(refleksi Wacana Ilmu 'Monyetnya Cinta Kita')
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. 2 hari hujung minggu yang sememangnya dari awal lagi dikosongkan dari program lain telah pun berjaya diisi untuk WWI-Weekend with Iluvislam.com bersama sahabat-sahabat krew dan rakan2 lain yang turut hadir dari seluruh Malaysia. Best dan menyeronokkan, apatah lagi dapat berkumpul beramai-ramai bersama teman baru dan lama., terutama sekali yang sebelum ni hanya dengar dan kenal nama dari laman maya sahaja. Kini baru kenal muka dan tuan empunya badan =) Alhamdulillah. bertambah sahabat dan saudara baru.
Untuk program pertama - Forum Wacana Ilmu, di Inspen Bangi, kehadiran alhamdulillah saya boleh katakan amat memberangsangkan. Dewan penuh dalam 700 orang yang hadir. Saya tidak tahu samada tajuk forum yang catchy "Monyetnya Cinta Kita" itu yang menjadi tarikan semua untuk hadir, atau adakah pada panelist2 forum yang hebat - Ustaz Hasrizal, Ustaz Zahir dan Pak Firdaus ESq yang menjadi tarikan. Yang pastinya Forum tersebut sangat-sangat memberikan input yang banyak dan penting. Walaupun dah bosan juga sebenarnya dengan topik cinta ni, tapi sejujurnya dari hati, saya tetap berpendapat ia bukanlah sesuatu yang melukut di tepi gantang untuk dipinggirkan atau acuh x acuh mendengarnya. Masalah cinta bukan masalah remeh, tapi inilah punca kepAda banyak masalah yang berlaku dari dahulu sehingga kini. Terutama untuk circle of concern dan circle of influence yang terbesar yakni --REMAJA dan golongan mahasiswa seusia. Walaupun kita kata kita dah faham, namun sejauh mana kefahaman kita itu mampu menyelesaikan masalah kita terhadap persoalan CINTA yang sebenar?. Sejauh mana kita dapat memberi nasihat dan peringatan kepada rakan-rakan yang terjebak dengan cinta monyet atau puppy love ini, atau sejauh manakah kita dapat membetulkan masyarakat kita yang jauh rosak kerana cinta yang salah?
Ramai yang memberi respon kepada saya dengan bermaksud "buat apa enti \ ke forum-forum cinta sebegini".. buang karanlah.. ada yang lebih pentinglah...Itu terpulang kepada pendapat masing-masing...Bagi saya isu cinta bukan isu yang kecil, isu yang tidak pernah habis, dan selamanya kita tidak akan dapat pernah khatamkan. Cinta yang salahlah merupakan jalan terbesar kepada permulaan maksiat dan gejala sosial yang besar di negara kita mahupun seluruh dunia.Hatta profesor yang dah PHd (Pengajian Habis Dah) atau Dr cinta sendiri tidak mampu menjawab semua persoalan tentang cinta. Betapa ramai rakan saya yang rosak kerana cinta. Berapa ramai yang sedang dibius cinta?namun saya tidak berbuat apa2 melainkan hanya mampu menasihat?..Action speak louder than words...Insyaallah..mg Saya tidak berhenti berjuang untuk diri dan mereka memahami makna di sebalik CINTA sebenar. Tidak salah untuk kita terus menambah ilmu dan kefahaman walaupun berulang-ulang, agar ia terus melekat dalam hati kita, dan semoga dengannya kita lebih jelas jalan untuk berdakwah. Kita sendiri pun jangan lupa, mungkin satu hari nanti kita juga akan duji dengan cinta..Jadi bersedialah dengan sebanyak-banyaknya agar kita mempunyai bekalan untuk menguruskan cinta dengan jalan sebaiknya yang diredhai Allah...
Hanya satu niat saya jika menghadiri Forum-forum Cinta sebegini. Saya mahu menambahkan ilmu dan kefahaman saya tentang perspektif cinta menurut ISlam, agar dengannya saya dapat Memperbaiki diri saya dan mudahan dalam masa yang sama dapat pula mendidik orang lain. Sejujurnya Saya akui, diri saya sendiri masih banyak kekurangan dan kelemahan.... Justeru saya tidak boleh berhenti belajar...(Aslih nafsak, wad'u ghairak, seperti header saya di atas blog ini..saya tidak mahu hanya pandai berkata2..) Nak membaiki diri harus dengan ilmu, nak membaiki Ummah juga harus dengan ilmu. Biarlah banyak kita belajar, justeru dengannya kita akan dapat meluaskan pemahaman agar kita mudah dan dengan jelas dapat menyampaikan. Kalau kita pun x faham-faham, susahla kan?bagi hukum pun salah, silap2 haribulan kita sendiri yang tak sedar betapa 'monyetnya cinta kita' bagi yang sama-sama bergelar daie. Berhati-hatilah dengan talbis syaitan yang tidak pernah bosan memerangkap manusia... waiyyadzubillah.
Untuk beberapa pengisian di Wacana, saya tidak bercadang untuk mengulas panjang disini. Mungkin apa yang saya boleh cadangkan adalah untuk melihat di Refleksi Forum di iluvislam dan juga perkongsian peribadi sahabat Ili saya di laman blog beliau. Aman, time kasih ye 4 good sharing. =)
Apapun sedikit highlight yang saya boleh berikan, antaranya adalah point2 berikut: .mdh2n bermanfaat pada semua...Insyaallah..
Ustaz Hasrizal
-Memaknai Hadis ke 13 dalam susunan Hadis Arbain dengan sebaik-baiknya
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. "
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Kata Ustaz HAsrizal, ada 3 point penting kat situ, Kesempurnaan Iman, Perbuatan Memberi dan Juga Memberi dengan kasih sayang..
-Cinta adalah sandaran untuk menjadikan manusia tunduk..Cinta yang sejati hanya kerana Allah taala sahaja yang akan menjadikan kita hamba yang tunduk dan patuh kepada Allah Swt..
-Ibrah dari sifat cinta dan kasih sayang Kaum Muhajirin dan ANsar ketika peristiwa hijrah. Cinta yang tiada galang gantinya. Itulah makna Persaudaraan kerana Allah.
-Dulu pada waktu zaman nabi, andai ada kematian, jiran2 keluarga simati itulah yang dengan perasaan cintanya diminta oleh nabi untuk memasakkan dan membntu keluarga si mati (seperti kisah keluarga Jaafar) (justeru ini akan meringa,kan beban dan keluarga simati).. Cuba bandingkan dengan situasi masyarakat kita sekarang... Bila ada kematian, siapa yang sibuk menguruskan makanan dan sebagainya?.. Kita jiran-jiran mereka atau keluarga si mati?
-Cinta adalah alat untuk memperhambakan diri sbg hamba Allah, supaya dengan cinta itu kita akan mendapat kesungguhan untuk bekerja bersungguh-sungguh untuk Islam.Malah untuk Perjuangan Islam.
-Cinta Monyet meruntuhkan TAMADUN?... ya, benar sekali. Bukti sudah ada pada kejatuhan Andalusia apabila pemudanya menangis di bawah pokok kerana cinta!..
Sekarang kalau kita tengok pun, berapa ramai pemuda pemudi kita yang rosak bahana cinta.. Orang-orang yang khayal macam nikah yang kita mahu angkat sebagai pemimpin?..
Tamadun bukan KLCC, bukan twin tower, tapi TAMADUN adalah MANUSIA...
Apa yang menghebatkan manusia, itulah yang akan membangkitkan Tamadun..
Marilah keluar dari kesesatan yang nyata. "Qod syaghofahahubba"-Aku dibius cinta..
-Gunakanlah cinta untuk membangkitkan tamadun, bukan sebaliknya.
-CINTA vs PERHATIAN...
-Tabiat manusia, fitrah manusia tidak pernah berubah berubah walaupun zaman berubah. Hanya teknologi yang berkembang, tetapi perasaan cinta tidak pernah akan hilang dari generasi ke generasi
-REal Problem vs Presented Problem? Kita harus bijak membezakan apa masalah yang kelihatan dan juga apa masalah sebenar. Adakah cinta itu masalah atau adakah ia sebenarnya merupakan 'symptom' penanda kepada 'PENYAKIT yang lain'... cinta sbg symtom atau penyakit?
-Kesimpulan ustaz terhadap gejala CInta masa kini-----> SEBUAH PERHATIAN. mmg betulpun, ramai yang bercinta kerana nakkan perhatian... Apa tidak cukup perhatian dari ibu2 dan ayah2...sehingga sanggup mencari orang lain..?yang baru kenal 3,4 hari, sbulan dua....sampai sanggup ikut lari...
bukankah keluarga itu lebih berpuluh2 tahun dekat dengan kita....
bagaimanakah institusi keluarga kita sekarang...sehingga hilang kepercayaan anak2 terhadap ibu bapa...bukankah mak dan ayah guru pertama kita...atau adakah mak dan ayah sibuk sangat sampai tidak sempat untuk mengambil tahu perihal anak2... Istilah "Dia sudah besar.." bukan bermakna anak sudah besar dari sudut kematangannya... Didiklah anak dengan agama dan mencintai Allah, nescaya mereka akan matang dan benar dalam segala tindakan...
