Sunday, August 14, 2005

..I S M I ..



Image hosted by Photobucket.com


Assalamualaikumwbt..

Semalam ada sahabat yang bertanya tentang maksud di sebalik nama saya..
alang2 dah bukak topik ni, tetiba rasa nak share kat blog & tergerak hati nak menulis..

Alhamdulillah, ana dpt rasakan yg diri ana & sahabat2 tentu berbangga dengan nama masing2..
siti muslihah, siti maisurah, siti mahirah,siti madihah,mohd hanif, mohd saiful asyadi, mohd syahmi, dan sebagainya..(adik-beradik punya nama.) :j
klau nak sebut nama sahabat2 lagila..ada yang nama solehah, munawwarah, rabiatul adawiyah
ada yang namanya yg diambil dari nama indah Asma Ul-Husna,nama Nabi2, para sahabat, para pejuang islam, serikandi2 islam..nama2 syurga..macam2la..smua sedap2..and apa yang paling penting skali, maksudnya juga insyaAllah smua baik2..itu yang kita harapkan..
bukan sng mak ayah nak pilih nama untuk kita ni..kekadang tu sampai duk berebut nak bagi nama kat kita..tul dak.. hehe..(ni pengalamn ana la..time mak pregnant,tengok mak ayah punyala bersungguh cari nama yang baik2 untuk adik2.. punya bersemangat nak mencari nama yg TERBAIK untuk anak2 mereka..dengan harapan, peribadi kita juga seiNdah nama kita..nama yang sekaligus menjadi doa agar kita membesar menjadi anak2 dan hambaNya yang soleh solehah..

Di antara hak anak ke atas ibu bapanya ialah memberikannya nama yang baik dan menghindarkan daripada memberikannya nama yang tidak baik.

Tersebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
Sesungguhnya di antara hak anak ke atas bapa ialah mengelokkan namanya dan mengelokkan adabnya.

(Hadis riwayat al-Bazzar)


Sebagaimana juga menurut hadis-hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam yang lain dan kata-kata ulama bahawa adalah dituntut terutama sekali kepada ibu bapa supaya memilih nama-nama yang baik dan nama-nama yang memberi sempena baik ketika meletakkan atau memberi nama kepada anak yang baru lahir, dan menghindarkan daripada meletakkan nama-nama yang dimakruhkan lebih-lebih lagi yang diharamkan.

Syeikh al-Islam Ibrahim al-Baijuri menegaskan di dalam kitab Fath al-Qarîb bahawa sunat diberi nama anak dengan nama yang baik, sebagaimana menurut sebuah hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya:
Sesungguhnya kamu dipanggil pada Hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, dari itu elokkanlah nama-nama kamu.

(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

hmm..

tp agk sdih jugala..klau kita tengok skrg ni, ada mak ayah yang main letak je nama..takpun, reka nama canggih2 untuk nampak lebih "up to date" dgn zaman millenium katakan...nama lama2 dianggap kuno..nama Nabi dianggap tak best lasum..rela letak nama anak panjang2 plus nama artis2 barat plak tu...panjang berjela pun takpa janji rock..huhu

YAng tu satu kes..

kes lain yg lagi kronik plak....mak ayah dah bagi nama elok2.. tapi si anak tu pulak dengan sesuka hati meggelarkan diri dengan nama2 yang bombastik ntah ape2 ntah.. klau bombastik ber'makna' takpe..ni yang pelik2 nak sebut pun payah... hmm..tak perlu bagi contoh la kan..

ADUHAI..apa nak jadi..
sm2 kita renungkan & perbaikkan apa yang kurang baik..

wallahualam..


insyaAllah..mudahan2 diri ini dpt menjadi hambaNya yang BAIK & SOLEHAH..

PEMULIH untuk setiap kedukaan, kesakitan, perpecahan

& PEMBAIK kepada setiap yang kefasadan mahupun kekurangan..

