Tuesday, June 15, 2010

Tawaran 'Hebat' itu datang Lagi....


(Alhamdulillah...segala puji bagi-Mu Ya Rabbi)

Ahlan wasahlan Rejab...Syaaban wa Ramadhan...


Rejab bulan menabur benih,
Syaaban bulan menyiram tanaman,
Ramadan bulan menuai..

Rejab menyucikan badannya,
Syaaban menyucikan hatinya,
Ramadan menyucikan rohnya..

Rejab bulan maghfirah,
Syaaban bulan syafaat,
Ramadhan bulan menggandakan kebajikan..


(dipetik dari buku Fazilat Bulan Rejab Sya'aban Ramadzan
Ust Budiman Radzi-20 Januari 1988 ; cetakan kedua tahun 1990)

(syukran fidza for this 'meaningful' book)..


Alhamdulillah, hari ini telah masuk hari ke4 Rejab 1431H.. Tidak terasa pantas masa berlalu, akhirnya kini tiba sudah kedatangan Bulan-Bulan Mulia yang dikurniakan Allah untuk kita.. Subhanallah..

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah yang masih memberi kita peluang, untuk meneruskan sisa2 perjalanan di atas muka bumi ini untuk terus mengabdikan diri kepadaNya.. Saban hari mendengar kematian, (yang terbaru berita pemergian Murabbi jemaah Islam yang dikasihi..Allahyarham Ust Hassan Syukri- semoga Allah merahmati rohnya..,)..Pemergian besar ulama ummah :-'(. tetapi sedarkah kita, bahawa Allah dengan sifat Ar-RahmanNya itu jugalah masih memilih saya dan anda (yang membaca ini) untuk terus meneruskan kehidupan, memberi peluang untuk kita terus membaiki diri dan memuhasabah diri, dan menggunakan sepenuhnya masa yang masih ada di dunia ini buat kita terus menanam benih2 bekalan untuk di tuai di akhirat kelak.

Adakah kita sedar akan segala nikmat yang Allah masih kurniakan ini kepada kita..
Atau adakah kita hanya membiarkan ianya berlalu begitu sahaja tanpa apa2 erti......seperti angin lalu...yang ada pun tidak beza dari ketiadaannya...

Astagfirullah...butanya mata hati ini Ya Allah.... Tanpa rahmat dan hidayahMu, pastilah kami menjadi insan yang kerapkali Lupa dan kufur nikmat.... Betapa Kerap kali hati ini lalai dan lupa kepadaMu...betapa kerap kali tidak bersyukur dengan banyaknya nikmat yang Engkau berikan. Kini Kau datangkan lagi bulan2 rahmat buat hambaMu sedar dan mensucikan diri, agar kami lebih beringat, dan kembali mencariMu...

Ganjaranmu...pahala yang Engkau janjikan sepanjang bulan ini.. Pastinya tawaranMu inilah TAWARAN hebat yang lebih hebat dari segala Tawaran di Dunia... Dari segala Sale dan Megasale yang ada.... Justeru kenapa kami masih mengejar dunia itu... di saat kami Meyakini Pulangnya kami tetap kepadaMu... kenapakah dunia masih dirasakan indah, sedangkan kami mengetahui yang SYURGA yang dijanjikanMu itu Lebih Indah dan yang TerINdah... Allah... Astaghfirullah....

YA Allah, Ampuni kami...

Rahmatilah kami. Bawalah kami kembali ke pangkuanMu...
Jangan Kau biarkan kami menjadi hamba yang merugi Ya Allah..

Jadikan kami hamba2 yang merebut Tawaran hebat dariMu ini...
Amin.. yA Rabb...

"Allahumma bariklana fi Rejab wa Sya`aban wa balighna Ramadhan".

Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan..


Amin.. Ya Rabbal A'lamin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Insyaallah..sama2 kita menghargai kedatangan bulan yang barakah ini...dan sama2 kita baiki diri dan ibadah kita kepada Allah swt... Semoga Allah terus mencintai dan mengampuni kita... Insyaallah...

Di sini saya lampirkan link perkongsian iluvislam.com sempena kedatangan Rejab. Isinya agak menyentuh hati saya pagi tadi. Semoga bermanfaat....


Aslih nafsak wad'u ghairak...
Insyaallah..


previous posting about 'Rejab':-

#RSR menjengah kembali

#27 Rejab-Ingatkah kita?

0 comments: