Friday, November 13, 2009

Hari-hari pertama di bumi Mesir..

Jumaat

30 Oktober 2009

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah..

Hari ke 24 saya di bumi Mesir.

Cepat sungguh masa berlalu, masih segar saat berpisah dengan keluarga dan sahabat handai di Klia.Terasa baru semalam sampai ke bumi Mesir.

Kini Allah menggantikan saya dengan keluarga baru dan sahabat-sahabat baru di bumi Anbiya.

Thanx buat syifa’ yang sambut akak kat Imarah Hijau. Juga buat Ust Fuad yang sanggup meredah kegelapan malam dari Cairo ke Zaqziq menghantar saya dan Hasan (lagi seorang pelajar yang juga ke zaqazig) ditemani oleh Abang Din-Nur pengurus Aq. Sebelum itu kami sempat berehat sekejap di Hayyu Ashir, tempat markaz untuk pelajar2 perubatan Aq di Azhar. Teman-teman baru yang saya kenali di Klia tempoh hari, yang juga menaiki pesawat yang sama dengan saya semuanya ke Al-Azhar untuk bidang yang sama (perubatan) dan juga dentistry. Alhamdulillah, chemical bonding kami cukup kuat sampaikan ketika ke majlis hari raya bersama Perubatan di Dewan Abbasiyah baru2 ini x lepas2 untuk bertemu dan macam xnak berpisah. Jazakallahu khayr buat Amal, Lala, Syuhada n Farahin 4 being my good soulmates during our journey from Malaysia to cairo…Kalian pasti menjadi sahabat yang saya kenang kerana pernah menjadi sebahagian dari sejarah awal kedatangan ke bumi Mesir..=) Sharing2lah cerita dari Azhar selalu k..

Kami tiba di bandar Zaqaziq pada waktu malam. Selain dari expert berbahasa Arab, Ustaz Fuad begitu expert memandu, saya x tahu jika ada orang Malaysia boleh bawak kereta dengan mahir di bumi mesir yang terkenal dengan kereta bawak laju dan sesuka hati tidak seperti di Malaysia. =) Satu sahaja petuanya, mereka amat pakar dalam mem’brek’. Sebab tu masalah kemalangan amat jarang didengari di mesir walau kereta bersimpang siur dan laju sampai nak melintas jalan pun kami kena ada teknik sekarang. Jika lenggang kangkung mcm di Malaysia, naya jawabnya. .

Sepanjang jalan saya memerhatikan bumi mesir. Tidak mahu melepaskan peluang pada ketika itu.. Semangat untuk mengenali bumi Mesir amat2 berkobar waktu tu, kerana inilah bumi yang akan menjadi tempat tinggal saya buat sekian waktu. Hati bercampur baur, tidak tahu apa yang akan hadapi di Zaqaziq, bagaimana keadaan Zaqaziq, mampukah saya menghadapi kehidupan diMesir ni dan sebagainya. Tak sedar air mata menitis di pipi, kerana tiba2 terasa rindu dengan abah dan keluarga. Aish, kenapa tiba2 emosi pula… Walau dulu di Malaysia, saya sering duduk berjauhan juga, tapi kali ini ia tetap berbeza… Kini saya berada jauh di tempat orang, di tempat baru yang saya sendiri tidak mengetahui apa budayanya, dan saya harus sendiri menghadapi semua ini.

Hanya kepada Allah lah saya serahkan pergantungan. Saya tahu Allah telah memilih saya untuk sampai ke sini, jadi saya harus kuat menghadapinya. Yakinlah, ketentuan Allah sentiasa yang terindah dan terbaik.

“Ok, kita dah nak sampai Zaqaziq… “ Ustaz Fuad bersuara memecahkan keheningan malam.. Saya mengangguk dan hampir tersenyum tatkala melihat signboard yang menunjukkan anak panah ke Zaqaziq..Tulisan arab dan jawi dimana-mana. Syukurlah saya memahami sebahagian besar darinya.Ya Allah, aku kini semakin mendekat kepada tempatku.

Kiri kanan saya perhatikan dari jendela.. Hati berbunga.. Pertama kali melihat Zaqaziq, saya sudah jatuh cinta. Kerana ia benar2 mengingatkan saya tentang Kelantan.. bangunannya, ketenangan waktu malamnya, cahaya2 yang menyimbah dari luar. Saya tidak tahu kenapa saya merasakan seperti berada di Bandar Kota Bharu pada malam itu. Terasa hilang segala prasangka dan segala yang risau2 =). Alhamdulillah.. terima kasih Kau berikan kedamaian dalam hati ini. Inilah bandar Zaqaziq tempat saya akan lalui selama beberapa tahun ini. Insyaallah..

