Thursday, July 28, 2005

.: AUra FAISaL tEhrAnI:.
Image hosted by Photobucket.com

Tunggu Teduh Dulu - Semangat Islamik dalam sastera


SELEPAS hujan teduh, pelangi akan bersinar untuk kamu, Salsabila.'' Seorang lagi akan lebih mengusik,''Tetapi setelah hujan teduh, pelangi akan muncul lalu mesti ada matahari, dan akulah matahari untuk kamu.''

Sebahagian pengucapan dialog di atas menggambarkan maksud Tunggu Teduh Dulu; tersirat cita-cita dan harapan masa lalu serta hasrat untuk menikmati keindahan dan pengisian matlamat hidup yang lebih murni.

Tunggu Teduh Dulu merupakan karya Mohd. Faizal Musa atau dikenali sebagai Faisal Tehrani yang pernah disiarkan menerusi Ruangan Agama, Utusan Malaysia (UM) pada Mac hingga Disember 2003.

Novel bersiri ini mengisahkan Salsabila Fahim, seorang anak yatim dan usahawan wanita yang mengusahakan sebuah ladang betik seluas lima hektar.

Dia berhadapan dengan konflik percintaan tiga segi bersama teman sejak kecil antara Kamilê Zahidi dan Lam Ping Hai atau nama Islamnya, Saifullah.

Akhirnya, atas kuasa qada dan qadar Allah s.w.t., Salsabila mengambil keputusan mengahwini Sazly Zainuddin, seorang bekas pekerja ladangnya dalam satu pertemuan di Mekah, sewaktu mengerjakan umrah bersama ibu tirinya.

``Novel ini memberi satu dimensi baru kepada lambakan novel berunsur cinta yang terdapat di pasaran pada hari ini. Kekuatan cinta bukan sahaja diterjemahkan antara manusia, malah cinta kepada Allah s.w.t.,'' ulas Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Hanafi Ibrahim.

kelebihan novel tersebut terletak pada kekuatan watak Salsabila, iaitu seorang graduan dari Amerika Syarikat yang sanggup mengusahakan ladang betik dan meninggalkan kerjaya yang lebih baik.

Watak ini juga menggambarkan dia adalah Muslimah sejati, berdasarkan kepada sikapnya yang sentiasa percaya kepada ketentuan Allah s.w.t. walau berada dalam persimpangan memilih bakal suami.

Selain Salsabila, Faisal turut menonjolkan watak Teh Sofia iaitu sahabat karibnya yang sama-sama menuntut di luar negara. Pada masa yang sama, tanpa disedari Teh Sofia turut mencintai Kamil.

``Faisal menonjolkan watak wanita yang tabah dan kuat dalam mendepani pelbagai cabaran dalam hidup mereka. Ini adalah gambaran baru bagi dunia penulisan kreatif era baru,'' jelas beliau lagi.

Dalam kekalutan konflik percintaan, Salsabila turut berusaha menjernihkan hubungan kekeluargaan antara dia dengan ibu tiri dan adik berlainan ibu.

Hanafi menambah, Salsabila dan Teh Sofia memiliki kualiti wanita yang proaktif iaitu mengambil langkah pencegahan awal untuk menghindari masalah yang lebih rumit terhadap industri perladangan.

Beliau juga berpendapat, idea penulis yang menyuntikkan semangat Islamik dalam karya sastera, banyak memberi manfaat kepada pembaca yang terdiri daripada pelbagai khalayak.

Buat julung kalinya apabila Utusan Malaysia menyiarkan karya beliau, ia memberikan impak positif kepada pembaca kerana penerapan nilai sastera dan Islam yang hebat.