Insyaallah.

-Aku yang bernama Muslihah-

Saturday, August 13, 2005

Roh jihad sudah pudar dalam hati umat Islam

Oleh Muhtar Suhaili
www.bharian.com.my

MARUAH Islam sekali lagi dicabar dan tercabar.
Jati diri ummah kian bergoncang dan hak asasi manusia terus diperkosa.

Di pihak lain, keangkuhan Israel melampaui batasan. Pembunuhan ulama dan pemimpin pergerakan Hamas, Syeikh Ahmed Yassin di Gaza menunjukkan betapa kejamnya Zionis terhadap Islam.

Syeikh Ahmed Yassin, 66, yang lumpuh dan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda terbunuh dalam serangan udara pada 22 Mac lalu sebaik saja keluar dari masjid selepas menunaikan solat Subuh.

Lebih malang lagi, serangan udara itu turut mengorbankan tujuh lagi rakyat Palestin tidak berdosa termasuk pengawal peribadi beliau.

Realitinya inilah yang berlaku kini.

Selepas keagungan dan institusi khalifah runtuh, maruah Islam terus tidak diendahkan.

Tokoh pejuang umat Islam dihimpit dan mereka dilabelkan sebagai pengganas, pemberontak, penjenayah dan pelbagai lagi gelaran bagi menghalalkan segala penentangan terhadap mereka.

Selain Syeikh Ahmed Yassin, ramai pejuang tulen yang diuji dan sudah diuji dengan pelbagai cabaran termasuk dipenjara, dikenakan hukuman bunuh, dibuang daerah dan dipulaukan masyarakat.

Antaranya Syamil Basayev dan Jeneral al-Khattab di Chechnya; Dr Ayub Thakur (Kashmir); Dr Abas Madani dan (Algeria); Omar Basyir (Sudan); Dr Najmuddin Erbarcan (Turki); dan Mustafa Masyhur (Mesir).

Sebenarnya umat Islam seluruh dunia seharusnya sedar akan perlunya mereka menilai kembali diri dan membuat perancangan berkesan yang boleh digunakan untuk mengembalikan kecemerlangan ummah pada masa depan.

Tindakan membabi-buta tidak akan menyelesaikan masalah umat Islam. Sebagai renungan bersama, ucapan al-Imam Hasan Al-Banna wajar diteliti secara bersama. Beliau pernah berkata: Kemenangan itu sedang menanti di hadapan kita. Walaupun tekanan semakin dahsyat dan keras menghimpit kita, tetapi ingatlah bahawa sesungguhnya fajar mentari pastikan terbit walaupun kegelapan masih berpanjangan.”

Selain itu, kata-kata seorang pujangga wajar dijadikan motivasi untuk mengorak langkah membina kegemilangan.

Beliau berkata: “Kebangkitan Islam bukan menanti keredaan orang kafir dan munafik, tetapi Islam bangkit di celah kekafiran dan kemunafikan.”

Islam adalah agama berkasih sayang dan sentiasa memperjuangkan keamanan, keadilan dan kesaksamaan sejagat.

Malah perkataan ‘Islam’ itu sendiri membawa makna salam atau ‘selamat’. Umat Islam dididik bersikap dan bertindak secara sederhana, bertolak ansur dan mengamalkan toleransi.

Apabila hak seseorang dicabuli, Islam pasti menentangnya tidak kira sama ada yang tertindas itu seorang muslim atau tidak.

Inilah sebenarnya keindahan Islam dan ajarannya yang melangkaui batasan geografi dan merentasi sempadan politik sempit kerana ajaran dan mesejnya adalah bersifat ‘alamiyyah (global), syumul dan rahmat kepada seluruh manusia.

Bagaimanapun, keadaan dan situasi umat Islam kini berada pada tahap yang menyedihkan. Di seluruh dunia, negara dan umat Islam dijajah, ditindas dan dilabel secara negatif.

