Tuesday, July 26, 2005
QALbi..
HATI adalah organ yang paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah.
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak itu.
Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa bertaubat itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Maka bayangkanlah bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan dalam hadis Rasulullah bermaksud:
“Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.”
(Hadis riwayat Ibn Majah).
Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud:
“Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.”
(Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 74).
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah?Perkara yang paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlakulah kemusnahan yang amat besar terhadap manusia.
Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada akhirat kelak. Persoalannya sekarang, kenapa hati mati? Hati itu mati disebabkan perkara berikut:
Pertama: Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah. Allah berfirman bermaksud:
“Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.”
(Surah al-Zumar, ayat 22).
Kedua: Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati. Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir). Firman Allah bermaksud:
“Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.”
(Surah al-Ra'd, ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud: “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.” (Surah al-Syura, ayat 88 - 89)
wallahualam..
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
Tuesday, July 19, 2005
BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH...
Ingatkah dikau
Di mana Di dalam sejarah
Sepasang mata menjadi Hadiah?
"Kenapakah kau mengikutiku?"
"Aku tertarik dengan kecantingan matamu."
Jawapan yang cukup angkuh
Namun mengundang seribu sesalan
Bila bungkusan merah diterima di tangan
Muslimat
Contohilah wanita itu
Bukan dengan mencungkil matamu
Tetapi dengan menjaga peribadimu.
Wahai Muslimat
Aku sering tertanya
Bagaimana engkau masih sanggup
Memaniskan muka
Menghadiahkan senyuman
Meramahkan bicara KEpada lelaki yang bukan muhrim
Apakah engkau berani
Menguji jiwa lelaki
Yang sememangnya diciptakan Allah
Dahaga kepada keindahan wanita
Walau sekadar muka yang manis
Apatah lagi lelaki kini
Yang kau tahu cukup ego
Menganggap wanita sebagai hidangan
Yang boleh dibelek-belek dan dipilih.
Benar,
Wanita itu telah menemui ajalnya
Namun didiringi keredhaan Ilahi
Dan KEinsafan seorang lelaki
Yang akhirnya menjadi sufi
Muslimat
Begitulah jalanmu
Begitulah perjuanganmu
Tundukkan pandanganmu
Keraskan suaramu
Seriuskan perwatakanmu
Tampilkan ketegasanmu
Bila engkau di depan
Atau di belakang atau di kiri
Atau di kanan lelaki
Walau atas alasan apasekalipun
Ketuk kealpaan mereka
Bangunkan mereka dari mimpi
Jelaskan dengan amalanmu
Bahawa percampuran bukan caranya
Bahawa keseronokan itu palsu
Bahawa di dini tiada kebahagiaan
Hanya Kehancuran
MuslimatInilah jalanmu
Hentikan dari menjamu nafsu mereka
Walau sekadar dengan seinci senyuman.
-----------------------------------------------------------
Ya Allah.. seandainya kami masih belum menepati ciri2 seorang muslimah sejati, maka kurniakanlah petunjukMu kepada kami...seandainya kami terpesong dari jalanMu, maka pimpinlah kami dengan rahmat dan kasih sayangMu...Ampunilah segala dosa dan keterlanjuran kami....Moga2 pintu taubatMu masih terbuka... dan kami tergolong dalam golongan yang Kau redhai..Ameen...
surat utk akhi
SURAT UNTUK AKHI...
AsSalamu’alaykum WarahmatuLLah Akhi fil-Islam,
Sebelum pena ini mula menari menulis apa yang direncana, ana doakan agar ia jauh daripada fitnah syaitan laknatuLLah dan jauh daripada murka ALLAH. Walaupun berat rasanya untuk meluahkan segala yang terbuku di hati, namun dengan izin ALLAH dan kesan daripada solat istikharah (moga ini bukan riak, AstaghfiruLLah… ), ana yakin ini adalah lintasan yang benar dan dipandu oleh petunjuk ALLAH untuk menzahirkan apa yang lama telah terpendam. Semoga Dia mempermudahkan agar mudah difahami dan tidak disalahertikan nanti.
Akhi,
Memang telah sekian lama ana tidak mengirimkan khabar berita, namun bukan bererti ana cuba untuk berlagak sombong terhadap akhi apatah lagi untuk menyakiti hati akhi. Sepanjang ukhuwah yang telah lama terjalin ini, ana telah cuba sedaya upaya untuk berlaku seadilnya sebagai sahabat yang baik kepada semua teman, namun apakan daya, ana insan yang penuh kekurangan.
Sesungguhnya kita hendaklah benar-benar menuntut pertimbangan yang waras apabila melaksanakan sesuatu dan pengorbanan itu juga perlu jika kita tidak ingin tewas. Segala perlakuan dan tutur bicara akhi telah membuatkan sel-sel neuron ana semakin pantas mengemudi penilaian ini, sejauh mana keikhlasan kita dalam menjalinkan ukhuwah yang suci kerana ALLAH? Kenapa kita perlu untuk berjumpa? Kenapa perlu SMS dan missed call selalu? Kenapa perlu mendengar suara? AstaghfiruLLah … Kadangkala tanpa kita sedari, hati kita bisa dirasuk oleh perasaan halus yang berpunca daripada bisikan syaitan. Janganlah kita biarkan ukhuwah kita dicemari oleh anasir-anasir jahat seperti itu. Dan ana memohon seribu kemaafan seandainya kata-kata ana telah dan bakal mengguris hati akhi.
“ Anti meragui keikhlasan dan kejujuran ana terhadap anti ke? ”
Sebagai orang asing dalam hidup ana, ana berhak untuk meragui diri akhi. AlhamduliLLah , asuhan keluarga dan pendidikan Islam yang telah disemai sedari kecil masih tersemat kukuh di dalam hati ana. Ana harus tahu menjaga diri ana terlebih dahulu sebelum terburu-buru menghadiahkan kepercayaan dan memberikan keyakinan kepada orang lain, terutamanya kepada orang yang berada di luar lingkungan rumah ana. Sememangnya penilaian tidak boleh dibuat berdasarkan sifat luaran semata-mata, sebaliknya hati dan kemuliaan yang bertunjangkan iman dan aqidah yang menjadi ukuran. Buku juga tidak dinilai berdasarkan kulitnya semata-mata, tetapi siapa yang tahu apakah yang tersurat dan tersirat disebalik kulitnya? Apakah tolok yang paling jitu tanpa ralat untuk mengukur darjah keikhlasan seseorang?
Benar, siapalah ana untuk mempersoalkan keikhlasan diri orang lain apatah lagi untukmendabik dada di atas kejujuran hati sendiri. Perihal hati ini ana serahkan sepenuhnya kepada ALLAH, kerana DIA Yang Maha Mengetahui. Apapun, janganlah sekali-kali kita lupa bahawa pangkat dan darjat seseorang manusia di sisi ALLAH adalah bergantung kepada ketaqwaan dan darjah keimanan seseorang kepadaNYA.
