Sunday, January 16, 2011

Warkahmu. Itulah jua Doaku.



SYUKUR LILLAH!


Diri ini masih diberi kesempatan menjejaki bumi Ilahi dalam meniti usia genap 24 tahun pada hari ini.

Ya Allah, biar diri ini sibuk dengan tugasan2 dunia sebagai pemimpin pelajar, keluarga
mahupun diri sendiri,

jangan biarkan ku leka daripada mengingatiMu,

Ya Allah.

Mantapkan hubunganku denganMu, keluarga, sahabat seperjuangan & juga saudara seislamku.

Alhamdulillah,

Ku bersyukur dipilih olehMu berada dibumi Mesir sebagai seorang pelajar dalam bidang perubatan.

Kau tentukanlah yang terbaik untukku, Ya Allah.

Bantu diriku berjuang di medan ilmuMu.

Angkatlah darjatku sebagai hambaMu yang lebih beriman...

Sentiasa ingatkan hambaMu ini akan tujuan sebenarku di atas tanahMu ini.

Ya Rabbal A'lamin,

Hati ini rindu padaMu..

Biarpun sekelilingku sering aja diusik pasal jodoh, ku tahu, ku yakin,
Ya Tuhanku yang Kau mahu menguji sejauh mana kesabaran & kebergantunganku kepadaMu!

Kuatkan hambaMu ini, Ya Allah...
kau lebih tahu yang ujian ini hanya layak dan istimewa untuk hambaMu yang terpilih.

Terima kasih, Ya Allah kerna memilihku.
Bimbinglah diriku untuk sentiasa menadah tangan memohon pertolonganMu.
Rendahkan hatiku, Ya Allah..

AMEEN,AMEEN, AMEEN, YA RABBAL A"LAMEEN...

SELAMAT HARI LAHIR
KE-24

KAK SITI MUSLIHAH MOHD NOR

Semoga terus melangkah hari demi hari, bulan demi bulan & tahun demi tahun dalam usaha menjadi hamba yang semakin bertaqwa.

InsyaALLAH...


AMEEN..

-warkah dari adik-

Jazakillah ukhti........
Ku menyayangimu kerana Allah.. :)


Bilik kita
Raudhatul Basyirah
Zaqaziq, Misr.
4.37am
17/1/2011