
klik untuk paparan lebih besar
Pemuda ini memang berjiwa besar.
Beliau merupakan antara rakan seperjuangan saya ketika menuntut A-level di Kyuem dahulu.
Setelah menyambung pelajaran ke Uk dalam bidang perubatan, beliau telah membuat keputusan besar dalam hidupnya untuk mengubah haluan, yang saya kira agak tepat untuk dirinya dan saya yakin ini semua pastinya adalah suluhan dari Allah untuknya.
Beliau akhirnya kembali ke Malaysia dengan membawa misi dan visi yang semakin jelas .
Misi untuk terus Memaknakan erti hidup pada memberi. Visi untuk terus menjadi Manusia yang hebat dan berjaya.
Dan hari ini dia telah membuktikan yang keputusannya selama ini tidak salah.
Beliau bangkit bersama orang-orang di sekelilingnya untuk terus maju membawa Islam dalam diri dan umat dengan caranya tersendiri. Dan alhamdulillah, apa yang dilakukannya kini bersama sahabat2 banyak membawa manfaat, bukan sekadar kepada diri beliau sendiri, keluarga, tetapi juga kepada ummah. Bersama 4 orang lagi sahabat beliau meneruskan perjuangan untuk terus membangunkan iluvislam.com, atau sebuah laman web islamik yang semakin dikunjungi ramai ini.
Saya bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada saya mengenali mereka2 ini, Sahabat2lah yang banyak memberi pengalaman terbaik buat saya setelah keluarga, agar saya juga terus bersama mereka untuk meletakkan cita2 setinggi awan, tidak hanya menjadi yang biasa-biasa, tetapi untuk menjadi mereka yang "Hebat".
Im ketika ditemuramah di TV 9 kelmarin bersama seorang lagi usahawan muda berjaya
Terharu membaca coretan pengerusi iluvislam ini di entry terbarunya di iluvislam.com. klik
Im telah berjaya membuatkan ibu ayahnya menangis kerana kejayaannya.
Saya terfikir pula bagaimanakah saya?...
Adakah saya telah berjaya memberi hadiah yang terbaik buat kedua ibu bapa saya..
Adakah saya telah berjaya membuat sesuatu untuk Islam...
Adakah saya telah menjadi hambaNya yang hebat pada pandanganNya...
kerapkali kata2 Ustaz Hasrizal di blognya direnungi..buat jadi semangat buat diri.
"kalau kamu nak jadi doktor, dan perjalanan kamu menjadi doktor itu lancar tanpa cabaran, kamu hanya akan jadi doktor biasa. Kalau kamu nak jadi ahli perniagaan dan perjalanan kamu untuk mencapai cita-cita itu smooth tanpa halangan, kamu hanya akan menjadi ahli perniagaan yang biasa-biasa sahaja. Tetapi kesabaran kamu menempuh dunia yang realitinya seperti ini, akan menjadikan kamu seorang yang lebih sabar dan bersyukur satu hari nanti”.
Semoga dirimu juga akan menjadi manusia yang hebat dan bercita2 tinggi hasil dari tarbiyah hebat Allah sepanjang usiamu.
Semoga pilihan saya untuk meneruskan perjuangan dalam bidang ini juga terus diredhai Allah taala, lahir sebagai doktor yang ada 'added value' dalam setiap yang dilakukannya.
Amin... Doakan saya, insyaallah......
Bersama Im dan sahabat2 team krew iluvislam.com
Tahniah Im dan sahabat2 seperjuangan di iluvislam.com. Moga terus maju membawa iluvislam.com dan tercapai hadaf yang ingin dicapai. Perjuangan ini masih belum selesai selagi hayat masih dikandung badan.
Teruslah bergerak at our best ability. Ayuh kita sama2 mengejar kebaikan, Fastabiqul khairat di sisi Tuhan, terus menambah ilmu dan bekalan yang terbaik buat diri menuai di akhirat kelak.
Semoga terus istiqamah dalam ikhlas, tidak lupa apabila berada di atas, terus kuat dalam langkah, kerana hakikatnya medan dakwah dan kejayaan ini bukan mudah, pasti punya mehnah dalam mendamba kejayaan hakiki dari sisiNya...
Insyaallah. Moga terus kuat mengejar yang terbaik kerana Allah.
ALL PRAISES TO ALLAH..
link : www.iluvislam.com
-iluvislam di tv9
-kisah im di sinar harian
Saturday, April 17, 2010
Bercita2lah untuk menjadi Manusia yang Hebat...
Thursday, April 15, 2010
Inspirasi buat diriku dan dirimu..Teman..
~
Sesuatu yang diimpikan,
Tak selalu jadi kenyataan.
Tetapi apa yang tak terduga sering berlaku tiba
Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam
Tapi usah kita ketawa memanjang kerana
kemenangan yang belum pasti untuk selamanya
Tiada abid yang ma'sum tanpa dosa,
Apalagi bila berjiwa muda
Namun kegagalan bukanlah mengajar erti kekalahan
Tetapi mengingatkan tentang kemenangan yang tertunda
Mungkin hari ini kita kuat & selesa
Tapi x mustahil esok kita pula rebah tak berdaya
Kuatkan hati wahai pejuang Allah!
Wednesday, April 14, 2010
Jaulah sahabat2 ke bumi Anbiya'...
Alhamdulillah, 10 April yang lepas diizinkan Allah untuk bertemu lagi dengan sahabat2 yang sudah lama tidak ketemu. Dari malaysia ke Bumi mesir, dari India ke Istanbul, akhirnya kami semua dipertemukan kembali di Ardhul Kinanah. Syukran buat sahabat2 seperjuangan di IMS, India- Khairunnisa', Husna, Syamimi dan Fadhliah atas kunjungan yang amat bermakna sekembali dari turki, dimana mereka ditakdirkan Allah untuk transit dalam 8 jam di kaherah sebelum kembali ke Mumbai. Walaupun sebentar cuma, pastinya persinggahan ini meninggalkan bibit-bibit kenangan yang indah buat kita semua..
wa hesytinie awiy! [very2 miss u]..
ahlan wasahlan wamarhaban bikum..
singgah solat di Masjid Fatah..Ramsis
pakcikrestoran yang sangat banyak bertanya itu dan ini pada kami.
terer jugak bdk2 india ni speaking arab =) siap keluar turkish lagik..mentang2 baru balik dr turki...smua smgt nak cakap arab. [syg skali arab sni ammiyah, maka yg kluarnya fushah =;)
dicelah kekejaran waktu,
alhamdulillah, dpt jugak merasa makanan mesir!
-sywarma ayam dan daging yang sedap-

wlwpun tidak sempat ke husin @ masjid azhar,
cukuplah sg Nil menjadi saksi indahnya Ukhuwwah apabila bertemu berpisah kerana Allah..
Bakal merindui kalian...
terima kasih semua.
mdhn dgn izinNya bertemu lagi.
andai tidak di bumi Tuhan, mdhn2 di SyurgaNya nanti......
insyaAllah..=)
....
Salam sayang penuh rindu,
Ahyana
Mesir
p/s: terima kasih juga buat Fiza dan Huda yang menemani saya ke Cairo, juga Dr2 yang baik hati menjadi musyrif kami sepanjang perjalanan.. =j Moga pengorbanan kalian dalam meraikan tetamu diberkati Allah. Seeru ala barakatillah
Thursday, April 08, 2010
Monday, April 05, 2010
Permata hati Adam
Alhamdulillah, akhirnya Muhammad Adam Syauki selamat dicukurkan...
Wajah 'bahagia' seorang ibu...
Seronok Adam jadi cucu pertama dirasmikan cukur oleh tangan tok abah sendiri....
Bercukur merupakan salah satu dari sunnah yang dilakukan Nabi.
Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Tirmudzi)
Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.
Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik.
Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain.
Antara hikmah bercukur rambut yang ada saya ambil dari beberapa sumber adalah :
Hikmah kesihatan.
Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.
Hikmah kemasyarakatan.
Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata :
Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak”.
Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud
Adam selepas dicukurkan..
Macam baru balik buat Haji dah Adam... =)
Ha...Maryam pun sayang baby...
Sekarang Adam dah semakin berisi. 3.49 kilo.
Moga terus sihat dan membesar jadi anak yang soleh wa musleh insyaallah!
Sayang Adam...
Friday, March 19, 2010
Al-Quran biarlah dihati...
Monday, March 15, 2010
Secebis tazkirah, Penguat thaqafah
Alhamdulillah..
baru pulang dari kuliah mingguan Madrasah Imam Syafie bersama ustaz Salman Maskuri dan sahabat2 medik yang lain..
Seperti biasa Kitab yg di ajar adalah Fatawa Al-Marah oleh Syeikh Sya'rawi dan Fatawa Tibiah Muasirah (Fatwa perubatan semasa) oleh Dr Abdur Rahman yang diadakan pada setiap isnin malam selasa selepas isya, khususnya untuk kami akhawat2 medik di zaqaziq. Banyak yang didiskusikan bersama ustaz, terutamanya tentang hal2 berkaitan fiqah wanita dan perubatan yang penting untuk di hadam,difahami dan disematkan dihati agar ilmu tu terus terpateri dan diterjemahkan dalam amalan.. dan semoga dapat diaplikasikan hatta dalam dunia perubatan kelak insyaallah. Syukran ustaz :)
Tadi ustaz ada sharing satu cerita yang sangat menyentuh hati. Cerita yang mana turut diceritakan di blognya. Jadi disini saya kongsikan kembali cerita berkenaan, supaya turut menjadi pencahayaan buat semua memuhasabah diri.
dipetik semula dari laman blog ustaz : http://akhisalman.blogspot.com
pernah dengar tentang cerita Sheikh Ahmad Yasin?
SYEIKH AHMAD YASIN : KAMI MENUJU KE ARAH SYAHADAH
(MATI DI JALAN ALLAH)
Anaknya Muhammad telah menceritakan bahawa tiga jam sebelum serangan ke atas beliau, beliau telah memaklumkan kepadanya terdapat pesawat peninjau kepunyaan Israel di udara. Namun bapanya membalas:
“Kami menuju kepada syahadah , kami berasal dari Allah dan akan kembali pada Allah.”
Beliau adalah pengasas kepada gerakan HAMAS di palestin. Ketika beliau hendak menunaikan solat subuh berjemaah di masjid (beliau yang buta dan lumpuh) , pihak tentera Israel telah membunuhnya melalui serangan udara. Ini berlaku pada bulan safar tahun 1425 hijrah.
Antara Ulasan ustaz: " syeikh yang sudah tua, buta dan lumpuh namun bersemangat untuk solat subuh berjemaah di masjid. Namun mahasiswa2 islam hanya sedikit sahaja yg mampu ke masjid dan memenuhi saf hadapan. sebab apa? sebab pemuda2 sekarang sudah tua imannya, buta hatinya dan lumpuh amalannya..."...
='(
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mungkin kita selalu dengar perumpamaan yang mengumpamakan guru seumpama lilin. Lilin membakarkan dirinya untuk menerangi orang yang disekitarnya. Ia disamakan guru yang mengorbankan dirinya demi kepentingan orang lain. Namun Islam menyanggah perkara ini sekiranya ia bermaksud menyampaikan ilmu kepada orang lain tetapi melupakan diri sendiri untuk beramal. Nabi saw bersabda:
"Perumpamaan orang yang mengajar kebaikan kepada manusia lain dan melupakan dirinya untuk diamalkan seumpama pelita yang menerangi manusia lain dan membakar dirinya sendiri."
Hadis ini diriwayat oleh Imam at-Thabrani dalam Mu'jam Kabir. Imam Manawi menghukum hadis ini sebagai HADIS HASAN. Imam Haithami mengatakan para perawinya adalah thiqah.
KEADAAN PELITA DAN LILIN ADALAH SAMA
MEREKA YANG TERMASUK DALAM PELITA YANG MEMBAKAR
1) Penceramah yang melupakan dirinya.
Tidak ada siapa yang mampu untuk beramal dengan semua apa yang disampaikan. Namun bagi penceramah yang hanya hendak menambahkan ilmunya dan mengajak manusia kepada kebaikan tetapi tidak sama-sama mahu memperbaiki dirinya sendiri maka inilah yang dicela dalam Islam. Nabi saw bersabda:
" Sesungguhnya perkara yang amat aku takuti berlaku kepada kamu selepas kewafatanku adalah orang munafik yang pandai bercakap (tapi tidak mengamalkannya)." (Hr Thabrani, Bazzar dan Ahmad - SAHIH)
2) Penulis yang melupakan dirinya
Hari ini telah timbul penulis-penulis bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kewujudan-kewujudan blog dakwah dan yang Islamik semakin banyak. Namun gejala sosial semakin berleluasa. Ini menunjukkan keberkesanan yang kurang akibat islam hanya ada pada blog tetapi tidak ada pada amalan seharian. Kalau kita lihat dalam blog seolah blogger tadi seorang yang hebat dari segi ilmu dan amalannya. Namun realiti yang terjadi hubungan manusia dengan tuhannya amat lemah. Mereka menyuruh dan menggalakkan orang lain berbuat baik tetapi mereka sendiri tidak melakukannya. Islam hanya pada tulisan dan bukannya pada hati dan anggota. Nabi saw bersabda:
" Didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat lalu dicampakkan kedalam neraka. Usus-ususnya keluar dan berputar-putar seperti mana keldai berputar dalam tempat pengisar. Para penghuni neraka berkumpul mengerumuninya dan bertanya "Bukankah engkau menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran?" Dia menjawab " Aku menyuruh kebaikan serta tidak melakukannya dan mencegah kemungkaran serta tidak meninggalkannya."
Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.
3) Penganjur program kebaikan yang melupakan dirinya
Menganjurkan program kebaikan adalah suatu perkara yang amat baik. Semua prgram tersebut adalah semuanya bertujuan untuk mengembalikan manusia kepada Allah dan mendekatkan diri kepada ilahi. Namun yang kita lihat orang-orang yang sibuk prgram ,tetapi dalam masa sama kurang hubungan mereka dengan tuhan. Balik lewat malam dan tahajudnya tiada dan subuh lewat di rumah. Hanya bersungguh memprgramkan orang lain tetapi lupa untuk memprgramkan diri bersama tuhan. Saidina Umar ra berkata:
" Kalau aku tidur waktu malam aku meyia2kan hak Allah dan kalau aku tidur waktu siang aku akan menyia-nyiakah hak rakyat."
KESIMPULAN
Marilah kita menyampaikan ilmu dan mengamalkan ilmu sedaya mungkin. Menyembunyikan ilmu dilarang oleh Islam. Nabi saw bersabda:
" Sesiapa yang menyembunyikan ilmunya , Allah akan mengekang dirinya dengan kekangan dari neraka pada hari kiamat. " (Hr Ibnu Hibban dan Hakim - sahih)
Menyampaikan ilmu dengan berceramah, menulis atau menganjurkan prgram sahaja tanpa ada usha untuk beramal dan memperbaiki diri adalah dilarang dalam Islam. Nabi saw bersabda:
" Pada malam isra' aku telah lalu pada sekumpulan manusia yang dipotong lidahnya dengan gunting-gunting dari neraka. Aku bertanya "Siapakah mereka wahai jibril?" Jibril menjawab " Mereka adalah penceramah-penceramah dikalangan ummatmu yang berkata apa yang mereka tidak lakukan."
Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.
Rujukan: Muntaqa at-Targhib Wat-Tarhib oleh Dr Yusuf al-Qardawi.
sumber :
Ust Salman Maskuri
http://akhisalman.blogspot.com
Friday, March 12, 2010
Rindu Buah tangan dari Abu Saif..



smg berjaya memilikinya balik malaysia nanti insyaallah...
=)
www.saifulislam.com
Sunday, February 28, 2010
Apabila Doktor ber'sastera'.....
Hadiah untuk bakal2 doktor...

Jika di Malaysia dulu, diri tidak lepas berulang-ulang kali membaca novel motivasi : Pemilik Cintaku Setelah Allah dan rasul, hasil nukilan Fatimah Syarha, dan daripada novel tu diri dah cukup kagum dengan yang dikisahkan 'suami Qanaah ataupun Dr Muslih.. Begitu juga buku2 hebatnya yang lain seperti "Seindah mawar Berduri: dan Syabab Musafir Kasih..
Alhamdulillah kini khabarnya telah keluar buku terbaru. Tapi sedikit specialnya kerana kali ini bukan buku dari fatimah Syarha tapi hasil tulisan suaminya sendiri, Dr Farhan Hadi. malah berkait dengan dunia perubatan..=)
Baru seminggu di Pasaran.
Sebuah novel baru yang mengisahkan suka duka kehidupan houseman di Malaysia yang digarap oleh seorg bekas HO our batch (HO 2007). Novel ini sarat dengan ilmu dan kisah2 yg sangat menarik dan realistik berbeza dengan apa yg dipertontonkan di TV mengenai kehidupan seorang doktor. Terbitan Telaga Biru, Februari 2010. (Komen Dr Adam-MO,USM grad)
Nak tahu lebih lanjut cerita 'Dr Muslih'?..
Silalah dapatkannya....
p/s: ada siapa2 yang baik hati boleh tolong poskan ke mesir?.....
Friday, February 26, 2010
Lahirnya Mujahid 12 Rabiulawwal..
Itu sedikit kisah permulaan 12 Rabiulawwal tahun ni. Kisah dari Zaqaziq.
Saban tahun Ia merupakan tarikh yang cukup dekat dihati umat islam. Pada tarikh inilah dikatakan Junjungan Besar Nabi Muhammad Saw dilahirkan.. Syukur alhamdulillah, kami disini tiada sampai membuat perarakan. Cuma alhamdulillah malam tadi cukup dengan sedikit inzar dan usaha dari dpmz, menjemput penceramah khas dari cairo, tidak lain dan tidak bukan Ustaz Tibyan kami, Ustaz Azrul untuk sedikit perkongsian tentang maulidurrasul beserta perasmian Dewan Darul Wehdah kami yang mengumpulkan pelajar2 zaqsiq dirasat dan perubatan untuk sebuah majlis ilmu menadah kitab, yang dinamakan Madrasah Imam Syafie. Seronok dapat belajar Fiqh perubatan dari Ust Salman Maskuri dan yang lainnya.
Lebih seronok dapat mengingati kembali kisah2 perjuangan Nabi dan seluruhnya...
Berbalik kepada Tajuk Utama..
Penulis sebenarnya sedang gembira dan terharu.
Hari ni juga alhamdulillah lahirnya seorang permata hati dari Malaysia.
Bukan calang2 baby,
tapi beliaulah Anak saudara yang 'pertama' dalam hidup ini dan cucu pertama dalam keluarga.. =)
Alhamdulillahirabbil A'lamin....
setelah wahnan a'la wahnin...kakak akhirnya selamat melahirkan bayi sulungnya pada petang Jumaat ini, bersamaan dengan Maulidurrasul...
Alhamdulillah...bertambah Umat Nabi Muhammad...
Ahlan wasahlan cahaya hati Cik Ah... x sedar air mata menitis. dapat dengar berita dari jauh je. x dapat peluk dan dukung baby...
