Wahai bakal bidadari,
Ketahuilah, syurga merinduimu..
Balasan baik buatmu,
Atas kesabaran selama engkau mentaati perintah Tuhanmu.
Engkau yg bergelar wanita..
Tahukah engkau?
Dimana letaknya sifat malumu ..
MANA DIA SAIDATINA KHADIJAH,
MANA DIA SAIDATINA FATIMAH,
MANA DIA WANITA SOLEHAH..
MANA! MANA!
Kutahu..
Bukan mudah..utk insan bergelar wanita menghunus durinya.
Agar tidak didekati sang kumbang yg liar.
Yg mampu menghisap madu bungamu yg harum lg mempersona..
MUSLIMAH...
Pagarilah dirimu..
Hunuskan duri mawar agama..
Pertahankan mahkotamu yg berharga.
Aurat kau jaga serapinya.
Tubuhmu kau tutup dgn sempurna..
Bukan tutup dgn sambil lewa..
Peliharalah kecantikanmu, keindahanmu dgn sebaiknya..
Kerana kelak, kau akan persembahkan keindahanmu buat tatapan hanya utk si dia.
Ya! Si dia yg halal buatmu
Saat itu..kau akan menyedari 'sesuatu yg bahagia'..
.
Tuesday, June 04, 2013
Mana dia 'muslimah' itu......
Alhamdulillah..kelahiran baru di bumi zagazig...
Wednesday, May 29, 2013
Alhamdulillah...they are big heroes now... :)
Bismillahirrahmanirrahim........
Alhamdulillahi Rabbil a'lamin...
Almost 1 year.
Berapa banyak coretan-coretan kehidupan yang tidak mampu terlakarkan..
Namun semoga segalanya tetap terpahat kukuh bersama mereka-mereka yang menyinggah dalam setiap peristiwa dan keadaan. :)
Syukur kepada Allah, kerana masih lagi dihidupkan sehingga ke hari ini.
Setiap hari semakin berkurang umur kita, namun mudahan semakin tinggi pencapaian-pencapaian kita..dalam meraih Redha-Nya dan dalam memaknai hidup ini..
Alhamdulillah, untuk bulan Mei 2013 ni terlalu banyak kenangan terindah...
Yang pertamanya kenangan dapat balik Malaysia sempena PRU 13'.. (dan istimewanya kerana dapat bertemu Abah, Ma dan seisi keluarga yang dah dekat 2 tahun 2 x raya puasa dan 2 x raya haji tak jumpa..)
Apapun insyaAllah saya akan ceritakan dalam entri khas tentang kepulangan PRU nanti...
Hari ni nak cerita tentang 2 hero dalam hidup saya- selain Abah. :)
Apa saya boleh kata, Mereka ni bukan calang2 mushrif insyaAllah..
semalam hari Lahir ke 24 buat adik lelaki saya, begitu juga pada 14 mei yang lepas untuk yang seorang lagi..
Sudah besar mereka berdua.. Tatkala sampai di KLIA tempoh hari ..maka adik-adik lelaki saya inilah yang mengambil di airport..Pada masa itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya saya melihat perkembangan mereka..setelah lama tidak bertemu... Adik-adik saya telah besar Ya Allah... malah merekalah yang banyak membantu saya sepanjang kepulangan....dan kini menjadi insan yang boleh di harapkan.. Kadang-kadang terasa mereka lebih berdikari daripada saya..
My big hero, Adik Haniff..alhamdulillah had officially graduated from Hannover Applied Science & Art University.. Januari lepas dah balik Malaysia for good.. meninggalkan bumi germanynya yang pastinya mempunyai seribu 1 kenangan... and now alhamdulillah he already become the Ass. Manager (merangkap wakil engineer) at Telekom Berhad. Nampaknya menara Telekom yang saya admire selama ni di bumi KL tu dah jadi office beliau sekarang...:)... Tahniah Haniff.... sekarang beliau dah ada kereta sebijik -(amboi..lepas ni boleh pakai BMW la pulak ye..) Teringat doa2 kami masa dia kecik2 dlu..sebelum fly..selalu gelarkan dia 'Orang Kaya Damansara'.. :j tak tahu kenapa...but i deeply feel that he deserve it. insyaAllah semoga beliau terus dianugerahkan Allah rezeki yang tak terputus.. dan kebahagiaan dunia akhirat... setelah apa yang beliau lalui..
