angin..pastu,pengajaran sterusnye,mintak college sediakn rucksack kecik sbb sakit bdn btoi pikul rucksack besaq lg berat tu..lagi satu..pakailah topi peladang yang besar utk mengelakkn dr terkene sinaran Uv n panas sang mentari..(ni ana tgk kekawan ana yg lain ramai yg pakai topi tu..cam petani pulak..hehe..)ana pakai topi kecik je..sbb tu la skrg ni rs nak demam..dehydrated..pengajarn seterusnya,x perlu nak bercaMp fire n berparty2 kat tengah hutan tu, mengganggu ketenteraman awam je...kan Ada lg hiburan lain yg lebih berfaedah utk dibuat..hmm.. Hubungan sesama bkn mahram & non muslim jg kne jaga...aurat n etc..Pastu,klau blh,smua org kne pandai navigate via compass n peta..jd risiko nak sesat dpt direducekan..=p teamwork sgt penting.. itulah nikmat ukhwah..lg satu,nikmatilah keindahan alam ciptaan tuhan di setiap langkah kembara kita..itulah HikmAh kEmBAra yg paling besar sebenarnye....Subhanallah..(^_^)

p/s: terlepas marathon di kolej hari ahad hari tu..hehe..nasibla.. pepun, Sapphire tetap juara bertahan..tahniah2.. kpd dIamond..kamu tetap juara ape.. (^_^)

Monday, September 26, 2005

BANGKIT DARI TiDUR YG LENA..(^_^)

Assalamua'laikum..

setelah sekian lama menyepi..jari2 ini menari lagi di papan keyboard,
membuka lembaran baru utk blog ana yg telah lm x diupdate..hehe..
kesian kat blog..x sempat ana nak bermanja..
..x sempat rekod hal2 penting lam blog ni utk kenangan diri sndri
n peringatan brsama..ece..
Xpelah..yg penting.."jalan mesti kedepan..bukan ke belakang"..
(tringat iklan petronas smpene hari kebangsaan x lama dulu)..
perjalanan kat depan masih jauh.. jadikan pengalaman yg lalu sbg perkara yg dpt mematangkan kita k..

skrg ni smua orang cam tgh bz dgn minggu exam.. ana punye AS insyaAllah 13/10 nanti akn start..
sampaila sehari sblm raye..(huhu..makk..nak balikk..) kali ni ana kne pulun smua paper As sekaligus.. maklumla..result maths yg mantap..jadi,nak tak nak kne berusaha utk dptkan result yg lebih mantap..hehe..kekadang kecut perut juga..pk Ucas sumer..interview.. dgn keadaan study pun yg masih x profesional lagi..(muslihah..muslihah..bilela nak brubah ni...) ari tu, ms meeting with our headmaster, mr small,lg skali kecut perut when he said that most of universities dat hv been chosen by students ,mostly U yg sama..yg terhangat di psrn adlh Leeds, Soton, Aberdeen, Nootingham n adala satu due lagi.. cm mn x kecut perutnye, ke-4-4 u yg ana pilih, smuanye tersenarai lam top 5 tu..hot sehh mengalahkan pisang goreng panas..hehe..naib baik dpt can edit lagi Ucas form..kali ni tawakkal jela..letak je mana2 U..janji Leeds ana x tuka..(hehe..ade rezki..insyaAllah leh dptkan kak balqis?)..ewahh..
sebenanye,Ana x kisah pun dpt smbg blaja kat mn2..yg ana harapkn dpt buat medical degree..sbb tu lah cita2 ana sejak dr kecik..dr tapak kaki masih merah org kata..ece..hyperbola ke nih..ape2la.. Apapun,itu smua ana serah je kat Allah..sbb perancangn Dia adalah yg terbaik..Yakin dengan Allah..Dia yang lebih mengetahu apa yg terbaik utk hamba-hambaNyq..tugas ana skrg..blaja, n blaja..n blaja..tuntut ilmu seberapa byk yg boleh..sbb tanpa ilmu..we are nothing! lagipun,apa plg penting lg,Allah yg suruh kita tuntut ilmu ni..tak kirela A-Level ke..ape ke..Ilmu FArdhu Ain lgla==wajib tu..
best sbenarnye menuntut ilmu ni..mengajak otak untuk berfikir..berfkir ttg betapa LuasNya Ilmu Allah..berfikir ttg btpa pentingnye ilmu Allah ni kat kita..fi dun ya, mahupun utk saham di akhirah kelak..
jadi..xdela kita duk ditakuk yg lama je..klau cmtu,sampai bile2 pun x berkembang.. sbb tu kita sbg umat Islam yg alhamdulillah diberi kelebihan oleh Allah utk mengutip ilmu ni..kutipla seberapa byk yg mungkin..n bila dah kutip tu,jgn letak dlm poket je, tp aMalkan.. sbb ilmu tanpa amal tu,ibarat pokok yg x berbuah.. tul dak.. (^_^)
(Ya Allah..let me n my friends practise what we said..Ameen)

akhirul kalam..tringat kata2 hikmah ..