Tahniah Abah, Abah dah dapat cucu =) Mesti abah dan semua ahli keluarga sedang gembira dapat tengok baby kat rumah. Cepat2 kirim gambar Ok...
x dapat gambar anak sdara sendiri..gambar anak sdara sahabat pun jadilah...:'....
Mesej dekat kak n abg ipar, cadangkan nama "Muhammad Sabhi Wajdi"- pejuang kesayanganku..) He...comel kan.... ada gabungan Nama Nabi Muhammad. dan seterusnya melambangkan matlamat... (eh eh... mcm anak sendiri pulak..mak saudara pula terlebih excited..). ^_^ hajar bangun2 tidur je terus bgtau nama ni. mana x excitednya....
(tapi rasanya dpa dah bincang nak letak 'Adam Syauki'... ye ke ejaannya macam ni abah?)
Xpolah gapo2 pun asal yang baik dan terbaik..... =)
Apapun doa cik Ah, moga baby sihat2 slalu, jadi anak soleh untuk mak dan ayah k...
Bertuah lahir sama tarikh dengan Nabi lahir... Awal sbulan pulak tu... Hebat Perancangan Allah.....
Moga ahklakmu seindah peribadi Rasulullah, dan menjadi cahaya yang penyambung usaha perjuangan Nabi kita yang tercinta ini... Insyaallah.
Teruslah membesar dalam iman dan cinta kpd Allah dan Rasul-Nya..
Salam sayang,
Cik Ah yang sangat rindu nak tengok baby.
AHLAN WASAHLAN MUJAHID 12 RABIULAWWAL~
p/s: Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad Saw....
Kerana perjuanganmu kami beroleh cahaya Islam... Kerana perjuanganmu kami dapat bersama dalam satu keluarga kini dalam satu akidah... Terima kasih Ya Rasulullah.... Terlalu besar jasamu... Terlalu agung pengorbananmu... Lahirmu membawa cahaya menerangi alam... Moga kami bisa mengikut jejak langkahmu dan memperoleh syafaat darimu di hari pembalasan....
Saturday, February 13, 2010
Rehlah Sinai Akhawat Zaqaziq (Day 2)
Alhamdulillah.. Ba’da Subuh.semua telah bersiap2.
Walaupun diuji dengan masalah air pada paginya, dan pada malamnya pula tersangatlah sejuk,namun masing2 tetap bersemangat untuk meneruskan kembara seterusnya. Maka tibalah masanya untuk bertolak ke tempat kemuncak dari jaulah ke Sinai ini. Iaitu untuk mendaki Jabal Musa. Jika sebelum ini tidak pernah tergambar pun akan sampai, insyallah hari ini benar2 akan menjadi sejarah buat kami.. Sebelum bertolak kami membuat warming up sedikit supaya tak terkejut sangat muscle2 kami...
Dengan lafaz Bismillah kami memulakan perjalanan sebuah pendakian dengan harapan yang tinggi.Masing2 mahu selamat dan bertemu di puncak Jabal Musa insyaallah.. mahu menikmati ibrah di sepanjang perjalanan... menggapai sejarah2 Nabi yang sekian lama dicitakan semenjak pertama kali menjejakkan kaki ke Bumi Mesir...
Alhamdulillah kegusaran bagaimanapun sedikit terubat kerana pendakian kami turut dipantau oleh mereka2 yang dah berpengalaman untuk kawalan keselamatan dan penunjuk jalan sepanjang pendakian. Insyaallah.