Imarah ‘hijau’ kami.. tempat kami berteduh di bumi Mesir

Dr Bukhari (Pelajar yang juga merupakan Ketua Siswa Aq) menyambut kami dengan senyuman , membawa kami makan2 ikan bakar di sebuah restoran sebelah sungai (x tahula sungai apa nama tu) but d scenery is quite nice. Cuma malam makanya x Nampak sangatlah pemandanga2n yang x brapa sedap mata memandang. Tapi masa tu dah rasa sejuk dibuai angin mesir, tmbh2 dah nak masuk winter, nasib baik ada jaket Esq yang meneman saya dari awal sampaila akhir. Mcm2 makanan terhidang atas meja, sayang sekali kerana baru pertama kali rasa makanan mesir, sero x boleh ‘gi’.huhu. habihla saya… takpa2, alah bisa tegal biasa. Nama pun baru 1st time kan =)

Masih segar saat pertama kali menjejakkan kaki ke shakkoh 12, saya disambut oleh ahli2 bait dengan senyuman dan muka yang bermacam ekspresi (mungkin x sabar nak tengok siapala gerangan ahli bait mereka yang baru. Intan (gadis berniqab yang peramah) x sangka saya serumah dgn anak sdara Ayah Husamuddin karangkraf, atau Ayah yang saya kenali melalui Iluvislam dan juga esq ni) , kemudian Izyan (beliau menjadi roommate saya kini), Adawiyah, Athirah dan Nabilah. Terima kasih dah sudi menerima kedatangan akak dengan kelengkapan yang cukup baik, walaupun kita dihujani dengan cabaran2 yang besar. Hanya orang2 yang terpilih sahaja sanggup berada di shakkoh 12 ni . =)

Bakul fahri pun ada…senang nak mengangkut barang dari tgkt atas bekali


Semoga ukhwah yang baru bermula ini akan terus mekar mewangi untuk selamanya. Insyaallah..

Patah tumbuh hilang berganti...

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Tapi itulah lumrah alam, Kita takkan pernah tahu siapa yang akan singgah dan pergi dari hidup kita..

Bukankah Allah menciptakan kita untuk terus berkenalan dan memanjangkan silaturrahim.

Ianya keperluan kepada sebuah kehidupan yang panjang. Keperluan untuk saling memberi dan menerima, malah bisa pula menjadi kayu ukur perbandingan kemuliaan dan ketaqwaan kita di sisi Allah.

“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu bangsa bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

(Al-Hujurat : 13).

Hanya ukhwah yang kerana-Nya sahaja akan tetap dihati..

Kehilangannya akan di rasai, ketiadaannya dirindui…

Ukhwah yang akan tetap tertanam kukuh dalam sanubari,

biar masa atau jarak memisahkan.

Biar Laut Mediterranian @ Gurun Sahara mengasingkan.

Doanya tetap penguat diri.

Salam perjuangan buat keluarga dan sahabat2ku yang jauh atau dekat.

ANA UHIBBUKUM FILLAH..

Sunday, October 25, 2009

Falaula Nafaraa…



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah, genap 2 minggu berkelana di bumi Ardhul Kinanah.

2 minggu yang penuh dengan rasa syukur dan gembira, kerana berpeluang menjejakkan kaki jauh ke bumi-Nya, dalam masa yang sama menggapai cita-cita.

2 minggu yang juga pastinya penuh bermacam rasa,

Kerna terpisah sementara jasad dari ibu bapa, keluarga, sanak saudara, sahabat2, juga segala kenangan yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup di Malaysia.

Ditambah pula dengan tidak tahu apa yang bakal di tempuhi di sebuah tempat yang baru, ianyanya hanya mampu diharapkan berlalu dengan baik dan penuh suluhan cahaya agar dimudahkan dalam perjalanan sementara ini.

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

[At-Taubah, 9 : 24]

Alhamdulillah..

Segala puji bagi Allah, Dialah Al-Rahman Ar-Rahim, Tuhan Yang Maha Pemurah yang terus memberikan nikmat kehidupan untuk saya dan anda semua memaknai perjalanan sebuah kembara musafir lalu di bumi Tuhan..

Terlalu banyak yang ingin dikongsikan bersama, tapi saya memohon maaf terlebih dahulu atas keterlewatan dan juga keterbatasan waktu seketika saya tiba di bumi Mesir. Selain dari penyesuaian diri di tempat baru, Pemasangan wayarless di kediaman saya juga masih dalam proses, insyaallah mudah-mudahan segalanya beransur baik dan memberi kelapangan kepada saya selepas ini untuk berkongsi khabar dan secebis cerita dari Bumi Anbiya’. Terutama buat mereka yang sangat saya cintai dan sentiasa rindui kerana Allah.