Lebih daripada itu, dunia dan sejarah membuktikan bahawa tamadun Islam lama menyaksikan gangsterisme Barat. Malah, Barat sentiasa berusaha merancang, merencana dan melaksanakan agenda jahat bagi memastikan Islam dan umat Islam terus dihina serta dipandang rendah pada setiap ketika.

Sebab itulah, tindakan unilateral, perang berat-sebelah, kekejaman, pembunuhan beramai-ramai atau ‘genocide’, kebuluran, keruntuhan moral dan pendek kata segala masalah yang berlaku hari ini terus bermaharajalela.

Oleh itu, tidak ada kesangsian lagi untuk orang beriman memejamkan mata dan berpeluk tubuh atas apa yang berlaku.

Selain itu, mustahil bagi muslim terus lena dan dibuai mimpi indah di atas tilam yang empuk, bergoyang kaki membuang masa serta hanya memikirkan terhadap kepentingan dan keuntungan peribadi apabila melihat jenayah ganas ini terus memalit luka dan duka kepada kemanusiaan di seluruh dunia.

Sejarah dan pengetahuan masa silam adalah perkara berharga untuk diteliti bagi memperbaiki keadaan sedia ada.

Oleh itu, langkah pertama perlu dilaksanakan dalam menghadapi semua dilema dan permasalahan ini ialah umat Islam perlu bersatu.

Integrasi adalah jawapan paling baik. Segala perbezaan pandangan, fahaman politik dan sebarang prejudis antara wajar diketepikan.

Setiap Muslim perlu menerima kenyataan bahawa solidariti memainkan fungsi sangat besar dalam menganjak situasi semasa ummah.

Asas kukuh persaudaraan mesti berlandaskan akidah bagi memastikan persaudaraan yang terbina adalah Ukhuwwah Islamiyyah.

Justeru, umat Islam perlu bersatu kerana Islam adalah agama perpaduan. Ajaran Islam yang syumul hendaklah dijadikan sebagai model dan kerangka berseri kepada kesatuan ummah.

Selagi masyarakat Islam terus memaut erat fahaman kuno seperti semangat perkauman, taksub dan fanatik, maka percayalah bahawa muslim akan terus hidup dalam pertelingkahan dan perpecahan.

Justeru, tiba masanya semua berbicara mengenai kesatuan yang sebenar. Ia penting ke arah mencapai impian membentuk masyarakat madani yang berteraskan konsep ummatan wahidah – umat yang satu.

Selain itu, semangat dan roh jihad sudah pudar dalam hati umat Islam. Malah umara’ (pemerintah), ulama dan pahlawan agama gagah hanya tinggal kenangan.

Segala-galanya hanya tinggal nama dan kini Islam hilang kekuatannya angkara ketamakan duniawi, kealpaan dan kejahilan umatnya.

Sudah hilang daripada umat ini Salahuddin al-Ayyubi – lelaki waja yang terkenal dengan kegagahan serta warak. Beliau juga panglima perang ketika Peperangan Hittin menentang tentera Salib dan Yahudi.

Begitu juga, sudah hilang daripada umat ini Imaduddin al-Zangki dan anaknya Nuruddin al-Syahid – dua perwira perkasa yang memperjuangkan Islam hingga ke titisan terakhir.

Selain itu, sudah tidak ada daripada umat ini yang mengenali Panglima Saifuddin al-Qutuz – pemuda yang berjasa merebut kembali Baghdad daripada Tentera Tatar Monggol.

Malah, sudah hilang individu yang mahu mencontohi Muhammad Murad – pemuda berhati waja dan bersemangat besi baja.

Pada usia 23 tahun, beliau mampu mengepalai usaha menakluki kota Konstantinopal pada Selasa 20 Jamadil Awal 857 Hijrah bersamaan 29 Mei 1453 dan akhirnya dikenali sebagai Muhammad al-Fatih.