-Cinta harus datang dengan pakej.... Cinta harus datang dengan tanggungjawab..peranan.... Begin with d end in mind....
-Hati saya tersentuh dengan makna ayat dari surah A-Zukhruf yang dibacakan ustaz, antaranya ada menyebut, "Para kekasih akan menjadi musuh antara satu sama lain, melainkan yang bertaqwa.."dalam maknanya..
-Benarlah, Kemanisan tetap berada pada apa yang dihalalkan oleh Allah..
-Jadikan pertemuan pertama adalah sebagai kenangan yang indah untuk dikenang... Kenangan yang halal. (ya Allah..kurniakanlah aku kenangan sebegitu rupa,kenangan yang indah pada pandanganMu...) ..dapat kenangan mcm ustaz hasrizal jumpa dengan Kak Muna pun jadilah..sangat seronok walau berulang kali dengar kisah pertemuan mereka ni.
-Saya juga tertarik dengan analogi ustaz hasrizal tentang soalan Aina tentang Perigi Mencari Timba...
kata ustaz, samada Perigi Mencari Timba atau Timba Mencari Perigi.. Mereka x dapat berjalan sendiri untk menuju masing2...perlu 'ada' yang membuatnya.. perlu 'ada' yang mengoreknya...
dan 'ada' disitu bermakna orang tengah...
sebab tu ustaz sangat sukakan konsep 'orang tengah' dalam bab mencari jodoh....
Hujah yang sangat relevan bagi ana! Subhanallah.... x terfikir pun selama ni...Syukran ustaz...=) (ada hujah untuk meramaikan orang isi borang BM..hehe...)
Ust Zahiruddin:
(penasihat ili =p)
-Cinta- Keperluan atau Kehendak?
Semuanya berbeza mengikut kapasiti dan usia.
Seperti zamannya kita masih bayi, kasih sayang seorang ibu itu bukankah keperluan untuk kita..
cinta remaja?atau cinta yang disaatnya kita belum bersedia mengikut jalan yang halal?keperluan atau kehendak?
-Apabila terbitnya rasa cinta, cubalah koreksi diri, bermonolog dengan diri. "Sesuaikah sekarang?", "Sesuaikah dengan kapasiti?"..sebagai seorang pelajar."Adakah sekarang waktunya"...dan pelbagai persoalan lain yang harus kita fikirkan untuk jangka masa yang panjang. Sasarkanlah matlamat dan letakkan di tempat yang sepatutnya...
-Cinta sebagai MOTIVASI. Tak cukupkah cinta ALLAH sebagai Motivasi tertinggi kita? Cinta Rasulullah... Cinta Mak Ayah................ X cukupkah???
Pak Fir
-Cinta Intelektual, Cinta Emotional...itulah cinta yang biasa-biasa orang alami. namun ada satu Cinta yang lebih mendalamdan hakiki, yang sepatutnya wajib ada dalam setiap diri kita dan menjadi raja segala cinta, yakni cinta kepada Allah.Itulah cinta yang lahir dari Spiritual LOVE..
-Kisah Saidina Umar sebagai pemimpin yang humble. sanggup Turbah (turun ke bawah) melihat keadaan masyarakatnya. Dan beliau sendiri yang sanggup memikul makanan ke bawah kerana menyedari segalanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah...
-Semua MAnusia mencari kebahagiaan di balik Cinta...
Tapi sedarkah kawan-kawan, hanya CINTA ALLAh lah yang akan membawa kita kepada segala kebahagiaan itu...
-Saya turut tersentuh dengan huraian Pak Fir...tentang konsep cinta dan perkahwinan yang baik boleh dicapai hanya dengan menggunakan formula yang diperkenalkan Allah melalui Deen (agama) Nya ini. ada makna di sebalik 165. yakni bila kita pegang sungguh2 Ihsan, 6 rukun iman dan 5 rukun islam dalam kehidupan kita.... Semuanya adalah formula yang terbaik.
samada kita sebagai pelajar?boleh...
Kita sebagai pekerja?..boleh....
Kita sebagai isteri? boleh....
Sebagai suami? boleh....
Subhanallah..betapa indahnya peraturan dan jalan hidup yang dibawa oleh ISlam kepada umatnya... 1 tanpa 6 tidak bermakna... 6 tanpa 5 juga akan rosak... maka pilihlah untuk memaknai dan melaksanakan semuanya..
p/s: em..mungkin ada yang x faham apa yang saya sebutkan..nak faham lagi boleh ke esq nanti k,. jom kita timba ilmu banyak2..
Jom jumpa di Kuis nanti untuk Training ESQ with Iluvislam pd 15 & 16 August nanti..insyaallah...
Ok..sekian itu sahaja untuk kali ini.. Moral of d story is....
Janganlah berani berCinta kalu Cinta Allah pun belum kita telusuri.....Belajrlah dahulu untuk mencintai Allah, mencintai Nabi Muhammad saw... ibu bapa dan keluarga... Raihlah PERHATIAN ALLAH dan mereka yang dilangit, nescaya engkau akan dikasihi yang ada dibumi..
Insyaallah, semoga Allah akan mempertemukan kita dengan cinta yang halal untuk pemilik kunci Syurga kita.. Amin..
Jumpa di next entry, insyaallah....
Sunday, August 09, 2009
Meaningful Weekend with ILI : (Bhgn 1)
Friday, July 31, 2009
Dirimu...selamanya sahabatku.
Inspired by this video n quotes..
“Jika engkau memberikan sesuatu kepada sahabatmu,..
..bererti memberikan kepada dirimu sendiri.” –HAMKA
“Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka..
Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka”..-Imam As-Syafie
“Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya..
Jangan pula terlalu membenci seseorang, kelak kita akan menyayanginya..”
Video penghargaan buat sahabat yang banyak memberi..
Moga Allah membalas jasa kalian…
ERTI HIDUP PADA MEMBERI..
AKHIRAT TEMPAT TERIMA ABADI....
Konsert Antara Dunia yang Memukau...

Menampilkan..
Rabbani
Raihan
Hijjaz
Shoutul Harokah (Indonesia) ----->> x sabarnya nak tengok live kump Shouhar ^_^
Nibras (Makkah)
dan banyak lagi...
MAri gegarkan hati dengan lagu2 jiwa dan jihad,
manifestasi dari cinta kepada-Nya...
Jumpa di sTadium Melawati esok, insyaallah... =)
Buat sahabat Gamis dan Staff Rabbani Production, Tahniah atas program yang julung2 diadakan. Melihat kesungguhan kalian selama berbulan2 ini, dan sanggup berkampung di Stadium dengan apa adanya sejak beberapa hari yang lepas bersama antum, saya amat mengagumi segala penat lelah yang dihamburkan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dalam redha-Nya. Insyaallah.
Ayuh semua, jom meramaikan dan memeriahkan stadium Melawati dengan roh islami esok malam!
Hayya Hayya Hayya bil Jihad...... Insyaallah! =)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sekadar update dari konsert : [selepas konsert]
KONSERT ANTARA DUNIA 09
Tarikh : 1 Ogos 2009 (Sabtu)
Tempat: Stadium Malawati Shah Alam
Anjuran: Gamis dan Rabbani Production
iLuvislam.Com telah menghantar seramai 10 orang krew untuk menjadi sebahagian dari urusetia konsert.Calon- calonnya adalah seperti berikut :
1. Mr. Lisam (Moderator Umum)
2.Mr Aman Shah (Artikel Team)
3. Mr Ridz (Wakil IPT)
4. Ms Aina (Event Team)
5. Ms Fiqah (Wakil IPT)
6. Ms Aimi (Artikel Team)
7. Ms Isma (Wakil IPT)
8. Ms Muslihah (Medic Team)
9. Ms Saidah (Wakil IPT)
10.Ms Fizah (Wakil IPT)
Sekilas event..
31 Julai 09
5.30 : Meeting bersama Gamis
1 ogos 09
7.30 pg : Semua berkumpul di hadapan stadium
8.00pg : Mulakan tugas utk pendaftaran pertandingan nasyid terbuka
9.00pg: Pertandingan nasyid bermula
11.00pg: Pentas Anak Muda
12.30 pg: Pertandingan mewarna
2.30ptg : Busana Muslim Si Cilik
5.30ptg : Chit Chat Dai'e
8.30mlm: Konsert Antara Dunia '09 (Rabbani,Raihan,Hijjaz,Shoutul Harakah,kump dr Saudi Arabia
1.00pg : Sidang Media
Insyaallah, moga terus istiqamah semuanya...
Fastabiqul khairat!~
Sunday, July 26, 2009
PESTA BUKU datang lagi!...
Assalamua'laikum wbt..
Alhamdulillah.. HUJAN RAHMAT untuk peminat dan kaki2 buku. (macam saya!) hihihi
mungkin dah ramai tahu, tapi bagi yang tidak tahu, sekarang sedang berlangsungnya Pesta Buku di PKNS shah Alam.. Memang sangat meriah dan mengujakan, malah saya boleh kata sehebat KL International Book Fair di PWTC =) Ha..kalu macam tulah ambo boleh royak keterujaannya.
Pengunjung pula tak payah cakap, masa weekend hari tu memang ramai... dengan 106 gerai buku yang dibuka, ia menjanjikan sesuatu yang besar dan hebat.. Macam biasa booth seperti Ana Muslim, dan Upin Ipin cukup mencuri perhatian terutamanya adik2 kecil kita. Semangat mak-mak dan ayah-ayah kita bawa family jalan2 di gudang ilmu seperti ni.Alhamdulillah.. Memang suka sangatlah suasananya. Selain itu Galeri Ilmu, Karangkraf, NUFAIR bookstore dan sebagainya tetap penuh dengan warna warni buku dan curahan ilmu.
Maka bagi siapa-siapa yang berdekatan area sini, mahupun yang jauh, sila-silalah berkunjung ye... Memang Tak rugi.....
Untuk hari pertama tak berniat nak beli banyak sangat, sebab mengejar masa dan agak rush sedikit untuk mengajar pada hari tersebut (Ahad). Pergi pun dengan niat nak cari buku english untuk adik2 di sekolah tahfiz untuk saya mengajar di sebelah petang nanti. Makanya hanya beberapa saja yang berjaya dibeli. (Alhamdulillah, selamat duit..huhu.padahalnya memang tengah kering pun sebenarnya) Jadi betul2 memang kena mujahadah. Kalu diikutkan satu PKNs tu nak borong.
Takpelah, window shopping pun window shoppinglah.. Janji dapat belek2 dan bau buku tu pun dah syukur alhamdulillah. Saya cuba menyedapkan keadaan. sob2... Huhu.
maaflah kawan2.. Saya ni memang hantu buku dan obses pada buku sebenarnya. Saya tak tahu macam mana hidup saya tanpa Buku2... kalau sebulan tak beli buku tu, memang akan rasa kekurangan sikit. Ada yang x kena. Nak demam pun ada. Kalau pegi mana2 shopping complex yang ada kedai buku, minta maafla kalu saya x masuk kedai buku tu hatta selima minit. Mesti Juga MASUK.
Teruk kan penyakit saya? huhu. Terlalu suka pada buku.
boleh tak saya nak bukak satu kedai buku ala2 kedai buku Jaafar Rawas kat Kelantan. Xpun ala2 Nufair Book Store kat Jalan Pahang.... X pun mcm kinokuniya kLcc.. Mesti Syurga Buku buat saya! huhu.... hari2 boleh duk bersila baca buku.. Bestnya...
Berangan lagi.
Akhirnya inilah yang terbeli.
Barakallahulakum wajama'a bainakuma fi khair utk sahabat saya yang berkahwin semalam.....Ni hadiah untuk dia la ni. Selalunya ATN, BSKS karya ustaz hasrizal dan Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul antara buku yang kerap menjadi pilihan untuk dihadiahkan kepada sahabat2 yang membina masjid sebelum ini. Tapi sebab dah terlalu famous buku Ustaz dan dah rasa semua orang dah memilikinya, Kali ini saya kena cuba mengubah citarasa sedikit. Cari punya cari, semalam mata tertarik dengan buku USt Pahrol lagi.( alahai, x buku anak murid, sifunya pula. huhu, memang x berkembang.) =j pusing2 kat situ jugak. Nak buat macam mana, memang best dan bermanfaat buku ustaz2 ni. SRDH ini Pertama kali pernah baca kakak punya masa dia baru2 nak kawin dulu dalam KTM, memang sedap dan cukup menyentuh hati. Kisah, sketsa, dialog dan monolog tentang cinta & kasih…..adunan pengalaman dan gelombang rasa di gerbang perkahwinan dan di alam rumah tangga cukup diadun dengan baik oleh Ust pahrol. Kalu nak tahu Bagaimana mencipta cinta sepanjang perkahwinan? insyaallah, Buku ini menyediakan jawapannya. Jemputlah baca ye!
Harga Buku : RM22.50 (Sem M’sia)
Kalu kat Pesta Buku Shah Alam ni, dptla diskaun 10% =)
Alhamdulillah,Syukran kak Ida dah promotekan buku2 kahwin yang lain pada saya..penat kak ida promote =) alih2 satu je yang saya beli. takpe, saya punya tunggu dulu ye kak. Paling penting kawin nanti mesti dah kena khatam buku2 ni. Ok... Insyaallah...[ni pesan kat sape ni?]...

Buku yang x masuk dalam list, alih2 terbeli juga semalam.
Huhu.. Maklumlah Saya pantang sikit nampak buku2 yang ada perkataan 'medik' atau 'doktor'.. Apatah lagi sekarang sedang musim menyediakan banyak bahan tentang medik, jadi saya rasa ia cukup bermanfaat dan berguna untuk saya menelaah dan belek2 sebagai panduan. Untuk medikteam iluvislam pun sgt membntu =) insyaallah. Dan ternyata buku ini sangat banyak memberikan input, terutama bagi student2 medic dan mereka yang mahu berkecimpung dalam bidang ini. Untuk ibu bapa dan kaunselor juga sangat digalakkan untuk dihadamkan. Tahniah juga untuk sahabat saya merangkap ahli bait, Diane. Mula2 punyalah dia taknak baca, tapi Malam tadi pinjam, pagi2 dah khatamkan buku ini. Terkulat-kulat sambil tersengih dia masa pulangkan buku tu...
"Baru saya tahu banyak benda mus..."
Ha...TAHU TAKPE... Nak sangat jadi doktor kan? =p
----------------------------
Dan paling penting BUKu untuk anak-anak murid kesayangan saya di Maahad Tahfiz.
ALHAMDULILLAH. Senyum sampai ke telinga saya dapat jumpa buku untuk mereka2 ini.
=)
[maaf xde gambar sebab x boleh nak upload]
Apepun teacher harap kamu suka dengan buku baru ni nanti.
Biar makin rajin dan makin pandai belajar bahasa Inggeris, Ok?
Nadi ilmu, dengan membaca.
dan nak jadi orang berilmu, kita kena suka membaca.
Sebab tu dulu2 masa sekolah, ada program NILAM. besar maknyanya.
Berilmunya kita,
Bukannya dari berapa banyak buku yang kita ADA, tetapi dari berapa banyak yang kita BACA, dan hadamkan betul-betul..
Maka Bacalah.
"IQRA' BismiRabbikallazi Kholaq!....."
Bacalah. Dengan nama Tuhanmu yang Menciptakan.
Jom banyakkan membaca!! AMAL, dan HAYATIkan.
dan lagi satu, berusahalah untuk --> menyAMPAIkan....
Ajarlah walau seayat...belajarlah sepanjang hayat....
p/s: tengah berniat nak beli kitab2 agama yang dalam bahasa arab. ada dapat beberapa cdgn2 kitab2 dari ustaz, yang takde terjemahan BM/indo. tapi sape nak tolong terjemahkan..
Nampaknya Malaysia pun kena lahirkan ramai lagi penterjemah2 ni..
ada berani menyahut cabaran?
Wednesday, July 22, 2009
Kisah Marwa, bukan kisah 'biasa-biasa' untuk kita pinggirkan......
Kisah Marwa Al-Syerbini mungkin sudah hampir sebulan berlalu. Namun samada kita umat Islam di serata dunia concern tentangnya atau tidak, dan terkesan dengan kes pembunuhan kejam yang berlaku, sama-samalah kita checklist diri sendiri. Maruah umat Islam diinjak-injak, islamophobia dan salah faham semakin menular. Adakah kita hanya mahu terus berdiam diri tanpa rasa 'apa-apa'... Isu global sebegini, sewajarnya membuka mata kita untuk lebih mencintai Islam dan meletakkannya di tempat tertinggi. Sama-samalah kita duduk sejenak berfikir apa yang harus kita lakukan untuk Islam. Moga-moga tiada lagi umat Islam menjadi mangsa tragedi seperti Syahidah Marwa.
Untuk Marwa, Terima kasih kerana mempertahankan maruah tertinggi Islam. Moga syahid milikmu..
Original posting :
DIBUNUH KERANA BERTUDUNG, MENGAPA BERITA INI DITUTUP?
(dipetik dari laman sahabat-Wann)
http://artofthoughts.blogspot.com/2009/07/soerang-wanita-muslim-mesir-di-bunuh-di.html)

Assalamualaikum.
Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !!
Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.
Anda tau apa berlaku sesudah itu?
Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?
However last Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults. Lagi di sini.Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwa yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....
...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwa. Nah... ini baru betul2 tragis.
Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak.
Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.
Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita.
Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm.. logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.
Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.
Di angkat dari:
http://artofthoughts.blogspot.com/2009/07/soerang-wanita-muslim-mesir-di-bunuh-di.html
Komen Blog Ibnu Hasyim: Sila panjangkan cerita ini supaya kebenaran itu terserlah. Ingat Rasulullah SAW pernah pertahankan aurat wanita rakyatnya hingga keperingkat negara, begitu juga zaman pemerintahan selepasnya. Contohnya zaman pemerintahan Al-Muktasim, Khalifah sanggup menghantar angkatan tentera hanya kerana aurat seorang Muslimah, begitu juga dalam sejarah Islam masuk ke India juga ada kena mengena dengan aurat seorang Muslimah. Soal maruah dan penghinaan agama bukan soal kecil! Mati syahid dalam mempertahankan maruah agama yang diinjak-injak atau dipijak-dipijak.
http://www.ibnuhasyim.com/2009/07/kisah-wanita-pahlawan-jilbab.html
Monday, July 20, 2009
Durian Cinta
Alhamdulillahirabbil a'lamin.
Syukur kepada Allah, setelah beberapa hari berkampung di Kelantan, kini kembali semula meneruskan perjuangan di medan permusafiran ilmu. Adik (Haniff) juga sudah selamat tiba di Malaysia pada pagi khamis yang lalu. Alhamdulillah, tak terkata gembiranya menyambut di KLIA tempoh hari. Bagaikan berjanji, sampai-sampai saja terus nampak kelibat beliau yang baru berjalan keluar dari entrance gate kLia. Setahun setengah tak berjumpa, pastinya banyak perubahan yang berlaku. Antara yang paling ketara cakapnya semakin laju, malah berjalan pun mengalahkan doktor yang diketahui bergerak pantas. Sehinggakan tak terlarat nak kejar, alih-alih diri ini yang kena sound "kalu kat german jalan macam ni mesti kena tinggal doh"..heheheh..
Alhamdulillah, rezeki juga berpeluang menaiki pesawat MH5 Malaysia Airlines bersama adinda tersayang. Awalnya langsung tidak dirancang, dan merancang hanya untuk balik dengan bas, tetapi memandangkan lecture tiba-tiba dipostpone last minute, maka memberi ruang kepada diri untuk balik bercuti secara aman dan 'sah'.=) Pucuk dicita ulam mendatang, Sungguh perancangan Allah adalah yang terbaik.
Di airport Kota Bharu family telah setia menanti bersama keluarga pakcik dan makcik yang ramai. Semuanya tidak sabar nak bertemu 'orang german'., Paling mengujakan haniff sehingga menyebabkan beliau sedikit 'menjerit'adalah apabila melihat adik Dihah yang tembam dan sungguh berisi, 10 kali beza pada saat beliau berangkat ke german dulu. Ha..baru tahu.... inilah budak kecik yang sangat suka makan. Terutama sekarang musim durian, itulah buah fevretnya, pendek kata satu bijik tu tak cukup untuk beliau seorang.
Adik itu memang pantang nampak durian.
Balik ke kelantan hujung minggu lepas memang cukup puas hati. Selain dapat jumpa haniff, 2,3 hari memang memulun durian dengan jayanya. Abah dah borong satu bonet kereta durian untuk kami. Maklumlah kebun Abah warisan guru besar Sk Peria menjadi lagi tahun ni. Memang puas hati anak-anak abah dapat me'ranggoh' raja buah ni. Malah Pulut durian menjadi penyambut kami untuk hari pertama di rumah. Alhamdulillah, hasrat kali ini tertunai jua akhirnya. Untuk balas dendam makan durian. =)
Pulut durian memang juadah wajib kami bila tiba musim durian sebegini. Yang paling significant, Inilah merupakan makanan kegemaran arwah ma. Jika dulu masa arwah ma masih ada, beliaulah yang selalu buat pulut durian dan siap adakan majlis makan-makan bersama keluarga. Maka akan datanglah pakcik dan makcik ke rumah kami semata-mata untuk menjamu pulut durian air tangan ma. Duduk ramai-ramai bersila di ruang dapur menikmati durian yang manis lagi melazatkan sambil2 berkongsi cerita mengerat ukhwah.Rugilah bagi mereka yang tidak suka atau tidak pernah merasai buah durian, sama seperti jauhari mengenal manikam, kerana rasanya tidak mampu digambarkan dengan kata-kata atau diekspresikan melalui teori. Hanya yang pernah rasa sahaja akan mengetahui bagaimana rasanya durian.
Jemput durian dan lepok durian juga merupakan antara favourite saya. Apatah lagi tempoyak. Anak abah yang seorang ini memang hantu budu dan tempoyak. Jika beri saja nasi putih,bersama ikan bakar atau ulam-ulam seperti 'pucuk teghe', petai, kacang botol, plus budu (yang didalamnya wajib letak asam limau dan cili padi), dan juga tambahan aksesori-tempoyak, maka bersiap sedialah untuk diri ini menambah 2,3 pinggan. Cukuplah lauk itu, hari-hari pun xpe saya boleh makan. Saya pun tidak tahu kenapa terlalu minat akan hidangan ini, ta;i itulah juadah kesukaan saya sejak dari kecil. Sampaikan dulu jika balik saja bercuti dari Sekolah (masa tu duk asrama kat johor dan jarang-jarang dapat balik kelantan), arwah ma mesti awal-awal lagi menyiapkan tempoyak untuk anaknya yang seorang ini. Dan saya tahu ma tak pernah lupa kegemaran saya. Begitu juga abah, petai akan dibeli bila Muslihahnya ini balik ke rumah. Jika budu habis maka silalah dibeli.Masa itu famous budu cap ayam @ budu cap teghe lah. Budu kampung lagi sedap.(Yang buat sendiri tu) Apatah lagi kalu makan dengan tempoyak.
nyum..nyum.... (ha...Inilah rupanya budu bagi sape yang tak tahu)
sedap tau.... sehingga menjilat jari =p rugi kalau tak cuba
Pernah ada jiran yang tahu saya suka makan tempoyak, satu botolnya diberi. Tapi ia tidaklah rasa seperti tempoyak arwah ma.. Hanya tempoyak buatan ma yang menjadi kesukaan saya. Sejak ma pergi, saya sudah lama tidak merasakan tempoyak itu. Terlalu rindu rasanya. Pernah air mata saya mengalir teringatkan saat-saat manis jika saya pulang ke kampung, Ma mesti tak pernah lupakan makanan kegemaran anakandanya yang seorang ini. Saya tahu setiap anak mak pasti ada masakan kegemaran masing2, dan mak akan cuba sedaya upaya untuk menyediakan favourite kami masing2 setiap kali pulang ke rumah. (Masa zaman duk asrama dulu-dululah). Ada yang suka ayam masak pedas, ada yang suka sup tulang, ada yang suka goreng-goreng saja. Namun saya antara yang paling mudah untuk diingat, kerana ma dan abah tahu, saya amat suka makanan kampung ini. Cukup budu, ulam dan tempoyak, dan ada sikit ikan bakar pun jadilah, itu dah boleh menjamin saya makan dengan seleranya. Itulah trademark saya, tidak susah, tapi penuh value dan significant kerana saya tahu tidak semua orang suka makan budu, tapi sayalah seorang peminatnya!
Sekarang bila arwah mak dah tiada, diri agak merindukan kenangan-kenangan bersama arwah. Kini tiada lagi tempoyak sedap ma. Jika buat sendiri pun belum tentu sesedap itu. Tiada lagi orang yang akan bersemangat menyediakan makanan kegemaran anaknya ini. Namun Saya akui, tak selamanya kita akan didepani dengan apa yang kita suka. Saya bersyukur, tiap kali balik kelantan, saya masih sukakan budu dan masakan kampung ini. Saya tidak mahu menjadi seperti si tanggang, baru sahaja keluar ke bandar terus menjadi orang yang lupakan kulit. Makanan kegemarannya yang dulu hanyalah pisang rebus, tapi bila dah jadi orang mewah, terus melupakan mana asal-usulnya. Malah emak yang tidak pernah lupa untuk menyediakan makanan kegemarannya pun diherdik malah makanan itu dilempar ke tepi. Apa hina sangatkah makanan kampung di kaca mata orang berpangkat?. Saya berdoa saya tidak benci budu satu hari nanti. Tak sanggup rasanya berpisah dengan budu dan tempoyak, biarlah ada orang tak suka, tapi saya suka. Saya pernah dibesarkan kasih sayang budu dan tempoyak airtangan ma. Dan saya bangga kerana saya pernah berjaya kerananya.=)
Balik rumah hari tu, saya menelefon abah dari shah alam. walaupun abah sibuk dengan Prk manik urai masa tu, saya tahu manik urai juga masih lagi berpesta durian. Ada kebun durian di depan rumah kami.
