Assalamualaikumwbt..
Semalam ada sahabat yang bertanya tentang maksud di sebalik nama saya..
alang2 dah bukak topik ni, tetiba rasa nak share kat blog & tergerak hati nak menulis..
Alhamdulillah, ana dpt rasakan yg diri ana & sahabat2 tentu berbangga dengan nama masing2..
siti muslihah, siti maisurah, siti mahirah,siti madihah,mohd hanif, mohd saiful asyadi, mohd syahmi, dan sebagainya..(adik-beradik punya nama.) :j
klau nak sebut nama sahabat2 lagila..ada yang nama solehah, munawwarah, rabiatul adawiyah
ada yang namanya yg diambil dari nama indah Asma Ul-Husna,nama Nabi2, para sahabat, para pejuang islam, serikandi2 islam..nama2 syurga..macam2la..smua sedap2..and apa yang paling penting skali, maksudnya juga insyaAllah smua baik2..itu yang kita harapkan..
bukan sng mak ayah nak pilih nama untuk kita ni..kekadang tu sampai duk berebut nak bagi nama kat kita..tul dak.. hehe..(ni pengalamn ana la..time mak pregnant,tengok mak ayah punyala bersungguh cari nama yang baik2 untuk adik2.. punya bersemangat nak mencari nama yg TERBAIK untuk anak2 mereka..dengan harapan, peribadi kita juga seiNdah nama kita..nama yang sekaligus menjadi doa agar kita membesar menjadi anak2 dan hambaNya yang soleh solehah..
Di antara hak anak ke atas ibu bapanya ialah memberikannya nama yang baik dan menghindarkan daripada memberikannya nama yang tidak baik.
Tersebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
Sesungguhnya di antara hak anak ke atas bapa ialah mengelokkan namanya dan mengelokkan adabnya.
(Hadis riwayat al-Bazzar)
Sebagaimana juga menurut hadis-hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam yang lain dan kata-kata ulama bahawa adalah dituntut terutama sekali kepada ibu bapa supaya memilih nama-nama yang baik dan nama-nama yang memberi sempena baik ketika meletakkan atau memberi nama kepada anak yang baru lahir, dan menghindarkan daripada meletakkan nama-nama yang dimakruhkan lebih-lebih lagi yang diharamkan.
Syeikh al-Islam Ibrahim al-Baijuri menegaskan di dalam kitab Fath al-Qarîb bahawa sunat diberi nama anak dengan nama yang baik, sebagaimana menurut sebuah hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya:
Sesungguhnya kamu dipanggil pada Hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, dari itu elokkanlah nama-nama kamu.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)
hmm..
tp agk sdih jugala..klau kita tengok skrg ni, ada mak ayah yang main letak je nama..takpun, reka nama canggih2 untuk nampak lebih "up to date" dgn zaman millenium katakan...nama lama2 dianggap kuno..nama Nabi dianggap tak best lasum..rela letak nama anak panjang2 plus nama artis2 barat plak tu...panjang berjela pun takpa janji rock..huhu
YAng tu satu kes..
kes lain yg lagi kronik plak....mak ayah dah bagi nama elok2.. tapi si anak tu pulak dengan sesuka hati meggelarkan diri dengan nama2 yang bombastik ntah ape2 ntah.. klau bombastik ber'makna' takpe..ni yang pelik2 nak sebut pun payah... hmm..tak perlu bagi contoh la kan..
ADUHAI..apa nak jadi..
sm2 kita renungkan & perbaikkan apa yang kurang baik..
wallahualam..
insyaAllah..mudahan2 diri ini dpt menjadi hambaNya yang BAIK & SOLEHAH..
PEMULIH untuk setiap kedukaan, kesakitan, perpecahan
& PEMBAIK kepada setiap yang kefasadan mahupun kekurangan..
Insyaallah.
-Aku yang bernama Muslihah-
0 comments:
Post a Comment