Sunday, September 18, 2011
Melepasi separuh kedua Syawal..bagaimana Tarbiyah Ramadhanmu?
Wednesday, August 24, 2011
MUSLIMAH : Kerana Engkau Istimewa. Maka jadikan RAMADHANMU juga Istimewa.
Antara soalan yang lazim dikemukakan oleh para muslimah adalah bagaimana mereka dapat memanfaatkan bulan Ramadhan apabila didatangi haid. Ini kerana apabila mereka didatangi haid, mereka tidak boleh berpuasa, tidak boleh bersolat – khasnya solat tarawih dan tidak boleh membaca al-Qur’an. Lalu apakah yang boleh mereka amalkan agar hari-hari Ramadhan tidak berlalu begitu sahaja ketika mereka didatangi haid? Hal-hal yang dilarang dilakukan oleh wanita haid, dan wanita nifas: Sering terdengar keluhan dari mereka yang haid kerana sedih merasakan tidak mampu merebut pahala ibadah di bulan ini, terutamanya sekiranya ‘ia’ datang ketika tempoh 10 malam terakhir. Malah, ada yang sanggup mengambil ubat penghalang datangnya haid semata-mata untuk memanfaatkan sebulan Ramadhan. Namun,ubatan sebegini kadang kala tidak memberikan kesan yang diharapkan malah lebih mengganggu kestabilan hormon. Sememangnya perasaan sedih ini hanya akan lahir dari hati seorang muslimah yang sangat mengharapkan keampunan dan ganjaran daripada Tuhannya. Saidatina Aisyah R.A sendiri pernah menitiskan air mata kesedihan kerana merasakan hilangnya peluang beramal dengan kedatangan haid. Namun, haid sebenarnya bukanlah satu perkara yang buruk, bukan jua satu kekurangan yang patut ditangisi, kerana disebaliknya masih ada peluang merebut ganjaran di bulan yang mulia ini. Mari kita lihat,bagaimana Rasulullah S.A.W menangani perasaan Aisyah apabila beliau menangis kesedihan ketika didatangi haid ketika menunaikan haji. Baginda S.A.W bersabda yang bermaksud: “Ini adalah suatu yang ditetapkan Allah ke atas anak-anak perempuan Adam, maka tunaikanlah apa yang ditunaikan oleh orang yang melakukan haji kecuali janganlah kamu bertawaf di Baitullah sehinggalah kamu telah mandi (suci dari haid)”. (Riwayat Muslim) Haid adalah suatu ketentuan yang telah Allah tetapkan ke atas kita(anak-anak perempuan Adam), maka kita sepatutnya redha di atas ketentuan ini. Redha merupakan salah satu daripada ibadah hati. Keredhaan kepada Allah sebagai Tuhan menuntut keredhaan atas apayang diperintahkan-Nya dan apa yang ditetapkan oleh-Nya. Redha Redha di atas apa yang Allah perintahkan ke atas kita bermaksud kita menyembah-Nya sebagaimana yang Dia perintahkan untuk kita lakukan, bukan sebagaimana yang kita suka untuk lakukan. Tahukah anda bahawa perbuatan anda berbuka puasa disebabkan haid merupakan suatu ibadah? Ini kerana Allahlah yang memerintahkan kita untuk berpuasa pada hari-hari kita tidak didatangi haid, dan Allah jualah yang memerintahkan kita untuk berbuka ketika sedang haid, maka berpuasa ketika haid merupakan suatu dosa kerana anda dikira melanggar perintah-Nya. Redha di atas apa yang Allah tetapkan ke atas hambanya pula bermaksud penerimaan atas apa yang Allah telah ciptakan kita dan apa yang Allah fitrahkan ke atas diri kita, termasuklah apa yang Allah tetapkan ketika tempoh haid, dengan hati dan jiwa yang tenang. Perasaan sedih merupakan suatu bentuk penentangan atas ketentuan Allah. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. “(An-Nisa’:32) Oleh itu, sekiranya anda redha dengan sebenar-benar redha anda telah mengerjakan ibadah hati yang dengannya kita akan merasai kemanisan iman. Ibadah ini mungkin tidak dikerjakan oleh kebanyakan mereka yang sedang suci, malah mungkin tidak dikerjakan oleh kaum lelaki! Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Telah merasai kemanisan iman barangsiapa yang redha dengan Allah sebagai Tuhan, dan dengan Islam sebagai deen, dan dengan Muhammad sebagai nabi dan rasul.”(Riwayat Muslim) Rindu Rindu seorang muslimah yang sedang haid untuk melakukan solat dan membaca Al-Qur’an juga merupakan suatu ibadah yang tidak didapati di kalangan mereka yang sedang suci. Malah sekiranya terdapat rindu di hati kita untuk melakukan ibadah, kita lebih baik berbanding mereka yang melakukan ibadah, tapi dalam masa yang sama merasakannya sebagai suatu beban dan kesusahan. Lebih istimewa, perasaan gembira seorang muslimah kerana dapat mengerjakan ibadah selepas tamat tempoh haid adalah suatu perasaan yang Allah khususkan untuk kaum wanita sahaja. Maka bersyukurlah! Bilakah haid menjadi masalah? Haid menjadi masalah apabila seorang muslimah merasakan telah hilangnya peluang bagi mendapatkan ganjaran di bulan Ramadhan, kerana dia tidak boleh berpuasa dan menunaikan solat tarawih. Sedangkan tanpa dia sedari pintu-pintu syurga masih terbuka untuknya, dan para malaikat masih memanggil-manggil pencari kebaikan. Dan sekiranya dia melakukan suatu kebaikan ganjarannya seperti dia melakukan suatu kefardhuan. Seorang muslimah yang haid sebenarnya masih mempunyai banyak peluang untuk mendapatkan ganjaran dan kelebihan bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan zikir dan selawat ke atas Nabi S.A.W,mendengar bacaan Al-Qur’an, membaca buku-buku yang bermanfaat dan sebagainya Tunaikanlah keperluan ukhtimu yang berpuasa! Seorang muslimah yang bijak, dia akan cuba sedaya upaya memanfaatkan setiap detik ketika bulan Ramadhan walaupun ketika sedang haid. Mungkin kita terhalang daripada berpuasa dan menunaikan solat tarawih, namun kita masih boleh mendapat ganjaran dengan menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa, menunaikan keperluan ukhti yang keletihan disebabkan puasa, menjaga anak-anak kecil ketika ibu mereka sedang solat di masjid, bersedekah dan sebagainya.Semoga kita beroleh pahala sebagaimana mereka yang berpuasa dan menunaikan solat. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya, dan ianya tidak akan mengurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun”(Riwayat Tarmizi). Selain itu, gunakanlah tempoh haid ini untuk menyelesaikan kerja-kerja rumah dan lain-lain urusan dunia anda, supaya kita dapat menyibukkan diri dengan ibadah ketika waktu suci tanpa dirunsingkan dengan rumah yang bersepah atau tugasan yang belum selesai. Akhir kata, sebelum datangnya tempoh haid anda, perbanyakkanlah amal ibadah, semoga Allah tetap memberikan ganjaran bagi amalan yang kita terhalang dari melakukannya disebabkan haid. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sekiranya seorang hamba muslim sakit atau bermusafir, (tetap) ditulis baginya apa yang dahulunya dia lakukan ketika dia sihat dan bermukim.”(Riwayat Al-Bukhari dan Al-Baihaqi). Maka, barangsiapa yang terpaksa meninggalkan suatu amal ibadah disebabkan halangan yang syar’ie, Allah Yang Maha Pemurah akan tetap memberikan kita ganjaran sepertimana kita melakukannya. Kesian pula saya melihatnya. Saya faham sangat apa yang terpaksa dihadapi beliau. Tentunya semangat beliau berkobar-kobar ingin memenuhi 10 terakhir Ramadhan ini dengan ibadah-ibadah sunnat. Namun, apakan daya. Ia taqdir ALLAH yang seseorang itu mesti redha. Saya lalu menasihati beliau dengan beberapa nasihat yang mudah-mudahan dengan nasihat itu bisa menaikkan semula semangat beliau untuk beribadah di 10 terakhir Ramadhan walaupun dalam keadaan ‘uzur’. Berikut adalah beberapa nasihat yang wajar diamati oleh para muslimah sekiranya didatangi haid sedangkan di dalam hati bersemangat hendak beribadah. Disenarai juga beberapa ibadah yang boleh dilakukan sebagai alternatif kepada solat, puasa dan iktikaf di masjid yang dilarang mereka melakukannya ketika haid. 1. Redha dengan ketentuan ALLAH Mempunyai perasaan redha terhadap ketentuan ALLAH adalah sesuatu yang sangat penting ada di dalam hati seseorang mukmin. Ia menandakan keimanan seseorang terhadap qadar dan qadha ALLAH. Sifat redha akan membuatkan seseorang itu menjadi tenang dan bersangka baik dengan Tuhannya. Dan sifat redha ini adalah sifat yang mahmudah yang insyaALLAH besar pahalanya di sisi ALLAH. Bukan senang seseorang itu hendak redha. Justeru, redhalah. Ada ganjaran pahala buat orang-orang yang redha, insyaALLAH. Redha adalah tanda kehambaan hamba kepada Tuhannya. 2. Bangun malam di 10 terakhir Ramadhan Memang ibadah terbaik di waktu seperti malam adalah solat-solat sunnat. Namun, disebabkan oleh wanita-wanita haid tidak boleh bersolat, maka hendaklah dicari ibadah lain bagi menggantikannya supaya kelebihan beribadah pada waktu malam tidak dibiarkan begitu sahaja. Contoh ibadah yang boleh dilakukan ialah: Tidak ada sebab untuk seseorang meninggalkan ibadah berjaga malam walaupun sedang mengalami haid. Apatah lagi peluang menghidupkan malam pada 10 terakhir Ramadhan. Kerana di dalamnya kita sangat digalakkan untuk memburu Lailatul-Qadar. Oleh itu, janganlah ditinggal terus dari beribadah pada waktu malam walaupun anda sedang didatangi haid. 3. Ibadah-ibadah dan lain-lain amalan soleh. Itulah antara sebahagian yang sempat saya fikirkan untuk dimanfaatkan oleh wanita-wanita yang berada di luar sana. Menurut isteri saya, memang ramai wanita yang tidak sedar akan ibadah-ibadah lain yang ada di dalam ISLAM. Mereka ingat hanya solat dan puasa sahaja ibadah. Ketidaksedaran ini membuatkan para wanita yang didatangi haid mati akal dalam mengisi masa yang berharga di dalam bulan Ramadhan. Terbuanglah peluang begitu sahaja, malah ada yang tidur sahaja disebabkan oleh pada anggapan mereka bahawa mereka tidak boleh melakukan ibadah. ALLAH Maha Pemurah. Banyak peluang lain yang ALLAH sediakan buat hambaNYA. Dan pahala dariNYA memang DIA sediakan buat hamba-hambaNYA yang suka mencari keredhaanNYA. Konsep ibadah ini terlalu luas. Bukankah seluruh kehidupan kita juga boleh jadi ibadah? Selamat beribadah di 10 terakhir Ramadhan. ALLAHU A`LAM.
sumber : -kak Ina (Noraslina bt Jusin)

by: NORASLINA BINTI JUSIN
Telah beberapa kali saya meninjau ke luar tingkap, namun kelibat suami masih juga belum terlihat. Sesekali angin dingin musim sejuk di penempatan Hayyu at Tibba’ itu datang menyapa.
Tidak mahu berlama-lama dengan kedinginan yang menggigit, saya kembali menutup daun tingkap, lantas duduk bertimpuh di sofa arab melihat kak long dan kak ngah bermain. Hati yang risau bagaikan terubat melihat telatah dua anak kecil saya bergembira bersama.
Menatap wajah mulus kedua-duanya, jiwa diselubungi sayu dan hiba. Mereka bakal saya tinggalkan untuk tempoh lebih dua minggu andai perancangan untuk menunaikan haji tahun ini berjalan lancar. Tanpa apa-apa halangan, dengan izin-NYA.
Semua urusan telah diuruskan. Permohonan visa telah pun diluluskan. Persiapan pakaian dan kelengkapan yang perlu dibawa juga telah saya bereskan. Adik-adik akhawat yang tinggal berdekatan juga telah menyatakan kesediaan untuk anak-anak yang ditinggalkan.
Cuma perkara yang satu ini sahaja, menghadirkan resah dan gelisah.
“Ya ALLAH, moga ada jalan keluarnya untuk masalahku ini,” saya memanjatkan pengharapan.
EMEL TENTANG HAID
Hari ini, telah masuk hari kelima belas Ramadan 1431 hijriah. Bermakna, separuh bulan yang berkat ini berlalu sudah.
Seperti hari-hari sebelumnya, selepas menunaikan solat sunat dhuha dan mentadabbur lembaran kitab suci al Quran, saya membuka komputer untuk membaca berita-berita semasa tanahair secara atas talian, menjenguk blog, membaca emel dan tidak ketinggalan, membuka laman fb.
Dari kotak pesanan fb, satu pertanyaan daripada salah seorang kenalan menarik perhatian saya pagi ini. Persoalan itu berbunyi :
“….maafkan saya, ingin bertanya kepada Kak Ina. Saya ada kemusykilan berkaitan wanita yang dalam keadaan haid semasa malam 10 terakhir Ramadan. Bagaimanakah mereka dapat merebut pahala sama seperti orang-orang yang dapat beribadat semaksima mungkin semasa itu?
Wanita yang dalam keadaan haid, mereka tidak dapat membaca al Quran, tidak berpeluang utk qiamullail, juga tidak boleh beriktikaf di masjid, solat terawikh dan bermacam ibadah yang tidak boleh dilakukan semasa haid.
Selain berzikir dan mendengar bacaan ayat-ayat suci al Quran, apakah ibadah lain lagi yang boleh mereka lakukan? Adakah pahala mereka juga sama dengan orang-orang yang dapat beribadah semasa itu? Sudah pasti wanita-wanita dalam keadaan haid ini akan merasa rugi jika tidak dapat beribadah sebanyak mungkin ketika 10 malam terakhir Ramadhan ini, kerana pahala ibadah semasa ini amat berganda..
Saya memohon jasa baik Kak Ina untuk meleraikan kemusykilan saya ini.
Sekian terima kasih.”
Saat membaca persoalan yang diutarakan di atas, kenangan menunaikan haji 7 tahun yang lalu kembali terbayang pantas.
PANJATKAN DOA
“Abang dah jumpa doktor di klinik universiti tadi…” luah suami sebaik duduk melepaskan lelah. Kata-katanya terhenti seketika. Air kosong dari gelas yang tersedia di hadapannya diminum untuk menghilangkan dahaga. Kakinya dilunjurkan ke depan. Terpancar riak keletihan pada wajah suami kerana perjalanan yang agak jauh dari universiti. Hampir 15 minit, berjalan kaki.
“Alhamdulillah. Apa dia jawab bang? Dapat tak ubat tu?” saya bertanya, sedikit mendesak. Tidak sabar untuk mengetahui jawapan balas doktor tersebut terhadap permasalahan saya ini.
“Dia nasihatkan, tak perlu makan ubat tahan haid tu,” jawab suami ringkas. Saya mengerutkan dahi.
“Habis, macam mana kalau masa haji nanti As datang haid…” saya meluahkan kerisauan yang sejak tadi bersarang di dalam hati.
Terasa amat gundah diri ini saat membilang hari, mengenangkan tempoh haji nanti sangat bertepatan dengan tarikh kitaran haid saya.
Suami tidak segera menjawab. Pandangannya dilepaskan keluar tingkap. Beberapa ketika, kami diam tanpa kata. Hanya melayan resah yang melanda jiwa.
“Macam mana bang?” saya bertanya sekali lagi memecah sunyi. Suami menoleh.
“Kita berdoa sahaja kepada ALLAH. Mudah-mudahan permohonan kita diterima oleh-NYA,” balas suami lembut.
“Itu juga nasihat doktor pada abang tadi. Dia kata, ubat-ubat menahan haid seumpama itu ada kesan sampingannya. Lagipun, rawatan sebegini bukan 100% berkesan. Pendarahan boleh berlaku pada ketika ubat itu diambil. Jadi, dia nasihatkan, langkah terbaik, berdoa dan yakinlah dengan pertolongan ALLAH,” suami menambah.
Saya terus diam tanpa sepatah kata. Hanya jiwa tidak putus berdoa. Seluruh raga diserahkan bulat-bulat mengharap bantuan Yang Maha Kuasa.
PANDANGAN ULAMA
Berkat doa dan pengharapan yang tidak putus kepada ALLAH SWT, saya diizinkan juga oleh-NYA untuk melaksanakan rukun Islam kelima itu. Cukup semua rukun haji saya kerjakan, darah haid keluar seperti biasa. Hanya, tawaf wada’ sahaja tidak dapat saya tunaikan sebelum melangkah pulang meninggalkan Makkah.
Alhamdulillah!
Saya memahami, setiap Muslimah yang beriman dan mengharapkan keredaan ILAHI amat mendambakan agar dirinya berterusan dalam keadaan suci untuk melipatgandakan ibadah di bulan yang mulia ini terutama pada sepuluh malam yang terakhir.
Kerana itu, ada sebahagian mereka yang sanggup mengambil ubat untuk menahan haid dari keluar. Mereka melakukan tindakan itu, agar dapat melaksanakan puasa dengan sempurna dan demi memastikan ganjaran dan pahala yang berlipat ganda itu dapat mereka raih sebanyaknya.
Saya tidak menafikan, wanita juga punya keinginan untuk menikmati keberkatan lailatul qadar di sepuluh hari terakhir bulan ramadhan sehingga ramai di kalangan mereka yang menggunakan ubat-ubatan tersebut untuk menghalang dari datang bulan.
Terdapat beberapa pandangan ulama silam dan kontemporari dalam membahaskan permasalahan ini. Di antaranya ialah pandangan Imam Ahmad sebagaimana dinyatakan oleh Ibnu Qudamah rahimahullah :
رُوِيَ عَنْ أَحْمَدَ رَحِمَهُ اللَّهُ ، أَنَّهُ قَالَ : لَا بَأْسَ أَنْ تَشْرَبَ الْمَرْأَةُ دَوَاءً يَقْطَعُ عَنْهَا الْحَيْضَ ، إذَا كَانَ دَوَاءً مَعْرُوفًا
Maksudnya : Diriwayatkan dari Imam Ahmad rahimahullah, beliau berkata, “Tidak mengapa seorang wanita mengkonsumsi ubat-ubatan untuk menghalangi haid, asalkan ubat tersebut baik (tidak membawa kesan negatif).” [ Al Mughni, 1/450, terbitan Dar ‘Alam Kutub.]
Dr Yusof al-Qardhawi juga memfatwakan keharusan pengambilan ubat untuk menangguhkan kedatangan haid ini dengan alasan, tiada dalil yang melarangnya. Dan, ia dibenarkan selama mana ubat tersebut tidak mendatangkan kesan sampingan yang memudaratkan.
Beliau menambah, para ulamak mutaakhirin turut membenarkan pengambilan ubat pencegah haid ini. Syeikh Mar'ie di dalam kitabnya Dalil al-Thalib yang bermazhab Hanbali menyatakan, kaum wanita dibenarkan memakan ubat sama ada bertujuan untuk mendatangkan haid atau menghalang pengeluaran biasanya. Beliau menjelaskan di dalam kitab syarahnya, bahawa asal setiap sesuatu itu adalah harus sehingga ada dalil yang mengharamkannya. Dan, di dalam masalah ini ( mengambil ubat untuk haid ) tiada dalil yang mengharamkannya. [Fiqhu Shiyam, halaman 40]
Walaubagaimanapun, Syeikh Muhammad bin Salih Al ‘Utsaimin rahimahullah berpandangan sebaliknya apabila beliau menyatakan :
“Di dalam masalah ini saya berpandangan bahawa hendaklah wanita tersebut tidak melakukan sedemikian. Sebaliknya, hendaklah dia menjalankan ketetapan Allah yang telah digariskan ke atas setiap wanita. Kebiasaan datang haid setiap bulan di sisi ALLAH memiliki hikmah yang amat banyak jika kita mengetahuinya. Hikmah yang dimaksudkan adalah bahawa kebiasaan datang haid ini termasuk rutin yang normal, di mana haid ini terjadi bertujuan mencegah wanita dari pelbagai bahaya yang dapat memudaratkan dirinya. Para pakar kesihatan telah menjelaskan kesan negatif dari penggunaan ubat seumpama itu, bahkan Nabi SAW juga telah bersabda:
“Laa dharara wa laa dhiraar ( tidak ada bahaya dalam syari’at ini dan tidak boleh mendatangkan bahaya tanpa alasan yang benar.)” [Sumber: Fatwa Al Islam Soal wa Jawab no. 7416, http://islamqa.com/ar/ref/7416/]
TERIMALAH KETETAPAN-NYA
Demikian juga pandangan saya sendiri. Dalam menangani persoalan yang ditanya di atas, saya suka menasihatkan para Muslimah agar berlapang dada menerima ketetapan-NYA. Antara ciri wanita yang beriman dan solehah ialah reda dan sabar dengan setiap aturan yang telah disusun oleh ALLAH SWT. Ia merupakan satu ibadah kerana kepatuhan dengan hati yang tidak berbelah bahagi dalam menerima ketetapan ILAHI juga adalah satu ketaatan yang menyediakan ganjaran yang tidak kalah berbanding mereka yang dapat melaksanakan puasa di bulan mulia ini.
Banyak lagi kebaikan yang boleh dilaksanakan sebagai ganti dari ibadah puasa, solat dan lain-lain yang tidak dapat dikerjakan kerana haid, seperti :
memperbanyak berzikir dengan bacaan tasbih (subhanallah), tahlil (laa ilaha illallah), tahmid (alhamdulillah) dan zikir lainnya
memperbanyak istighfar
melipatgandakan doa
memperhebat sedekah
membantu menyediakan juadah berbuka
menolong kerja-kerja yang agak berat agar orang-orang lain yang berpuasa dapat berehat
dan lain-lain lagi kebaikan dan kebajikan yang semuanya ada nilaiannya di sisi ALLAH.
Justeru itu, Dr Yusuf al Qaradawi menyatakan di dalam fatwanya, adalah lebih baik untuk para wanita mencontohi muslimat mukminat di zaman salafus soleh yang pasrah terhadap fitrah yang dikurniakan ALLAH ke atas mereka ( yakni dalam permasalahan haid ). Mereka berpuasa dan berbuka apabila datang haid dan tidak pernah menyusahkan diri mereka supaya dapat berpuasa sebulan penuh (dengan menghalangi datangnya haid ).
Setiap ketetapan ALLAH pasti ada hikmah yang luar biasa di sebalik semua itu sebagaimana pujukan baginda Rasul SAW tatkala melihat tangisan isteri yang dikasihi, Sayyidatina ‘Aisyah r.a.
KISAH ‘AISYAH
Suatu masa, ‘Aisyah didatangi haid sebelum memasuki kota Makkah. Ketika itu, beliau sedang menemani Nabi SAW mengerjakan haji wada’. Apabila beliau mendapati keadaannya itu, dia menitiskan air mata. Lantas, Nabi SAW bertanya:
“Apa yang membuat dirimu menangis?”
“Demi Allah, pada tahun ini aku tidak boleh melaksanakan haji,” jawab ‘Aisyah dalam sendu sedan menyelubungi diri.