Akhi, sebelum kita benar-benar mengidamkan kepercayaan insan terhadap ketulusan hati kita, ada baiknya kita persembahkan keluhuran hati kita kepada ALLAH terlebih dahulu. Sesungguhnya jika diterima di sisi ALLAH sebagai hamba yang taat jauh lebih baik daripada dimuliakan oleh insan dalam tepuk sorak syaitan. Na’uzubiLLahi min zalik .
“ Ana sudah berusaha sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik demi anti. Ana juga bakal menjadi doktor, seperti yang diidamkan oleh anti. Ana benar-benar berusaha untuk menjadi seperti seorang yang anti impikan. ”
AstaghfiruLLah-al-‘Azhim. Kenapa mesti akhi niatkan sebegitu? Kenapa akhi mesti meletakkan ana sebagai batu loncatan terhadap kejayaan akhi sendiri? Niat akhi menjadi doktor kerana ana? Kerana ana? “ Ya ALLAH, ku mohon keampunanMU seandainya diri ini telah melalaikan khalifahMU dibumi ini. Ya ALLAH, kumohon perlindunganMU daripada menjadi asbab kelalaian kepada khalifahMU dalam melaksanakan ibadah yang seharusnya mutlak keranaMU.”
Ana tak minta akhi buat semua ini kerana ana. Siapalah ana untuk didedikasikan apa yang akhi lakukan. Ana tak minta dan jauh sekali ingin dikasihi melebihi kasih akhi kepada Pencipta kita. DIAlah yang berhak dicintai melebihi segalanya. Ana khuatir jika kita sama-sama terlalai daripada melaksanakan tugas kita sebagai da’ie, khalifahNYA yang berkelana di bumi ini dengan amanah yang begitu berat rasanya untuk dilaksanakan, melainkan jika kita benar-benar beriman dan bertaqwa kepadaNYA. Akhi, pandanglah hakikat kejadian kita ini dengan mata hati, bukan hanya dengan sepasang mata zahir yang begitu terbatas kemampuannya untuk menilai sesuatu yang lahiriah. Ingatlah bahawa kita diciptakan bukan untuk sesuati yang sia-sia, tetapi untuk beribadah, ikhlas keranaNYA.
Profesion yang ana sentiasa doakan agar ia menjadi destinasi akhi sebenarnya menuntut pengorbanan yang sangat tinggi, dan tugas sebagai seorang doktor adalah sangat mulia jika diiringi oleh niat LiLLahi ta’ala. Alangkah ruginya jika akhi membataskan matlamat perjalanan akhi hanya kerana makhluk ALLAH yang hina ini. Sebaliknya, kembalilah memohon pernaungan daripada al-Khaliq. Mudah-mudahan kita dapat memperbetul niat kita, dan hasilnya segala urusan kita akan dipermudahkan oleh ALLAH. Ameen.
“ Berilah ana peluang untuk menjelaskan segalanya kepada anti. Ana benar-benar ikhlas untuk mengenali diri anti dengan ebih dekat. Maka ana harap kita dapat berjumpa untuk berkenalan antara satu sama lain. ”
Akhi, tidak cukupkah dengan ukhuwah yang telah terbina antara kita? Untuk apa, dan apa yang akhi maksudkan untuk lebih mengenali? Adakah untuk membuka ruang kepada syaitan untuk menyelinap masuk ke dalam lompong-lompong kelemahan dalam diri kita? Lupakah akhi pada sabda nabi bahawa apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan, yang ketiganya adalah syaitan? Tidak takutkah akhi, apabila mengenali seorang wanita dengan lebih dekat kelak akan lebih mudah menimbulkan fitnah. RasuluLLah telah pun berpesan bahawa fitnah yang terbesar di akhir zaman adalah golongan Hawa. Semoga diri ana yang lemah ini dipelihara ALLAH agar jauh daripada segala punca fitnah.
Akhi, sebetulnya ana berasa amat bersyukur atas ukhuwah yang telah terbina. Panjatan tahmid dan tasbih ke hadrat ALLAH atas ikatan persahabatan ini dan jutaan terima kasih kepada adik akhi yang juga merupakan sahabat baik ana yang telah menjadi asbab kepada ikatan suci ini. Ukhuwah yang merupakan anugerah ALLAH ini sepatutnya kita hargai. Janganlah kita cemari dengan perlakuan-perlakuan yang kelak akan mencacat-celakannya. Cukuplah sekadar adik akhi yang menjadi penghubung kita. Tidak perlu pertemuan, tak kira melalui telefon atau apa saja yang pastinya boleh menggugat kekuatan iman kita.
Akhi, selagi belum berumah tangga, ibu bapa analah yang paling berhak ke atas ana buat masa ini. Setiap keputusan yang ana ambil hendaklah mendapat keredhaan mereka. Restu mereka terlalu mustahak buat diri ana kerana itulah yang menentukan kebahagiaan buat anak-anak, Insya-ALLAH.
Seperkara lagi, tidak perlulah akhi mengumpul duit yang banyak untuk membelikan bermacam-macam benda untuk ana yang tiada ikatan yang sah dengan akhi. Harapan akhi untuk membawa bakal isteri akhi ke Mekah, tinggalkanlah dahulu. Perkara yang masih belum ada kepastiannya. Sebaiknya, akhi simpanlah duit itu untuk berbakti kepada kedua ibu-bapa akhi. Jangan sekali-kali akhi menjadikan ana sebagai asbab untuk tidak menunaikan tanggungjawab akhi kepada mereka. Tanggungjawab akhi untuk menjadi anak yang soleh sehingga maut datang menjemput. Walaupun setelah berkahwin, syurga akhi tetap terletak di bawah tapak kaki ibu, bukan seperti ana, kunci bagi pintu syurga adalah redha suami ana.
Pada akhir kalam ini, ana ingin memohon ribuan kemaafan atas keterlanjuran kata-kata dan perlakuan sepanjang ukhuwah yang telah terbina. Tidak perlulah rasanya untuk akhi membalas helaian ini kerana itu mungkin akan menambahkan lagi noda-noda hitam di hati ana. Cukuplah sekadar akhi mengetahui apa yang tersirat di dalam hati ana. Semoga ukhuwah yang didasari dengan cinta kepada ALLAH akan sentiasa dipayungi rahmat dan berkatNYA.
Yakinlah dengan janji ALLAH, wanita yang baik adalah untuk ellaki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik,dan begitulah sebaliknya. Insya-ALLAH, sekiranya kita sama-sama menjaga batas-batas pergaulan yang dituntut oleh syara’, jodoh kita akan soleh dan solehah. Sememangnya setiap muslim mengimpikan wanita yang solehah bak bidadari syurga yang bakal menyerikan syurga di dunia. Begitu jualah bagi seorang muslimah, menginginkan seorang mujahid ALLAH yang setia dan mampu membimbing dirinya ke jalan kebenaran, yang akan mengajaknya kembali kepada Rabb-ul-‘izzati ketika dirinya lemah, yang akan meyakinkan dirinya bahawa kemanisan iman akan menaungi hati-hati yang bertaqwa, yang akan memberi peringatan kepada dirinya ketika terlupa akan nikmat dan rahmat ALLAH. SubhanaLLah.