>>> ni sy amik dr utusan online smlm..penulis yg berjiwa kental ni x putus2 menghasilkn karya yg best2..pnuh dgn tarbiyah & keinsafan..pnuh dgn keindahan perjuangan..sm2lah kita menjadi hambaNya yg soleh solehah..aamiin
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


ni serba sdkit nak share pglmn masa baca novel faisal tehrani ni..mcm mn blh minat kan?hehe

Tunggu teduh Dulu..
Image hosted by Photobucket.com

(start bace novel ni during spm 2003..mase tu ade lam utusan, jadi novel bersiri..mmg best sampai brebut2 dgn shbt nak bace paper mase tu...sebuah kisah persahabatan,yg penuh dgn warna warni kehidupan,cinta 3 segi..pnuh dgn konsep islamiyah..mmg bestt..sampai skrg masih rindu pd novel ni..tringin nak baca lagi..)

1511 Kombat..
Image hosted by Photobucket.com
(novel ni menyebbkn bertambahnya jatuh cinta pada karya faisal tehrani..x dpt dinafikan kehebatan novel ini yg tlh membuat sy menitis airmata di akhir novel..smgt JIHAD berkobar2 menusuk jiwa..(Sy amat terkesan sekali dengan konsep Futuwwah. Terima kasih, sahibulkitab, kerana hadiah berharga ini kepada alam pemikiran Melayu Islam..)

1515..
Image hosted by Photobucket.com
(Novel 1515 adalah ksh sejarawan mencari hakikat sejarah. Menjejak keagungan bangsa yang dipadam secara terancang. Mengungkap getir gemuruhnya medan pertempuran. Melukis filsafat cinta aneh, bahagia cinta sehala. Menjulang luhur pengorbanan perempuan srikandi, perempuan isteri..yg ni bace last sem,pinjm kak sarah punye..
kali ni lebih pd sejarah melaka.. bhsa mmg bombastik abis..smpai kkdg duk belek glosari kat blkg sbb x mahir stengah2 words tu..tp mmg best..x caye,cubalah bace ya..)


AdvenCer Si Peniup Ney..
Image hosted by Photobucket.com
(yg ni ada shbt yang baik hati telah menghadiahkan pada sy..
siap pos lagik tu..=p huhu..terharu,,mekacih..Buku ni menang tempat pertama novel remaja hadiah sastera Utusan 2004. Absolutely greattt!! marvelous!Hedonis. Begitu definisi kaum di negeri jauh itu. Landas hidup hanya untuk berseronok-seronok, bermewah-mewah, lazat, lazat, lazat. Berpantang arah tujuan, terlarang segala fikiran. Ya, aliran hedonisme menjunjung kelazatan dan puja-pujaan, emm... cita rasa, cita rasa! nsb baik ada seorang insan yg dtg,yg mnyedarkan mereka bahawa yang paling seronok, paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janji abadi :
ada statement ni yg begitu menarik minat sy..>>
"Bahawa Dia itu Satu. Tempat bergantungnya segala sesuatu.
Dia Sumber Cinta, Pencipta Segala Rasa"..=p

Detektif Indigo
Image hosted by Photobucket.com
~~ dinilai oleh panel hakim sebagai karya yang bukan sahaja menaikkan martabat remaja Islam, tetapi menunjukkan juga bahawa remaja juga dapat memberi sumbangan ke arah kedaulatan ummah.Ttg unsur CSI dalam Detektif Indigo Menerusi novel Detektif Indigo pula, Faisal mengetengahkan idea futuwwah (persaudaraan dan kesatriaan sufi) yang telah dikemukakan dalam 1511H (Kombat) ke dalam novel ini.power seih...


Faisal tehrani tlh berjaya menyampaikan dakwah melalui penulisan dgn penuh gaya, mutu & keunggulan..ceewah...byk sgt manfat yg dpt diambil dr novel islamik dia ni..
kesimpulannye,
novel faisal tehrani lah yg mempunyai ranking teratas
berbanding koleksi novel2 lain yg sy ada..apa nak dikata jika hati sudah minat..=p
mg karya2nya ni dpt lagi mendekatkn diri kita kpd Allah swt..

teruskan usaha ya saudara faisal!! =)
Allahu Akbar!!
Allahu Akbar!!
Allahu Akbar!!

Tuesday, July 26, 2005

Image hosted by Photobucket.com

QALbi..

HATI adalah organ yang paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah.

Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak itu.
Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa bertaubat itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Maka bayangkanlah bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan dalam hadis Rasulullah bermaksud:
“Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.”
(Hadis riwayat Ibn Majah).

Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud:
Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.”
(Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 74).

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah?Perkara yang paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlakulah kemusnahan yang amat besar terhadap manusia.

Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada akhirat kelak. Persoalannya sekarang, kenapa hati mati? Hati itu mati disebabkan perkara berikut:

Pertama: Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah. Allah berfirman bermaksud:
“Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.”
(Surah al-Zumar, ayat 22).

Kedua: Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati. Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir). Firman Allah bermaksud:
“Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.”
(Surah al-Ra'd, ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud: “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.”
(Surah al-Syura, ayat 88 - 89)


wallahualam..

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Tuesday, July 19, 2005

Image hosted by Photobucket.com

BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH...

Image hosted by Photobucket.com

Ingatkah dikau
Di mana Di dalam sejarah
Sepasang mata menjadi Hadiah?

"Kenapakah kau mengikutiku?"
"Aku tertarik dengan kecantingan matamu."
Jawapan yang cukup angkuh
Namun mengundang seribu sesalan
Bila bungkusan merah diterima di tangan

Muslimat
Contohilah wanita itu
Bukan dengan mencungkil matamu
Tetapi dengan menjaga peribadimu.

Wahai Muslimat
Aku sering tertanya
Bagaimana engkau masih sanggup
Memaniskan muka
Menghadiahkan senyuman
Meramahkan bicara KEpada lelaki yang bukan muhrim

Apakah engkau berani
Menguji jiwa lelaki
Yang sememangnya diciptakan Allah
Dahaga kepada keindahan wanita
Walau sekadar muka yang manis

Apatah lagi lelaki kini
Yang kau tahu cukup ego
Menganggap wanita sebagai hidangan
Yang boleh dibelek-belek dan dipilih.

Benar,
Wanita itu telah menemui ajalnya
Namun didiringi keredhaan Ilahi
Dan KEinsafan seorang lelaki
Yang akhirnya menjadi sufi

Muslimat
Begitulah jalanmu
Begitulah perjuanganmu

Tundukkan pandanganmu
Keraskan suaramu
Seriuskan perwatakanmu
Tampilkan ketegasanmu
Bila engkau di depan
Atau di belakang atau di kiri
Atau di kanan lelaki
Walau atas alasan apasekalipun

Ketuk kealpaan mereka
Bangunkan mereka dari mimpi
Jelaskan dengan amalanmu
Bahawa percampuran bukan caranya
Bahawa keseronokan itu palsu
Bahawa di dini tiada kebahagiaan
Hanya Kehancuran

MuslimatInilah jalanmu
Hentikan dari menjamu nafsu mereka
Walau sekadar dengan seinci senyuman.

-----------------------------------------------------------

Ya Allah.. seandainya kami masih belum menepati ciri2 seorang muslimah sejati, maka kurniakanlah petunjukMu kepada kami...seandainya kami terpesong dari jalanMu, maka pimpinlah kami dengan rahmat dan kasih sayangMu...Ampunilah segala dosa dan keterlanjuran kami....Moga2 pintu taubatMu masih terbuka... dan kami tergolong dalam golongan yang Kau redhai..Ameen...

surat utk akhi

SURAT UNTUK AKHI...

Image hosted by Photobucket.com


AsSalamu’alaykum WarahmatuLLah Akhi fil-Islam,

Sebelum pena ini mula menari menulis apa yang direncana, ana doakan agar ia jauh daripada fitnah syaitan laknatuLLah dan jauh daripada murka ALLAH. Walaupun berat rasanya untuk meluahkan segala yang terbuku di hati, namun dengan izin ALLAH dan kesan daripada solat istikharah (moga ini bukan riak, AstaghfiruLLah… ), ana yakin ini adalah lintasan yang benar dan dipandu oleh petunjuk ALLAH untuk menzahirkan apa yang lama telah terpendam. Semoga Dia mempermudahkan agar mudah difahami dan tidak disalahertikan nanti.