"Abah, durian banyak lagi kan? Balik ni nak makan durian, Abah bawak banyak2 deh"
He...macam diri ni pulak yang duk german. Saya pulak yang mengidam lebih. Saya buat permintaan tu pun untuk haniff sebenarnya.
"Ho..buleh..mesti doh".. kata abah kat gagang telefon sambil hati saya berbunga-bunga riang.
Senyum sampai ke telinga saya dibuatnya.
Sampai Kota Bharu first time masuk kereta dari airport, bau durian terus menusuk hidung. Satu kereta bau durian. mana taknya, sebonet punggah durian semalam. Semua dah tunggu kat rumah. Mesti staff2 sekolah abah yang tolong kutip buah durian untuk kami.hehehe., Tima kasih smua! Pulun durian la nampaknya kami. Macam2 dah terlintas kat kepala, pulut durian, jemput durian, pengat durian, durian makan dengan budu, tempoyak, lempok durian makan dengan roti dan segala-galanya berkaitan dengan durian menerjah ruang fikiran dan merangsang enzim amilase dengan jayanya. Durian bukan selalu, setahun sekali dan tak salah saya meraikan.
Dan malam itu Abah berjaga malam membuat tempoyak tanpa pengetahuan saya.
Satu balang besar abah siapkan. Siap bekalan untuk saya bawak pulang ke kampus nanti.
Saya terharu. Tak sempat saya nak buat, Abah dah buatkan untuk anaknya yang sorang ini. Abah masih ingat makanan kegemaran saya.Saya tak pernah tahu abah tahu buat tempoyak, dan tempoyaknya saling tak tumpah tempoyak arwah ma..
Terima kasih abah, dah buat saya menangis lagi kali ni.!
Terima kasih kepada Allah, kerana hanya di sebalik sebiji durian yang diciptakanNya, Kau selitkan cinta keluarga yang bEsar dicelahnya.
Itulah cerita di sebalik musim durian yang penuh Hikmah.
Sungguh Dia tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia, semuanya adalah nikmat untuk hamba2-Nya..
Hari ini sudah masuk 27 Rejab... Ingatkah kita?..
Kepada Sebuah sejarah yang Agung.......
sebuah perjalanan yang hebat dan penuh hikmah..
untuk Kekasih yang hebat....
buat pedoman ummat tercinta..
Sebagai bukti Cinta dan Kebesaran dari-Nya...
Darihal Isra' Mi'raj ...
| by : Fahri Abdullah al-Masri * | |
| Isra' Mikraj adalah antara proses kematangan kerohanian Rasulullah s.a.w dalam menempuh perjuangan baginda. Ketika ini, seluruh tubuhnyadibalut keletihan. Jiwanya dibungkus keresahan. |
Letih, lesu dan resah gelisah yang berkubang di jiwa raganya dipendam bersendirian saat mengenang apakah lagi malang nasib yang jatuh ke atasnya bertimpa-timpa pada masa-masa yang akan datang.
Khadijah, saudagar wanita, penyokong sendi kekuatannya telah wafat. Abu Talib, bapa saudaranya, tonggak perjuangan dan penampan kepada serangan kafir Quraisy telah pun pergi meninggalkannya.
Selama ini, rasa segan terhadap Abu Talib dalam kalangan musyrikin itulah yang menyelamatkannya daripada serangan yang berlaku akibat dakwah itu.
Bermodalkan kedudukannya sebagai anak saudara Abu Talib, maka tiada sesiapa pun yang berani menyentuh baginda.
Tetapi keadaan telah berubah kini. Dengan kewafatan Khadijah disusuli pemergian Abu Talib, akar tunjang dan tonggak kekuatan lambang keutuhan perjuangan dakwah baginda telah hilang.
Pemergian kedua-duanya berlaku dalam tahun yang sama. Hal ini begitu terkenal dalam sirah sehingga sejarawan telah menamakan tahun tersebut sebagai 'Tahun Kesedihan' ('amul huzni).
Bayangkan, bagaimana baginda dapat menempuh kehidupan ini bersendirian dengan Fatimah yang masih kecil. Apalah sangat yang mampu dilaksanakan gadis sekecil itu melainkan dengan menyapu najis unta yang dilumurkan ke atas kepala baginda ketika sedang bersujud di depan Kaabah.
Allah maha besar! Allah maha berkuasa. Tidak sesekali Dia meninggalkan kekasihNya dihimpit derita itu bersendirian. Sudahlah ketika kecilnya dia kehilangan bapa ketika masih dalam kandungan, malah al-Amin juga ditinggalkan oleh ibu dan datuknya ketika masih kecil.
Kini, menjelang dewasa, ketika dia diarahkan Tuhan untuk menyebarkan dakwah, maka dia diuji dengan rasa bersendirian menanggung bebanan dakwah ini.
Bagi tujuan menghibur baginda, dan atas tujuan mengingatkan pertalian perjuangan risalah ini yang ada kaitan dengan perjuangan nabi terdahulu, maka itulah antara sebabnya kenapa baginda dijemput Tuhan ke langit tertinggi.
Isra' Mi'raj adalah suatu peristiwa yang teragung dalam bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat, beramai-ramai ke Madinah.
Ertinya, Isra' Mi'raj adalah 'turning point', titik permulaan Islam mula bertapak di Mekah, solat mula diisytiharkan sebagai suatu amalan dan ketika itu hidup Muslimin penuh dengan riwayat sengsara dan gangguan sehingga memaksa mereka mencari perlindungan di Madinah. Lalu, dengan itu terbentuklah sebuah Negara Islam yang pertama di dunia.
Ini kerana, sejurus kembalinya baginda membawa khabar berita, gambaran peristiwa langit, maka baginda dicela Abu Lahab, bapa saudaranya sendiri. Bermula saat itu, tekanan ke atas baginda telah bermula. Itu perkara yang pertama.
Yang kedua, Isra' Mi'raj adalah satu 'turning point' di mana Islam itu terasas dengan begitu kukuh oleh kerana telah termaktub suatu resolusi dari langit mengenai kefardhuan solat yang mana sebelum itu, solat belum lagi diperkukuhkan sebagai suatu amalan yang wajib.
Tiga pihak, dua kejadian
Resolusi mengenai kewajipan solat itu melibatkan tiga pihak, dua kejadian. Pihak yang terlibat dalam hal 'mewajibkan' solat itu ialah Allah s.w.t, Nabi Musa a.s yang berunding dengan Rasulullah s.a.w dan hasil ulang-alik Nabi Muhammad s.a.w menemui Allah s.w.t untuk mengurangkan jumlah bilangan solat fardhu tersebut.
Selain itu, dua peristiwa yang menyebabkan timbul rasa ghairah supaya diwujudkan suatu mekanisme perhubungan langsung antara manusia dengan penciptaNya, ialah kerana baginda telah menyaksikan gelagat para malaikat yang telah bersujud, rukuk kepada Tuhan dengan lain-lain perbuatan yang mirip kepada solat hari ini.
Peristiwa kedua, ialah ketika Nabi Muhammad s.a.w sendiri diangkat menjadi imam untuk mengerjakan solat di mana para makmum di belakangnya adalah nabi-nabi yang terdahulu sebelum baginda.
Lalu, terfikir di benak baginda, alangkah baiknya jika diwujudkan suatu mekanisme yang menyebabkan manusia sentiasa dapat berhubung dengan Tuhannya lewat ibadat tersebut.
Keghairahan Rasulullah s.a.w mengenai solat itu tergambar ketika hampir tiba saatnya baginda wafat. Di bibir baginda hampir tidak lekang menyebutkan, "Ummati.. as-Solah.." (Umatku.. sembahyang..)
Betapa tidak! Nabi Muhammad s.a.w telah naik ke langit menyaksikan malaikat bersujud hingga baginda tentang bagaimana mahu umatnya bersujud sebegitu rupa dengan tempoh lama dan penuh semangat.
Tetapi, amalan berat seperti solat ini telah diminta dikurangi oleh Musa a.s apabila nabi itu teringatkan pengalaman Bani Israel yang berat menerima perintah solat tersebut.
Sebab itu, kita dapatlah memahami kenapa sampai begitu tebal sekali baginda mengingatkan hal tersebut kepada umatnya berhubung solat, hatta ketika hampir wafat sekali pun. Tidaklah disebut hal zakat, puasa dan lain-lainnya, melainkan solat itulah yang kerap diperingatkan baginda.
Pembebasan Palestin
"Maha suci Allah yang membawa hambaNya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa (Palestin) yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah juga yang amat mengetahuinya." (Surah al-Isra': 1)
Ada riwayat menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w diarah Jibril agar berhenti, bersolat dua rakaat, seperti di Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah s.a.w akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu) dan Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa a.s dilahirkan).