Sekiranya ditakdirkan terbuka pintu hati ana untuk menerima suami ana nanti, Insya-ALLAH, tanpa ragu-ragu lagi akan diserahkan sepenuhnya cinta ini dengan didasari cinta kepada ILAHI. Jodoh dan pertemuan di tangan ALLAH. Kita merangcang dan DIA juga merancang. Namun DIAlah sebaik-baik perancang. Ana meletakkan sepenuh kepercayaan kepada ALLAH untuk menentukan bakal zauj ana. Ana yakin dialah yang terbaik untuk ana kerana ALLAH yang telah menetapkannya untuk ana. Diharapkan agar akhi juga begitu. Semoga ALLAH mempermudahkan pertemuan dan jodoh kita dengan insan yang diredhaiNYA. Letakkan keyakinan, gantughkanlah harapan kepada ALLAH. Redhalah dengan setiap ketentuan dan ketetapanNYA. Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui segalanya, dan kita tiada mengetahui perkara yang ghaib. waLLAHU ta’ala a’lam. Wassalam.
~ Ukhtu-ka fil-Islam ~ -------------------------------------
“ Ya ALLAH, diri ini telah meletakkan dan memberikan sepenuh hati kepadaMU untuk dilindungi daripada sebarang kejahatan yang akan merosakkan kemuliaannya. Ya ALLAH, andainya hati ini ingin KAU berikan sebahagiannya kepada makhluk ciptaanMU, berikanlah ia kepada khalifahMU yang turut mencintaiMU supaya katiku tidakpernah berhenti daripada berzikir kepadaMU dan rahmatilah diriku dengan limpahan kasih sayangMu ya ALLAH…
Ya ALLAH,
jika aku jatuh cinta, maka cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMU agar bertambah kekuatan untuk mencintaiMU.
Ya MUHAIMIN,
jika aku jatuh hati, izikanlah akumenyentuh hati seseorang yang tertaut hatinya kepadaMU agar tidak terjatuh hati ini pada jurang cinta nafsu.
Ya RAHMAN, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku daripadaMU.
Ya RAHIM, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seorang yang merindui syahid di jalanMU.
Ya ALLAH, jika aku menikmati cinta kekasihMU, janganlah kenikmatan itu melebihi kemanisan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhi.
Ya ALLAH, jika aku jatuh hati pada kekasihMU, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU.
Ya ALLAH, jika kau halalkan aku merindui kekasihMU, jangan biarkan aku melampaui rinduku untuk bertemu denganMU.
Kerana aku yakin, bahawa sesungguhnya CINTA HAKIKI dan RINDU yang ABADI hanyalah kepadaMU."
Ameen ya RABB-al-‘Alamin…
~~excerpted and edited from Al-Fikrah - 2nd edition - March 2005
Friday, July 08, 2005
Ya Man Yaraa
Ya Man Yaraa..
Assalamualaikumwbt..
Lame btul x update blog..huu..windu..windu..bz maa..ni tgh cuti lagi ni..blum lg balik kolej..ish ish ish..
Naik sem 3 satgi tak taula camna..hehe. ..xpe2..nila dinamakn perjuangn dlm menuntut ilmu..kuk2 mana pon kna berkorban..lillahitaala.. mudah2an kita smua dipermudahkn segala urusan and sentiasa dibwh lembayung rahmatnya..mg2 sukses d dunia dan akhirat hendaknye..aamiin..
haa..bg peminat2 lagu nasyid,speciallynya lagu2 arab n syair2nya yg mendamaikan..Cthnya,cam lagu fi lailateen minal layali yg
di share oleh kak balqis satu ketika dlu..=p
mungkin dah ramai yg pnah masuk link ni..http://nadeem.lightuponlight.com/islamicsongs.html
kat cni banyak lagu2 arab and syair2 arab yg best2..
check out k..kalau dah masuk..ana suggestkan antum antunna sume
download mp3 AHMED BUKHOTIR, terutama sekali lagu YA MAN YARAA dan
KITAB-E-ALLAH [kitabullah]...masyaallah..mmg best..syahdu sgt..bulehla klau nak release2 tension time exam tu..malah bkn stakat tu ja..buleh muhasabah diri skali..huhu..x caya..acu cuba try test dgr.. boleh tgk lirik BI dia kat bawah nama A.Bukhotir tu...ataupun,nak sng,tgk ja kat bwh entry sy ni,sy dah siap masukkn..
Ya Man Yaraa tu adalah sebuah syair arab, kalau diterjemahkan mksudnya 'Wahai Yang Maha Melihat'' sebenarnya..menceritakan ttg kehebatan ALLAH yang boleh Melihat nyamuk yg terbang di dalam kegelapan malam... darahnya, otaknya.. sehinggalah kepada kehidupan di dasar laut yang gelap gelita..yg kalau ikut nahu arabnya, fuuh, sedap dihayati walaupun ia hanya mengenai nyamuk!» Utk peminat rap, kat page tu pun ada lagu rap islamik dr group Soldiers of Allah! Lagu² dia berunsur sejarah Islam... pasti dah pernah dgr dah some of their songs kan..=p slmt mdengar k..
p/s;
Kpd shbt2 kyuem...slmt kembali ke kolej..truskan perjuangan kita..
sm2 menuju puncak kegemilangan di bwh redha llahi..insyaallah..
kpd shbt2 yg baru melangkah ke u..slmt berjuang di medan yg baru.jgn lupakan ukhwah kita ya
n last but not least..kpd akak2 ku yg tersayang..hehe..slmt bercuti,slmt dpt result n mg mndpt tempat d u yg tlh dibook oleh satu kaki anda..tinggal satu kaki je nak langkah..mg berjaye k..=p jgn lupakn kami dlm doa kalian..
maassalamah wa ilalliqa'
senyum sokmo
````````````````````
Ya Man Yaraa-- Ahmad Bukhotir..
Monday, June 27, 2005
di mana?
DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA..
Assalamualaikum..
jap,selit jap eh..
Sebelum ana kuar, nak share satu tazkirah utk smua..
emel ni ana dpt dr seorng shbt..
sm2la kita renungkan k..
Semalam ana ade bace paper..satu tajuk yang best yang ana nak kongsi ngan sume..Tajuk yang terpampang dalam soratkhabar tuh 'Dimana Allah dalam Hati kita'..lebih kurang camtuh la tajuk dia..bile ana bace,rase cam teruk je diri nih..Cube kite sume cari, adakah ruang dalam hati kite nih yang betul2 kite serahkan sepenuhnye kepade ALLAH?..Adakah dalam hati kite ni kite betul2 letakkan Allah sebagai Tuhan Yang Maha Agung, Tuhan yang kite serahkan segalenye tanpa rase berbelah bahagi, Tuhan yang kite sembah sepenuh hati, Tuhan yang kite selalu ingat..adakah dihati kite nih sentiase terukir name2 ALLAh?