Alhamdulillah Syukur kepada Allah yang kini menempatkan saya di sebuah bumi terpencil di pinggir Mesir. Zaqaziq sungguh indah berbanding apa yang saya cuba bayangkan sebelum ini. Walau tidaklah berada di Bandar besar seperti di Cairo, saya bersyukur kerana Allah menempatkan saya di Kuliyyah Tibb Zaqaziq yang juga menjadi impian ramai hatta anak-anak muda yang berada di Mesir sendiri untuk memasuki Fakulti Perubatannya. Insyaallah saya akan cuba berkongsi pengalaman dari Kuliyyah Tibb dan kehidupan dari bumi Zaqaziq pada pertemuan yang seterusnya.

Dalam penerbangan tempoh hari, sempat saya titipkan bersama buku “Rindu Bau Pohon Tin” karya Ustaz Hasrizal (yang sudah lama dibeli tapi tak terbaca2 lagi sebelum ini). Alhamdulillah, sudah takdir Allah untuk saya mengkhatamkannya sepanjang penerbangan dari Malaysia ke Kuwait-Cairo.

Hati tersentuh tatkala mata dan hati tertangkap pada maksud terjemahan dari ayat Allah dari surah At-Taubah, 122 pada entri pertama yang dicoretkan dalam buku kembara ustaz :

“Tidak sepatutnya bagi orang-orang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.”

FALAULA NAFARA…..

itulah jua pesan besar di sebalik pemergian saya ke bumi mesir..

Saya yakin Allah memilih saya melakukan kembara ini kerana sebuah CINTA.

CINTA kepada ALLAH yang menciptakan manusia dengan Tujuan.

Cinta kepada Nabi Muhammad Saw dan para shbt pendahulu, kerana dengan perjuangan mereka jualah lah saya dan anda mengecapi nikmat Islam ini pada hari ini.

Cinta kepada Abah dan Arwah ma, yang terlalu banyak budinya tidak terbalas jasanya..

Cinta kepada Keluarga.., Cinta kepada Ummah…

Kerana Cinta kepada kalianlah saya berada di sini..

Cinta kepada Ilmu Medik, Ilmu Agama dan Perjuangan..

Ia adalah sebuah Cinta dan cita-cita yang besar.

Cinta yang pastinya di sebaliknya terselit pengorbanan.

Pengorbanan yang besar dan panjang.

Tapi saya tahu Allah akan bersama saya dalam perjalanan ini..

Saya yakin Allah menjadikan setiap ketentuan yang telah saya lalui penuh dengan hikmah kesabaran yang indah.

Mungkin Allah sedang berbicara kepada saya untuk terus mencari makna di sebalik sebuah perjalanan ini. Agar terus sabar dan redha mencari makna diri.

Dan hidup ini juga merupakan perjalanan yang harus kita tempuhi buat menuju destinasi abadi.

Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah berbat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

[Hud, 11 : 112]

Biar apapun natijah di akhirnya,

moga aku pulang dengan sebuah kemenangan.

Menang atau Syahid di jalanMu.

Nothing but Mumtaz.=) Insyaallah..

Doakan saya..


Moga Allah sentiasa Istiqamahkan saya di jalanNya….


Salam Rindu buat Semua.

Terima kasih atas segalanya..

Seeru a'la barakatillah.


Ahyana

Kuliyyah Tibb, Zaqaziq


Salam dari bumi warisan Anbiya'...



p/s: terima kasih buat Abah dan seluruh seisi keluarga, kasih kalian tiada ganti. makcik2, pakcik2, dan sahabat2 yang telah banyak membantu dan memberi sokongan dari jauh mahupun dekat, yang senantiasa mendoakan saya walau dari jauh. Moga Allah saja yang membalas kebaikan buat kalian. Terima kasih juga buat mereka yang sudi datang dari jauh hantar kat klia hari tu, kaklong! miss u alot... shbt2 dr Msu, syu, husna,salmah, kak As, yati, deli, rin, marni, eca, esq- shahrul, kak fiza, rosdi, shbt2 matrix- Amir, azly, dr zaim dll... shbt2 yang dtg kerumah, kct, kaknisah...kak dib dn kak sya di airport pc...shbt2 ky- Zaff, Firyalm Ken, Khairun dll... shbt2 yang x putus2 duk msj saya, mereka2 yang mendoakan dr jauh mahupun dekat..tdk dilupakan kalian yg tdk sempat utk saya ketemu sebelum berangkat, mahupun yang tidak tertulis disini, saya memohon maaf dengan sepenuh kerendahan hati..Yang pastinya semuanya tetap dekat dihati.

Sayang semua kerana Allah..

May Allah bless =)