Friday, February 05, 2010

Ketika 'Cuti' Bertasbih...



Assalamua'laikum wbt.

Alhamdulillah, baru pulang dari International Cairo Airport, menghantar sahabat2 yang pulang ke Malaysia.. Imtihan juga sudah berakhir, bukan setakat kami di zaqaziq sahaja tapi juga termasuk beberapa muhafazah lain yang rata2 sudah awal habis exam atau mungkin cuti dahulu baru exam. Jadi tidak hairanlah melihat kebanjiran muka melayu di airport tadi.. Tersentuh juga disaat ramai yang dapat balik Malaysia berjumpa family, kita pula disini. Tetapi tidak mengapa, insyaallah moga cuti 2 minggu ni dapat digunakan sepenuhnya untuk menikmati keberadaan di bumi Mesir..Insyaallah =j

Seperti biasa, cuti2 sebegini jaulah2, makan2, balik bakkan, pergi program agama/menadah kitab dan pelbagai program lain menjadi pengisian diri bagi pelajar2 di Mesir. Masa cuti sebegini merupakan masa terbaik untuk keluar dari tempat sendiri, merantau ke tempat lain untuk mencari pengalaman dan makna dari sebuah kembara yang lebih luas. Mujurlah kawan2 ada di serata muhafazah, Cairo, mansurah dan Alexandria menjadi antara target utama kami untuk berjaulah.

Insyaallah untuk penulis, jika diizinkan Allah..inilah sedikit perancangan yang bisa dinukilkan...

-pulang ke Bkan. (Rumah Klate kami di Mesir merangkap kapum kami) nak gi godek2 apa ada disana...dah x dapat kelik klate, kelik kawasan klate pun jadilah pengubat rindu...Insyaallah

-Maa'rad Kitab (Pesta Buku Antarabangsa Kaherah).
kalu di malaysia dulu, selalu tak lepaskan peluang pergi pesta buku kat PWTc, dah nama pun kaki buku... alhamdulillah kat sini pun ada pesta buku rupanya.. kedua terbesar didunia..dengar katanya besar sampai 7 bangunan.[sampaikan pljr2 siap bawak luggage nak borong buku..yeke?] mungkin ustaz ustazahla maklumlah depa kan kena pakai banyak kitab ;p
bolehla tengok2 apa buku medik n kitab2 agama yg ada kat sana. .insyaallah..


wArdatus Syauqah 10'
Dijemput semua dukturah n sahabat2 muslimat hadir memeriahkan..
Jom kita pakat2 ber'Warqah'=j\






-Aktiviti tahunan musim sejuk...


10-12 Feb
Rehlah ke Sinai, Insyaallah..

tempat Nabi Musa menerima wahyu pertama...
Teringat surah Taha..terngiang sejarah tentang Sinai dan gunung tursina..

tergambar esq tempat pak ary buat gaya demi matahari surah asy-syams...huhu

(...alangkah bersyukurnya andai diri ini juga dipilih Allah untuk menjejakkan kaki kesana...)

Insyaallah..izinkan kami menjejakkan kaki ke tempat suci itu..
memaknai makna di sebalik sebuah sejarah yang agung.. insyaallah....
Hanya dengan iziN-Mu ya Allah...Amin..

15 Feb
-Ketika Cinta "Berjalan2?" di Alexandria..=j Layan~

17 & 18 Feb


-Seminar Perubatan Mesir ke-3
Alhamdulillah, dengan izin Allah jua terpilih untuk menghadiri seminar kali ini.
Penyertaan sampai 610 orang dengar katanya seluruh mesir..
Tahniah buat penganjur.=j
Insyaallah..kita jumpa disana....

Aktiviti2 lain --> Insyaallah...
-nak khatam buku, [betapala banyak buku2 yang x sempat dikhatam lagi]
-habiskan Arrivals the Series
-Jika sempat tengok Qamar Bani Hashim
-khatam KCB kali ke??...
-Barbeque imarah hijau..
-update blog?
-check iluvislam..apa critala medik team saya,...
-dll...update2!..jgn x update. Guna masa sebelum bizi kembali..
-ha..ni penting...Cuti2 jugak, Jangan lupa STUDY!
Kalu boleh bawak nota medik tu kehulu kehilir dalam beg...
manfaatkan masa sebaiknya...Jadi Dr yang faqih, bukan yang halabalai ok...

Kita merancang, Allah Merancang. Moga semuanya Terbaik menurut Perancangan Allah...

JUga buat peringatan saya dan sahabat2 semua..
Ayuh kita penuhi masa cuti dengan sebaiknya..

JAuhkan dari benda2 lagha...Jangan masa nak exam je berdoa dan beribadah bagai nak rak..
kesian diri kita.

insyaallah moga menuju mumtaz dalam keredhaan Allah...
"
7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,

8. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."

(Surah Alam Nasyrah : 7,8)



Moga istiqamah,Semoga cuti ini penuh dengan keberkatan, penuh pengisian, penuh manfaat, dan redha dari Nya....
insyaallah...




Selamat Bercuti dalam kesejukan!.

Salam mujahadah,
Ahyana


4 comments:

HUSNA said...

slmt bercuti kak mus...bakso cinta hehehe

Anonymous said...

Assalamualaikum..

apa khabar enti muslihah di sana?
izwah harap enti baik2 saja..
bestnya membaca pengalaman2 enti di sana=)
semoga enti sentiasa di bawah lindungan dan kasih sayang Allah..

Ahyana Solehah said...

Husna --> seronok jumpa husna kat dewan tadi..=j..aiwah, nantikan filem pertama kakmus, KTB-- "Ketika Tremco Bergerak"...

Izwah --> Alhamdulillah, bikhair jiddan ya ukhti..izwah pula mcm mana? rindu sgt..hu..syukran kpd Konsert Antara Dunia yg dah temukan kita... alhamdulillah, wlwlpun skjp sape sgka kan..

moga izwah dan shbt2 ana juga sntiasa dlm lindungan Allah. doakan ana disini..uhibbuki jiddan aidhan

Anonymous said...

ALHAMDULILLAH ANA SIHAT JE..
izwah suka ikuti perkembangan penulisan dlm blog anti ni=)
semga tautan ukhwah antara kita kekal selamanya. sayang anti=)
em, ana baru je buat blog ..baru belajar2..huu..ana linkkan blog anti di blog ana boleh?
ni blog ana, bintukhuzaimah.wordpress.com. jika ada kelapangan ziarah la ye=)
okay.. salam perjuangan!