Ana serula pade diri ana sendiri n sohabak sekalian, supaye sentiase tanye diri kite dimanakah Allah dalam hati kite..sebab waktu tu kite akan terfikir, dan mula ingat betapa banyak yang kite lupa tentang ALLAH..So, bawalah kalimat mujarab nih ke mane sahaje shbt sume pegi supaye kite sume sentiase beringat jalan kite menuju KEMATIAN..semoge kite sume tak menyesal bile tibe waktu pengadilan kelak..
"DIMANAKAH ALLAH DALAM HATI KITA?"..
wallahualam..
sm2 kita muhasabah diri..
Sunday, June 26, 2005
I'm back..(^_^)
I'm back..(^_^)
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah..ecotrip dah berakhir..masuk ari ni dah 3 hari duk umah..x smpat nak update blog coz internet kat umah cam x bape ok skit..rindu jg nak menaip..tp dtmbh pulak dgn kebizian membuat 2nd job attachment kat hospital..jadi x smpt nak pi cc..ni pun ana singgah jap..baru on d way balik dr HKB,(Hospital Kota Bharu)..for 1 week kna ulang alik spital..baru ja start smlm..x larat jgla sbb suma doktor yg lyn kami best2 blaka...xdela biarkn aje budak hingusan spt kami yg x tau apa2 lg psl dunia medic yg sbena...mcm smlm,dpt tgk OGDS..tgk depa masukkn camera n ultrasound lam perut..nak tgk if ada ulser ke ape ke..kagum jgla dgn teknologi perubatan skg ni..Pg td pulak,alhamdulillah..dpt masuk OT..tgk operation utk buang tiroid, batu karang n hernia..n byk lgla..Subhanallah..mmg tergamam jgk..maklumla,x pnh tgk scra live..mcm2 pglmn baru yg ana dpt.. tgk doketot2 tu buat..fuuh.. cam siang ikan ja..tp depa xpa, dah expert org kata..dah biasa..lainla kita ni,nak inject jarum pun x reti lg..huhu..hopefully satu hari nanti dptla jd mcm depa..Aamiin..
tu cita psl job attachment.
berbalik pd cita asl, wlwpun dah 3 ari kat umah, ana masih x berkesmpatan nk crita psl ecotrip aritu ..sminggu kat paka,trengganu..alhamdulillah,slmt jg sampai umah...hehe..nak jg crita psl ecotrip..tapi,ana kesuntukan masa skrg..insyaAllah..esk lusa ka,ataupun bila2,ana akn antar next entry..mgkn ana akn crita psl pglmn ms pi ecotrip ari tu dgn lbh lnjut n apa yg ana dpt ms kat sna.. antaranya, "kisah penyu menangis ..n etc..etc.." klau nak tahu, just wait ya..(^_^)
kpda smua shbt2 n diri ana sndri..,slmt bercuti..
enjoy2 juga,tp slalu2la ingatkn diri jgn sampai terleka
n yg plg penting,jgn lupa Allah dlm hati kita..=p
wallahualam..
maassalamah wa ilalliqa'
Saturday, June 18, 2005
ecotrip..
ECotRip..from LB to kerTeh..na na na
slm alaik..
jap lg kami, stdnts yg amik subjek biology akn bertolak ke kerteh,terengganu utk ecotrip slma seminggu..wat kajian tgg ekologi..alam sekitar.. mikrobiologi..ecece..ye ker?haha..n yg sewaktu dgnnya la ye..k, nanti lps balik ni insyaAllah baru ana boleh update blog..sbb kat utan xde internet..hehe..jd berehat utk sementara..
k,c u guys..slmt berecotrip utk shbt2 ana..yg tgh bercuti tu, hepi hols k..manfaatkan cuti ni ngn sebaiknya.. tataa..titii..tutuu..jumpa lagi..jg diri, iman dan ibadah..(jg utk peringatan ana yg sering lupa ni..)
akhirul kalam..
senyum sokmo deh!
maasalamah wa ilalliqa'..
Friday, June 17, 2005
doa perpisahan..
Sayonara....
Assalamualaikum..
hari ni merupakn hari last kat kolej utk sem ke2..pejam celik pejam celik..kejap sungguh ms berlalu kan?.. seniors mula melangkah kaki meninggalkan bumi kyuem..manakala kami kan trus berpijak di bumi ini meneruskan perjuangan yg tersisa.. nasib baik cuti 3 mggu..dpt jgla bersiap sedia utk menjadi seniors kpd bakal2 adik kami kelak..Smlm buat slm widak kat surau..wlwpun x dpt menghayati sgt kesyahduan mlm tu..(sbb bising sgt kot..huhu)..tp disudut hati,tetap rs sebak..lbh lg2 bila melihat insan2 yg kita baru nak rapat, x lm lagi akn meninggalkan kita..betapa kejapnya ms itu..ttp,ana syukur sgt2, atleast, Allah memberi peluang kpd ana utk mengenali & membina ukhwah sesama mereka walau hanya skadar 2 sem.. thanks 2 all my siss..thanks 4 dis friendship n ukhwah fillah..thanks 4 d tazkirah.. n sorry 4 every single thing.. may Allah bless all of u..
Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadrat Illahi
Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua
Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu
Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini
Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhai
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan
Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu
Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu
gonna miss uuuu.......
Tuesday, June 14, 2005
HuJAn itU RahMAt...
Bila langit mula mendung, kekadang terdengar
bebelan orang-orang di sekeliling kita "Cuaca
buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan
dikatakan cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh
bila hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!
Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik
digantikan dengan doa :
"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan
kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
Hakikatnya, hujan itu rahmat.
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin
sebagai pembawa berita yang mengembirakan
sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan),
hingga apabila angin itu membawa awan
mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati
(ke daerah yang kering kontang), lalu Kami
turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami
keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai
jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami
mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-
orang yang telah mati, supaya kamu beringat
(mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf :
57)
Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan
Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak
lagi.
Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?
"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je
bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu
kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan
suasana muram/tak best. Kesian hujan.
Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat
dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun
pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.
Sekarang ini, hujan turun x menentu..
cam kat kyuem ni,
kdg2 panas, tup2,
hujan pula petang tu..
Jadi, ambillah peluang ketika hujan tu utk berdoa..
time hujan lebat adlh slh satu ms doa
mustajab.. Kenapa lepaskan peluang dengan
keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang
terbuka?
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan
menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-
Qamar : 11)
Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik
dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih
baik.. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu
Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang
kebijaksanaan Allah.
Lihatlah firman Allah yg bermaksud :
"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan
sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia
tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami
sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-
Mukminun : 18)
Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA
SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah
turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada
sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu
akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua
rahsia Allah
"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa
air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami
menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami
berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu
yang (berkuasa menurunkannya atau)
menyimpannya." (al-Hijr : 22)
Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.
"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit
dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan
segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia
serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah),
Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang
kamu lakukan." (Surah Hud : 123)
wallahualam..
p/s: tp sdih gakla..kkdg ade antare kite yg jadikn time hujan tu utk berhibernasi..ms yg paling syok utk duk bwh selimut..sampaikan ada yg sggup ponteng kelas..huhu..