Terlalu banyak kalau nak cerita pasal dia... (touching lah pula masa tengah taip ni......;') He's not only my brother, but my best male-friend, my counsellor, my consultant, my advisor, my org tengah (tukang kritik pun ye jugak).........:) but i love the way he advices me.... dia lah satu2nya orang yang selalu prihatin dan suka memberi nasihat jika nampak ada yang tak kena pada kakaknya yang seorang ni... Tu tak masuk lagi kalau bab2 bagi hadiah dan sebagainya...rasanya beliaulah orang yang paling banyak bagi hadiah/barang/stuff/gadgets/keperluan yang mcm2 kakaknya mungkin selama2 ni idamkan tapi hanya pendam di hati... (kadang2 tercakap juga, dan kalau yang tercakap tu, tengokla dalam sminggu dua mesti ada parcel sampai di pos mesir) huhu...:) begitulah nak cakapnya pemurahnya beliau dan baik hatinya beliau tak berkira dengan adik kakak....
Actually I decided to make a surprise for his birthday party and also for his returning back from germany, but unfortunately it still not become a reality. So i only can write this for him..
Untuk Hanif...thanx for always being there for me.
It was like an honour to has a Wonderful brother like u. You really complete me as a SISTER..
May Allah grant u happiness and evertyhing u dream for...
n For my second LIL brother, Syahmi..
I'm also being proud of you...
Syahmi dah membesar dengan sangat baik, walaupun tanpa ma dalam usia yang muda...
masih teringat kenangan Syahmi kat asrama faris Petra...petang2 ziarah Syahmi kat sana...walaupun taklah selalu kerap, tapi Syahmi tetap anak yang menunggu2 kehadiran keluarga, membuatkan K.Ah rindu kenangan masa di asrama Tun Fatimah dulu...
U were also the best student there. and u keep being excellent in ur pre-U. paling terkesan K.Ah teringat impian syahmi nak jadi hafiz dlu.. tapi syahmi tetap dapat buktikan yang syahmi maintain dapat jadi anak yang soleh dan yang cintakan Quran walau tercampak di tengah-tengah KL.. malah dapat istiqamah sembahyang berjemaah di Masjid... siap pandai masak lagi dan pandai nasihat kawan2.
Allah..bertuahnya ma dan abah!..dapat anak2 yang soleh... InsyaAllah..
Semoga terus menjadi anak muda yang berjiwa rabbani.. dan mencapai apa yang dicita2kan.. terutamanya impian syahmi nak sambung Ovc dll.... InsyaAllah K.ah yakin Allah already planned the Best for u.
Have a great journey ahead my dear!.. :)
*Sanah Helwah!..Kenangan tengok movie 3 orang (+2) pasti menjadi kenangan terindah bersama...^^
Akhirul kalam...
For my 2 great heroes ..
Semoga terus membesar menjadi Insan yang 'Haniff' dan 'Syahmi' seperti nama pilihan yang diilhamkan Allah kepada Ma dan Abah untuk memilihnya di saat kami bergembira dengan kehadiranmu suatu ketika dahulu.
Ketahuilah adik-adikku, hidupmu tidak dijadikan sia-sia di atas muka bumi ini..
Terima kasih kerana menjadi Cahaya buat mereka2 yang menyayangi dirimu...
ALLAH juga sangat Menyayangimu... sebab itulah Allah kurniakan pelbagai citra dan rasa untuk dirimu jadi kuat dan TABAH membesar menjadi pahlawan sejati..
ALLAH juga sangat menyayangi keluarga ini,...sebab itulah Allah kurniakan dirimu berdua untuk Ma dan Abah..dan juga kami....
Terima kasih ya Allah untuk kehadiran mereka...
Semoga Engkau terus pelihara diriku dan keluarga ini daripada api nerakaMu...
Pilihlah kami untuk dibangkitkan bersama di syurga-Mu dan dikalangan umat Nabi Muhammad Saw yang dicintai..
Aku sayang diri mu kerana Allah.
Maafkan K.Ah sekiranya tak menjadi kakak terbaik yang kalian harapkan...
Namun ku sentiasa berharap agar namaku sering terpahat dalam doamu.
Yang benar menyayangi kalian,
ur Schwester Dr. :)