Jabal Musa
Gunung ini merupakan tempat suci di dataran Sinai. Ia sebenarnya terletak bersebelahan dengan Gunung Catherine yang merupakan Gunung tertinggi di Mesir. Jabal Musa ini dikatakan tempat dimana Nabi Musa dan kaum Bani Israel bermukim selepas mereka berjaya melarikan dari kekejaman Firaun.Di tempat inilah Nabi Musa a.s berbicara dengan Allah swt (Al-A’raf 142-155)
Terletak pada ketinggian 2500 m dari permukaan laut sehingga udaranya sangat dingin bahkan kadang-kadang ia dituruni salji ketika puncak musim dingin,
Untuk mencapai puncak gunung, dapat ditempuh selama 3 jam pendakian.Di atas puncak akan dapat dilihat pemandangan yang indah iaitu gunung-gunung berbatu. Kami perlu mendaki dan melalui7 checkpoint untuk sampai ke Kemuncak Tursina… Diri agak terkejut sebenarnya kerana tidak terbayangkan setinggi ini yang harus didaki. Ditambah dengan persiapan fizikal yang tidak terlalu banyak, hanya tawakkal dan berbekalkan azam yang tinggi sahaja kami sertakan sepanjang pendakian.
Di beberapa tempat kelihatan beberapa arab nomad menuntun unta masing2 sambil menawarkan unta mereka untuk membawa naik ke atas. Tapi kerana terasa tidak puas jika tidak mendaki dengan hasil penat peluh sendiri, maka semangat tetap dikuatkan untuk terus mendaki tanpa bantuan gamal2 yang ada…tambahan caj yang agak mahal, maka lebih baik untuk merasai sendiri keperitan dan kesungguhan yang telah dilalui oleh Nabi...
Di tengah2 perjalanan, kami turut terserempak dengan beberapa rombongan yang baru turun dari puncak. Kemungkinan besar itu adalah rombongan2 yang mendaki pada sebelah malamnya. Dari Europe, China, Jepun, ke mane ntah.... malah bertemu rakan pelajar sendiri iaitu rombongan dari Alexandria. Bagi mereka yang mendaki malam, pastinya berkesempatan menikmati matahari terbit dari atas puncak Tursina, walaupun terpaksa bersempit2 di atas bersama rombongan yang ramai dan tidur di tengah2 kesejukan puncak gunung pada malamnya.Tapi kami memilih siang memandangkan majoriti adalah akhawat dan demi menjaga maslahah seluruhnya.
(yang sedihnya ada dengar crita warga jepun ke warga apa ni naik atas ni sebab nak sembah matahari!...aStaghfirullah...mencemarkan tursina!!) =(
Pendakian sememangnya memerlukan tidak hanya kekuatan fizikal, tetapi juga kekuatan emosi dan selainnya. Mujurlah ada sahabat sejati menemani saya sepanjang pendakian. Beliaulah yang tak putus2 bagi semangat untuk terus kuat mendaki. Tangan dihulurkan, menarik saya di saat kelemahan, malah yang paling terharu, siap pasangkan lagu kegemaran saya dihansetnya dan sematkan di poket kecil winter coat. Lagu2 dari Maher Zain memecah kesunyian gunung, menyegarkan semangat buat saya tersenyum di sepanjang perjalanan. Dan pastinya meninggalkan bekas memori buat diri .... Syukran Hajar...=j
jom kita berhenti rehat smeta.. kita kitkat dlu...
Alhamdulillah...kurang Lebih 3 jam pendakian akhirnya tibalah kami di tempat yang dituju..
Segala puji dan syukur hanya dipanjatkan kepada Allah taala.... tidak sedar air mata menitis di puncak Tursina... sungguh diri terharu disampaikan Allah untuk melihat dengan sendiri kesan peninggalan sejarah ini..... Inilah tempat yang pernah menjadi saksi keAgungan Mu Ya Rabbi....dihadapan Nabi Mu Kau membenarkan janji...
dari puncak Tursina...
Gunung Tur ada diceritakan beberapa kali dalam Al-Quran. Antaranya...:
Firman Allah yang bermaksud...
"Demi Gunung Tur."