Akhi,
Memang telah sekian lama ana tidak mengirimkan khabar berita, namun bukan bererti ana cuba untuk berlagak sombong terhadap akhi apatah lagi untuk menyakiti hati akhi. Sepanjang ukhuwah yang telah lama terjalin ini, ana telah cuba sedaya upaya untuk berlaku seadilnya sebagai sahabat yang baik kepada semua teman, namun apakan daya, ana insan yang penuh kekurangan.

Sesungguhnya kita hendaklah benar-benar menuntut pertimbangan yang waras apabila melaksanakan sesuatu dan pengorbanan itu juga perlu jika kita tidak ingin tewas. Segala perlakuan dan tutur bicara akhi telah membuatkan sel-sel neuron ana semakin pantas mengemudi penilaian ini, sejauh mana keikhlasan kita dalam menjalinkan ukhuwah yang suci kerana ALLAH? Kenapa kita perlu untuk berjumpa? Kenapa perlu SMS dan missed call selalu? Kenapa perlu mendengar suara? AstaghfiruLLah … Kadangkala tanpa kita sedari, hati kita bisa dirasuk oleh perasaan halus yang berpunca daripada bisikan syaitan. Janganlah kita biarkan ukhuwah kita dicemari oleh anasir-anasir jahat seperti itu. Dan ana memohon seribu kemaafan seandainya kata-kata ana telah dan bakal mengguris hati akhi.

“ Anti meragui keikhlasan dan kejujuran ana terhadap anti ke? ”

Sebagai orang asing dalam hidup ana, ana berhak untuk meragui diri akhi. AlhamduliLLah , asuhan keluarga dan pendidikan Islam yang telah disemai sedari kecil masih tersemat kukuh di dalam hati ana. Ana harus tahu menjaga diri ana terlebih dahulu sebelum terburu-buru menghadiahkan kepercayaan dan memberikan keyakinan kepada orang lain, terutamanya kepada orang yang berada di luar lingkungan rumah ana. Sememangnya penilaian tidak boleh dibuat berdasarkan sifat luaran semata-mata, sebaliknya hati dan kemuliaan yang bertunjangkan iman dan aqidah yang menjadi ukuran. Buku juga tidak dinilai berdasarkan kulitnya semata-mata, tetapi siapa yang tahu apakah yang tersurat dan tersirat disebalik kulitnya? Apakah tolok yang paling jitu tanpa ralat untuk mengukur darjah keikhlasan seseorang?

Benar, siapalah ana untuk mempersoalkan keikhlasan diri orang lain apatah lagi untukmendabik dada di atas kejujuran hati sendiri. Perihal hati ini ana serahkan sepenuhnya kepada ALLAH, kerana DIA Yang Maha Mengetahui. Apapun, janganlah sekali-kali kita lupa bahawa pangkat dan darjat seseorang manusia di sisi ALLAH adalah bergantung kepada ketaqwaan dan darjah keimanan seseorang kepadaNYA.

Akhi, sebelum kita benar-benar mengidamkan kepercayaan insan terhadap ketulusan hati kita, ada baiknya kita persembahkan keluhuran hati kita kepada ALLAH terlebih dahulu. Sesungguhnya jika diterima di sisi ALLAH sebagai hamba yang taat jauh lebih baik daripada dimuliakan oleh insan dalam tepuk sorak syaitan. Na’uzubiLLahi min zalik .

“ Ana sudah berusaha sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik demi anti. Ana juga bakal menjadi doktor, seperti yang diidamkan oleh anti. Ana benar-benar berusaha untuk menjadi seperti seorang yang anti impikan. ”

AstaghfiruLLah-al-‘Azhim. Kenapa mesti akhi niatkan sebegitu? Kenapa akhi mesti meletakkan ana sebagai batu loncatan terhadap kejayaan akhi sendiri? Niat akhi menjadi doktor kerana ana? Kerana ana? “ Ya ALLAH, ku mohon keampunanMU seandainya diri ini telah melalaikan khalifahMU dibumi ini. Ya ALLAH, kumohon perlindunganMU daripada menjadi asbab kelalaian kepada khalifahMU dalam melaksanakan ibadah yang seharusnya mutlak keranaMU.”