Unsur kesengajaan memang wujud di sini walaupun dalam nas di atas, hanya perihal Israk sahaja yang dihebahkan Tuhan. Langsung sahaja Tuhan menyebut tempat berlepas Rasulullah s.a.w itu dari Masjidil Aqsa yang kini berada dalam tahanan Yahudi Zionis.
Seolah-olah Tuhan mahu beritahu kita sesuatu, apakah tindakan kita untuk membebaskan Masjid al-Aqsa? Sebagai Muslimin individu yang terhad kuasanya, kita mungkin boleh diampunkan dengan sebab kita telah mengeluarkan wang ringgit untuk membantu seadanya, termasuk menggesa negara berbuat sesuatu tanpa melibatkan PBB.
Yang patut menjawab di hadapan Allah s.w.t kelak ialah para pemimpin negara Islam yang tunduk berdiam diri dan hanya bertawakal kepada PBB untuk menyelesaikan kemelut berkenaan.
Syahadan, mungkin tak perlu diletakkan perihal mi'raj ke langit oleh sebab langit itu tiada nama yang khusus seperti halnya di bumi. Tapi, sengaja disebutkan Masjidil Aqsa guna menyentuh hati nurani Muslim agar peka ke atas pergolakan di sana yang berombak dengan lautan darah dan membadai dengan air mata.
Pada zaman ini, kita boleh saja menaiki pesawat terbang ke udara. Perihal naik ke udara itu tidak perlulah ditekankan sangat sebab kawasan langit dan laluan udara tempat laluan pesawat itu tidak penting sangat untuk diketahui.
Yang penting diketahui adalah tempat di mana pesawat kita mahu berlepas (departure) dan tempat di manakah pesawat itu bakal mendarat (landing). Ertinya, terbang ke awan itu sudah diketahui umum, tapi yang diperkirakan orang ketika mahu berpergian ke mana-mana ialah di tempat mana pesawat mereka mahu berlepas dan di tempat mana ia akan mendarat.
Sebab itu, kita jangan hairan kenapa nas itu tidak menghebahkan soal mi'raj, sebaliknya cuma menyebut tempat berlepas ketika Isra' (berjalan malam). Tuhan menyebutkan Masjidil Aqsa itu bererti, tempat itu amat penting dan bernilai.
Sebagai termaklum, selepas peristiwa Isra' Mi'raj, solat difardhukan. Tempoh daripada kisah itu hingga penghijrahan ke Madinah memakan masa selama setahun. Dan, ketika di Madinah juga, Muslimin masih berkiblat kepada Masjidil Aqsa.
Maka, sebelum mendapat arahan bahawa Muslimin wajib solat fardhu lima waktu, Nabi Muhammad s.a.w diminta 'berkenalan' terlebih dahulu dengan kiblat pertama kita di Baitul Maqdis itu, sebuah daerah kelahiran Nabi Isa a.s dan tempat Nabi Musa a.s menempatkan Bani Israel dalam sebuah negara merdeka dalam riwayat-riwayat terakhir perjuangan dakwahnya.
Maka, sejurus tibanya baginda ke Mekah, ketika itulah bermulanya solat dengan kiblat terarah ke Masjidil Aqsa; kiblat pertama yang mana Nabi Muhammad s.a.w telah diperkenalkan terlebih dahulu dengannya sebelum ini.
Seolah-olahnya, sebelum menerima perintah solat yang wajib itu, Tuhan juga mahu berbicara kepada kekasihnya, "Inilah nantinya yang akan menjadi kiblat umatmu kelak!"
Mirip kisah tarbiyah Musa - Khidhir
Perjalanan kerohanian Nabi Muhammad s.a.w bersama Jibril a.s itu mirip kepada tarbiyah Khidhir a.s ke atas Musa a.s dalam surah al-Kahfi. Dalam perjalanan, ada saja penglihatan yang terbentang dan pengajaran yang baginda lihat.
Diriwayatkan bahawa baginda telah menyaksikan golongan yang sedang bertani dam terus menuaikan hasil pertaniannya.
Baginda juga menyaksikan tempat berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun, kaum sedang memecahkan kepala, kaum yang menutup kemaluan dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah berbau busuk.
Rasulullah dibawa ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim yang sedang berada di Baitul Ma'mur bersama beberapa kaumnya.
Rasulullah s.a.w juga melihat golongan yang sedang menanggung satu bebanan. Ketika bebanan itu berat, mereka menambah lagi bebanan itu sehingga mereka tidak terdaya lagi menanggungnya.
Demikian iktibar ke atas penguasa yang tidak kuat menanggung amanah rakyat, tapi masih sanggup lagi menanggung amanah rakyat yang akhirnya menyebabkan mereka menderita azab yang parah di akhirat kelak.
Demi sesungguhnya, iktibar dan pengajaran Isra' Mi'raj ini tak akan sampai tamat diulas kerana falsafahnya sangatlah kaya sekali sehinggakan kita tidak akan jemu-jemu meneliti kisah ini.
Sebuah kisah yang sarat dengan inti pengajaran dan padat dengan iktibar khususnya kepada pemerintah yang masih enggan menginsafi segala kejahatan yang dilakukannya selama ini sehingga mengundang musibah besar ke atas rakyatnya pula.
*Artikel ini diambil daripada harakahdaily.net
Tuesday, July 14, 2009
Alhamdulillah, Kepulangan yang dinanti...
Hari berganti hari..
Bulan berganti bulan..
Tahun berganti tahun..
Kini kepulangan dinanti
Tidak tergambar perasaan hati
Moga dirimu lebih-lebih lagi
Menunggu saat kembali ke sini.
Bersama family yang setia menanti
Penuh cinta dan rindu dihati
Moga rahmat Allah mengiringi
Untukmu si wira kebanggaan family.
Flight schedule:
Flight Frankfurt-Kuala Lumpur
Malaysia Airlines, MH5
Departure Wednesday, 15. July 2009, 12:30pm, Frankfurt, Frankfurt Int. [FRA]
Arrival Thursday, 16. July 2009, 06:25am, Kuala Lumpur [KUL]
Kuala Lumpur-Kota Bharu
Malaysia Airlines, MH1388
Departure Thursday, 16. July 2009, 10:10am, Kuala Lumpur [KUL]
Arrival Thursday, 16. July 2009, 11.05am, Kota Bharu [KBR]
Selamat Berangkat pulang untuk Adik tersayang... [Hanif]
kami sangat-sangat merindukanmu...
p/s: Save journey home k! Insyaallah.... jupo di kLia esok pagi. =)
Apakah risiko menjadi seorang doktor?

*****************************************************************
salam
saya nak mtk pandangan shbt2 mgenai kerajaya sebagai seorang Dr perempuan@ Dukturah.. yang katanya sanagt sibuk (wallahua'lam..belum lalui fasa tersebut)
saya still belajar dalam bidang ni di Fak perubatan,Tahun5, HUKM
jika anda lelalki, apa pandangan anda jika telah djodohkan isteri anda adalah seorang Dr? yang mitosnya snagat sibuk, n xkan dapat mgurus rumah-ttangga dengan baik
..bakal Dr yang risau
-kaklong_srikandi-
Original posting : ILUVISLAM.com-Apakah risiko menjadi seorang doktor-forum
******************************************************************
secangkir respon :-
Assalamua'laikum wbt.
Untuk kak Long, Alhamdulillah, sikit lagi nak bergelar Dr, selamat berusaha.
semoga berjaya menjadi doktor terbaik nanti untuk Ummah k =) Insyaallah.
Pada pendapat ana, jika nak bincang tentang risiko, setiap perkara yang kita lakukan memang tidak dapat lari dari risiko. Bukan doktor sahaja, jika berada di bidang-bidang yang lain seperti guru, arkitek, ustaz, tentera marin dan sebagainya turut berdepan dengan pelbagai risiko masing-masing, yang mungkin jauh lebih besar dari kehidupan seorang yang bergelar doktor yang tidak kita ketahui melainkan diri sendri merasainya. Semuanya mempunyai cabaran masing2.
Pepatah ada mengatakan "Andai takut dengan risiko, Usah bicara tentang perjuangan"..
Dalam maksudnya. Nak berjuang, ada pengorbanan yang perlu dihulurkan. Nak Syurga, ada 'harga' yang perlu dibayar.. Justeru jangan takut jika seringkali tidak mendapatkan 'rehat' yang cukup di dunia.. bersibuk2lah sekarang, mudahan kelak kita akan bertemu rehat yang lebih abadi di akhirat sana insyaallah.
[saja bagi semangat pada seorang doktor =) ] caiyok2...