“Barangkali dikau mengalami haid?”baginda bertanya lagi.
“Benar,” ‘balas ‘Aisyah ringkas.
Lalu, Rasulullah SAW bersabda :
فَإِنَّ ذَلِكَ شَىْءٌ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ ، فَافْعَلِى مَا يَفْعَلُ الْحَاجُّ ، غَيْرَ أَنْ لاَ تَطُوفِى بِالْبَيْتِ حَتَّى تَطْهُرِى
Maksudnya : “Yang demikian itu adalah perkara yang sudah Allah tetapkan buat anak-anak perempuan dari keturunan Adam. Maka lakukanlah apa yang dilakukan orang yang berhaji kecuali tawaf di Ka’bah hingga kamu suci.” ( Hadis riwayat Bukhari no. 305 dan Muslim no. 1211 )
SERAHKAN KEYAKINAN KEPADA TUHANMU
Akhirnya, saya ingin membawa satu petikan video di bawah ini yang cukup membuka jiwa. Walaupun ia tidak begitu kena mengena dengan permasalahan haid wanita dan kegusaran mereka mengenainya di bulan mulia ini, tetapi kandungannya amat bermanfaat bagi memahamkan kita tentang apa itu rasa thiqqah ( yakin dan percaya ) serta baik sangka kepada ALLAH SWT.
Setiap peraturan dan ketetapan ALLAH SWT yang bentuknya pelbagai, berupa fitrah kejadian, ibadah, larangan, kesenangan, kesusahan dan lain-lain yang berlaku di dalam hidup kita adalah merupakan ujian bagi menilai keimanan.
Insafilah, tiada yang sia-sia dari-NYA.
Untuk itu, serahkanlah keyakinan kepada ALLAH SWT, pasti DIA membalas keyakinan itu dengan rahmat, berkat dan ganjaran yang melimpah ruah dari sisi-NYA, TUHAN Yang Maha Pemurah.
Moga beroleh manfaat.
Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.
Jumpa lagi, InsyaALLAH.
p/s : Untuk maklumat mengenai ubat pencegah haid dan kesannya, boleh baca di sini. Dan juga, hukum membaca al Quran ketika haid di sini.
Ibadah 10 Terakhir Ramadhan Bagi Wanita Haid
“Aduhai, tak boleh pulak nak beribadah di 10 terakhir Ramadhan ni…” isteri saya mengadu kepada saya dengan nada sedikit kecewa.
Tuesday, August 23, 2011
Ramadhan Segera Berlalu...Dimanakah TAQWAmu?
"Waktu terus berjalan lurus ke depan. Cepat sekali, dan tidak akan pernah kembali. Rasanya Ramadhan 1432 ini baru saja kita masuki, tidak terasa sekarang sudah berada di sepertiga waktu penghujungnya. Sebagian orang masih bersantai-santai, membuang waktu sambil menunggu waktu berbuka, menyia-nyiakan kesempatan yang sangat istimewa ini tanpa aktivitas ibadah. Sebagian yang lain tampak sangat serius, i’tikaf di masjid siang dan malam, memanfaatkan setiap detik waktu untuk pendekatan diri kepada Allah. Khawatir Ramadhan segera meninggalkan mereka, sementara belum banyak amal ibadah yang dilakukan. Apapun yang kita kerjakan pada bulan mulia ini, akhirnya toh waktu terus menggulung dan kita akan dipaksa memasuki bulan baru. Ramadhan sebentar lagi berlalu, berganti Syawal. Betapa cepat waktu berlalu, mana ibadahmu? Mana tilawah dan tadarusmu ? Mana rakaat panjang dalam tarawihmu ? Mana istighfarmu? Mana taubatmu ? Mana infakmu ? Mana zakatmu ? Mana dzikirmu ? Padahal hari-hari sangat cepat berganti, Ramadhan sudah mau pergi, namun mengapa masjid semakin sepi?" Ramadhan sebentar lagi berlalu. Lalu, dimanakah taqwamu ?
Monday, August 22, 2011
Pengalaman Pertama kali I'tikaf
1. Tidak sah dan tidak harus seorang perempuan beri‘tikaf tanpa izin daripada suami. Jika isteri bernazar untuk melakukan i‘tikaf dengan kebenaran suami, sebagai contoh ia ditentukan selama 2 hari, menurut Imam An-Nawawi harus bagi isteri tersebut masuk ke masjid tanpa memerlukan izin daripada suami, kerana kebenaran nazar itu adalah izin untuk masuk ke masjid. Jika nazar tersebut tidak ditentukan dengan masa, maka tidak harus bagi isteri masuk ke masjid tanpa izin suami.
2. Jika seorang isteri masuk masjid melakukan i‘tikaf sunat tanpa izin suami atau sebaliknya, maka harus bagi suami melarang meneruskan i‘tikaf itu tanpa khilaf (percanggahan ulama).
Kedua, tempat dan pelaksanaan i’tikaf wanita sesuai dengan tujuan syariah. Para ulama berbeda pendapat tentang masjid untuk i’tikaf kaum wanita. Tapi, sebagian menganggap afdhal jika wanita beri’tikaf di masjid tempat shalat di rumahnya. Tapi, jika ia akan mendapat manfaat yang banyak dengan i’tikaf di masjid, ya tidak masalah.
Friday, August 19, 2011
Jadilah mereka yang dimerdekakan Allah dari api neraka.
Monday, August 09, 2010
Madrasah Ramadhan yang dirindui...

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan..
Alhamdulillah..
Dengan izinNya...
Diri selamat kembali ke tanah Air tercinta.. Setelah hampir setahun berkelana...
Dengan izinNya,
ku bisa menatap kembali wajah ayahbonda.... memeluk adinda2 yang tercinta..
Dengan izinnya,
aku masih dipermudahkan segalanya...
Diri ini juga masih mampu tersenyum menatap mentari bahagia...
mengharap esok Ramadhan yang menjelma
Semuanya dengan izin Allah...
Ya...Semuanya dengan izin Allah....