Justeru, marilah bersatu dan menyeru kepada perpaduan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Marilah kita bersatu kerana Allah dan Islam serta ingatlah ukhuwwah berfungsi dalam menghadapi pelbagai cabaran serta dakyah musuh.

Marilah tanamkan keazaman untuk menjadikan diri hidup berjuang dan mempertahankan Islam agar mampu menjadi umat yang mempunyai terbaik.

Masyarakat pula diterangi cahaya dan kalimah Ilahi. Akhirnya, marilah menjadi lelaki dan wanita zaman ini yang bakal mencorak dunia dengan Islam hakiki.


Penulis adalah Presiden, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Image hosted by Photobucket.com

TakbiRR!! Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!

Friday, August 12, 2005



Haze situation improves!! Alhamdulillah...

Image hosted by Photobucket.com
see d difference?? (^_^)


fuuh...lega... haze situation makin improve.. x perlu lagi pakai face mask pi klas..hehe..
(2,3 hari ni dah macam doktor bedah dah budak2 ni sume)..Kucim pun naik heran apsal la manusia2 ni berpakaian cam doketot..(padahal kucing tu jeles tu..hehe) sian dia..nak pakaikan die takde saiz kecik plak..huhu..tutup satu muka kang ade jgk yang kne kick dgn "'penggemar kucing"..waduuh..

hmm..terkejut kan dgn disaster kali ni..nmpknye lagi skali haze yg truk melanda..(speseli kita2 yg berada kat sekitar selangor & yg mnjadi mngsa angin membawa asap2 dr sumatera nun...huu..ingatkan ari tu cam utan2 kat sbelah kolej ni je yg terbakor..rupe2nye dr nun seberang sn.. nak sidai kain pun cm pk 2,3 kali dlu sbb takut bau asap..hehe

Yang paling suspen skit bile skolah, U sumer serta merta kne tutup..(tp kami jugakla yg x tutup2..) ternanti2la bile mr richard small nak annouce cuti..tmbh2 ms assembly smlm, die habaq ari ni akn bg keputusan smda kolej ni kna tutup ke tak..siap suruh kitorang bersiap sedia utk memackingkan diri ..hehe..skali hari ni alhamdulillah..cuaca elok je..Justeru,nmpk gayanye,melepas cuti awl sminggu..tak gitu shbt2 ana? hehe..

xpe..ni la namenye pengorbanan dlm menuntut ilmu..ye tak?..Btw,sian gak kat superseniors yg ada gak nmpk muka 7,8 org ari ni..alumni event terpaksa dipostpone..(terpaksa ditangguh dgn tibe2 la kan).. tp yg dtg tu sbb nak bincang psl results depa kot..fuuh..muka berseri2 sume..maklumla,results gempakla tu..lepas syarat nak fly..tahniah2..(^_^) kpd yg x brjaya lps..huhu..ana jg tumpang sdih..tp,jgn risau,insyaAllah,masih ade peluang tu..kalaupun x trcapai hasrat pi ovc, dpt kat cni pun xpe..janji dpt ijazah k..yg pntg,pray hard!! jgn putus asa dgn RAhmat Allah..

kpd shbt2 yg sakit,sesak nafas sume disbbkan haze ni..mg kalian cepat sembuh ya..jg kesihatan leklok..
sm2 kita doakn keadaan akn kembali spt biasa..

klau kite btul2 sedari, sebenarnye d HAzE ni sbg satu peringatan utk kita..- sm2lah koreksi & muhasabh diri..apa petanda di sebalik kedatangannya..

wallahualam..
Image hosted by Photobucket.com

UNITED IN PRAYER: Natural disasters always bring the best out in Malaysians. They pray for their fellow countrymen irrespective of their racial and religious origins. It was no different when the haze reached critical levels in several parts of the country on Thursday. They responded to the call by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to pray for divine intervention to help clear our skies. Our pixman AZHAR MAHFOF captured the faces of Malaysians in prayer Friday.