Bila bergelar seorang doktor, ia tidak hanya pada gelaran "Dr" dipangkal nama anda, dan MBBS atau MD @ MbChB dibelakangnya. Tapi doktor mempunyai tanggungjawab yang besar kepada orang lain. Anda tidak bekerja untuk hidup anda sendiri, tetapi anda sedang berdepan dengan nyawa dan 'kehidupan' orang lain. Kesediaan untuk membantu, keikhlasan untuk berkorban masa dan tenaga, kepakaran ilmu dan kesabaran dalam berhubung dengan manusia adalah suatu pengorbanan yang sangat dituntut dari jiwa seorang doktor. mungkin agak hectic pada permulaannya, terutama ketika bergelar HO dan MO. malah dari zaman belajar lagi memang susah. Tapi insyaallah, jika anda meyakini manfaatnya sungguh besar untuk Ummah.. Anda akan bermotivasi untuk meneruskan perjuangan ini. Apatah lagi jika anda bercita-cita besar menjadikan lapangan 'doktor' ini sebagai medan untuk anda berdakwah dan membawa manusia kembali kejalan Allah. amatlah besar pahalanya. Janganlah terlalu khuatir dengan risiko2nya, persediakan diri dengan mental dan fizikal yang kuat, insyaallah semoga semuanya kuat menempuh dugaan yang mendatang.
Yakinlah, Allah tidak akan membebankan seseorang melebihi kesanggupannya. =)
Bayangkan jika semua wanita di dunia ini tidak mahu memilih profesion doktor ini, kerana takutkan risiko2 yang mendatang dan takut tidak mampu memberi kepuasan kepada diri, [takut terlalu sibuk, takut x dapat luangkan masa bersama keluarga, takut itu dan ini dan sebagainya,] maka tidak akan adalah doktor-doktor wanita. Betapa kasihan kepada muslimah-muslimah di luar sana atau kaum ibu dan wanita yang lain, yang mungkin lebih memerlukan pertolongan kita untuk merawat mereka. Inilah satu kefardhuan Fardhu kifayah yang ana begitu rasakan dari sudut keperluan menjadi seorang doktor Muslimah.
Malah telah ramai doktor wanita atau muslimah yang membuktikan mereka berjaya menjadi doktor yang baik, malah anak dan isteri yang baik juga kepada keluarga.
=) Mereka boleh survive, malah tidak kurang yang menjadi icon terbaik masyarakat dan keluarga. Tidak mustahil semua itu kerana doktor juga seorang manusia. yang penting bagaimana kita menguruskan masa dan kehidupan untuk menjadi hamba Allah dan khalifahNya yang terbaik walau apa saja posisi kerjaya kita.
Bercita-citalah untuk menjadi yang "nafiun lighairihi", yakni yang bermanfaat kepada masyarakat.. dan insyaallah, doktor salah satu cabang yang anda semua muslimat boleh pilih untuk merealisasikan misi terbesar ini.
Orang terpilih 'kena lebih'... Jgn takut untuk bermimpi & menjadikannya satu realiti.
p/s: utk rmhtangga, ana sarankan para bakal2 dukturah berbincanglah baik2 dengan suami terutamanya dari masa awal pemilihan calon lagi. Kesefahaman itu penting. andai kita saling meyakini bahawa tiada apa yang lebih diutamakan melainkan redha Allah, pasti keduanya akan saling memahami kerja dan pengorbanan pasangan juga adalah kerana Allah.. insyaallah keduanya akan saling menyokong dan membantu antara satu sama lain walau sebesar mana dugaan yang mendatang..malah x mustahil pasangan siap menjadi penasihat terbaik kita.. =) Insyaallah sama2lah doakan dpt pasangan yang sporting dan memahami
Salam perjuangan untuk semua doktor2 muslimat or doctor-to-be.
Buktikan yang anda can do d best and give d best in everything..
Always begin with d end in mind.
Jadikan kerja sebagai sebuah ibadah, tasbih2 pengabdian menuju Tuhan.
Mudahan dipermudahkan semuanya. Insyaallah..
FOkus, dan Mujahadah menujunya. Koreklah kembali sehingga ke dasarnya :-
"Apa tujuan anda menjadi seorang Doktor"..
Slmt menjadi doktor kepada ummah!
-Ahyana-
Medik team ILI
**********************************************************************
Begitulah sedikit respons saya di forum Ili pagi tadi. x layak pun sebenarnya nak bagi pencerahan, tapi sekadar berkongsi pandangan dan pengalaman sepanjang bergaul dengan orang2 medik dan mereka yang telah pun berkecimpung dan akan berkecimpung dalam bidang ini..bagi saya Medicine is a never ending subject. It's challenging but awarding. Ia adalah medan untuk memberi dan berkongsi tentang 'tujuan hidup' kepada manusia. Dan dekat dengan masyarakat. Itulah kenapa saya terinspirasi dengannya. [dan banyak lagi sebenarnya sbb kenapa saya berminat untuk menjadi doktor..huhu..x tahulah, macamla xde keje lain kan.hmm...susah juga nak explain. makin hari makin berbunga2 nak jadik doktor.makin susah blajar pun, makin kuat pula cita2 nak jadi doktor..makin ke hospital, makin bersemangat nak tahu apa yang doktor tahu..terutama bila melihat patient2 dengan muka yang penuh mengharap..mengharapkan sinar senyuman kembali di wajah mereka. Suasana hospital yang sangat menginsafkan tentang kematian dan mengingatkan diri untuk mensyukuri nikmat sihat menyebabkan diri suka berada dalam kelompok dan suasana itu.Tapi bukan dalam kondisi sebagai pesakit. Tapi sebagai orang yang 'memberi'.Itulah azam saya. Apapun nantazir wa naraa,...saya pun tidak dapat pastikan apa yang ada dihadapan saya kelak. biarlah Allah yang menentukannya. Kerana Dia MahaTahu Yang terbaik. Itu pasti.
yang penting kita harus berani untuk bermimpi dan bercita-cita tinggi. Malah setiap orang lain mungkin lain minat dan bidangnya, semuanya terpulang kepada diri masing-masing kemana anda ingin memanfaatkan kepakaran tersendiri. Mungkin minat saya lebih kepada manusia, maka saya melihat bidang kedoktoran adalah satu cabang yang menarik dan adventure untuk di'explore'. wallahualam....=) Mg Allah permudahkan...Tapi saya perlukan doa-doa kalian untuk membantu saya. boleh kan?
Buat semua doktor2 Muslimah yang membuktikan kalian juga adalah ibu dan sayap kiri terbaik, mereka juga antara inspirasi saya. Dr Ummi (klinikummi.blogspot.com),
Dr Muna (ummusaif), Datin Dr Aziah IPR, Dr Muhaya Stf, Dr Lo'Lo', Dr Sofia, kakak2 senior, shbt2 medical students, dan semua doktor2 Muslimah. u guys really inspired me.
Buat abah dan arwah MA.
Terima kasih kerana pernah melorongkan saya ke jalan ini..
walaupun masih bertatih, akan kucuba untuk berlari selagi diizinkan Tuhan.
Kerana saya yakin, Success is not a destination, it is a journey. Dan ijazah terbaik itu dari sebuah perjalanan dan pengalaman- bak kata abe fatih.
Jadi doktor atau jadi apapun kita, moga sentiasa menjadi hamba Allah yang terbaik dan bermanfaat kepada ummah. Insyaallah
Aja aja fighting.
ayuh, Fastabiqul khairat mengejar Ahsanu Amala
p/s: buat kaklong, slmt menempuh dunia Medik sebenar. kalu boleh biar sampai tahap jadi consultant @ snr cnsultant ye. Amin..=)
Siapa kata umat Islam tidak boleh?
Related links :
Impikan Doktor Sebagai Suami/ Isteri : Apa Pendapat Anda?
Kenapa Nak Jadi Doktor?
Apa yang Menarik Jika Jadi Doktor?
Sunday, July 12, 2009
Love all, with sincere love and concern...
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamua'laikum wbt.
Maaf sekali dah lama tidak berupdate kerana kekangan waktu yang tidak mengizinkan. Ditambah pula dengan keletihan yang melampau sekembali dari institut perubatan hari-hari dan beberapa program yang penuh sepanjang hujung minggu lepas, makanya idea-idea yang banyak hanya mampu terakam dalam memori, tidak sempat terzahir di laman ahyanasolehah.blogspot.com.=j
Apepun alhamdulillah. As times goes on, setiap saat merupakan pengalaman yang mematangkan. Minggu lepas merupakan antara kenangan berharga, beberapa hari berkampung di HUKM di surgery ward menemani ibu saudara, cikNa yang terpaksa menjalani pembedahan diagnostic laparoscopy & adhesiolysis. She's being diagnosed to hv adhesion colic, dimana uterus beliau melekat pada dinding anterior abdomen due to previous surgery. (ceaseran cause). Sudah lama menanggung kesakitan yang sama, having recurrent pain on and off, akhirnya peluang untuk membuat laparoscopy dan pemisahan dinding uterus berjaya dilakukan di HUkm.