Ana tak minta akhi buat semua ini kerana ana. Siapalah ana untuk didedikasikan apa yang akhi lakukan. Ana tak minta dan jauh sekali ingin dikasihi melebihi kasih akhi kepada Pencipta kita. DIAlah yang berhak dicintai melebihi segalanya. Ana khuatir jika kita sama-sama terlalai daripada melaksanakan tugas kita sebagai da’ie, khalifahNYA yang berkelana di bumi ini dengan amanah yang begitu berat rasanya untuk dilaksanakan, melainkan jika kita benar-benar beriman dan bertaqwa kepadaNYA. Akhi, pandanglah hakikat kejadian kita ini dengan mata hati, bukan hanya dengan sepasang mata zahir yang begitu terbatas kemampuannya untuk menilai sesuatu yang lahiriah. Ingatlah bahawa kita diciptakan bukan untuk sesuati yang sia-sia, tetapi untuk beribadah, ikhlas keranaNYA.

Profesion yang ana sentiasa doakan agar ia menjadi destinasi akhi sebenarnya menuntut pengorbanan yang sangat tinggi, dan tugas sebagai seorang doktor adalah sangat mulia jika diiringi oleh niat LiLLahi ta’ala. Alangkah ruginya jika akhi membataskan matlamat perjalanan akhi hanya kerana makhluk ALLAH yang hina ini. Sebaliknya, kembalilah memohon pernaungan daripada al-Khaliq. Mudah-mudahan kita dapat memperbetul niat kita, dan hasilnya segala urusan kita akan dipermudahkan oleh ALLAH. Ameen.

“ Berilah ana peluang untuk menjelaskan segalanya kepada anti. Ana benar-benar ikhlas untuk mengenali diri anti dengan ebih dekat. Maka ana harap kita dapat berjumpa untuk berkenalan antara satu sama lain. ”

Akhi, tidak cukupkah dengan ukhuwah yang telah terbina antara kita? Untuk apa, dan apa yang akhi maksudkan untuk lebih mengenali? Adakah untuk membuka ruang kepada syaitan untuk menyelinap masuk ke dalam lompong-lompong kelemahan dalam diri kita? Lupakah akhi pada sabda nabi bahawa apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan, yang ketiganya adalah syaitan? Tidak takutkah akhi, apabila mengenali seorang wanita dengan lebih dekat kelak akan lebih mudah menimbulkan fitnah. RasuluLLah telah pun berpesan bahawa fitnah yang terbesar di akhir zaman adalah golongan Hawa. Semoga diri ana yang lemah ini dipelihara ALLAH agar jauh daripada segala punca fitnah.

Akhi, sebetulnya ana berasa amat bersyukur atas ukhuwah yang telah terbina. Panjatan tahmid dan tasbih ke hadrat ALLAH atas ikatan persahabatan ini dan jutaan terima kasih kepada adik akhi yang juga merupakan sahabat baik ana yang telah menjadi asbab kepada ikatan suci ini. Ukhuwah yang merupakan anugerah ALLAH ini sepatutnya kita hargai. Janganlah kita cemari dengan perlakuan-perlakuan yang kelak akan mencacat-celakannya. Cukuplah sekadar adik akhi yang menjadi penghubung kita. Tidak perlu pertemuan, tak kira melalui telefon atau apa saja yang pastinya boleh menggugat kekuatan iman kita.

Akhi, selagi belum berumah tangga, ibu bapa analah yang paling berhak ke atas ana buat masa ini. Setiap keputusan yang ana ambil hendaklah mendapat keredhaan mereka. Restu mereka terlalu mustahak buat diri ana kerana itulah yang menentukan kebahagiaan buat anak-anak, Insya-ALLAH.