Port dickson..
DARI LB KE PD >> CASA RACHADO?
Salam alaik..
na na na..Weekends ari tu housem3s ana "diamonders" wat housetrip ke Port Dickson,negeri 9 ..sambil2 tu wat mjls perpisahan utk seniors skali..Dlm ms lbh kurang 2 ari( 1 half je kot) kat sn, mcm2 aktiviti la yg kami buat.. and yg paling penting skali, mmg bykla pglmn baru yg dpt kami timba..(cee..skema itu ayat)
mlm first tu wat dinner kat tepi pantai casa rachado nun..barbeque (btul ke eja ni,bantaijela..=p ) .. di bwh langit hitam kelam bertaburan bintang2... bulan bersinar terang..dgn deburn ombak yg menusuk kalbu lg..Subhanallah.. begitu indah ciptaan Ilahi.. blum masuk bab mkn lagi..hehe.. uis..klau boleh tapau,ader jgk poket jadik mangsa..=p..tp tula..bile perut dh terlebih kenyang, isk..isk.. mula la serba tak kne..huhu.. patutla Rasulullah pesan berhenti sblm kenyang..sbb kenyang ni la yg mengundang kemalasan..bila dah mls..tau2 jela apa yg akn trjadi..
nasib baikla dh jamak isyak awl2.. haa..ckp bab jamak n qasar solat ni, kat sn dpt jg asahkan ilmu bab2 rukhsah solat dlm bermusafir..dpt lagi ilmu.. alhamdulillah..sbb tu klau renung2kan,byk jg hikmah dr rehlah ni..
time jungle trekking pula..mmg betul2la menguji kesabaran kami..katahanan fizikal n mental & yg sewaktu dgnnya..hehe at first, ingat masuk hutan gitu2 je..rupa2nya..naik bukit..turun bukit..naik lagi,turun lagi...(kalah d.o.e)..huhu..tp best gak masuk utan nih..masuk ramai2..jln x putus2..mcm keretapi pulak.. kt c2,dptla blaja smgt kerjasama ntra housemates.. smua cam beware kslmtn kwn2..last2 kami sampai kt area rumah api kt ats nun, Subhanallah..dpt tgk laut terbentang luas kat depan mata.. pakcik casa rachado yg lead tu pulak duk tunjuk kat depan nun,dia kata nmpk tak daratan nu..nu kat sbrg laut nu..tu la melaka.. dia kata =p
duk rilek2 jap kt sbelah rumah api.. lyn blues sume..(hehe).. then,br kami turun balik ke casa rachado..
lps tu ada la buat games skit2..yg ni mmg best jgk..nmpk smgt kije lam grup..ukhwah menyerlah..hehe..plg syok skali main buah dadu la..bertuah jgk tgn Pn Kat..plus kaki Ala yg pnjg..haha..(jgn mare eh ala..) ..cume satula,kat cni ape yg me dpt blaja, kite jgn riak atau bermegah-megah bila kjyn jadi milik kita..just be humble k.. bersyukur n mg2 Allah tak tarik balik nikmat kjyn yg tlh dikurniakan pd kita..
n others activities?byk lgla..etc..etc..hehe (nak tahu,sila tanye sndri tuan empunya diri yg pegi k..=p)
In conclusion, really enjoyed this housetrip =p.. na na na..great time with u guys!!
to all seniors, specially geng2 kutukayu n mypetbro n all diamonders yg bestt , jdkan rehlah di PD ni sbg kngn yg indah utk kita smua... wlwpun snrs dah nak kuar, hrp2nya,xlupa la kami adik2 kat cni ye..hehe.. ssghnya bertemu tidak jemu..berpisah tidak gelisah..sekiranya kita sandarkan segalanya pd Allah..=p
Maassalamah wa ilalliqa'.
warga diamonders di PD..=p
ni gamba laut yg kami amik dr ats bukit..link pantai Port Dickson ni..
Monday, June 13, 2005
Mencari iDentiti Diri..
BICARA KITA ADALAH BICARA SUCI...TANPA SUARA DAN KATA-KATA...KERANA PENGHUBUNG KITA ADALAH SUARA HATI...BERTEMU BERPISAH KERANA ALLAH..
"Alif for ALLAH, Ba' for BismilLah...."
Tiba2 lagu yang sering dinyanyikan adik2 terngiang2 di gegendang telinga. uhuu..rindu kat adik.. si comel yg dijaga, dikelilingi oleh malaikat.. sbb tula kita rs tenang bila tengok baby & kanak2.. Betapa mudahnya menjadi kanak-kanak. Masih suci daripada nista dunia. Masih belum mengerti hakikat dunia yang penuh pancaroba ini. Masih belum disentuh durjana dosa dan noda. Sucinya bak kain putih. Bebasnya bak helang di udara. Tiada tanggungjawab yang perlu dipikul, tiada dosa yang perlu ditanggung.
Semakin dewasa, dunia dirasakan semakin luas. Semakin mencabar. Kain putih mula dicemari hitam dosa2. Mula meregang menanggung tanggungjawab seorang khalifah. Suci putihnya cuma kenangan silam. Memori semalam. Yang tidak mungkin dapat diputar kembali. Sewaktu kecil saya selalu tanya,ayah, kenapa orang nak juga buat salah walaupun sudah jelas benar salah dalam Islam? Ayah akan cerita...dalam diri manusia ada nafsu. Nafsu kawan syaitan. Nafsu dan syaitan akan bekerjasama membawa anak Adam masuk ke jurang neraka. Sy rindukan bedtime stories mak. Mak akan cerita kisah nabi Adam, kisah kaum Lut, kisah nabi Muhammad, kisah sahabat2 nabi.
......betapa...sudah begitu jauhnya kenangan itu daripadaku...
Kini diri ini sudah memulakan sebuah perjuangan. Perjuangan mencari identiti diri di bumi Allah ini. Identiti diri? Semua manusia mencari identiti diri. Begitulah hakikat manusia di muka bumi. Sepanjang hayat, manusia mencari identiti diri. Dari mana aku datang? Apa tujuan aku berada di sini? Dan ke mana kita akan pergi? Bagi mereka yang beriman, ketiga2 soalan itu mempunyai jawapan yang jelas. Kita berasal dari Allah SWT dan kepadaNya kita akan kembali. Tujuan hidup kita ialah utk mengabdikan diri kepada-Nya serta menjadi khalifah di muka bumi-Nya. 'Sesungguhnya dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang..' Itulah janjiNya kepada hamba2Nya.
Jadi mengapa diri ini tidak tenang? Mengapa sering sahaja terbangun di tengah2 malam merasakan debaran yang maha hebat? Mengapa hati sering diselubungi kesedihan yang tidak diketahui puncanya? Di sebalik tawa ada tangisan. Di sebalik ceria ada mendungnya awan.
Tuhan... aku sering lalai dalam mengingati-Mu. Aku sering leka dihanyut arus dunia. Aku sering diikat nafsu dan syaitan. Membawaku jauh dari rahmat kasih Ilahi.