(Surah At-Tuur: Ayat 1)
juga peristiwa dimana setelah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel melarikan diri dari kekejaman Firaun, (cerita lanjut boleh dibaca disini, thank jhazkitaro =j )
...dimana mereka berhenti seketika di Jabal Musa. Nabi Musa kemudiannya meninggalkan kaumnya beberapa hari untuk bermunajat kepada Allah Swt.. Baginda dikatakan telah bermunajat selama 40 hari 40 malam dan berpuasa sepanjang tempoh tersebut. Sewaktu bermunajat inilah baginda pernah meminta dari Allah swt supaya menunjukkan zatNya. Allah swt kemudiannya mengarahkan Nabi Musa a.s melihat ke suatu sudut bukit, lalu kemudian bukit itu hancur luluh dan Nabi Musa jatuh pengsan. Setelah baginda sedar, baginda bertasbih memuji Allah dan memohon taubat atas kesalahannya.
Itulah peristiwa agung pencarian keyakinan yang telah dilakukan oleh Nabi Musa....dan juga dimana berlakunya penurunan Kitab Taurat..
[142]
Dan kami telah janjikan masa kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama tiga puluh malam, serta Kami genapkan jumlahnya dengan sepuluh malam lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam. Dan berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat): "Gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku dan perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah engkau menurut jalan orang-orang yang melakukan kerosakan".
[143]
Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)
[144]
Allah berfirman: "Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat manusia (yang ada pada zamanmu), dengan membawa perutusanKu (Kitab Taurat) dan dengan KalamKu; oleh itu, terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur".
[145]
Dan Kami telah menuliskan bagi Nabi Musa pada Lauh-lauh (Taurat) itu, dari pelbagai jenis nasihat pengajaran dan penjelasan bagi tiap-tiap sesuatu (dasar Syariat dan hukum-hukumnya). Oleh itu, terimalah dia (dan amalkanlah wahai Musa) dengan bersungguh-sungguh, dan suruhlah kaummu berpegang (serta mengamalkan) yang sebaik-baiknya (iaitu suruhan-suruhannya). Aku akan perlihatkan kepada kamu akan negeri orang-orang yang fasik - derhaka".
(Al-A'raaf : 142-145)
tempat munajat nabi musa...
LembaranMu ku tadabbur......
[43]
Dan demi sesungguhnya, Kami berikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat sesudah Kami binasakan kaum-kaum yang telah lalu, untuk membuka hati dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat, semoga mereka beringat.
[44]
Dan engkau (wahai Muhammad) tidak ada di sebelah barat (tempat Nabi Musa menerima wahyu) ketika Kami sempurnakan penyerahan Kitab Taurat kepadanya, dan engkau juga tidak termasuk dalam golongan yang menyaksikan peristiwa itu.
[45]
Akan tetapi (engkau hanya mengetahui kisah itu dengan jalan Kami memberi wahyu kenabian kepadamu disebabkan) Kami telah mengadakan beberapa umat (dari zaman Nabi Musa hingga ke zamanmu) sampai berlanjutanlah masa yang mereka lalui (serta kucar-kacirlah ugama yang mereka anuti). Dan engkau pula tidak pernah tinggal bersama-sama penduduk negeri Madyan membaca dan mempelajari dari mereka ayat-ayat keterangan Kami (tentang hal Nabi Musa di sana), tetapi Kamilah yang mengutusmu (menjadi Rasul dan memberi wahyu kepadamu mengenai hal itu).
[46]
Dan engkau juga tidak berada dekat Gunung Tursina ketika Kami menyeru (Nabi Musa dan memberi wahyu kepadanya dahulu), tetapi (diturunkan) rahmat (Al-Quran) dari Tuhanmu (menerangkan Kisah itu) supaya engkau memberi amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang Rasul pemberi amaran sebelummu, semoga mereka beroleh pengajaran (serta insaf mematuhinya).
(Surah Al-Qasas : ayat 43-46)
Sebuah Jaulah Tarbiyah dari Tursina.
Sirah Inspired, Success Achieved.
Alhamdulillah....
[to be continued......] Insyaallah