Seperkara lagi, tidak perlulah akhi mengumpul duit yang banyak untuk membelikan bermacam-macam benda untuk ana yang tiada ikatan yang sah dengan akhi. Harapan akhi untuk membawa bakal isteri akhi ke Mekah, tinggalkanlah dahulu. Perkara yang masih belum ada kepastiannya. Sebaiknya, akhi simpanlah duit itu untuk berbakti kepada kedua ibu-bapa akhi. Jangan sekali-kali akhi menjadikan ana sebagai asbab untuk tidak menunaikan tanggungjawab akhi kepada mereka. Tanggungjawab akhi untuk menjadi anak yang soleh sehingga maut datang menjemput. Walaupun setelah berkahwin, syurga akhi tetap terletak di bawah tapak kaki ibu, bukan seperti ana, kunci bagi pintu syurga adalah redha suami ana.

Pada akhir kalam ini, ana ingin memohon ribuan kemaafan atas keterlanjuran kata-kata dan perlakuan sepanjang ukhuwah yang telah terbina. Tidak perlulah rasanya untuk akhi membalas helaian ini kerana itu mungkin akan menambahkan lagi noda-noda hitam di hati ana. Cukuplah sekadar akhi mengetahui apa yang tersirat di dalam hati ana. Semoga ukhuwah yang didasari dengan cinta kepada ALLAH akan sentiasa dipayungi rahmat dan berkatNYA.

Yakinlah dengan janji ALLAH, wanita yang baik adalah untuk ellaki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik,dan begitulah sebaliknya. Insya-ALLAH, sekiranya kita sama-sama menjaga batas-batas pergaulan yang dituntut oleh syara’, jodoh kita akan soleh dan solehah. Sememangnya setiap muslim mengimpikan wanita yang solehah bak bidadari syurga yang bakal menyerikan syurga di dunia. Begitu jualah bagi seorang muslimah, menginginkan seorang mujahid ALLAH yang setia dan mampu membimbing dirinya ke jalan kebenaran, yang akan mengajaknya kembali kepada Rabb-ul-‘izzati ketika dirinya lemah, yang akan meyakinkan dirinya bahawa kemanisan iman akan menaungi hati-hati yang bertaqwa, yang akan memberi peringatan kepada dirinya ketika terlupa akan nikmat dan rahmat ALLAH. SubhanaLLah.

Sekiranya ditakdirkan terbuka pintu hati ana untuk menerima suami ana nanti, Insya-ALLAH, tanpa ragu-ragu lagi akan diserahkan sepenuhnya cinta ini dengan didasari cinta kepada ILAHI. Jodoh dan pertemuan di tangan ALLAH. Kita merangcang dan DIA juga merancang. Namun DIAlah sebaik-baik perancang. Ana meletakkan sepenuh kepercayaan kepada ALLAH untuk menentukan bakal zauj ana. Ana yakin dialah yang terbaik untuk ana kerana ALLAH yang telah menetapkannya untuk ana. Diharapkan agar akhi juga begitu. Semoga ALLAH mempermudahkan pertemuan dan jodoh kita dengan insan yang diredhaiNYA. Letakkan keyakinan, gantughkanlah harapan kepada ALLAH. Redhalah dengan setiap ketentuan dan ketetapanNYA. Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui segalanya, dan kita tiada mengetahui perkara yang ghaib. waLLAHU ta’ala a’lam. Wassalam.

~ Ukhtu-ka fil-Islam ~ -------------------------------------



“ Ya ALLAH, diri ini telah meletakkan dan memberikan sepenuh hati kepadaMU untuk dilindungi daripada sebarang kejahatan yang akan merosakkan kemuliaannya. Ya ALLAH, andainya hati ini ingin KAU berikan sebahagiannya kepada makhluk ciptaanMU, berikanlah ia kepada khalifahMU yang turut mencintaiMU supaya katiku tidakpernah berhenti daripada berzikir kepadaMU dan rahmatilah diriku dengan limpahan kasih sayangMu ya ALLAH…

Ya ALLAH,
jika aku jatuh cinta, maka cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMU agar bertambah kekuatan untuk mencintaiMU.