Allahu Rabbi..
Besarnya kasih sayangMu..
Sudah bersyukurkah Aku Ya Rabbi........ dengan segala kurniaanMu.
Kenapa mesti ada lagi kesedihan tatkala ujianMu datang menguji.
Bukankah kegembiraan yang Kau beri telah melebihi dari segala yang diperlui..
Kenapa mesti ada keluh kesah,
Di saat kau mencukupkan segala yang kurang pada jiwa yang resah..
Kenapa masih ada keraguan,
Di saat diri telah yakin dengan janji-janji yang Engkau hamparkan.
Apakah bererti masih kurang cinta kami padaMU..
Masih goyah iman dan amal yang dipersembahkan untukMu...
Allah....
Maafkanlah Ya Rabbi...
Justru kami buntu Ramadhan ini...
Ramadhan yang Engkau Cintai
Madrasah buat kami memperbaiki diri
Agar kembali belajar mengenalMu
Merebut piala kemenangan TawaranMu...
MEREBUT KEMENANGAN HAKIKI MILIKMU..
Redhailah Kami ya Rabbi..... dengan anugerah RamadhanMu....
Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kareem...
Rindu kami kepada Ramadhan, kerana sebenarnya rindu kami pada-MuYang Maha Penyayang...
“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anna"
-wahai Tuhan yg Maha Pengampun,ampunilah kami-
Ameen Ya Rabbal A'lamin...
SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA..............
Thursday, August 20, 2009
Ku mengharap Ramadhan kali ini penuh makna..

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna...
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua
Ya Allah... Sampaikanlah kami pada Ramadhan-Mu... Hati terasa basah, mengenangkan betapa bertuahnya diri andai menjadi pilihanMu.....teruslah memilih kami Ya Allah... untuk berada di bulan sucimu ini.. Kamilah hamba-Mu yang lemah dan hina... Mengharap kasih sayang-Mu... Mengharap tarbiyah dari-Mu... Mengharap maghfirah keampunan-Mu... Mengharap fadilat Ramadhan-Mu...Ya Allah... Siapalah kami tanpa rahmat keampunanMu...
jadikanlah ia taman tarbiyyah...hari2 yang lebih baik dari hari semalam....buat penghapus dosa, pembaik amalan, buat sekalian hamba-Mu yang hina dina ini...
Hanya kepada-Mu lah Ya Allah,
kami berserah diri...
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN.........
kami merindui kedatanganmu.
Ahyana
30 Sya'aban 1430H
Monday, October 31, 2005
SALAM AIDILFITRI..
>> disampaikan oleh Ustaz HAsrizal (www.saifulislam.com)
BERAT bunyinya. Sukar untuk kusembunyikan. Apakah yang mahu disembunyikan itu? Pastinya, apa yang cuba saya sembunyikan bukanlah hak orang lain. Saya bukan menyembunyikan ilmu, atau berita atau apa-apa yang menjadi kewajipan saya menyampaikannya.
Apa yang cuba saya sembunyikan, adalah sesuatu yang rumit. Saya telah diajar oleh guru saya bahawa, senyuman yang biasa adalah senyuman kerana gembira. Namun, senyuman yang luar biasa adalah senyuman untuk menggembirakan orang lain. Walaupun hari dilambung sedih, jiwa resah lagi gelisah, namun demi kegembiraan orang lain, saya belajar untuk terus setia melemparkan senyuman.
Ya, inilah yang sukar saya sembunyikan. Keresahan dan kesedihan hati di sebalik senyuman menjelang Aidilfitri. Hari Raya mengingatkan saya kepada banyak peristiwa sedih dan saya kehairanan melihat orang ramai terlompat-lompat girang menjelang Syawal, ketika menyinsingnya senja Ramadhan. Pergi sudah bulan lapar, pergi sudah bulan ini tak boleh itu tak boleh. Datang kembali bulan-bulan biasa. Bulan yang biasa dengan pelbagai kebiasaan yang luar biasa!
Ramadhan ini saya menelan pahit terhadap realiti di sekeliling saya. Dunia dilanda bencana sana dan sini. Kalau Amerika dipukul taufan, tidak sukar untuk saya mencari sifirnya. Tetapi bagaimana dengan Acheh dan Kashmir? Saya sedang menghitung-hitung cause and effect dan setiap kali menghitung, hati saya dibelenggu kesedihan. Tidak cukup dengan bencana alam, manusia juga semakin jauh dari Tuhan. Ramadhan seakan-akan tiada erti dan makna. Dunia sudah tidak boleh menjadi lebih buruk dan tragis daripada apa yang ada pada hari ini.
Ini adalah gambarajah yang saya petik daripada buku 'Umru Ummatil Islam wa Qurbu Dzhuhi al-Mahdi 'Alayhi as-Salaam (1996) karangan Amin Muhammad Jamaluddin (al-Maktabah at-Taufiqiyyah, Kaherah, Mesir). Ia diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan tajuk "Umur Umat Islam, Kedatangan Imam Mahdi dan Munculnya Dajjal) terbitan Penerbitan Cendekia, Jakarta, Indonesia). Ia adalah satu sinopsis daripada himpunan hadith-hadith yang sahih serta hadith kategori lain yang masih di lingkungan yang sah untuk dirujuk.
Mahu atau tidak mahu, peristiwa di atas pasti akan berlaku. Mengingatkan orang ramai tentang Kiamat bukanlah suatu bid'ah atau pencetus huru hara, namun ia adalah pendekatan al-Quran yang sering diulang-ulang. Malah Rasulullah SAW juga selalu mengingatkan para Sahabat dan sekalian umat Islam agar bersiap sedia, kerana dengan terutusnya Baginda SAW, bererti telah sampailah tamadun manusia ke akhir zaman.
Namun, penting untuk saya tegaskan di sini bahawa, kita tidak seharusnya paranoid. Sama juga dengan tazkirah al-maut. Kita tidak diajar supaya takut kepada kematian dan kiamat. Sebaliknya hendaklah kita mengambilnya secara positif.