Untuk beberapa hari beliau tidak mampu menguruskan diri sendiri, namun syukurlah ada beberapa yang menemani. Sesekali bertukar shift dengan makcik lagi seorang di Kuala Lumpur, dan sekembali dari IPR saya terus bergegas ke Hukm untuk 2nd ward round di Hukm pula. =) Walaupun atmosphere 'hospital'nya lebih kurang sama, tapi keadaannya tetap berbeza memandangkan Ipr lebih memfokuskan pada patients with respiratory problem, manakala Hukm lebih dari respiratori problem. Selain itu Hukm yang merupakan kampus clinical bagi medical studentsnya memberikan seribu satu kelebihan kepada saya untuk melihat secara dekat bagaimana mereka bertugas. Thanx to kak Long for accompanied me for the most of the times in HUKm, bawak2 round satu Hukm sambil bajet pakai labcoat, bawak jalan2 ke asrama and membaca di Syurga Library sana begitu mengujakan.=p Tidak termasuk lagi diculik ke Restoran belakang tasik stadium malam2 untuk membeli makanan kepada patient.. kak Long..kak Long...what a sweet adorable friend...
2nd HALF at IPR
Banyak cerita menarik di IPR sepanjang minggu kedua. Antaranya pengalaman duduk bersembang bersama seorang bekas drug dealer dan IV drug user di ward 6 yang menempatkan pesakit-pesakit tibi kronik. Orangnya masih muda lagi, berumur 27 tahun, peramah, cerdik, malah bekas pelajar asrama penuh, namun sayang sekali hidupnya musnah kerana dadah. Selain didiagnosed menghidapi HIV, beliau kini juga menghidap Hep C dan beberapa penyakit lain yang kronik walaupun diusia yang muda. Namun kuat sekali semangatnya, saya sendiri terharu melihat kesungguhannya untuk sharing kepada kami semua tentang apa yang beliau sedang lalui dan semangat dia untuk mengubah diri. Namun stigma masyarakat yang terlalu memandang hina kepada pesakit-pesakit HIV dan drug addict, seolah menjadikan mereka tiada tempat dihati masyakat dan tidak memberikan ruang untuk mereka bertaubat dan berubah menjadi individu yang lebih baik..
Seek to understand then to be understood.
Dia sedang berusaha untuk berubah. Malah tatu dibadannya sanggup dibakar dengan seterika dan sebahagiannya telah ditoreh dengan pisau untuk memadamkan kembali kejahilan dan dosa-dosa nya ketika dahulu. Apakah kita sebagai masyakarat tidak mahu membantu mereka untuk kembali ke pangkal jalan. Malah Tidak saya sangkakan ada 'ustz' dengan lantangnya mengatakan mereka tiada tempat disisi Tuhan di saat pesalah-pesalah ini bertanya di satu sesi ceramah ditempat mereka. Tidak termasuk lagi penduduk kampung yang tidak mahu menguruskan jenazah rakan-rakan mereka yang telah meninggal.. mereka sendiri perlu melalukakannya mengenangkan itu sebuah kefardhuan fardhu kifayah. Bayangkanlah bagaimana perasaan mereka dikala self esteem mereka dijatuhkan begitu sekali. Justeru tidak hairan kenapa golongan-golongan ini ramai yang berputus asa dengan hidup mereka dan akhirnya kembali kepada dadah dan pelbagai gejala tidak bermoral yang lain.. Adakah kita penghukum tegar, tidak langsung memberi ruang kepada golongan ini untuk berubah..
Fikirkanlah, Apakah hak kita untuk menghukum manusia. Belum tentu kita lebih baik daripada seorang bekas penagih dadah yang bertaubat. Sedangkan rahmat Allah mengatasi segalanya..
"Dan serulah manusia ke jalan Tuhanmu dengan hikmah...."
Tuesday, July 07, 2009
Renungan hati..
(Khalifah umar)
Saturday, July 04, 2009
Meraih Hati Yang Ikhlas....
(Sudah lama tersentuh dengan artikel ini. Alhamdulillah hari ini berkelapangan untuk berkongsi.. Semoga dihayati...)
IKHLAS...
Semoga Allah mengurniakan kepada kita hati yang ikhlas. kerana
Ikhlas, terletak pada niat hati. Luar biasa sekali pentingnya niat ini, kerana niat adalah pengikat amal. Orang-orang yang tidak pernah memperhatikan niat yang ada di dalam hatinya, siap-siaplah untuk membuang waktu, tenaga, dan harta dengan tiada arti. Keikhlasan seseorang benar-benar menjadi amat penting dan akan membuat hidup ini sangat mudah, indah, dan jauh lebih bermakna.
Apakah ikhlas itu? Orang yang ikhlas adalah orang yang tidak menyertakan kepentingan pribadi atau imbalan duniawi dari apa yang dapat ia lakukan. Konsentrasi orang yang ikhlas cuma satu, yaitu bagaimana agar apa yang dilakukannya diterima oleh Allah SWT. Jadi ketika sedang memasukan wang ke dalam kotak infaq, maka fokus fikiran kita tidak ke kiri dan ke kanan, tapi fikiran kita terfokus bagaimana agar wang yang dinafkahkan itu diterima di sisi Allah.
Apapun yang dilakukan kalau konsentrasi kita hanya kepada Allah, itulah ikhlas. Seperti yang dikatakan Imam Ali bahwa orang yang ikhlas adalah orang yang memusatkan pikirannya agar setiap amalnya diterima oleh Allah. Seorang pembicara yang tulus tidak perlu merekayasa kata-kata agar penuh pesona, tapi ia akan mengupayakan setiap kata yang diucapkan benar-benar menjadi kata yang disukai oleh Allah. Bisa dipertanggungjawabkan kebenarannya. Bisa dipertanggungjawabkan artinya. Selebihnya terserah Allah. Kalau ikhlas walaupun sederhana kata-kata kita, Allah-lah yang kuasa menghujamkannya kepada setiap qalbu.
Oleh karena itu, jangan terjebak oleh rekayasa-rekayasa. Allah sama sekali tidak membutuhkan rekayasa apapun dari manusia. Allah Mahatahu segala lintasan hati, Mahatahu segalanya! Makin bening, makin bersih, semuanya semata-mata karena Allah, maka kekuatan Allah yang akan menolong segalanya.
Buah apa yang didapat dari seorang hamba yang ikhlas itu? Seorang hamba yang ikhlas akan merasakan ketentraman jiwa, ketenangan batin. Betapa tidak? Karena ia tidak diperbudak oleh penantian untuk mendapatkan pujian, penghargaan, dan imbalan. Kita tahu bahwa penantian adalah suatu hal yang tidak menyenangkan. Begitu pula menunggu diberi pujian, juga menjadi sesuatu yang tidak nyaman. Lebih getir lagi kalau yang kita lakukan ternyata tidak dipuji, pasti kita akan kecewa.
Tapi bagi seorang hamba yang ikhlas, ia tidak akan pernah mengharapkan apapun dari siapapun, karena kenikmatan baginya bukan dari mendapatkan, tapi dari apa yang bisa dipersembahkan. Jadi kalau saudara mengepel lantai dan di dalam hati mengharap pujian, tidak usah heran jikalau nanti yang datang justru malah cibiran.
Tidak usah heran pula kalau kita tidak ikhlas akan banyak kecewa dalam hidup ini. Orang yang tidak ikhlas akan banyak tersinggung dan terkecewakan karena ia memang terlalu banyak berharap. Karenanya biasakanlah kalau sudah berbuat sesuatu, kita lupakan perbuatan itu. Kita titipkan saja di sisi Allah yang pasti aman. Jangan pula disebut-sebut, diingat-ingat, nanti malah berkurang pahalanya.
Lalu, dimanakah letak kekuatan hamba-hamba Allah yang ikhlas? Seorang hamba yang ikhlas akan memiliki kekuatan ruhiyah yang besar. Ia seakan-akan menjadi pancaran energi yang melimpah. Keikhlasan seorang hamba Allah dapat dilihat pula dari raut muka, tutur kata, serta gerak-gerik perilakunya. Kita akan merasa aman bergaul dengan orang yang ikhlas. Kita tidak curiga akan ditipu, kita tidak curiga akan dikecoh olehnya. Dia benar-benar bening dari berbuat rekayasa. Setiap tumpahan kata-kata dan perilakunya tidak ada yang tersembunyi. Semua itu ia lakukan tanpa mengharap apapun dari orang yang dihadapinya, yang ia harapkan hanyalah memberikan yang terbaik untuk siapapun.
Sungguh akan nikmat bila bergaul dengan seorang hamba yang ikhlas. Setiap kata-katanya tidak akan bagai pisau yang akan mengiris hati. Perilakunya pun tidak akan menyudutkan dan menyempitkan diri. Tidak usah heran jikalau orang ikhlas itu punya daya gugah dan daya ubah yang begitu dahsyat.
(petikan dari artikel oleh AA Agim.....)