Kadangkala, ketika tidur, kita akan bermimpi. Mimpi itu kelihatan sungguh hakiki..bagai berada di bumi nyata. Kita tidak mampu mengawal mimpi tersebut. Hidup kita ini...bagaimana kita mengetahui bahawa hidup kita bukanlah mimpi dan suatu hari kita akan dibangunkan dari mimpi itu? Di padang mahsyar semua kita akan dibangunkan dari 'mimpi' yakni kehidupan dunia. Beza mimpi ini dengan mimpi ketika tidur ialah kita mampu mengawal mimpi ini.
Jadi hendaklah kita mengawalnya sebaik2nya sebelum kita akan dibangunkan darinya buat selama2nya.
Dunia mimpi semata2. Harta, kecantikan, pangkat, kedudukan. Mimpi semata-mata. Rupanya diri ini hanya mengejar mimpi. Mimpi yang tidak hakiki. Asyiknya bak terbang di awangan. Terlupa bumi tempat berpijak. Sehinggalah sedar bahawa diri tidak bersayap. Lalu jatuhlah Mat Jenin menjunam ke bumi. Membawa bersama anganan yang tidak ke mana.
Insan. Daripada perkataan Arab yang bermaksud 'lupa'. Begitulah hakikat makhluk Allah SWT bernama manusia. Sering lupa akan perintah-Nya. Sedang di alam roh lagi manusia sudah berikrar akan taat kepada perintah sang Khaliq. Namun ramai yang lupa. Kerana mahu mengejar mimpi yang tidak nyata. Yang tidak kekal lama. Lupa yang membawa padah. Kerana bakal menjunam si hamba ke jurang api neraka. Di mana belas kasih Ilahi tiada lagi utk menyelamatkannya dari siksaan menggila.
Bangunlah dari mimpi...carilah ketenangan hakiki..gelora jiwa bak gunung berapi...mencari identiti diri...di bumi ciptaan Ilahi.
'Alif for ALLAH, ba' for bismilLah...'....bila melihat kanak2 riang menyanyi, rasa sayu pula di hati. Kerana mereka masih terlalu naif utk mengetahui, hakikat dunia yang bakal mereka tempuhi. Betapa jiwa suci itu bakal dicemari, dalam perjuangan mencari identiti diri...
WalLahua'lam...
fi lailateen minal layali
Salam Alaik..
FI LAILATEEN MINAL LAYALI
Slps lagu inayah n memori bersama, kali ni meh kita dgr pula lagu dr tnh arab...hehe..
Emm..mula2 dgr lagu ni kat blog k' balqis..(thanks kak..tumpang sekaki ye..hehe)..
bila first time dgr lagu ni,rs tenang sgt..x dpt nk diungkapkn dgn kata2..although dis song is in arabic, tp sbb ade translation kat bwh nun, mmg dpt hayati dgn baik skali..=p..rs mcm muhasabah diri btul mlm tu..duk sorang2, ditmbh pula dgn ketenangan mlm yg sepi..bg ana, lagu ni sgt memberi kesan kpd jiwa..sampaikan 4,5 kali duk ulang lagu yg sama..kesimpulannya..lagu ni mmg sgt men"syahdu"kan malah dpt menyedarkan kita bhwa kita ni hanyalah insan yg lemah lagi kerdil di sisi Tuhan..hanya kpd Allah lah tempat kita mengadu..
Inilah rintihan seorang hamba kpd Penciptanya dlm mengejar mardhatillah..
Slmt mndengar & silalah hayati liriknya k..=p Mg memberi sejuta keinsafan kpd kita smua..
Di suatu malam dari malam-malamku
Aku tidak tahu apa yang menimpa diriku wahai tuhan
Kegelapan memenuhi diriku wahai Tuhan
Bumi dan Langit dirasakan sempit
Dan hatiku tidak menjumpai cahaya
Dan air mataku sentiasa mengalir wahai Tuhanku
Aku ingkar dan dosa-dosa besar
Dan sesungguhnya aku dalam kesedihan yang amat
Dibelenggu oleh dosa-dosa, wahai Tuhan
Dan adakah layak keampunan buat orang yang berdosa?
Orang yang sentiasa dalam noda, Wahai Tuhan
Engkau yang menjadikanku
Mengasihiku dan mengurniakanku rezeki Wahai Tuhan,
Engkau selalu bersama-samaku
Tetapi aku jauh daripadaMu
Dan aku berjalan pada jalanku Ya Allah
Dan pada hari ini wahai Tuhan, aku kembali
Daripada kegelapan di belakang batasan-batasan agama
Dan hatiku kecewa dan jalanku bingung
Dan aku telah tenggelam tetapi aku tidak menyedari
Tiada penyelamat bagiku melainkan Engkau
Tiada penyelamat dan tiada penyelamat melainkan Engkau
Wahai Tuhanku.. Wahai Tuhanku...
Bantulah daku dalam menggapai keampunan-Mu Ya Allah..
Friday, June 10, 2005
CanTik? atau tiDak cAntik?
Salam alaik..
Hmm..cantik atau tidak cantik?
..ecece..tajuk cam ape je..ngeh ngeh...skdr peringatan kpd shbt2 & diri ana sndri..hrp2nye,kita sm2 akn dpt muhasabah diri,stakat mn dah kita ni bersyukur dgn kurniaan Tuhan sbenarnya..
Hmm..biasanya, manusia akan sedih bila rasa dirinya kurang dari yang lain..
Contohnyela kan, rasa kurang cantik, kurang rupa paras..
cuba kita fikir sekejap..kenapa kita perlu sedih atau bangga dengan kecantikan?
sebab memang semua manusia nak cantik, tapi TUHAN yang bagi rupa paras.
Semua manusia itu cantik dan unik,
tapi manusia yang mengkelaskan siapa yang cantik dan siapa yang kurang cantik.
kalau orang itu cacat, sebenarnya dia cantik.. kalau orang itu gelap, sebenarnya dia cantik.. kalau orang itu hidung tak mancung, sebenarnya dia cantik..
tapi, sebab kita selalu fikir, yang cantik itu, mesti kurus, tinggi, putih,tak de jerawat,hidung mancung jadi kita mengkelaskan yang itu cantik, yang itu tak cantik.. itu tak benar, sahabat2,kita tertipu, sebab semua memang cantik.
kalau kita rasa orang itu tak cantik, atau diri kita tak cantik, kita akan menyalahkan TUHAN sebab TUHAN yang bagi rupa paras. oleh sebab itu, patutkah pujian kecantikan diberikan pada manusia? "awak cantiklah.."
padahal, yang jadikan dia cantik ialah ALLAH..
jadi, pujian itu milik ALLAH, bukan milik manusia..
jadi, janganlah sedih kalau rasa tak cantik.. sahabat2 silap, sebab semua manusia cantik.. gembiralah.. jadikan kita insan yang paling cantik disisi Tuhan..Ssghnya kecantikan dalaman & rohaniah itu yg akn memancarkan sinar bahagia di wajah kita..