>>> just 4 reading<<<<


UnHealthy Air??

The haze has started to move north as the situation improved tremendously in Port Klang and Kuala Selangor – the two areas that have been placed under Haze Emergency.

Hundreds, if not thousands, of Klang Valley residents who had fled to places like Penang for a break are beginning to regret their journey as they could see the smog blanketing various part of the island's landmarks.

However, the Air Pollutant Index (API) for Penang remained between good and moderate, although the figures are slightly higher than previously.

In the Klang Valley, all areas recorded tremendous improvement, with none in the hazardous level.
There are no more areas with levels above 400. Port Klang's API was182 and Kuala Selangor 293. The two areas were above the 500 level 48 hours ago.

However, the two areas remained under the Haze Emergency status and are expected to stay so until Sunday, when a review is expected.

The haze has reduced the air quality in northern states of Malaysia from good to unhealthy levels.
In the Klang Valley on the other hand, air quality improved tremendously and it now borders the moderate and unhealthy categories.

As of 11am today the highest Air Pollutant Index (API) reading was recorded in Seri Manjung, Perak, 153, followed by S.K. Jalan Pegoh, Ipoh, 137, Tanjung Malim, 128, Jalan Tasek, Ipoh, 128.

Image hosted by Photobucket.com




~..tanjung malim topten..patutla berasap kYuEm..
(Subhanallah..MAha Suci Allah yang berkuasa Membuat apa sAhaja terhadap apa sahaja yg Dia Kehendaki.. "Kun FAyakun, Maka jadilah Ia..")

if u wanna know more about haze, klik kat cni k..

http://thestar.com.my/archives/2005/8/12/nation/hazefaq_1208.pdf


(kepada yang masih x faham2..)

No hugging, we are Muslims!!


source: the star Saturday August 13, 2005


No hugging please, we are Muslims – this was Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s message in hitting out at such actions being promoted by certain TV reality shows and programmes.

This is not a question of young or old people hugging. This is about religion. It is forbidden in the religion, he stressed.

Najib made these remarks when opening the Malaysia Youth Council’s 55th Annual General Meeting at the Langkawi Exhibition and Exposition Centre.

With such reality shows attracting large audiences, he said the programmes should instead be helping spread moral values.

Hugging scenes are not suitable. They must sing decent songs, and must act decently, he said.

He lauded Akademi Fantasi 3 winner Mawi for calling on youths to shun drugs during the recent finals of the event, which attracted a large TV audience and 12 million SMS votes.

Government programmes could not attract such a large audience.
Even Umno programmes cannot attract as many SMS, he noted.

We want to look into how we can capitalise on such programmes to help instil good values among the younger generation, he said.



p/s: hmm...tahU tAKpEe..
apela nak jadi ngn bebudak skang ni..huhu..sdih2..

Sunday, August 07, 2005

..SESUCI FITRAH..
..SETENANG MUTMAINNAH..


Image hosted by Photobucket.com

elo adik comel..
comelnye...huhu

(bile tgk baby, jiwa yg gundah pun jadi tenang..eceh..)



tapi jgn Lupe,

Apa yg boleh membuatkan hati kita menjadi teNang PLUS baHagia

adalah..

dgn ingat sokmo pd PEncipta kita,


penCipta segala Rasa Cinta..



"ketahuilah dengan meNgingati Allah itu, hati akan menjadi teNang.."