Inilah yang saya belajar daripada peristiwa Lailatul Qadr. Allah SWT membiarkan ia datang pada suatu malam yang tidak dapat dikenal pasti tarikhnya melainkan dengan sedikit sebanyak panduan agar Umat Islam dapat mengejarnya. Sesuatu yang tidak pasti, jika diambil secara positif, akan menjadikan kita cemerlang. Kita tidak pasti bila kita akan mati, bila akan kiamat, bila kemenangan Islam akan berlaku, bilakah Lailatul Qadr dan sebagainya. Semuanya ini, jika diambil secara positif, akan menjadikan kita bersungguh-sungguh meningkatkan usaha. Malah mungkin kerana itu jugalah kita dianjurkan Islam supaya berniaga. Perniagaan tidak seperti kerja makan gaji. Kerja makan gaji menjadikan kita selesa di zon selamat. Produktif atau tidak, gaji tetap sama.
Namun bagi yang berniaga, jika rajin berusaha, Insya Allah banyaklah hasilnya. Apa yang penting ialah, memaksimumkan usaha di ambang ukuran masa yang tidak pasti, akan menjadikan kita cemerlang.
Inilah yang saya kehendaki dari tazkirah Kiamat di ambang Aidilfitri itu. Fikir saya ialah, untuk menuju Akhirat, saya mesti mengambil falsafah tok wan kita menanam pokok durian. Mereka tahu mereka tidak akan sempat merasa buahnya. Namun mereka menanam untuk dinikmati oleh anak cucu selepas ketiadaan mereka. Mereka memberi tanpa ada terdetik rasa mahu dibalas dan menerima... melainkan ganjaran kebaikan dari Allah semata.
Mungkin umur saya bukan umur untuk bertemu dengan kehuru haraan peperangan Yakjuj Makjuj, Dajjal dan lain-lain. Namun, ia mungkin era anak saya, mungkin era cucu saya, maka tugas saya adalah untuk membesarkan anak-anak saya dengan didikan Tauhid yang jitu kerana di ambang kemunculan al-Mahdi, amat bimbang untuk saya fikirkan, adakah anak saya akan menjadi tentera Tauhid atau pengikut Dajjal yang menipu... Allah.... segeralah kita bercucuk tanam, sebelum datangnya kiamat, sebelum berlakunya kematian diri...
Salam Aidilfitri, tangisilah pemergian Ramadhan kerana berlalunya ia tanpa keampunan dari Allah, kita hidup di ambang neraka.. Amin Amin Amin... kata Rasulullah SAW.
Wassalamualaikum wbt.
@ABU SAIF
Cheras 56000
30 November 2005 / 27 Ramadhan 1426H
p/s: sm2 koreksi diri..muhasabah diri..
The 6 Significances Of Eid Ul-Fitr....
Eid is a Thanksgiving Day for muslims : as muslims assemble in a brotherly and joyful atmosphere to offer their gratitude to Allah for helping them to fulfill their spiritual obligations prior to the Eid...
Eid is a Day Of Remembrance: We, muslims, pray to Allah & glorify His name to demonstrates our remembrance of His favours....
Eid is a Day of Victory: The devotee who succeeds in attaining his spiritual rights and growth receives the Eid with a victorious spirit....
Eid is a Day of Harvest: Allah gives infinitely to those who are sincerely concerned with the general welfare of their fellow believers....
Eid is Day of Forgiveness: When muslims assemble in the congregation of the Day, they whole-heartedly pray for forgiveness & strength in faith...and Allah has assured those who approach Him with sincerety of His Mercy & Forgiveness....
Eid is a Day of Peace: When a muslim establishes peace within his heart by obeying the Law of Allah & leading a disciplinary life, he has certainly concluded a most inviable treaty of peace with Allah....
taqabballahu minna wa minkum wa ahaala allahu alaika...wallahualam....
p/s: slm lebaran dr ana..maaf zahir batin..
Monday, October 10, 2005
Ramadan boleh diibaratkan sebagai bulan ibadah dan bulan mengkoreksi diri dalam meniti hari sepanjang bulan Ramadan. Sudah sewajarnya kehadiran Ramadan dilalui dengan penuh keimanan, kesabaran, keinsafan dan mengharapkan keredhaan Allah. Dari amalan sebulan Ramadan kita mengharapkan agar lahir sifat takwa di dalam diri kita. Semoga ibadah puasa pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Meh kita tgk apa antara amalan yang sunat dilakukan pada bulan Ramadan..InsyaAllah..sm2 kita mengejar rahmat Allah di bulan yg penuh barakah ini..=p
Melewatkan sahur
Waktu sahur yang paling baik ialah menjelang Subuh, kira-kira sama dengan orang membaca 50 ayat al-Quran, iaitu lebih kurang 10 minit atau 15 minit sebelum waktu Subuh.
Hal ini dinyatakan dalam hadis yang bererti:
Dari Zaid bin Tsabit berkata:
"Kami sahur bersama Rasulullah s.a.w, kemudian kami berdiri solat." Saya bertanya:"Berapa lama jarak antara keduanya itu?" Baginda bersabda: "Lima puluh ayat al-Quran" (HR Bukhari).
Dari Abu Zar al-Ghifari r.a. secara marfu', bahawa Rasulullah bersabda; Sentiasalah umatku dalam kebaikan, selama mereka menyegerakan berbuka dan melewatkan bersahur."
Bersahur dengan kurma
Bahan makanan untuk sahur yang paling besar berkahnya dan paling baik adalah buah kurma. Buah kurma tidak hanya untuk berbuka, tapi juga sangat baik untuk sahur. Bersahur dengan buah kurma merupakan sunnah Nabi. Ada keuntungan yang berlipat kali ganda bagi orang yang bersahur dengan kurma, iaitu pahala berjumpa Allah dan rasa kenyang.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Dari Abu Hurairah, berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma" (HR Ibnu Hibban dan Baihaqi).