Allah itu CanTik,dan SukA yg CAnTik..jadi percantikkanlah diri dr segenap segi..mg kita menjadi hamba yg dikasihiNya..
Kesimpulannye, bersyukurlah dengan apa yg ada.. x perlu nak mengubah kejadian Allah yg serba indah ni..Jangan sampai Tuhan menarik balik segala nikmat yg telah dikurniakan kpd kita tanpa kita sedari..
wanau'zubillahiminzalik..
rayuan nurani
Di antara kudrat Tuhan
Dia mencipta manusia
Sebagai khalifah mentadbir bumi ini
Juga sebagai hamba nan berbakti dan berbudi
Ingatlah Tuhan yang Maha Kuasa
Ombak yang menderu dedaun berterbangan
Terkadang mengkhayalkan diriku
Terlupa aku pada pencipta yang Esa
Yang sentiasa melihat diriku
Di mana... Di mana berada
Di mana... Oh di manakah diriku
Adakah di jalan lurus atau dijalan yang berliku
Oh Tuhan tunjukkan ku jalan kebenaran
Ku tahu jalan bahagia
Penuh onak jua cabaran
Oh Tuhan beri kekuatan pada ku
Demi mendapat keredhaan dari Mu
Sanggup ku tempuhi ranjau yang penuh berliku
Dengan rahmat Mu ya Tuhan
Selamatkanlah diriku
Dari seksaan api neraka Mu
~Rayuan Nurani Saff One~
ahyana_solehah
2.45 am
Wednesday, June 08, 2005
jihad
JIHAD
Assalamualaikumwbt..
hmm..tiba2 hari ni tergerak nak cite psl jihad..sbb ape..sbb smlm,tlh pi chalet sorang kwn ni utk "menengok" cd yg dia pnjm dr ustazah..critanya berkaitan kisah jihad & syahidnya kanak2 kat palestin n ngra2 arab yg lain..(kisah benar ni)
huhu..tak tahu nak crita cmmn..ble tgk cd tu,mcm2 prsn adela..tak kurang jugak yg sampai duk kesat2 air mata..paling sdih skali bab dia tunjuk part2 mujahid2 muda ni (umuq depa around 7-18 thn)sggup kluar berjuang',n ada yg syahid..menangis ibunya,krn tlh kehilangan sebutir permata,mengalir air mata ayah,krn tlh kehilangan seorang mujahid muda..namun yg pastinya,mereka ttp redha kerana Syahid menjadi milik buah hati mereka..MasyaAllah,itulah cita2 kita sbg umat islam dlm perjuangn di dunia ini..syahid di jalan Allah. Mereka rela mati krn mati mereka adalah SYahId di sisi Allah..mereka masih mampu tersenyum krn inilah jihad yg mereka lakukn utk Islam..Ajal menanti,Syahid melambai..Allahuakbar!!
bayangkan insan yang bertubuh2 kecil ni sanggup keluar brjihad..tak hirau dah yahudi tu bdn besar ka,kecik ka..dlm kepala mereka mgkn smgt inilah yg menjadi pembakar jiwa.."Mari mujahidin semua.Syurga sdg menanti kita.Allah itu SATu.keRana itulah Kita LAWAN mereka." (ambik kata2 faisal tehrani lam novel jihad 1511H Kombat..=p) ya itu diaa..Allah tak tengok pada hasil nya,tapi Allah tgk pd usaha hamba-hambaNya..
mereka pi serang tank dgn melempar batu2, siap pi dekat2 lagi,tanpa rs gentar sdikit punn..malah smangat sgt kentall demi IslaM..tu baru tgk,bkn btul2 ada kat dpn mata..bayangkan klau kita yg ada kat sn..huhu..mmg nmpk la smgt org2 islam kt sn bjuang menentang musuh2 islam Yahudi & tentera zionis yg kejamm bangatt!!!!(ms tgk ni kita yg tgk pun rs nak tampar2 je..tapi,nak wat cmna,nasib lantai jerla jadik mangse..) namun,kite kat mesia ni x merasai smua itu..baru trase yg kita ni sgt lemah jika nak dibndingkan dgn saudara2 kita yg sdg berjuang di sn..bersyukurlah kita..sbb tu kita takleh lupa,kita juga mujahid mujhahidah islam..cuma jalan perjuangn kita je yang lain..mgkn tidak sama dgn saudara2 kita di palestin,d ngra2 lain..mereka berjuang di medan perang..kitA pula berjuang di medan apa?ya..masih byk sudut yg kita turut sm blh b'jihad..namun,Apakah kita sudah berjuang untuk Islam?..tepuk dada tanyalah iman..
jihad itu bukan satu..bukan sekadar di medan perang mempertahankan ancaman musuh.. jihad melawan hawa nafsu..jihad dlm menuntut ilmu..d mcm2 lagi..niatkan lah semuanya krn Allah..krn Islam..utk membantu saudara2 kita kelak..Sbg org Islam, kita dituntut menCiNtai Jihad.Menyukai Jihad dan sentiasa menginginkan jihad. Sahabatku,jihad tidak mengenal rehat..ambik kata2 faisal tehrani "tindak harus cepat, gegas harus tangkas..andai kita ketinggalan, musuh akan merosakkan.." Jemaah kita, syahadah kita sdg digugat oleh org2 kafir. Sbg org mukmin,kita takde pilihan selain menentang mereka ini.
Firman Allah :
"HAi orang2 kafir! Aku tidak sembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukKu lah agamaku."
-Surah Al-Kafirun(1-5)-
"Ya Allah, Engakulah pelindung kami.jika kami syahid, redhalah kami dengan penghujung yang suci ini..Aamiin.."
kepada para syuhada' dan mujahid mujahidah kita..
brsabarlah saudara seislamku, Tuhan akan bayarmu dengan harga yang tinggi..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
bacaan tmbhn...
Dipetik dari: Mempertajamkan Mata Hati
Oleh Ibnu Athoillah Assukandari
Kata "mujahadah" berasal dari kata "al-jihad" iaitu mengeluarkan segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diyakini oleh manusia bahawa jalan itulah yang hak dan benar. Namun demikian, kata al-jihad itu telah sering dipakai dalam erti perang sabil, memerangi musuh-musuh, dan membela diri dari serangan dan gangguan mereka.
Seorang ahli bahasa yang terkenal, Ibnul Atsir menerangkan bahawa al-jihad adalah memerangi orang kafir dengan sungguh-sungguh menghabiskan daya dan tenaga dalam menghadapi mereka, baik dengan perkataan atau perbuatan.
Sebagaimana mafhum firman Allah
"Berjihadlah dijalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka"(Surah At-Taubah: 20)
Kata jihad boleh juga diertikan dengan perjuangan dalam mencari rezeki yang halal; berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:
"Mencari (rezeki) yang halal itu adalah jihad".