Ar-Raad:28


smile always..(^_^)

ISLAMIC ASPIRATION WEEK 05


Image hosted by Photobucket.com


Assalamualaikumwbt..

hmm..lame sungguh jari2 x menari kat keyboard..

rindu plak rasenye..huhu..

emm.. sume prasan tak ape kebende yg ana letak kat ats ni..
tada..ekceli,it's d main banner for our IAW (ISLAMIC ASPIRATION WEEK 05),
yg tlh pun brlngsung selama lbh kurang 1 minggu di bumi kyuem ni.. &
insyaAllah, akn berakhir dgn rasminya pd mlm esk..3 Rejab 1426 H..
ecece..(promote bln rejab..)

results dah pun berada di tgn ana & shbt2.. tapi,sbg tanda perahsiaan,.(hee..bhs pe nih)
ana xkan kabo kan dlu la ye..takut ade gak yg rs terasobiyah..hehe'

but, again, ana nak ingatkn kat cni, all d competition yg dijlnkn is not about winning at all.. skdr utk menjadikn ia sbg satu tarikn utk students participate in each activities, and mendapat kesedarn ttg betapa pntg dan indahnya perlaksanaan ISlam dlm kehidupan.. lbh2 lagi,thn ni kami fokus pd "AKHLAK"..sbbnye.. x perlu ckp knape..cz mostly sume pun tentu tahu ape yg brlaku pd zmn kite skg ni.. x yah tgk jauh, tgk je kbykn golongan remaja kite skrg ni..org2 disekeliling kita.. betapa 'dropping"nye akhlak masyarakat kite skg ni..akhlak islam yg sbenarnye ntah ke mane..separuh diamalkn, separuh ditinggal kat blkg.. (eceh..cam knal je ayat nih..)..hmm..smua main sesuke ati je kan.. huha sane, huha sini.. islam skdr pd nama..huhu..agungkan sgt budaya barat..cam tu la jadinye..

pepun,
Alhamdulillah..a lot of activities tlh slmt dijlnkan,
antarenye, hafazan,tilawah,islamic comic,video presentation-interhouse,science puzzle, elocution, mosque drawing, tgk movie & etc etc....oppss..lupe, d grand one.."NasYid competition" maa..hehe..(kali ni cam ade klon inteam dr kyuem...mantap tul dak2 nih)

although sblm tu mcm2 rintangan trpaksa dihadapi, & byk gak kelemahn yg x disangke2 brlaku,tp syukur sgt2 cz Allah memudahkn segala urusan kami.. brdasarkn pglmn ana, mcm ican hari tu jg, iaw kali ni benar2 menguji keprofesionalisme smua yg terlibat.. dr segenap aspek smda mental,fizikal,eMosi & yg sewaktu dgnnya.. huhu..ana kagum dgn shbt2 cmtee, tetap brsemngt dlm menjayakn iaw ni wlwpun bertubi2 mslh dtg.. jadikan kesilapan sbg pgjrn utk ke arah yg lebih baik..itu yg penting.. and kita mesti ingat, kite hanya mampu merancang & cuba utk melaksanakn yg terbaik, namun Allah lah yg merupakn Sebaik2 Perancang..

teringat mesej yg ana terima dr ukhti zaffan,

"Allah didn't requires U to Be the Best, but He requires U to Do Ur Best.."

bila evrtg we do disandarkn pada Allah & berusaha melakukn yg sehabis baik, hasilnya adlh satisfaction..rasa puas hati bila dpt buat keje dgn baik..walaupun ade gak yg tersasar skit dr matlamat & intention yg kita inginkn..kne sedar bhwa itu adalah dr kelemahan kite sndri,mgkn ade slack kat mn2...careless kt mn2..( kne sm2 fikirkn n muhasabh diri balik, di mana silapnya)... ssghnya yang baik itu dtg dr Allah, and yg x baik tu adlh dr kelemahn diri kita sndri sbg hamba yg bergelar 'insan'..

n'way..2 all shbt2 ia'w committee members, hope we can do d vEry very veRyy bEStt 4 d Closing ceremony esk.. ngeh ngeh.. w o r k a s a f a m i l y k..;p yeahh!..cayok2..


Moga Allah merahmati segala2nya..

maassalamah, wa ilalliqa'..



p/s: wait naa 4 d result..hehe