Ya MUHAIMIN,
jika aku jatuh hati, izikanlah akumenyentuh hati seseorang yang tertaut hatinya kepadaMU agar tidak terjatuh hati ini pada jurang cinta nafsu.

Ya RAHMAN, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku daripadaMU.

Ya RAHIM, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seorang yang merindui syahid di jalanMU.

Ya ALLAH, jika aku menikmati cinta kekasihMU, janganlah kenikmatan itu melebihi kemanisan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhi.

Ya ALLAH, jika aku jatuh hati pada kekasihMU, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU.

Ya ALLAH, jika kau halalkan aku merindui kekasihMU, jangan biarkan aku melampaui rinduku untuk bertemu denganMU.

Kerana aku yakin, bahawa sesungguhnya CINTA HAKIKI dan RINDU yang ABADI hanyalah kepadaMU."

Ameen ya RABB-al-‘Alamin…


~~excerpted and edited from Al-Fikrah - 2nd edition - March 2005

Friday, July 08, 2005

Ya Man Yaraa

Ya Man Yaraa..



Assalamualaikumwbt..


Lame btul x update blog..huu..windu..windu..bz maa..ni tgh cuti lagi ni..blum lg balik kolej..ish ish ish..
Naik sem 3 satgi tak taula camna..hehe. ..xpe2..nila dinamakn perjuangn dlm menuntut ilmu..kuk2 mana pon kna berkorban..lillahitaala.. mudah2an kita smua dipermudahkn segala urusan and sentiasa dibwh lembayung rahmatnya..mg2 sukses d dunia dan akhirat hendaknye..aamiin..


haa..bg peminat2 lagu nasyid,speciallynya lagu2 arab n syair2nya yg mendamaikan..Cthnya,cam lagu fi lailateen minal layali yg
di share oleh kak balqis satu ketika dlu..=p
mungkin dah ramai yg pnah masuk link ni..
http://nadeem.lightuponlight.com/islamicsongs.html
kat cni banyak lagu2 arab and syair2 arab yg best2..
check out k..kalau dah masuk..ana suggestkan antum antunna sume
download mp3 AHMED BUKHOTIR, terutama sekali lagu YA MAN YARAA dan
KITAB-E-ALLAH [kitabullah]...masyaallah..mmg best..syahdu sgt..bulehla klau nak release2 tension time exam tu..malah bkn stakat tu ja..buleh muhasabah diri skali..huhu..x caya..acu cuba try test dgr.. boleh tgk lirik BI dia kat bawah nama A.Bukhotir tu...ataupun,nak sng,tgk ja kat bwh entry sy ni,sy dah siap masukkn..

Ya Man Yaraa tu adalah sebuah syair arab, kalau diterjemahkan mksudnya 'Wahai Yang Maha Melihat'' sebenarnya..menceritakan ttg kehebatan ALLAH yang boleh Melihat nyamuk yg terbang di dalam kegelapan malam... darahnya, otaknya.. sehinggalah kepada kehidupan di dasar laut yang gelap gelita..yg kalau ikut nahu arabnya, fuuh, sedap dihayati walaupun ia hanya mengenai nyamuk!» Utk peminat rap, kat page tu pun ada lagu rap islamik dr group Soldiers of Allah! Lagu² dia berunsur sejarah Islam... pasti dah pernah dgr dah some of their songs kan..=p slmt mdengar k..

p/s;
Kpd shbt2 kyuem...slmt kembali ke kolej..truskan perjuangan kita..
sm2 menuju puncak kegemilangan di bwh redha llahi..insyaallah..

kpd shbt2 yg baru melangkah ke u..slmt berjuang di medan yg baru.jgn lupakan ukhwah kita ya
n last but not least..kpd akak2 ku yg tersayang..hehe..slmt bercuti,slmt dpt result n mg mndpt tempat d u yg tlh dibook oleh satu kaki anda..tinggal satu kaki je nak langkah..mg berjaye k..=p jgn lupakn kami dlm doa kalian..


maassalamah wa ilalliqa'
senyum sokmo
````````````````````



Ya Man Yaraa-- Ahmad Bukhotir..


Image hosted by Photobucket.com