(Hadith riwayat Abu Nuaim dari Ibnu Umar)
Namun dalam dunia tasauf, kata jihad diertikan dengan memerangi hawa nafsu. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. bahawa memerangi hawa nafsu itu lebih berat dan lebih besar daripada memerangi orang-orang kafir. Bahkan Rasulullah s.a.w. setelah kembali dari satu peperangan besar bersabda kepada sahabat-sahabatnya:
"Kita ini kembali dari peperangan yang paling kecil, menuju peperangan yang lebih besar"Setelah Rasulullah s.a.w. ditanya sahabat, beliau menjawab bahawa peperangan yang lebih besar itu ialah memerangi hawa nafsu.
Dalam hadith yang lain pula, Rasulullah s.a.w menggambarkan bagaimana besarnya bahaya hawa nafsu:
"Bukanlah orang yang gagah berani itu lantaran dia cepat melompati musuhnya didalam pertempuran, tetapi orang yang berani ialah orang yang boleh menahan dirinya dari kemarahan".(Hadith riwayat Abu Daud)
Imam Qusayiri menerangkan bahawa mujahid ialah mereka yang berusaha membebaskan diri dari kekangan hawa nafsu yang menjadi sifat manusia, dan berusaha mengendalikan diri serta tidak memperturutkan kehendaknya dalam kebanyakan waktunya. Imam Ghazali menerangkan erti mujahadah iaitu pengerahan kesungguhan dalam menyingkirkan nafsu dan syahwat atau menghapuskannya sama sekali.
Menurut Prof. Dr. Hamka bahawa perjuangan melawan hawa nafsu, manusia terbahagi kepada tiga bahagian.
1. Kalah sama sekali dengan ajakan hawa nafsu, sehingga dirinya ditahan dan diperbudak oleh hawa nafsunya sendiri, bahkan hawa nafsunya itu dijadikan tuhannya. Sebagaimana mafhum firman Allah, "Apakah yang engkau lihat (Muhammad) orang yang mengikuti hawa nafsunya menjadi tuhannya?".
2. Peperangan antara keduanya berganti-ganti, terkadang kalah dan menang, jatuh dan tegak. Orang yang begini yang patut disebut MUJAHID. Kalau dia mati dalam keadaan menang, matinya mati syahid. Kerana memerangi hawa nafsu itu lebih berat daripada melawan musuh yang kelihatan.
3. Orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya, sehingga ia dapat menguasai hawa nafsunya, bukannya dikuasai oleh hawa nafsu. Malah tidak diperbudakkan oleh hawa nafsunya. Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak seorangpun di antara kita yang tidak bersyaitan, saya sendiri pun juga bersyaitan. Tetapi sesungguhnya Allah telah menolong saya menghadapi syaitan saya, sehingga syaitan itu dapat saya kalahkan". (Hadith riwayat Ibnu Jauzi dan Ibnu Abdurrahman Salmi).
Umar bin Khatab juga mendapat darjat yang ke-3 ini kerana Rasulullah s.a.w pernah berkata kepada Umar, "Demi tuhan yang menguasai diriku di dalam tangan Nya, tidaklah engkau bertemu dengan syaitan pada satu jalan, melainkan syaitan itu menyingkir kepada jalan lain yang tidak engkau lalui". (Hadith riwayat Muslin dan Saad bin Abi Waqash).
Darjat yang ke-3 ini adalah darjat nabi dan wali. Ada pun yang disebut wali di sini ialah Waliur Rahman, yang disebut Allah dalam Al-Quran yang telah taqarrub kepada Allah dengan amal ibadahnya, bukan wali menurut sesetengah umat yang telah diperjual belikan oleh ulama-ulama yang mengubah-ubah pelajaran agama. Memerangi hawa nafsu adalah suatu perjuangan yang benar-benar berat, maka kalau manusia kurang berhati-hati tentu akan tergelincir dan kalah. Sehingga akan diperbudakkan oleh hawa nafsunya sendiri..
Wallahualam..
Monday, June 06, 2005
Oh Tuhan yang Esa
Selamatkan kehidupan kami
Moga diperkenan segala permintaan
Rahmat kasih sayang-Mu
Moga diperkenankan segala permintaan
Our UsWaTun HaSANaH..
Selepas membaca artikel di bawah ini, timbul rasa malu dan segan yg amat
sangat di hati kerana jika dibandingkan akhlak, iman dan amal kita dengan
Rasulullah saw, teramatlah berbeza bagaikan langit dengan bumi. Namun baginda tak
pernah bongkak ataupun riak. Tak macam perangai manusia zaman sekarang, baru
merasa sedikit kesenangan dunia, sudah berani mendabik dada. Nauzubillah minzalik..
Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan dan ketetapan hati utk menjadi insan yang lebih berguna. Amin ..
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu
menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga
mahupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan
yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing
lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu
membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat
ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu.
Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak
ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada
sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina
'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') 'Aisyah menjawab dengan agak serba
salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika
begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya.
Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab
dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia
tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi
s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu?" Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang
paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.
Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,
pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh
baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak
tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai
bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung
penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya
Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar." "Ya Rasulullah... mengapa
setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan
di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu
kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi
halus setiap kali pergeraknya tubuh baginda. "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan
menyatakan lapar dan tidak punya makanan,kami tidak akan mendapatkannya!
buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan
ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada
yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang
penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.
Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi
di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita...
Adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang
kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah
cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah?
Apakah yang menjadi rahsia
kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikanmereka yang hampir
dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi
baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan
dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita.
Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya,
mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap
ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak
sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung
tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.
Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk
baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah
bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang
tinggi. Bila ditanya,oleh Sayidatina 'Aisyah,
"Ya Rasulullah, bukankah engkau
telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda
dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya
aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."
> > > > "He encompasses all things in knowledge." (At-Talaq : 12)
Rindu padamu ya Habiballah..
Sunday, June 05, 2005
tazkirah..
UntukMu Ibu..
"Sesungguhnya SyuRga di bwh tapak kaki ibu.."
Ma,uhibbukifillah..
Lagu Untuk Ibu
Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah
Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Kealam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini
Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa
Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya
Wanita solehah..
SeIndah HiaSaN adaLaH waNita SoLeHah..
Ermm..Maybe artikel ni dah ramai yg pnah baca..tp takpe,skdr utk bacaan bersama..kpd wanita2 diluar sn,ketahuilah bahawa Allah tidak menjadikan kita dengan sia-sia..malah penuh dgn keistimewaan yang mungkin kaum adam tidak bertuah untuk memilikinya..jadi,bersyukurlah krn kita dijadikan sbg wanita..Sesungguhnya seindah2 perhiasan adalah wanita solehah..mg gelaran "wanita solehah" itu menjadi milik kita smua..InsyaAllah..=)
Wanita : Akal Senipis Rambutnya
Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...
Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah
".. everything that God made valuable in the world is covered and hard to get to. Where do you find diamonds?
Deep down in the ground, covered and protected.
Where do you find pearls?
Deep down at the bottom of the ocean,
covered up and protected in a beautiful shell.
Where do you find gold?
Way down in the mine, covered over with layers and layers of rock.
You've got to work hard to get to them."
Wahai MusLimah,
"Your body is sacred.
You're far more precious than diamonds and pearls,
and you should be covered too."