"Belajarlah kamu akan ilmu,
belajar itu kebajikan,
menuntut akan ia ibadat,
muzakarah ilmu itu tasbih,
hujahnya pada ilmu itu jihad,
mengerjakan bagi yang tahu itu sedekah"..


wallahualam
slm perjuangan!!

Image hosted by Photobucket.com

Thursday, September 08, 2005

Rasakan Kelazatan Persaudaraan

Ayuh! Rasakan Kelazatan Persaudaraan

"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya." HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim Sahabat...

Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya. Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anas ra., "Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api."

Sahabat...

Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.

Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis.

Sahabat...
Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah.Rasulullah Saw bersabda, "Barangsiapa bersaudara dengan seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya".

Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah Saw. dari Ibnu 'Abbas ra., ia berkata, "Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkara tersebut.Seorang hamba tidak akan menemukan nikmatnya iman, sekalipun banyak sholat dan shaum, sehingga dia bersikap demikian. Persahabatan diantara manusia pada umumnya didasarkan atas kepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagi mereka."

Sahabat...
Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh. Allah Swt. Berfirman; " Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara." Q.S Al-Hujurat : 10 Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, "Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya." HR. Muttafaqun 'Alaih

Sahabat...
Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai syahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhammad Saw. Persaudaraan merupakan buah dan konsekuensi keimanan yang amat sangat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNya tinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNya berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengan keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNya pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. Sungguh, tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya, dan cinta kita kepadaNya. Adakah kita merasakan semuanya?
Wallahualam.

Yesterday is history,
Tommorow's a mystery,
Today's a gift,
That's why we call it the Present. "
Each day I wake in gratitude.
Thanking Allah, He let me rise And To Him I only Seek His assistance."



Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata.

PESANAN AL-QAMAH
Sekiranya engkau memilih teman, pilihlah teman yang…..

Apabila engkau memandang wajahnya, segera engkau akan ingat Allah SWT.

Apabila engkau melihat dia beribadat, teringatlah engkau akan amalanmu.

Apabila engkau berbicara dengannya, bertambahlah ilmu pengetahuanmu.

Apabila engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

Apabila engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu.




Apabila engkau memerlukan pertolongan daripadanya, ia akan membantumu.

Apabila engkau menghulurkan sesuatu kebaikan dan kebajikan kepadanya, ia akan menerimanya dengan baik.

Apabila ia mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan kepadannya daripadamu, ia akan menghargai ataau menyebutnya.

Apabila ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan segera menutupnya.

Apabila engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

Apabila engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

Apabila engkkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkannya.

Apabila engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

Apabila engkau berselisih faham dengannya, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Apabila datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu

Monday, September 05, 2005

cANtik..atau tidak caNtik??

CanTik? atau tiDak cAntik??

Image hosted by Photobucket.com


(source-my previous entry)

Assalamualaikumwbt..
skdr peringatan kpd shbt2 & diri ana sndri..hrp2nye,kita sm2 akn dpt muhasabah diri,stakat mn dah kita ni bersyukur dgn kurniaan Tuhan sbenarnya..Hmm..biasanya, manusia akan sedih bila rasa dirinya kurang dari yang lain.. Contohnyela kan, rasa kurang cantik, kurang rupa paras.. cuba kita fikir sekejap..kenapa kita perlu sedih atau bangga dengan kecantikan? sebab memang semua manusia nak cantik, tapi TUHAN yang bagi rupa paras.Semua manusia itu cantik dan unik, tapi manusia yang mengkelaskan siapa yang cantik dan siapa yang kurang cantik. kalau orang itu cacat, sebenarnya dia cantik.. kalau orang itu gelap, sebenarnya dia cantik.. kalau orang itu hidung tak mancung, sebenarnya dia cantik.. tapi, sebab kita selalu fikir, yang cantik itu, mesti kurus, tinggi, putih,tak de jerawat,hidung mancung jadi kita mengkelaskan yang itu cantik, yang itu tak cantik.. itu tak benar, sahabat2,kita tertipu, sebab semua memang cantik. kalau kita rasa orang itu tak cantik, atau diri kita tak cantik, kita akan menyalahkan TUHAN sebab TUHAN yang bagi rupa paras. oleh sebab itu, patutkah pujian kecantikan diberikan pada manusia? "awak cantiklah.." padahal, yang jadikan dia cantik ialah ALLAH.. jadi, pujian itu milik ALLAH, bukan milik manusia..jadi, janganlah sedih kalau rasa tak cantik.. sahabat2 silap, sebab semua manusia cantik.. gembiralah.. jadikan kita insan yang paling cantik disisi Tuhan..Ssghnya kecantikan dalaman & rohaniah itu yg akn memancarkan sinar bahagia di wajah kita..
Allah itu CanTik,dan SukA yg CAnTik..jadi percantikkanlah diri dr segenap segi..mg kita menjadi hamba yg dikasihiNya..Kesimpulannye, bersyukurlah dengan apa yg ada.. x perlu nak mengubah kejadian Allah yg serba indah ni..Jangan sampai Tuhan menarik balik segala nikmat yg telah dikurniakan kpd kita tanpa kita sedari.. wanau'zubillahiminzalik..