Meninggalkan ucapan dan perbuatan sia-sia
Orang yang berpuasa tetapi berbohong atau berbicara kotor dan melakukan perbuatan-perbuatan yang keji, tidak akan dapat pahala dari puasanya kerana puasanya itu tidak diredai Allah. Puasa yang diredai Allah ialah puasa yang dilakukan dengan akhlak yang baik dan ucapan yang terpuji.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Dari Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda: "Barang siapa tidak meninggalkan perkataan bohong dan perbuatan curang, maka Allah sama sekali tidak memerlukan perbuatannya meninggalkan makan dan minum (puasa)" (HRBukhari).
Menahan diri dari cercaan orang lain
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : Dari Abu Hurairah, berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidaklah dikatakan berpuasa kerana tidak makan dan tidak minum. Akan tetapi, yang dinamakan berpuasa adalah kerana meninggalkan ucapan sia-sia dan perbuatan yang buruk. Kerana itu jika ada orang yang memakimu atau berlaku jahil kepadamu, katakanlah (kepadanya): 'Aku sedang berpuasa. Aku sedang berpuasa" (HR IbnuKhuzaimah, Ibnu Hibban dan Hakim).
Menyegerakan berbuka
Disebutkan dalam sebuah hadis: "Dari Sahl bin Sa'ad, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mana ia menyegerakan dalam berbuka" (HR Bukhari).
Memperbanyakkan doa ketika berbuka
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Dari Abdullah bin Amr bin Ash, berkata, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : "Bagi orang yang berpuasa ada doa yang tidak akan ditolak ketika ia berbuka. Dan bila Abdullah berbuka, ia berdoa: Wahai Tuhan, aku meminta kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang meliputi segala-galanya agar Engkau ampuni aku" (HR Ibnu Majah).
Menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa
Seseorang yang memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang sedang berpuasa, akan memperoleh pahala sebanyak pahala orang yang berpuasa tersebut; sedangkan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurang sedikit pun.
Diriwayatkan dalam sebuah hadis:
Dari Zaid bin Khalid al-Juhani, dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Barang siapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia memperolehi pahala sama dengan orang yang berpuasa sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikitpun" (HR Tirmizi. la berkata: Hadis ini hasan shahih)
Menghidupkan malam Ramadan dengan solat
Rasulullah SAW bersabda: Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa melakukan solat pada malam-malam Ramadan dengan iman dan mengharap keredaan-Nya, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni" (HR Bukhari dan Muslim)"
Memperbanyak sedekah
Bulan Ramadan merupakan kesempatan terbesar bagi setiap orang Islam untuk meningkatkan amal kebajikannya. Bahkan Rasulullah SAW memanfaatkan bulan Ramadan dengan mengeluarkan sedekah jauh lebih banyak dibanding pada bulan-bulan yang lain. Ibnu Abbas menggambarkan kedermawanan baginda pada bulan Ramadan lebih banyak dibanding tiupan angin. Kerana itu setiap muslim yang mampu hendaknya memperbanyak sedekah pada bulan Ramadan.
Memberbanyak tadarus al-Quran
Pada setiap malam bulan Ramadan, Jibril berkunjung kepada Rasulullah SAW. Pada saat itu Rasulullah membaca al-Quran dan Jibril menyemak atau mendengarkannya seumpama orang bertadarus. Perbuatan Rasulullah SAW ini menegaskan betapa utamanya kegiatan al-Quran pada bulan Ramadan.
Memperbanyak istighfar
Amalan kebajikan yang perlu ditingkatkan sepanjang bulan Ramadan, antaranya mengucapkan "Laa ilaha illallah", mengucapkan 'astaghfirullah", memohon masuk syurga dan memohon dijauhkan dari seksa neraka. Dengan memperbanyak bacaan istighfar, kalimah toyyibah, permohonan masuk ke syurga dan menjauhi neraka, akan bertambah banyaklah amal kebajikan kita dalam bulan Ramadan. Sebab bulan Ramadan adalah bulan terbukanya pintu pengampunan Allah dan tertutupnya pintu-pintu neraka.
Solat tarawih
Rasulullah s.a.w. bersabda: "(Bulan Ramadan adalah bulan) Allah menetapkan kewajipan puasa kepada kamu; dan aku disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Barang siapa berpuasa pada siang harinya dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharap keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan oleh ibunya" (HR Ibnu Khuzaimah).
Iktikaf
Aisyah meriwayatkan hadis sebagai berikut: "Adalah (Nabi SAW) beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadan sampai Allah mewafatkan baginda, kemudian isteri-isteri baginda beriktikaf sesudah itu" (HR Bukhari Muslim).
Iktikaf ertinya duduk dengan diam atau duduk menyendiri. Menurut istilah syariat, iktikaf ialah tinggal menyendiri di dalam masjid untuk melakukan ibadah selama sepuluh hari akhir bulan Ramadan tanpa keluar, kecuali kerana keperluan yang mendesak.
Mencari Lailatul Qadar
Diriwayatkan dalam hadis Abdullah bin Shamid bahawa Rasulullah SAW bersabda: "...(laitu) ada pada bulan Ramadan. Kerana itu hendaklah kamu mencarinya pada sepuluh hari terakhir. Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, atau malam terakhir" (HR Ahmad)
Malam Lailatur Qadar adalah malam ketika Allah menurunkan firman-Nya ke langit dunia sekali gus. Hal ini berbeza pengertiannya dengan malam nuzul Quran, iaitu saat pertama al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. di gua Hira' yang terjadi pada 17 Ramadan ketika baginda berusia 40 tahun.
Mengenai malam Lailatul Qadar ini disebutkan dalam firman Allah:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbitfajar" (Al-Qadar: 1-5).
Memperbanyak ibadah pada 10 hari terakhir Ramadan
Disebutkan dalam sebuah hadis: Dari Aisyah: "Adalah Rasulullah SAW bila memasuki sepuluh hari terakhir, baginda menguatkan ikat pinggangnya dan menghidupkan malamnya serta membangunkan isteri-isterinya" (HR Bukhari dan Muslim).
